kehijauan hutan yang mengujakan...tenang dan aman....


me and my sweet sis..sweet kaa...?


ahli ahli xpedisi.....


hantu air......


lagi posing dari hantu-hantu air.....


Assalamualaikum...
Ni nak cerita pasal Melaka skit, kami dah lama tak ke Melaka,adala tujuh lapan bulan kot...kalau pompuan ngandung,dah kira sarat la tu...eh apasal lak kait mengait ngan pompuan ngandung plak nihh...

Disebabkan tempat ni selalu jugak kami datang bersantai,jadi tak banyak tempat bersejarah Melaka yang kami pergi,kecuali laut,makan ikan bakar Umbai n zoo,selebihnya kat kolam mandi....lagipun aku dah pernah jadi pemastautin selama setahun kat Melaka ni,tahun 2000 dulu,time ambik kursus KSPK Teknologi Maklumat kat Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka Durian daun...kira agak-agak expert gak ler kat sini,tak banyak yang berubah pun,kecuali Dataran Pahlawan dah siap Melaka Mall nye,sebelah Equatorial,hotel rasmi kalau kami ke sini. jalan sesak betul....lagiii ada Eye On Malaysia yg dipindahkan dr KL tu,ada bot dua alam n Pasaraya Jusco yang baru nak buka tapi tak jadi sebab kejadian letupan tu....

Ok..meh.layan gambar

Equatorial Hotel di Banda Hilir....

jealous betul ngan orkid kat sini....pasal orkid aku tak menjadi cam ni....

bilik kami di 1024...club equator

Hubby with En.Ibrahim,orang kuat Equatorial yg memastikan bilik penginapan dan segalanya tip top tiap kali kami ke sini...tq very much...

bukan teruja dengan sambutan krismas tau...cuma suka tengok segala dekorasi ini diperbuat daripada coklat,biskut dan gula icing....
tapi tak de le pulak semut...he he he...

aktiviti biasa...naik beca ( adik beca ni bagus sebagai tourist guide,banyak info...)n makan asam pedas melaka...

suka dengan pool di sini besar.luas dan paannnnjang..sampai hujung kanan sana...nampak tak?
anati macam biasa kalau jumpa pool...paling kurang 3 jam....

lagi aktiviti biasa...waktu malam,ikan bakar kat umbai....tengok tu,penaja tunggal cuti cuti malaysia tengah nnggaaappp...

zoo melaka,aku rasa better than zoo negara ( kat zoo negara aku rasa gajah n rimaunya still sama masa aku kecik-kecik dulu kut..dah menopouse,.taring pun dah tanggalll...)

Waktu sampai di Zoo Melaka hujan betul-betul lebat,jadi kami terpaksa menunggu sebelum beli tiket masuk,bila dah agak reda sikit kami pun memulakan ekspedisi...My 'Sivaji The Boss'cadangkan kami naik tram,tapi aku tak nak kononnya nak menambahkan pengalaman anak...biar dia tengok sendiri dengan lebih dekat semua binatang tu ...

Baru separuh perjalanan,tetiba hujan turun lagi,kali ni betul-betul lebat,kebanyakan visitors yang datang ada payung,kira selamatlah sikit. Kami berteduh di satu kawasan tempat jualan aiskrim dan makanan ringan ( gerai dah tutup). Tunggu punya tunggu hujan tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti,hari semakin gelap,waktu melawat hampir tamat. Pengunjung lain semua dah tak ada

Aku dan anak mulalah suspen semacam jer,hubby cuba menghubungi pihak zoo ( kebetulan Anati ada bawa masuk map zoo tu) tiga kali call,talian tak diangkat..My Sivaji pandang kiri dan kanan and...jeng jeng jeng...dia selamba jer pegi cabut payung besar kat tempat berehat tu..( you all bayangkan payung besar bertangkai panjang yang orang letak kat taman rekreasi,kat tengah-tengah meja batu..)

"Jom...",katanya.Aku ketawa bagai nak pecah perut tengok dia memikul payung besar tu...punyalah besar payung tu,Anati boleh main-main lagi bawah payung tu,lari ke sana ke mari. Dengan payung besar dan hujan lebat tu,kami boleh singgah lagi tengok binatang-binatang sepanjang jalan tu...romantic laa jugakkk...Bila dah nak sampai,kebetulan hujan dah renyai,Hubby letak payung tu,kat satu meja yang payungnya juga dah tercabut...faham fahamlaaa...bukan kami je yang buat kerja tu...bukan curi...cuma nak menyelamatkan diri...

Sayangnya aku tak boleh snap gambo hubby n payung besar tu...camera out of battery...habis langsung,tu pasal tak banyak gambar...apa punya biol aku pun tak tau,tak pernah ke mana-mana bawa kamera tak de bateri,selalu aku chek dan bawak charger....

Minta maaf laaaa orang Zoo Melaka,kalau payung u all dah beralih tempat ek....
Salam semua...ni bukan nak mengulas lagu Rabbani (merujuk kepada tajuk entri),tetiba je rasa teringin nak mengulas sikit berita yang dibaca dalam kosmo ari ni, tajuk muka depan kosmo AIB BATAL PERTUNANGAN..

