As Salam...
Bermula petang Jumaat hingga seharian Sabtu ini, saya penuhi dengan melayan kehendak anak dara saya. Penat memang...tapi saya gagahkan juga....
Semuanya kerana dihambat rasa bersalah..

....................................................................................................................................................................

Jumaat semalam, sewaktu dalam kelas, saya diterjah oleh bos saya.
Bos saya, sebab saya setiausaha kepada pentadbiran yang berkaitan dengan hal ehwal murid.

"U ada hal tak weekend ni?"

"Hmm, adalah, kan cuti tiga hari...?"

"Tapi U kena bawa budak ke S.Alam, lima orang, hari AHAD...."

"HAH? AHAD? kan cuti umum.."..* tak sempat habis ayat*

"Nah, senarai nama murid dan duit minyak kereta....,penting ni, budak-budak tu terpilih dapat biasiswa dari YB...", U  jumpa budak-budak tu, deal dengan diorang.."

TEPU dan TERKEDU...
Saya dah berjanji dengan family...
Dah merancang sesuatu cuti tiga hari ini..
Maklumlah, bukan selalu dapat cuti agak panjang sejak saya belajar.
Cuti semester pun ada kelas.

Saya memandu pulang ke rumah dengan kepala dan hati yang berbaur pelbagai rasa....

"Apalahhh yang nak aku bagitau Cik Bab dan ayahnya...."

Airmata menitik..satu-satu...dan tambah laju bila teringat-ingat alasan dia...

"I boleh pergi..tapi hari Ahad tu, hubby tak ada di rumah.."

Atas nama 'Saya yang Menurut Perintah'
Redha dan sabar...
Sabar dan sabar....
Saya yang menurut perintah.

.................................................................................................................................................................
Seperti yang dijangka, anak dara saya meraung sekuat hati bila saya kata terpaksa batal
segala yang dah dirancang....

"Ibu mungkir janji..."

Pedih hati saya....
Puas juga mengatur ayat berhujah dan dan bertikam lidah dengan si ayah...

Untuk memuaskan hati anak dara tu, saya lepas Zohor, saya bawa dia ke SA.
Tunjukkan hotel bakal saya bawa budak-budak tu nanti...

"Oh, hotel ni, tak grand sangat kan, bu?"

Saya mengiakan.  Saya beranggapan  dia sekadar nak menyedapkan perasaan sendiri.
Saya sendiri menelan perasaan...

Hingga lewat petang, saya bawa dia meronda keliling SA.
Terus ke Damansara, ambil sepupunya.
Bawa lagi dia makan-makan di Sunway.
Sampai rumah pukul 12.30 malam.

"Esok, ibu bawa adik ke book fair tau?"

Saya angguk. Sebenarnya plan awal nak ke pesta buku tu, petang Jumaat, Sabtu dah gerak ke destinasi sampai Isnin...
*sigh*

Saya yang menurut perintah...

................................................................................................................................................................

Pagi-pagi lagi dia dah bangun.
Saya buat keputusan nak naik LRT je ke PWTC.
Saja nak layan dia, tak pernah naik LRT, selain nak mengelak kesesakan dan berpusing-pusing cari parking.  Mesti sesak. Jamin.

Sama-sama tembun....
Hah, buat la perangai ambik gambar jelir-jelir lidah tu...
( LRT Ampang )

Keterujaan first time naik train..
Saya tengah sedih, tengok dia masa niii...
( Botol air satu liter setiap sorang..)

Jangkaan tepat..ramainya umat....
Time ni, tak boleh bergerak hatta seinci pun.
Lebih kurang 25 minit semua tercegat...
Sampai petugas kedai buku datang tolong...
( Pengumuman budak hilang dan cikgu-cikgu memanggil murid-murid rombongan supaya segera keluar bersilih ganti)


Novelis Norzailina Nordin.
Saya suka dengan masakan dia...
( Booth pertama dapat masuk selepas hampir satu jam bersesak di luar )
Thriller Novelist - Ramli Awang Mursyid
Saya ada hampir semua novel dia..
Beli dua yang terbaru...
( Tak ambil autograf pun, tak kuasa dah bersesak, lagi pun dah tahap makcik-makcik ni, tak teruja sangat dah nak berautograf ...:D)

Adik nak juga autograf Kartunis Sukun...
( Ok dik...apa sajalah..asal ibu dapat hilang rasa bersalah )

Rehat sekejap sebelum Solat Zohor..
 Dua-dua dah sakit kaki....

