This time entry ni berbeza sikit, aku terbaca rencana ni dalam mastika,rasa agak tersentuh hati ni..sebab ia berkaitan dengan aku...nak highlight sikit,rencana ni seratus peratus dalam jawi tau..he.. he..alhamdulillah,masih lancar lagi tau...oklah aku taip balik,tapi ringkaskan...

-Sebelum Keindahan itu Berakhir...-
Tengah hari itu cahaya matahari memancar terik. Cahayanya menyimbah masuk melalui tingkap cermin yang dibuka luas. Guru kelas kami masih mendiamkan diri.Dia memandang keluar dengan mata yang digenangi air...Kami terus menyalin nota yang diberi. Sesekali aku mencuri pandang ke arah guru kami yang masih lagi termenung dan memandang keluar
. Apa yang sebenar bermain di fikirannya.....
Beberapa minit sebelum kelas berakhir,dia memandang kami dengan wajah muram,dengan suara lembut dia berkata..."sebelum kamu semua balik,saya hendak berkongsi sesuatu dengan kamu,ia tiada kaitan dengan apa yang kita pelajari hari ini,tapi sangat penting...kita semua dihidupkan untuk belajar,berkongsi,mengasihi,menghargai dan mengabdi diri kepada Yang Esa.
"Tiada siapa diantara kita yang tahu bila kehidupan yang indah ini akan berakhir.Ia boleh berkahir bila-bila masa sahaja,dalam sekelip mata....barangkali inilah cara Tuhan memberitahu kita bahawa setiap detik yang kita lalui itu amat bererti dan berharga".
Guru kami terdiam, saya lihat titisan airmata mengalir di pipi..."Mulai saat ini,kalau kamu dal
am perjalanan datang atau pulang dari sekolah,carilah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan dihargai".
"Ia tidak semestinya yang kamu lihat,tapi mungkin yang kamu hidu,seperti bau masakan,bunyi kicauan burung,desiran angin,atau mungkin sinaran matahari pagi,dedaun yang gugur melatari tanah yang kamu lalui...."
"Lihat semua itu dan nikmati keindahannya,kerana itu adalah sebahagian dari hidup kita yang Tuhan jadikan untuk dinikmati keindahannya,tapi sayangnya kita selalu abai dan tidak menghargainya.Anggaplah menikmati keindahan benda-benda kecil itu satu kemestian. Bila-bila masa sahaja ia boleh lenyap diambil kembali Yang Maha Esa,waktu itu jika kita tersedar,ia telah terlambat..."
Selepas berkata demikian,guru kami tu terus keluar meninggalkan kelas kami. Kami tahu guru
kami itu masih bersedih dengan kematian suaminya...
Hari itu,saya melihat begitu banyak keindahan sepanjang jalan pulang ke rumah,jauh lebih banyak dari apa yang saya lihat sepanjang tahun itu....
Lihatlah di sekeliling kita,lihat matahari terbenam,lihat bintang di langit waktu malam,hulurkan sebahagian daripada apa yang kita ada untuk si miskin, supaya kita dapat lihat cantiknya senyuman mereka,kerana apabila usia kita meningkat,kita tidak akan kesal dengan perkara-
perkara yang banyak kita terlepas dan tidak nikmati keindahan itu....

Selagi kita hidup,hargailah apa yang ada pada kita...biar sekecil manapun ia,hargailah....sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk kita abaikan apa yang Tuhan pinjamkan kepada kita..
-ADA HANYA ADA SETELAH IA TIADA-

0 dah buat karangan gred A:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...