Jam 1.30 pagi tadi saya belum tidur.  Gigih nak menghabiskan Novel 'Lasykar Pelangi'. Tetiba ada message masuk, dari Fara. 
Saya taip balik ajelah...

'Kak, esok kita jumpa masa ambik modul ye. Dah lama tak jumpa akak. Fara blanja bfast nanti.' 

Saya jawab 'Yee haaa...set...best makan free ni...'

Fara ni cikgu satu sekolah di sekolah lama saya di Selayang.  Baru tukar centre sama saya kat IPBA untuk semester baru hujung Mei ni. Dan hari ini, hari ambil module untuk sem. baru.

Jam tujuh saya dah siap.  Hantar Cik Bab ke sekolah dia sebab ada Kem Bestari Solat.
Sebelum jam lapan, saya dah ada di cawangan OUM kat Jalan Putra tu.
Pendaftaran hanya akan mula jam 8.30pagi.

Saya terus ambil nombor giliran.  Saya minta dua.
Best, dapat nombor awal.  Belum sampai angka 20 pun.
Sementara tunggu Fara datang, sambung baca novel.

5 minit, 10 minit 20 minit berlalu....
Mana Fara ni, tak nampak batang idung lagi ni..
Kaunter dah nak buka...

Call Fara laaa.

"Fara kat mana? kaunter dah nak buka ni, akak ambil nombor awal ni."

"Fara tunggu akak laaa...dah belengas ni..."

"Tunggu kat mana? Tak nampak pun", Sambil toleh keliling.

"Kat sini laa...."

"Sini mana? akak pun dah kat sini..tak nampak pun Fara?"

"Akak tunggu mana?"

"Kat OUM Jalan Putra laa..."

"Akak oiii...centre nak ambil module untuk student IPBA, DAH TUKARRRR....akak tak tengok LMS ke? Tukar PJ ni..."

Waaa..nak nangis,nak nangis...

Terus ke kaunter, bertanya. Ye lah orang kata malu bertanya sesat jalan kan? hi hi..dah sesat pun.

Encik tu jawab "Ha'ah dah tukar, sini untuk student Bangi,bla,bla, bla....,sempat lagi kalau puan nak pergi."  Haa....puan,bak balik la nombor tu.."

Huishs..nombor ni pun nak balik.  Buruk siku betul.

Call En. Husben. Tanya jalan.   
Rasa-rasa boleh bayangkan jugak tempat tu...

Baru nak start enjin kereta, Fara call.

"Akak dah buat payment ke belum?"

"Belum"

"Ok, selamat, macam ni la, akak tak payah datang la, Fara bayar untuk akak dan ambik module sekali, sms username,password dan IC akak tau..."

"He he..cayang Fara...tapi tak jadi la blanja akak ni ye...?" *tak malu*

"He, he..he..tak jadi, tu la, berangan lagi.."

Sekarang, saya pulak yang janji nak belanja Fara.  Kami nak jumpa kat Kajang. Nak belanja dia kat 'ttuuttttt', Kajang.,, nak bayar balik duit dia, nak ambil module.

Pengajaran Moral hari ini: Jangan terlalu selesa sangat dengan benda yang dah selalu kita buat, kunun-kunun macam pro la tu...sampai dah tak semak annoucement kat website dia, Padan muka Cikgu Nurin..meh ramai-ramai gelakkan dia......

 En. Hasben sempat bagi kuliah Duha: "Online 24jam...benda tu pun tak boleh nak chek.."

Hmmmmm..saya kena 'ttuuutttt'kan tempat saya nak blanja Fara.  Nanti ramai nak ikut, Cikgu Nurin dah tengah-tengah bulan ni, dah sengkek...maklumlaaaa gaji cikgu kan cipuuuttt jer...hi hi hi..Jahatkan Cikgu Nurin?

31 dah buat karangan gred A:

sarah-najwan said...

hehe..ni kes excited nk jumpa tu..

Cikgu Nurin said...

Sarah: dok ingat tempat sama..rupanya kat tempat lain....

Kakcik Seroja said...

