Salam...
Semalam dah bermula peperiksaan UPSR di seluruh negara. Setelah berbagai usaha dan motivasi yang dilakukan oleh guru-guru di sekolah,hinggalah ke saat saat akhir,maka ke medan juanglah anak anak tersebut.

Sepanjang tiga hari,murid tahap satu semua direhatkan,ada yang bersambung dengan cuti raya,maka hampir tiga minggu juga mereka ni bercuti sakan....tapi CIKGU CIKGU tetap kena sekolah ye....

Sewaktu blog walking.....eh silap...saja nak 'ucik ucik' korang....di sebabkan tak ada anak murid yang nak diajar,maka Cikgu jalan jalan di sekitar sekolah yang indah permai ni,sambil bawa meriam nak tembak tembak kawasan berkabus di kaki bukit,sewaktu menyusuri tepi surau sekolah...jeng jeng jeng....tetiba telinga cikgu ni.....menangkap suara orang membaca quran...seram gak nih...tapi disebabkan saya ni keturunan pahlawan...beranikan diri menjenguk ke dalam surau....

Alangkah terharunya rasa hati...dua orang ibu sedang membaca yassin ketika anak anak mereka sedang berjuang di dewan peperiksaan,sanggup bercuti kerana nak bersama sama anak...

Saya percaya semua ibu akan berdoa dan sedaya upaya berbuat yang terbaik untuk semua anak mereka...percayalah,selagi ibu hidup,doa mereka sentiasa mengiringi setiap inci kehidupan anak anak,doa ibu sentiasa membuatkan hidup kita lebih dipenuhi 'qaramah' ,dan semua itu akan terhenti apabila tiada lagi ibu untuk mendoakan kita...

Buat anak anak murid...berjuanglah sehabis baik dan berilah yang terbaik dan yang termampu kamu berikan kepada ibu ayah,keluarga,guru guru dan masyarakat. Cikgu mendoakan kamu,termasuk semua anak murid dan bekas murid murid Cikgu hampir 20 tahun lalu....

AMIN......


Jangan menjawab dengan muka macam ni yee...

2 dah buat karangan gred A:

Gayahspears said...

suka baca~

Cikgu Nurin said...

alhamdulillah....suka g umah gayah gak...glemer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...