Aku sebenarnya taklah berminat nak mengulas benda-benda dalam news ni,tapi tak taulah kenapa rasa macam nak mengulas sikit,mungkin sebab dah banyak masa,tak tau nak guna kot...almaklumlah,exam dah habis,kain 3 bakul pun dah settle...maka terasalah nak menyibuk sikit pasal hal orang...

Kenapa aku tertarik dengan berita tu?satu,tentang jumlah saman silelaki kepada bekas tunangnya yang memutuskan pertunangan,(ingatkan budak bujang,rupanya mak dan bapak budak....)almost satu juta....atas alasan putus tunang tu menimbulkan rasa malu kepada si lelaki tersebut....yang bestnya...frasa yang menyebut 'pemberian itu sebelum berlakunya pertunangan..dalam proses pikat memikat....'..kui kui kui...nak memikat bagi rumah dan kereta mewah....sudahnya terpikat pisau cukur....sampai cerai isteri....

Wahai lelaki...itulah padahnya kalau ikut nafsu,dan perempuan sekarang cuma pandang material,agaknya perempuan tu fikir,lepas dapat harta,nak blah macam tu jer la kut...sebab dia ada pakwe lain...

Satu lagi fakta menarik perhatianku,di mahkamah perempuan tu datang dengan lelaki lain ( pakwe baru,atau memang pakwe dia,diorang pakat2 kut suruh perempuan tu tackle lelaki tu dan suruh bagi harta...cewahhh...macam pelem la plak...kut kut laaa)pas tu,si lelaki ni datang dengan kawan dia yang merupakan bekas suami si perempuan ni...hai tak faham aku dunia sekarang....dia pikat perempuan tu masa mereka masih suami isteri atau jadi kawan setelah bekas isteri memutuskan tali pertunangan dengan si lelaki ni..atau macam mana...macam cerita keluarga 69 la plakkk....

Teringat pulak satu kisah yang aku dengar di radio yang mengendalikan segmen 'panggilan hangit' hos Faizal Ismail. Bagi yang tak tau apa 'panggilan hangit' tu,lebih kurang macam ni. Si pemanggil akan meminta dj radio ni menyamar untuk mengenakan orang yang akan dipanggil. Si dj ni akan bersungguh-sungguh meyakinkan orang yang dikenakan ni sepertimana yang dimaukan oleh si pemanggil,sampailah orang yang dikenakan tadi menggelabah,menangis malah memaki hamun pun ada,barulah si dj akan mengaku yang mereka dah terkena 'panggilan hangit'...

Kisahnya begini...jeng jeng jeng...satu hari seorang pemanggil lelaki meminta dj faizal ni menyamar jadi tok kadi dan menghubungi isteri si lelaki tadi untuk meminta izin kawin lagi satu..maka si dj ni tadi bersungguh-sungguhlah bercakap dengan si isteri si pemanggil ni,yang suaminya telah mewakilkannya meminta izin kawin lagi...

Si isteri ni mula-mula tak percaya,tapi sebab si dj ni pandai,maka akhirnya si isteri mula percaya dan berkata dengan suara sebak'kalau betul suami saya nak kawin lagi,tolong bagi tau dia,suruh dia bawa perempuan tu berjumpa dengan saya...'belum sempat si dj bagitau yang dia terkena panggilan hangit,perempuan tu terus putuskan talian.

Tak lama selepas itu,si dj membuat pengumuman di radio,dan meminta maaf kepada si isteri tadi dan menyatakan rasa bersalahnya kepada si isteri sebabnya,selepas segmen tu berakhir,si suami ni tadi menghubungi si dj dan memberitahu dia bukan buat panggilan hangit,tapi panggilan benar,nak minta izin kawin lagi dan dia memanipulasikan segmen dan si dj ni sebagai perantara...menurut dj ni,dia cuba menghubungi si isteri,tapi talian tak diangkat...mesti si isteri tu frust habisss....apa punya lelaki macam ni.....kalau aku jumpa lelaki tu,aku suntik ubat pelali bagi separuh sedar,pas tu letak kat sudut rumah...nak buat apa?nak buat target,baling dart....tak pun baling lesung batu....

Entahlah,dunia sekarang makin kucar kacir,mungkin sebab semakin kurang pegangan agama,ikut nafsu sendiri je,tak fikir apa dah...dunia semakin menakutkan.....

Macam yang aku baca dalam blog Kadi Kluang,si perempuan marah-marah minta cerai sebab suami kawin lain tup-tup setahun lepas tu,dia pulak nak isi borang nak kawin lain...masalahnya dengan suami orang jugakkk....dia marah orang ambik suami dia,pas tu dia ambik suami orang....

Eh..apasal aku emotional sangat ni? he he he bukan apa,terfikir pasal kes mula-mula tadi laaa...nak tunjuk sayang nak memikat bagi hadiah mahal-mahal,bini kat rumah makan hati,girlfriend bawak makan angin...bukan apa, minta suami-suami berfikir,biar pun isteri dah agak-agak 'bau lipas' ( metafora laaa....benda dah lama,mesti bau lipas kan?)tapi itu lerrr...orang yang siang malam bersusah payah dengan korang,sanggup makan pasir waktu susah dengan korang,bila banyak duit mula laaa...itu tak kena,ini salah...mata tu mula pasang macam macam antena pengesan,nak scan dahi pompuan mana yang licin,mana yang lentok...