DAN

YANG NI LAH YANG DIA NAK SANGAT.
AIN MAISARAH...


 


Ronda kali kedua lepas Solat Zohor.
Tak nak balik atau makan selagi tak jumpa Ain Maisarah
( Yang bestnya Ain Maisarah menjerit 'Alllaaaa comelnyaaaaa...comelnya dia....'terus minta suami dia ambil gambar..)
*anak sapa....mestila comel macam mak dia...*
*perasan*

Dia ada semua novel Ain Maisarah...
Yang ni, tajuknya...
PROJEK DIET....hmmmm sesuai sangatlaaa...


................................................................................................................................................................................................


Lepas makan, berkejar ke stesen.
Lagi sekali sesak.
Dua kali terlepas tangan Cik Bab sebab dia suka sangat membaca sambil berjalan.
Dah berderau darah.....dup dap dup dap jantung ni, bila dia hilang dalam lautan manusia...
Nasib baik jumpa....

................................................................................................................................................................................................

Sampai rumah, teringat..alamak nak masak apa ni..badan penat...
Tapi kat dapur, rupanya En Hubby dah siap masak dinner...
Ni yang tambah sayang ni...
*dia pun merajuk jugak....*

.................................................................................................................................................................................................................................................

Maafkan ibu, wahai yang tersayang......
Ibu hanya menurut perintah.....

Kadangkala, bila datang tekanan dari atasan macam ni, dengan alasan mereka yang 'slebet'
( tak tau nak guna perkataan apa), rasa menyesal sangat menolak tawaran menjadi orang atasan..
Kalau tak mesti orang dah panggil saya, 'Assalamualaikum Pn. GB'...HAH HAH HAH.
(gelak pelik sebab tak kelakar.) :(((
Dah minum petang ke semua...Ngudap apa petang ni...?
Saya makan kek pisang dengan neskepe mild..
Kek sendiri bikin tau...

Ni, ni, nak tayang siket nihh...

Saya dapat cenderahati
Dari MAZLIN NORDIN TV3....

Waaaa...kelasss gitu...
*ayat riak*hi hi hi...

Dua fridge magnet dari Moscow dan Ukraine...
Sayang nak tepek kat fridge..

yang ni dari Ukraine......

Moscow mari.....
bukti tersurat...hi hi hi...


Terima kasih Chik Inn...
Eh, terima kasih daun keladi....( tak malu...)
Terima kasih yang tak terhingga atas ingatan dan kesudian Chik Inn melayangkan cenderahati ini untuk saya.....
Suke,suke,sukeeeee.....
FUUHHH.....
Baru lepas berdebar..
Kejang rasa satu badan melayan JUVANA di TV3...
Saya tak pernah rasa menonton filem sampai terpaku dan berdebar dari awal hingga akhir cerita..
Rugi siapa tak tengok nih..
Tak sabar tunggu minggu depan..
Lagi-lagi ada Bront Palarae....
Dan semua watak gangsternya amat menjadi..
Cuma saya tak pasti, adakah itu suasana sebenar di Sekolah Pemulihan Akhlak?

Dan saya dapat jangka drama ni hebat...

Ha ha ha...tak pernah jadi pengulas drama,
Ini pertama kali bercerita pasal drama..
Memang best....
Kalau boleh, bukan setakat thumbs up, semua jari-jari kaki pun naik...dua puluh jari sekali naik..
hi hi hi...

GAGAL MERANCANG BERERTI MERANCANG KEGAGALAN

As Salam....Dua hari tidak menghadap blog dan dunia siber.
Dilanda kepenatan tak terkira tahap berapa entah...


Dua hari berkubang di padang sekolah sebagai AJK pertandingan bola jaring peringkat daerah.
Dua hari, dari tujuh pagi hampir ke tujuh malam.


Hari ini juga bersekolah hingga petang, kegiatan Ko-Kurikulum.
Memandangkan pukul satu setengah masih di sekolah, dan harus berkejar balik kerana Cik Bab juga harus ke sekolah semula pada jam dua petang, saya singgah di gerai nasi ayam, menapau jer laa....