Tak kira... tak kira.... kakcik nak ikut juga! Cepat bagitahu kat mana tempat 'tutttt' tu... :)

Misz-ella said...

nak gi cari novel tu la. mcm best je. hihi

kasihredha said...

hihi....nak ikutttt

kelakar lah cikgu ni...saling tunggu menunggu ditempat yg berbeza :)

jeBateja said...

kajang...? kajang kat mana...kita dekat jer ni...ahakz

Zaitun said...

Lain kali cikgu Nurin jangan tersilap lagi,kan dah tak dapat makan free.

gadisBunga™ said...

ala...kite nak tumpang sekaki ape salahnye.... :D)))

Cikgu Nurin said...

Kakcik: ada..kat Kajang...hi hi hi...

Cikgu Nurin said...

Kakchik ella: mmg best novel ni..yg saya baca ni dah cetakan keempat. Cerita dia ada kat Astro..awal tahun dulu kut...

Cikgu Nurin said...

KakKasih: tu la..macam bagus sangat, tak tanya betul-betul..ingatkan masih kat tempat lama...padan la, saya tak kenal sorang pun kat situ...hi hi hi..

Cikgu Nurin said...

jebat: kita memang dekat jer...mehla..restoran 'ttuuuttt' tau...

Cikgu Nurin said...

Zaitun: He he..org berlagak pandai.macam tu laa...padan muka diakan?

Cikgu Nurin said...

GB: Haaa..GB boleh ikut, sebab nak tumpang sekaki je kan..? okeh sila letak sebelah je kaki GB kat pintu restoran 'tuutt' tu...ha ha ha....

jeBateja said...

hah....restoran tuttt...isshhh...mana plak tu...??

Unknown said...

hah..
dah habaq dalam entry.. kena habaq betul2..
kami tak lah join time cikgu nurin belanjer fara.. kami hanya jeling2 dari jauh jer

hahahahha

nba-Nur said...

Salam. La hai camne boleh tunggu kat tempat yg salah.. hehe.. Selamat Hari Ibu buat Kak Rahiza... moga ceria selalu.

ckLah @xiiinam said...

Nak kena sembelih ayam dan itik tu, buat rendang tok


Hehehe. Gurau ya...

Selamat Hari ibu cikguNurin...

Solihin Zubir said...

haha.. xdak rezeki la tu...

Fadzli Amir said...

Salam cikgu...ha kan dah salah tempat..hehehe...tapi semua org pun terkadang tak perasan, sebab zaman dulu kalu ada apa2 info mesti ada black & white, surat siap bertandatangan lagi..tapi sekarang..walaupun cepat tapi kalu tak alert...habiss..hehehe

sahromnasrudin said...

sy pernah terkena mcm nie..yakin je tunggu di tempat itu walhal salah tempat huhuhhhhhhh

Cikgu Nurin said...

Ayu: boleh pandang-pandang...

Cikgu Nurin said...

Nur: Tak de rezeki orang belanje...

Cikgu Nurin said...

ckLah: kerbau pun boleh he he he...Selamat Hari ibu juga buat ckLah ...

Cikgu Nurin said...

Solihin: Rezeki lari, tak apa, ada yang lain..insyaallah...

Cikgu Nurin said...

Fadzli: Tu lah, kalau bergantung sangat dengan teknologi ni...kena peka memanjang...

Cikgu Nurin said...

sahrom: he he he..blind date ke...?...

Ati Masrif said...

kadang jadi gak mcm gitu kan
takpe kita belajar dari pengalaman
kan cikgu :)

best ke kuliah hubby beri tu ^__~

alizaarif said...

hehe..teringat zaman2 amik modul dulu..sy ler org yg pegi amik, coz org lain busy ngan family..

CIK TOM said...

akak...akak..hehe..lain kali tengok betul2 dah tukar tempat ker belum...happy sangat orang nak belanja ni kan..huhu

GREENJADE said...

aiyooo kes parah nih..seb still dlm kwsn liputan..kalu luor orbit mau bedondang syg mengenang nasib ku yg malang ekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...