Yang perempuan pulak...aku rasa tak de nye yang ikhlas sekarang ni...biar muka lelaki macam muka pecah rumah,janji banyak duit...boleh jer tak kira bapak orang,atuk orang...sumer sapu...aduhai...insaf insaflahhhh.....

Marilah kita semua..bawak bawak bertaubat...matahari tunggu masa je nak muncul dari barat,nanti pintu taubat pun dah tutup...

teringat dialog Dato' Rahim Razali dalam filem CINTA ( aku suka sangat dengan filem ni)
isteri bukan hakmilik,ia adalah anugerah.....


Banyakla kau punye potongg....sejak hari raya haji dah buat hal,memang la dah hampir setahun aku langgan kau,kau tak pernah meragam,duduk la kat ceruk dapur pun...ekselent...tapi jangan la buat hal sampai hampir dua minggu tak ok lagi,ni pun tak tau berapa lama lampu hijau ni nak menyala. semalam tak sampai dua minit,aku baruuu nak mesra mesra balik ngan fb,dengan blog,kau dah nazak...aku kan tengah tension nak exam ni....aku kalu nak study,aku kena ngadap laptop tau,bukan ngandap laptop bodohh cam tu jer,internet kena on,kau buat hal manjang...ni jap lagi kalau kau tetiba tukar led kau warne merah,kau yang aku potong nanti...haa padan muka,lain kali kalau nak potong orang punyer,make sure,jangan sangkut,macam iklan streamyx buat kat kau tu...tak ke malu...
manusia sering beri alasan
alasan
untuk menyelamatkan diri
alasan
untuk menyembunyi kekurangan diri
alasan
untuk menutup kesalahan sendiri
seringkali
yang namanya
penerima alasan
sedar dan jaga
alasannya
jauh dari logik
jauh dari akal
jauh segalanya jauh
namun
alasan diterima
atas nama
sebuah perhubungan
atas nama segalanya....
Salam.. saja nak share.. Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M’sia ni.. Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina.. Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M’sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.. Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal.. Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam… Ntah la.. rasa nak marah pun ada… rasa tertipu pun ada… tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M’sia ni mmg pengasasnya Cina. So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti… TQVM..
PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD. Tipah Tertipu daaa…., nasib baik tak suka makan pau…. Agak-agaknya siapakah empunya sebenar syarikat ini? Boleh sahkan ke berita ni? kalau betul, malangnya ummah spt kita ni ye, siang hari buta kena kelentong... Mohd Hisham wrote: Salam Dato' dan semua sahabat, Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad. Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.
Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.
Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kam nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher. Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.
Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar. Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan.. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...
Product lain:P.A. Food Sdn Bhd formerly known as Syarikat Pau Ahmad whichwas established since 1985, has vast experience in the manufacturing of fine flour-base frozen Oriental/ Asian delicacies, such as Steam buns, Mantou, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosa, Spring Roll, Curry Puff, Spring Roll Pastry, Vadai, Puthu Mayam & Dim-Sum etc

p/s : Credit untuk Encik Azizi, tq for the info given

Aarrrrggghhh.....aku tengah marah ni,betul-betul hangin...petang tadi balik dari sekolah ( balik lewat sebab sudahkan buku program untuk esok,ada lagi correction last last minit nihh)aku terus ke tailor nak ambik baju anati. Aku hantar kat tailor tu dua pasang, bulan lepas. baju-baju tu anati yang design sendiri,nak pakai untuk kenduri Masrini hari Ahad ni dan raya haji nanti.
Aku memang tak biasa dengan tailor tu,tapi disebabkan aku dah malas ngan kak 'A' yang tak siapkan baju aku pada waktu yang dijanji dan baju tu rosak ( dgn kak 'A' ni pun tak biasa,hantar sebab tailor yg aku selalu tempah baju tu,bersalin )aku pun cari tailor lain.
Aku siap bagi deposit RM100 lagi,dan janji nak ambil 20hb (semalam). lewat sehari tak pa kan? Sekali bila sampai kat kedai jahit tu,aku tengok kedai tu berganti dengan kedai runcit, iishhh bio betullll...aku round sampai 3 kali nak pastikan aku tak salah tempat, ya ya betul..aku cam klinik depan kedai jahit tu..
Aku stop kereta,turun tanya adik kat depan kedai tu,sekali dia bagitau,kedai jahit tu dah pindah dan siap bagi tau ,"bukan akak sorang yang kena,dah ramai customer cari.."
Mangkuk,cinabeng,&%$#@!%^&....pasal tak call?ada contact number aku kat resit tu,tapi yang malangnye,contact number tailor lahabau tu tak de...tak prasan aku...
Kalau terjadi kat aku,tak marah sangat kut ( sebab aku baik hati..) tapi kesian kat anati,meleleh air mata dia bila aku bagitau dah kena tipu,spontan keluar dari mulut dia,"adik yang design baju tu,adik doa biar dia dosa sebab ambik duit ibu,pastu tak siap baju...."sampai ke rumah dia tak bercakap...
Aku marah macam mana pun,aku tak pernah maki orang,kali ni aku nak maki,aku tak halal duit dan baju yang dia ambik tu,makan duit haram lah kau...monyettt....
tengah bz nak siapkan jugak buku program hari anugerh kecemerlangan akademik ni...sabtu ni woiii...nak siap jugak2 sebabkan teruja....my lil pincess dapat no satu....dan 3 lagi hadiah mata pelajaran terbaik...pandai anak ibu...macam ibu dia gak hi hi hi...
DIA,
setiap waktu kulihat
DIA,
setiap masa kutatap
DIA,
setiap saatku ingat
namun
DIA,
hanya kubuat sebagai
batu untuk melompat
DIA,
kupandang
DIA,
BLOGku yang lama
tak kuupdatekan....
he he he...
kenapa yea....
Ku bukan malas
Hari-hari aku singgah,
Tapi sebab nak melawat blog-blog lain jer...
SIAN DIER....
Skali Lagi,
Aku bukan malas
cuma
tak rajin jer...
Alhamdulillah...dah 6 hari rupanya kita diberi keupayaan dan kenikmatan oleh Allah menunaikan ibadah puasa,so far Anati tak meragam,maybe tak penat sangat sebab cuti dan hari hujan je...lagipun ini tahun ketiga dia berpuasa sejak berlatih puasa umur 5 tahun,alhamdulillah setakat ni tak de masalah,InsyaAllah...