Sampai di gerai tersebut, saya bernasib baik kerana dapat memberhentikan kereta betul-betullll depan gerai.  Gerai ni, kalau tengah hari memang sentiasa penuh.


Saya terus order, tak banyak, satu bungkus je.
Tuan kedai sedang membungkus ...saya mengira...ada tujuh bungkus  nasi ayam....
Dua beg plastik berisi bungkusan nasi ayam itu, diserahkan kepada seorang makcik yang sedang duduk di meja berhampiran saya.

"Banyak tu makcik..." tegur saya..
"ha,ah..untuk anak cucu ni.." jawabnya tersenyum.

Makcik tersebut bangun dari kerusi, menghulur duit dan menjinjit dua beg besar nasi ayam.
Nampak agak payah dia nak melangkah dengan beg-beg tersebut.


Nasi saya siap.
Saya beriringan dengan makcik tersebut.

"Makcik nak balik ke mana? panas ni, jom saya hantar.."
"Eh, tak apa nak...tu, kereta anak makcik ada tu haa..."
Dia memuncungkan bibir ke arah perodua biru, agak 10 meter dari situ.

Astaghfirullah...saya mengucap dan serta merta darah rasa menyirap ke kepala.
Dalam perodua biru tersebut, tersandar Tuan Besar dan Mem Besar.
Mem Besar berkaca mata hitam besar, macam kaca mata artis yang kena masuk mahkamah atas tuduhan berkhalwat...

Ada manusia yang lebih bertenaga rupanya dalam kereta tu...
Saya terpaku di tepi kereta, hanya mampu menghantar dengan pandangan sayu dan geram..
Susah payah makcik tersebut menukar  beg dari tangan kanan ke kiri, untuk membuka pintu kereta.
Kedua-dua tuan tak berhasrat langsung nak turun dan buka pintu kereta untuk makcik tu.
Takut cair agaknya dengan panas terik.
Dahla kereta letak jauh...malu kut, orang tengok suruh orang tua turun beli makanan...

Saya masih tak berganjak.  Perodua biru menderam di tepi saya.
Mem Besar menjeling ke arah saya dengan moncong panjang.
Rasa macam nak suruh dia turun dan nak ikat moncong dia tu dengan dawai kawat besi......

Saya memandu pulang dengan perasaan kesal dan terus terkenangkan emak....

Inilah agaknya seperti yang diingatkan oleh Junjungan Besar kita, salah satu tanda dunia telah berada di penghujung...
Ibu melahirkan tuan......
Dunia maya dan blog ini kadang kala banyak perkara yang tidak kita jangka...
Contoh? 
Percaya tak ada blogger yang buat GA secara diam-diam dan senyaaaappp tanpa sebarang publisiti?
Tiba-tiba je diumumkan kita dapat hadiah....
Ala-ala cabutan bertuah gitu....


Tak percaya...? Sila percaya jugak....
Saya ada bukti kukuh...
Sila lihat.....

Pandangan hadapan sampul...
Ini pandangan sebelah belakang sampul.....
Tengok, bukan sampul biasa tau.....

Jangan tenyeh mata anda atau letak eye-mo..
Alamat memang sengaja dikaburkan....
Demi mengelakkan serbuan peminat sebarang jenayah siber..
( sekadar berhati-hati..mana tau ada kekasih lama baca blog ni...auuuww amppunnn.....)



Siapakah penaja misteri ini....?
Nampak mata yang sedang mengintai tu....
Haaa..inilah orangnya yang sangat bermurah hati membuat kejutan secara senyap dan sunyi....


Saya salah seorang dari ratusan peminat blog beliau.
Suka baca entri yang disifatkannya merapu, namun bagi saya sebaliknya...
Komen saya dalam ENTRINYA yang ini rupanya mengundang tuah....

Bukan satu..tapi dua tau....ada yang jeles...?
Lepas ni catatan minit mesyuarat saya lebih cantik, sebab bukunya cantik...
Tada......penambah koleksi.......


belum berisi...sayang rasanya nak dicomotkan dengan tulisan saya yang tak semenggah tu...

 


Menjimatkan masa, tak payah nak ulang-ulang tulis hari, masa, tempat...( pemalaskan saya...?)


