Seorang ustaz bertanya kepada seorang penagih dadah yang menjaga tempat meletak kereta dan motor haram,
"Ni jaga jaga motor dan kereta,banyak ke dapat duit?"
"Ada leee...dalam dua ratus sehari,"jawab Mat Pit janggut serabut.
"Dua ratus ringgit? Banyaknya...Duit tu buat beli dadah ke?"
"Ya bang..., kalau tak kerja, macam mana nak makan? Ketagih wooo...."
Selang beberapa minggu kemudian, di dalam bulan Ramadhan, ustaz itu menemui lelaki yang sama di kaki lima masjid berdekatan.
"Bang,bang,tengok ni.."Lelaki itu berlari terhoyong hayang mendekati ustaz berkenaan.
"Abang tengok ni, walaupun saya ni macam ni lalok, tapi saya tak lupa tanggungjawab saya bang..."Lelaki kurus cengkung itu menunjukkan sesuatu kepada ustaz muda tersebut.
Sehelai resit pembayaran zakat fitrah......
Pengalaman seorang sahabat, Jalilah Abdullah, Editor Majalah Anis....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 dah buat karangan gred A:
yg dia byr zakat tu da bagus..
tapi yang dia dok lalok tu..kene ubah lah..betul tak?
Betulll...setuju dengan Sarah...minyak dengan air takkan bercampur kan?
mudah-mudahan ustaz tu dapat bantu sedara tu..tambah pula mungkin mat pit tu selesa dengan dia..
kalu jumpa aku, aku yang tanya dia..ada kijer kosong bro...?
walllahhh...
Heh udah udah ler tu...khoje yang ade tu pun....terangkak rangkak nak nyiapkannyer...he he he....
bagusnya mat pit tue..tahu plk tggjwb..tp syg hisap dadah..
Gelak baca komen Cik Tom....
Post a Comment