Petang tadi,waktu menyediakan juadah berpuasa-ikan keli masak lemak cili padi dengan black pepper chicken,tetiba jer teringiiiiinnnn sangat nak makan cucur udang sebijik macam mak buat.
Terus g kedai beli udang,kucai,cili hijau...

Sambil bancuh tepung,aku teringat bila mak jual cucur ni di Bazar Ramadhan Taman Keledang Ipoh,seawal pukul 5 lagi orang dah beratur menunggu di gerai tu,tak sampai kul 7,tujuh kilo tepung habiiisss...kadang-kadang tu siapkan untuk orang yang menempah je. Mak memang superb dalam apa-apa bab pun.
Lepas dua tiga ari mak jual cucur udang ni,tengok gerai lain mula tiru,tak kisah la rezeki masing-masing,tapi cucur udang mak paling top...kalau orang datang beli,mesti ada lebih dua tiga biji,sedekah kata mak....

Pelanggan utama cucur udang mak,Masjid Kledang,hampir tiap minggu order,mak pulak bukan jenis yang berkira,mesti ada extra,siap ada sos special lagi...
Kalau mak buat untuk kami,berebut-rebut kami adik beradik,cari yang banyak udang...tak payah sos bagai,rasanya dah cukup complete,marvelous...!

k la,ni la hasilnya,walau rasa tak sama macam mak punya,tapi aku suka.....meh makan...
yang ni masih dalam kuali...baunyer...emmm

tada...siap suda....berasap nihhh

yang ni resepi ciptaan adik,idea aku nak gulung roti ni dengan frankfurter,tapi dia cakap aku asyik masak bentuk yang samaaa je...jadi dia potong frankfurter tu bulat-bulat,dan ajar aku macamna nak susun atas roti tu,siap tanya lagi,'K ibu,get it?'ishh bertuah btul...

tak lupa,yoghurt bliss...

adik posing dengan muka lapo....dua tiga saat lagi nak buka ni...

alhamdulillah....syukur dengan rezeki pemberiaan Allah...


kul 11.00pm...end of the day...anakku tido suda.....

p.s:kami berbuka berdua je...tu pasal la simple..

Lupa nak snap pic ikan keli masak lemak n black pepper chicken tu...

Alhamdulillah,hari ni dah masuk tiga hari kita umat islam menjalani ibadah berpuasa. Semoga amalan kita diterima Allah.Amiiinnn.
Petang Ahad semalam kami ke Pasar Ramadhan di Dataran Templer,bertiga naik motor oren ( aku fobia naik motor )

Tiba di sana,manusia punyalah ramaii...terlupa pulak nak pakai mask.Baru dua tiga tapak berjalan,Anati nampak chicken wing favourite dia,memandangkan orang ramai beratur menunggu kepak tu,aku berpatah balik ke gerai tu dan pesan supaya adik tu simpan lima kepak.

Tut,tut,bila aku berpaling,aku dapati anak dan suamiku...hilannnggg sudaaa...adoi...aku pun berjalan sambil melihat kiri kanan gerai,sampai la ke hujung (panjang deretan gerai-gerai tu lebih kurang 500 meter). Sampai ke gerai paling hujung,dua beranak ni tak de. Aku berpatah semula sambil mata melilau mencari identiti seorang lelaki bermisai tebal,berkaca mata dan berbaju belang,tapi sehingga ke gerai pertama,tak de ler pulak....

nampak tak lelaki berbaju belang?,ada...tapi saiz lari pulak....my hubby comelll gitu...lagi pun..belangnya tak sama macam belang suamiku....( belang baju daaaa)hi hi hi....

Aku patah semula sehingga ke gerai paling hujung,masih tak ada....patah semula ke gerai pertama...(aku dah berjalan 2000 meter...)Tetiba..aku nampak dua beranak ni kat gerai kepak ayam....