Eh..belum bagitau kenapa saya dapat hadiah ni yea...
Yeee..sebab ni......
Kan saya dah kata...ckLah ramai peminat...
Saya menang hadiah kerana komen yang ke 25 000
Diulang, yang ke 25 000 tuuuuu.....
Tepuk, tepuk, tepukkkk.....
Ye...saya tak akan jemu dengan  Laman Maya ckLah...
Saya cuba buat print screen komen saya..tapi ckLah dah buat 'right-click disable' rupanya, jadi tak boleh paste kat sini..

Anyway..terima kasih daun keladi ye ckLah sayang....
Komen saya hari tu..se'coet' jer...tapi boleh dapat hadiah...
Anda memang hebat.... ( ikhlas ni..bukan propa...)
As Salam semua....
Mega Mendung....

Saya baru sampai....
Hati saya masih semendung awan itu....
Terima kasih pada  sahabat yang sudi mendoakan....
Semoga Allah akan memberikan anda semua yang terbaik dalam hidup...
Kita selalu memberikan alasan..
Kekangan masa, sibuk, tak cukup masa..
Atau...hmmm...nantilah.masih ada masa...


Kita alpa, detik waktu tak menunggu kita...
Ingatan dan kerinduan, dibiarkan berlalu
Begitu saja...
Sehingga menerima berita.
Dia telah tiada..




Menangis dan menyesal tidak terhingga...
Yang menanti di sana..
Hanya jasadnya....

..........................................................................................................................................................

Seminggu ini saya diserang rindu pada satu-satunya adik abah yang masih ada....
Cik yang pernah memelihara saya waktu kecil,
Minggu lepas, dia ke rumah anaknya, sepupu saya..
Saya diberitahu, dia tak berapa sihat...


Minggu lepas, Sabtu meeting sehingga lewat pukiul tiga
Ahad petang, saya exam..
Saya berjanji untuk menziarahinya hujung minggu ini...


Namun petang tadi saya menerima berita Cik koma..
Dan lapan malam tadi sebaik sahaja menghabiskan bacaan Yassin untuk Cik, saya menerima berita Cik telah pergi menghadap Ilahi.....


Benarlah,keterlaluan kita terhadap dunia, mengalpakan kita pada orang orang yang kita sayang di sekeliling kita...
Saya kesal dan sedih...
Cik bagai emak setelah mak saya pergi...........


........................................................................................................................................................

Sedang menunggu suami dari balik meeting dari Melaka dan adik-adik...
Kami akan bertolak ke Perak malam ini...
Bukan panas sebab Pilihanraya Saghawak
Bukan jua panas dek video tuuuuuuuuuuuuuuutt....
Tak nak ambik tau pasal semua tu,

Tapi panas sebab benda ni.......

X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X

sabo..sabo...

X
X
X
X
X

HAH.....mengancam tak...?




Punyalah heaven cikgu dapat makan ni....
Tapi Cik Bab tak suka....
Ada ke dia kata bau durian ni macam stokin busuk.....
Hish.....agok, anak sape ler tu mulut ghope itu haa....

Tapi saya tak suka yang isi dia terlalu tebal
Suka yang sedang sedang aja...
Ulas yang paling best...tau tak kat mana????
Ulas paling best bagi saya dan selalu berebut dengan My Sivaji The Boss ialah ulas kat hujung..
Yang suduuuutttt tu...waaa berebut..hi hi

Selalu saya la yang dapat, sebab bila dia tengah terkial-kial  mengopek kiri kanan ( aksi lepas belah, nak bagi buah tu terkopek sepenuhnya ) tangan saya dah standby menjulur  je..
Tak sempat lagi buah tu terlentang elok...zapp sambo cepat-cepat...hi hi hi....


Hari ni, saya makan satu bijik tiga suku...( tinggal dua ulas je buah yang kedua, sebab dah senak....
(to be continue tuu....)

Erkk..kira 'buruk lantak' ke saya ni...?




Siapa yang duduk area Balik Pulau, pernah makan DURIAN CAP KAKI tak?....nanti saya story pasal durian ni...sekarang mau study...!!!!


Sampai di sekolah, terus ke pejabat, nak minta fotokopi kerja untuk kelas.  Semalam terlupa nak buat fotokopi kat luar. ( bayar tau, bukan free, walau untuk budak-budak...tak apa, tak kisah..)

