Salam Ramadhan....

Semalam waktu My Sivaji The Boss mengagih agihkan duit raya ke dalam sampul,tetiba je ternostalgia pada kisah 3 tahun lepas....Kisah Aiman Tak Kisah....

Alkisahnya,hari itu adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya, aku masuk ke kelas tahun satu bagi mata pelajaran Sains.

"Siapa kat sini yang mak atau ayah dia dah tak ada....maksud cikgu meninggal dunia?"

Dua murid mengangkat tangan. Ridhuan dan Aiman. Ridhuan aku tahu anak yatim,ayahnya meninggal beberapa bulan sebelum puasa. Aiman aku tak pasti,aku panggil Aiman ke depan.( FYI aku bukan guru kelas,sebab tu tak tahu data murid-murid ni,dan aku tak mahu bertanya guru kelas mereka atas beberapa sebab...)

"Aiman tak de siapa?"

"Emak..."

( aku dah mula sebak memikirkan anak sekecil itu dah kehilangan emak, dan Aiman ni,budaknya lasak nauzubillah.....kuat buli kawan dan kerja manjang tak siap,jadi selalu jugakla kena tui dengan aku,kalu tak jentik idung,jentik telinga....)

"Kesiannya Aiman....bila emak Aiman meninggal?Cikgu tak tau pun...."

"Masa umur Aiman 5 tahun..."

Air mataku mulalah nak meleleh...aku jadi betul betul menyesal sebab selalu 'tui' si Aiman ni...rupanya anak yatim...aku yang tua ni pun ( dah tua rupanya...) macam sasau tak de mak,apatah lagi anak yang sekecil tu...

"Jadi,puasa ni sapa yang masak?"

"Ayah..."

Aku buka beg,cari duit raya yang memang aku niatkan nak sedekah pada anak anak yatim bagi kelas aku mengajar ( maaf ye...jangan anggap apa- apa...)satu aku dah bagi pada Riduan,rupanya itu duit raya yang terakhir,aku belek wallet,ada not not besar,jenuh membelek tak ada duit kecil. Aku terfikir nak tanya kawan kawan nak tukar duit.

Sambil mengusap kepala si Aiman (usap kepala anak yatim kan dapat pahala....) aku bagitau dia,

"Aiman tunggu sini tau,cikgu nak naik ke bilik guru kejap,kelas, jangan bising,cikgu ada hal..."

Sambil berlari ke tingkat atas,air mata yang aku tahan tadi,turun laju,macam macam yang aku fikirkan tentang si Aiman ni...Sampai di bilik guru,aku terus duduk di tempat Tim,guru kelas Aiman,menangis teresak esak,kawan kawan sibuk memujuk...

Tak lama kemudian, Tim masuk,terkejut dia tengok aku yang brutal ni menangis..

"Pesal kak?"

"Tim,akak tak sangka Aiman tu,selama ni aku selalu marah dia kaw kaw,rupanya akak marah anak yatim,kalau akak tau dia tak de mak,akak tak lah marah marah bila dia nakal...."


"Hah? Aiman tak de mak?,siapa cakap?"


"Dia la...dia bagitau mak dia meninggal masa umur lima tahun..."


"LAAAAA...akak oiii...mak si Aiman tu HIDUP lagi,tu tengah mengandung enam bulan.."


"Ye ke?mana Tim tau?"


"Apasal lak saya tak tau,rumah dia selang berapa pintu je dari rumah saya...kakak dia pun ada ,tu Tahun Lima.."

Aku cepat cepat sapu air mata,kawan kawan yang tadinya dok simpati,dah gelak guling guling...


"HISSHHHH...budak Aiman ni,dikenakannya aku,nanti kau..."


Tim meminta seorang murid yang kebetulan masuk ke bilik guru panggil Aiman dan kakaknya berjumpa kami.

Sementara dok menunggu si Aiman tu, teruk la aku kena kutuk. Si Aiman dan kakaknya sampai.
Muka si Aiman selamba deeerrkkk jer...hish keccikkkk je budak tu aku tengok. Nasib baik aku puasa...

"Aiman,kenapa bohong cikgu?" tanya Tim,garang.

"Adik saya bohong apa cikgu?"

"Aiman ni,tipu cikgu kata mak dia dah meninggal.."


Si kakak memandang si adik.."Apa Aiman ni...siap kau balik nanti akak bagitau ayah..."


Si Aiman tetap dengan muka tak bersalah dia tu.

"Apasal Aiman tipu cikgu?repot polis baru tau..."

Aiman tersengih,nak tau apa jawab dia?


"Cikgu mesti nak bagi duit raya kat anak yatim..tu pasal la,Aiman nak gak..."


Masyaallah...kecik kecik dah pandai buat cerita...

"Awak ni...tak baik tau,cakap macam tu,tak sayang mak?

Aiman diam,muka tetap selamba....

Last last,sejak dari tadi aku sabar,aku tarik gak hidung si Aiman tu. Geram betul.

"Dah,balik kelas,nanti cikgu sekel lagi,nak kena?"


Geleng.


Si kakak menarik tangan si adik sambil membebel.

Aduiiii...membazir je air mata aku dek si Aiman ni...nasib baik tak simpati lebih....

P/S:SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA YANG BAKAL TIBA.....

0 dah buat karangan gred A:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...