Kah kah kah,padan la tak jumpa...suamiku bukan berbaju belang....baju coklat.......padan la tak nampakkkk...ishk,ishk,iskh.....

So,inilah hasilnya hasil yang kami dapat di pasar ramadhan....

My fav murtabakk...nyum nyum nyum...tak payah makan nasi dah....

Chicken wing adik....

Yong Tau Foo...fav kami.....

Kuih campur campur...

Untuk pinggang yang ramping,minumlah.....Yoghurt drink....slllrupp...

Jangan lupa...kurma...sunat...

Alhamdulillahhhh,syukur dengan rezeki pemberian Allah....

Dua beradik ini adalah anak anak muridku,kakak -Irdina -9 tahun dan adik - Kamilia,baru berusia 7 tahun. Mereka bersama seorang lagi abang berusia 14 tahun,baru saja kehilangan ibu akibat H1N1 durjana....

Ada sesuatu yang amat menyentuh hati kecilku yang ingin aku luahkan di sini....

Isnin lalu,selepas perhimpunan rasmi sekolah,sewaktu berjalan naik ke bilik guru aku singgah di kelas Anati,sengaja nak jenguk dia...Anati seperti biasa di mana mana pun di sekolah, bila berjumpa saja dengan aku terus meluru dan memelukku...

Secara sepontan aku membalas pelukannya dan mencium pipi tembamnya tu. Sewaktu aku tunduk mencium pipi anakku, mataku secara tidak sengaja terpandangkan Kamilia. Pandangannya tepat ke arah aku dan kelihatan sangat sayu...matanya berkaca dan tiba-tiba airmatanya laju menitis ke pipinya yang comel...aku terpempan...

Dia cepat-cepat memalingkan wajahnya dan menyeka airmata...aksinya itu disambut oleh suara kawan-kawan sekelasnya..."Cikgu,cikgu,Kamilia RINDU kat ibu dia...."

Ya Allah,naluri keibuanku tersentap,segera kuraih dia dan kupeluk erat anak kecil itu....air mataku tumpah tanpa dapat aku tahan...aku dapat menelah perasaannya yang rindukan pelukan seorang ibu yang tak mungkin didapatinya lagi. Sudah pasti setiap kali sebelum ke sekolah dia memeluk ibunya....aku usap kepalanya dan kucium dia,dengan tangisan yang teresak-esak dia membalas pelukanku,erat dan lama.....

Aku lepaskan pelukannya bila anakku menepuk-nepuk tanganku,matanya juga merah dan berair. Aku hanya mampu berkata "Kamilia jangan nangis,Kamilia budak baik,kan?"

Dia menganggukkan kepalanya dan berlalu ke tempat duduknya. Selepas mencium Anati,aku berjalan naik ke bilik guru. Airmata ku terus mengalir. Aku membayangkan kalaulah perkara yang sama terjadi, macamanalah nasib anakku yang seorang itu. Ya Allah,jauhkanlah sebarang yang buruk.

Di bilik guru,ramai yang bertanya kepadaku bila melihat aku menangis,bila aku bercerita hal tersebut,ramai yang menitiskan air mata.

Kehilangan IBU memang memeritkan. Aku yang dalam usia begini pun masih belum dapat menerima kehilangan Mak tiga tahun lalu. Tak pernah sehari pun yang kulalui tanpa ingatan pada Mak...Bila rindu pada mak tiba,hanya airmatalah yang menemani. Apatah lagi bagi anak-anak yang sekecil itu. Tambahan lagi puasa dan raya yang bakal tiba.....

Kita bahagia mempunyai suami / isteri

Kita bahagia punya anak yang mengelilingi

Kita bahagia punya keluarga yang amat kita sayangi

Namun

Bahagia mempunyai ibu

Adalah bahagia yang tidak dapat ditandingi....

Minggu lepas,my 'Sivaji the bos' ke Putra Jaya bermeeting.Petang waktu sampai ke rumah,dia menunjukkan sesuatu di boot kereta. Aku pun menjenguk...wwaaaa...banyaknya orkid....cantik-cantik.. 10 pasu semuanya.
"Kenapa tak ajak nak g beli bunga...."
(merajuk sket)
"Hish,kan g meeting,singgah kat Pesta Flora,tengok ni,orkid hutan ni,mahal abang beli...."(nak pujuk aku la tu kuttt..) "Thank you....cantik betul laa..."

"Tak boleh siram air biasa,ni ada air khas untuk siram dia,tak boleh gantung lagi,biar dia kat tempat teduh ni...
"Malam tu dan hari hari seterusnya,Sivaji ada hobi baru,jenguk pokok orkid dia. Bila balik malam,tak masuk terus rumah,dokkk beleeekkk la dia punya orkid....biaq pi la...belek orkid tak pe...
Makanya,sewaktu nak meninggalkan aku untuk ke Jakarta semalam,sekonyong-konyongnye maka berpesanlah My Sivaji the Bos kepadaku dengan bersungguh-sungguh...
"JAGA POKOK POKOK NI....SPRAY 2 KALI SEHARI,SPRAY JE,PASTIKAN JARAK YANG BETUL,SPRAY PAGI PAS TU MALAM SEKALI LAGI,WAKTU MALAM JANGAN SPRAY AWAL SANGAT,NAK TIDUR BARU SPRAY DIA...JANGAN UBAH...ORKID HUTAN NI,PAYAH NAK DAPAT.."
Mak aih....selalu tu nak g mana mana dengan aku pun tak pesan panjang macam tu....tak pe laaa...suh jaga orkid....bukan suruh jaga MADU kah kah kah.....