Saya jadi hairan kenapa adik kerani yang selalu ber'hu ha hu ha' dengan saya senyap dan senyum saja, tak menyambut gurauan saya macam selalu.  Saya ni pulak jenis terlebih ramah dengan semua orang, dengan aci tukang sapu pun saya tak kisah.  Tak apalah, saya ingat dia tak sihat.

Selepas selesai bayar fotokopi, saya macam selalu, ucap "Tq my dear..i lab u..."
LawakKing saya disambut sepi, betul-betul tak macam selalu...
Saya keluar, menuju ke bilik guru.

Tiba-tiba,dari jauh saya nampak si adik kerani ni tadi meluru ke meja saya...

"Kak.....minta maafffff..."

"Kenapa?"

"Sebenarnyanya kan kak....kami dah kena warning..."

"Kena warning apa? dengan siapa?"

"Kena warning ngan CC (ketua kerani ), dia dah warning kami semua kat opis tu. Dia kata JANGAN BAIK SANGAT DENGAN CIKGU-CIKGU TU, KITA KENA ADA GAP DENGAN DIORANG....KALAU BAIK SANGAT NANTI BLA,BLA,BLA...."

"HAH?eeemmm macam tu ke gayanya....."

"Maaf ye kak, kalau depan dia, buat tak tau je ye kak...!"

Hmmmm...macam ni punya manusia pun ada ker....
Buat baik pun kena ada standard dan kelas masing-masing ke?

Padan la bila berurusan dengan Si CC ni, mata dia kalau bercakap tak pernah tepat pandang kita, walhal sesama jantina...lepas tu sambil bercakap, tangan dia sibukkk jer menulis la, mencari apa benda ntah..biar kita bercakap macam tunggul...oooo kena ada gap rupanya....

Baruku tau.....
KAKI BODEK
KAKI AMPU
KAKI KIPAS
KAKI PROPA
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dan kaki-kaki yang sewaktu dengannya
Yang menyusahkan hidup orang lain...
.
.
.
.
.
.
.
DENGAR SINI....
.
.
.
.

Biar kaki busuk sebab cagu
Jangan  busuk sebab
suka mengampu....
.
.
.
.
.
.


 
SETUJU?


Ini bunga kesayangan saya...
Tetap setia berbunga dan terus setia menyerikan pandangan mata saya..
Biar sudah sekian lama, saya mengabaikannya...
Segarnya hanya mengharap titisan hujan.....

Lepas hujan lebat tadi, saya keluar sekejap, 'kunun-kunun' nak merehatkan mata...
Yang dah kelabu asap menatap huruf-huruf di buku..
Yang makin lama terasa makin mengecil....
Terpandang bunga-bunga ni yang seolah-olah  turut meminta perhatian saya...
Maka saya abadikannya di blog ini...

Juga untuk kawan-kawan, yang bagai bunga ini,
Terus datang dan setia memberi kata-kata yang membuatkan hati saya berbunga...
Terima Kasih sahabatku semua.....
Siapa tengok gemilang? Angkat kaki.....
(Nora tu, mesti dok tercongok tuhhh...)
Rugi sapa tak tengok cerita ni tau....

Adeh....kenapa laaa cerita ni sekejap sangat?
Tak boleh ke buat seminggu tiga empat kali?
Suka sangat..
Suka dengan semangat cikgu-cikgu yang sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan anak-anak murid, berusaha mengatasi segala rintangan dan juga kisah cinta cikgu-cikgu tu...
Ada juga batu api dan berbuat apa saja untuk kepentingan diri...hurmmm...


Okey, nak start study balik ni..Rabu paper kedua...

Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan saya....
Soalan senang kacang panjang...
Pejam mata je..
Yang susahnya, jawapan..hua,hua... hua....
Yeeaaa...saya nak bertolak ke dewan sekarang......
Dewan pembedahan.....
Untuk membedah otak...
Nak luahkan segala isi otak ke kertas exam..
Exam kenkawan...
Kertas pertama pagi ini...
Tolong doakan saya..ye,ye, ye.......

PUH KIRI,PUH KANAN..
TAKUTNYA,MACAM NAK MENYOROK KAT HUTAN BAKAU...
PUH DEPAN,PUH BELAKANG,
WAHAI JAWAPAN..MENJELMALAH ENGKAU....
hi hi....
p/s: Terima kasih yanng sudi bertandang..nanti,nanti sya bw ye...saaaayyyaannnng kamooooo....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...