yang ni bau wangi...macam jasmine

Iktibar.....hubungan buah dengan sifat manusia....
Merendah diri
Jadilah seperti jagung,
jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia terhadap pasangan

Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian,
jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang,
walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai,
bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang,
tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili.
Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

ps:Moral of the story...makanlah buah-buahan tempatan

Apa yang perlu kita buat BILA......
Satu hari,dalam keadaan mood
Yang sememangnya
.
.
.
tidak baik
.
.
.
berkecamuk
.
.
.
TIBA-TIBA
.
.
.
Kita didatangi dengan sesuatu
.
.
.
Yang menyebabkan
.
.
.
kita marah-marah seseorang
bahasa yang kita gunakan tu,
bahasa orang MARAH....
orang yang kita 'bahasakan' tu,TAK TAU
.
.
.
DAN TIBA-TIBA LAGI
.
.
.
KEMUDIANNYA
.
.
.
Kita dapat tau
BUKAN orang yang kita MARAH-MARAH tu
.
.
.
YANG MENYEBABKAN KITA MARAH
.
.
.
TAPI
.
.
.
orang lain
.
.
.
MACAMANA CARA TERBAIK
.
.
.
nak minta maaf........
nak minta maaf........
nak minta maaf........
Hai....dah dekat sebulan tak menjenguk...( ada ler sebabnya.....)tetiba je title untuk entry ni berbunyi agak sadis sikit...sori le...tapi ada sebab mengapa titlenya macam tu....pernah tak u all buat benda yang dirasakan paling bodoh dalam hidup,tak kira lah apa bentuk benda bodoh tu,tapi mesti tiap orang ada buatkan?Aku rasa selalu gak aku buat benda bodoh ni...hari ni sekali lagi aku rasa aku buat benda bodoh dan buat aku menyesal,tak le menyesal seumur hidup,tapi menyesal sampai sekarang ni...
Macam ni citernye yek...petang tadi lepas ambik anati dari sekolah agama,aku singgah kat dataran,bukan dataran merdeka tapi dataran MPS kat Selayang ni,sebab ada banyak gerai usahawan kecil dibuka....( bukan usaha bersawang tau) aku pun pusing punya pusing dengan anati,sampai ler dekat satu gerai jual barang cuci muka.Aku berada agak jauh dari gerai tu,tapi Mat Indon yang jaga kedai tu kejar aku...bukan kejar laju-laju,dia panggil la sambil tunjuk katalog kat tangan dia.Aku ni jenis baik hati (ehemmm)pegi la dekat gerai tu,dia pun buat la demo,cuci tangan aku dengan krim yang dipromosi tu,bila dan digosok-gosok dengan bahan cuci tu,nampak la tangan aku putih dan cerah sikit dari yang sebelah lagi.Itu normal la kan,dalam hati aku dah nekad,aku takkan beli punya...sumpah...gosok la kau....

Tetiba anati tegur "eh,ibu,putih la tangan ibu..."
macam la dia tak tau yang ibu dia ni memang la putih sejak azali....kuang,kuang,kuang....

Aku sepontan tanya Mat Indon tu,"berapa sebotol ni"?

"Lima belas kak,tapi kalau kakak nak untung,kakak beli tiga botol baru 45 ringgit,dapat satu lagi percuma"(pesal plak aku yang untung?dia yang jual barang,bukan aku....)

no,no,no...aku sure punya takkan beli...

Mat Indon tu,ambil beg plastik terus masukkan empat botol krim tu,bagi kat Anati,entah kenapa aku terus seluk poket seluar,keluarkan not seratus, kebetulan bos baru bagi elaun bulanan,semuanya not seratus,memang tak de duit kecil.

Mat Indon tu ambil duit tu,lepas tu dia boleh kata kat aku,"saya nak tolong kakak ni"

"Tolong apa?tak payahlaaa..."aku menolak,mana la tau,kut la dia nak tolong hantar barang tu ke rumah ke,ke kereta ke...jadi skandal la pulakkkk...

"Macam ni,sepatutnya saya pulangkan 55ringgit pada kakak,tapi saya TOLONG kakak bagi SATU BOTOL lagi dengan harga lima ringgit...

Terus dimasukkan botol krim tu dalam beg plastik kat tangan anati tu...

Aku macam orang bodoh,terus je pegi macam tu je. Lepas tu aku tanya pada Anati,"dik,kenapa ibu beli benda ni ha?ruginye 50HENGGET..... dah kurang duit elaun aku...eeeeee menci...menci...

Sebelum balik,aku singgah makan kat Joe Seafood,aku tongkat dagu memikirkan macamana la aku boleh beli benda tu...sebab aku tau aku takkan guna punya...sampai la ke malam ni,aku masih memikirkan lagi macamana aku boleh buat BENDA BODOH tu....WAAAAAA......


ni la pandangan 3D benda bodoh tu...dah la tu,yang dia tolong lima hengget tu,rupanya yang digunakan untuk promosi...dah tinggal sesuku dalam botol tu...lahabau betul....
p/s : tapi kata bos pada aku-"alah,awak tu semua benda kalau tengok nak beli,kalau taik kering tu dibulat-bulatkan tabur berlian tumpah, pun awak beliiiii......"
adussss.....
Jumaat semalam aku hantar abah ke Masjid Selayang awal sepuluh minit pukul satu,bos sembahyang di Bangi,so jadi tanggungjawab aku ler ambik dan hantar abah ke Masjid untuk solat Jumaat. Oleh kerana waktu masih awal,waktu aku turun bukit dari masjid tu,jalan masih tak sesak,aku pun singgah kat gerai buah tepi jalan berhampiran masjid tu. Sebaik saja aku masuk gear nak jalan,tiba-tiba tingkap kereta aku diketuk perlahan,tapi terkejut cipan gak aku dibuatnya,walau tingkap tu diketuk perlahan,sebabnya aku tak nampak pulak sapa-sapa waktu masuk kereta sebelum tu...
Seorang pakcik tua dengan beg plastik berisi kerepek dan makanan-makanan yang sewaktu dengannya,tersenyum seraya menyapa dengan loghat Patani yang pekat...jadi aku turunkan drama sebabak yang telah dialihbahasakan ke bahasa standard,supaya aku senang nak menulis...lagipun ada beberapa patah perkataan yang agak klasik yang susah aku nak terjemahkan maksudnya..jadi lebih kurang lah yee...

sound effect: tuk tuk tuk...

Aku : terkejut cipan sambil istighfar...dalam hati,dari mana pulak pakcik ni datang?tadi tak nampak pun...(di sebabkan dia orang tua,aku pun berani turunkan sikit tingkap kereta tu)ye lahhh,langkah berjaga-jaga....ye pakcik?

Pakcik: Assalamualaikum cikgu...

Aku: Waalaikummussalam...dalam hati ( camner dia tau aku ni cikgu,aku tak tampal apa-apa label kat dahi atau kereta yang declare 'Hello...I'm a teacher...') he he he

Pakcik: (Sila baca dengan loghat PATANI,untuk mendapatkan feel...)Pakcik ni merantau,datang dari NARATHIWATH....cari rezeki kat sini...cikgu tau Narathiwath?

Aku: tau pakcik (aku kan cikgu...)

Pakcik: Pakcik dari tempat Imam yang baru lepas kena tembak kat masjid tu,cikgu tau tak?kesian orang-orang ISLAM di sana,kami buat dan dilayan macam ANJING...kena siasat,kena pukul,hari-hari,nasib kami tak siapa nak bela,serah pada ALLAH saja....

Aku: (dah mula sebak,maklumlah aku ni nampak je brutal tapi sensitif tau....)

Pakcik: Kat sini,semua orang baik-baik dan layan serta hormatkan pakcik,pakcik ni berniaga sikit barang-barang makanan..tak banyak untung pakcik ambik cuma seringgit lima puluh sen je (disebut dalam nilai currency PATANI),sesumpit keropok ni (sambil keluarkan sebungkus keropok),harganya sepuluh ringgit campur dengan komisyen(aku agak-agak je perkataan ni,) pakcik lah...

Aku: Ye lah pakcik saya ambik keropok tu...

Aku pun keluarkan duit sepuluh tinggit dan syiling berjumlah seringgit

Aku: ni pakcik duitnya...

Pakcik: ALhamdulillah...nak cikgu,pakcik doakan anak ni murah rezeki,dikurniakan Allah segala kemewahan dan senang dunia akhirat,bahagia keluarga dan sentiasa selamat...dunia akhirat,terima kasih beli keropok pakcik... (wajahnya kelihatan amat terharu...)

Aku: dengan suara kontrol terharu,sama-sama pakcik...

Pakcik:Selamat nak...(seraya angkat beg plastik dan berjalan perlahan ke Masjid...)

Aku pun bergerak,tapi baru dua tiga meter ke hadapan,aku teringat yang aku terbayar kurang lima puluh sen,aku pun berhentikan kereta dan menoleh ke belakang,tapi pakcik tu dah tak ada....'hish,cepatnya pakcik ni berjalan...

Aku perhatikan lagi,jalan tu lurus,orang masih tak ramai,tapi kelibat pakcik tu dah tak nampak....
Aku terus balik dan sepanjang perjalanan,aku teringat pakcik tu dan doanya untuk aku...entah kenapa,air mata aku mengalir...
Waktu aku ambil abah,aku keluar awal sebelum orang habis Jumaat dan tunggu disimpang jalan dengan harapan dapat jumpa semula pakcik tu,aku nak bayar hutang lima puluh sen tu,tapi sampai habis orang balik Jumaat, PAKCIK tua tu tetap tak ada...

Aku terhutang lima puluh sen tapi didoakan dengan doa yang begitu baik dan ikhlas....SUBHANALLAH...


  • Don't love the Heart that hurts you and don't hurt the Heart that loves you.

  • Don't cry over anyone who won't cry over you.

  • Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget.

  • Most people walk in and out of your life, but only friend's leave footprints in your heart.

  • True friendship "never" ends. Friends are forever.

  • People are lonely because they build walls instead of bridges.

  • If we are incapable of finding peace in ourselves, it is pointless to search elsewhere.

  • The bond that links your true family is not one of blood, but of respect and joy in each other's life.

  • Rarely do members of one family grow up under the same roof.

  • A change of heart changes everything.

  • Our greatest glory is not in ever falling, but in rising every time we fall.

  • You only live once - but if you work it right, once is enough.

  • One generation plants trees, and the next enjoys the shade.

  • It is difficult to live in the present, ridiculous to live in the future, and impossible to live in the past.

  • Nothing is as far away as one minute ago.
Pernah tak u all jadi bidan?bukan bidan yang menguruskan baby tu...ni bidan terjun...aku pun tak tak tahu kenapa kita kaitkan bidan dengan sesuatu situasi yang terpaksa kita lakukan dengan tergesa-gesa dan memerlukan tindak balas segera,dipanggil bidan terjun...apa sangkut paut BIDAN dengan TERJUN yea...
Apa pun,inilah yang terjadi pada aku. Selasa petang tepat 5.45 petang,Lokasi:dalam kancil Azam baru balik dari Bangsar....

HandPhone: Ringtone 'Dalam Kenangan'.....Kat skrin 'Kak Wan Azlian'
Aku : dalam hati..(Pehal Kak Wan call petang-petang ni)...assalamualaikum, kak wan...(suara kontrol sopan gitu...)
Kak Wan : Iza, sorry,Iza kena ganti Nina kursus di Dynasty....
Aku : Bila tu Kak Wan?( dengan suara yang amat tenang dan sopan padahal aku sedang menggoyang- goyangkan badan dan kaki....!)
Kak Wan : Hari ni,3 ari,Malam ni start, pukul 8 ada slot....boleh tak...?
Aku : MALAM NI?????( suara tersurprise...)
Kak Wan : Yea,mintak maafla Iza GB suruh cari orang jugak...boleh tak..?
Aku : Tak pe la...boleh la Kak Wan....
Kak Wan : K, terima kasih....

Adulaaaa.....tolong....dua persoalan timbul di kepala aku ,1. mana nak letak anak dara aku tu,sekolah dia camne....2. yang berat,abah ada di rumah......
Azam offer Anati tinggal dengan dia....k,satu hal lepas,ABAH?BOSS plak baaruuu je ke Kuantan for two days...aduuuiii,masaelah....nak hantar rumah Ros kat SA dah tak sempat....

Teringat si Bongsu bagitau nak balik dari Johor malam ni,so...call Si Bongsu...
Aku : Nor jadi balik tak ari ni?
Si Bongsu : balik la ni,dalam bas ni,nape kak?
Aku : Balik terus rumah tau,jangan merayap,kak kena g kursus 3 hari,malam ni mula,balik jaga abah...
Si Bongsu : Anati?
Aku : sementara ni tinggal kat umah kak Azam,nanti Nor sampai kak mintak Kak Azam hantar dia balik...
Si Bongsu: K...

Aku macam lipas kudung jemput Anati di sekolah agama,balik siapkan dia,siapkan nasi abah,tak sempat masak lauk lain...maselahnye dengan abah tu,dia bukannya jenis berdikari,tu yang agak merunsingkan sikit...bagitau dia aku kena kursus,muka dah lain....Zooommm hantar anati ke rumah azammm ( tq Azam....)biasala anak dara tu,dia dah fobia kena tinggal 3 bulan,mula la muka.....sesi memujuk berlangsung lebih kurang 10 minit...
Sampai Dynasty tepat pukul 7.15 petang,Call roommate (nombor Nina bagi),jumpa kat Aseana Restaurant,dan malam tu aku mulakan sesi Kursus 1st Step Speaking and Listening 2nd Edition dengan kepala yang blankkkk jer....teringat abah kat umah....macamana la dia makan....
Pukul 9.00 malam,call si Bongsu,Alhamdulillah...dia dah sampai rumah,terus Call Azam mintak tolong hantar Anati ke rumah. Apa pun aku buat keputusan tak stay kat Dynasty,nasib baik Kak Izan roommate aku pun tak nak stay...pukul 10.30 malam aku bertolak balik ke Selayang,dan esoknya bermula kursus tu...yang bestnyer di kendalikan oleh IPBA...hilang rindu kat IPBA.....kursus ni untuk guru-guru Bahasa Inggeris dari daerah Gombak,Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam...gambar gambar kat bawah ni aku ambil waktu hari terakhir berkursus....layan jer la yea...

Our Penghulu...from Koala Selangor...ada macam Mazidul 360 tak?

he he he...presenting the Gombak District Action Plan...tak pasal-pasal aku yang kena.....

Fail,sijil dannnn aku jumpa geng lama di Maktab Kinta dulu......

Nak tau apa jadi pada aku?sepanjang 3 hari kursus berlangsung.....aku asyikk tidoooorrr jer,sampai tertelan chewing gum sebab kepala tersengguk ke belakang,masa tu chewing gum dalam mulut....kwang, kwang,kwang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...