As Salam....

Anda setuju tak kalau saya katakan bahawa hidup kita di dunia, dipenuhi dengan kehendak ramai orang di sekeliling kita?

Maka, kalau anda sedar akan kenyataan itu,

Sedar bahawa Allah tidak menjadikan kita sendiri di duniaNya ini,

Sedar bahawa selain kehendak kita, rupanya ada orang lain yang lebih perlu untuk dipenuhi kehendaknya.

Jangan anggap hanya hidup kitalah yang paling sempit...

Cerita kitalah yang paling sedih...

Diri kitalah yang paling malang...

Hanya kitalah sahaja yang perlukan perhatian....

Hanya kita, hanya kita, hanya kita dan kita....selamanya kita....!!!

TIDAK orang lain...

MAKA, Hiduplah anda seorang diri saja di bumi Allah ini....

Titik.
Ya Allah.....rindu sungguh   saya pada rumah ini, rindu pada kawan-kawan semua....cepat sungguh masa berlari, diam tak diam, hampir dua  tahun juga rupanya saya menyepi...

Sepi saya bersebab, terlalu banyak peristiwa berlaku dalam hidup CN ni...ye lah, selagi namanya kehidupan,selagi bernafas sebagai hamba Allah, selagi menumpang di dunia milikNya, selagi itulah harus kita akur pada segala ketentuanNya...kan?

Saya tak pernah lupakan kawan-kawan.  Ada kesempatan, saya layari semua blog, cuma tidak membuat sebarang penampakan..he he, dah macam bunyi entiti halus je ye...maksud saya, tak komen apa-apa, tak tinggalkan jejak saya di blog kawan-kawan....maafkan saya.....

Ramai rupanya kawan kawan yang mengingati saya sepanjang kehilangan saya.  Segala doa supaya saya sihat, kata-kata rindu dari kawan-kawan, sebenarnya sangat mengalirkan rasa sayu di hati, walau tak pernah bersua wajah, rasa erat persahabatan sama seperti kawan kawan yang kita temui di dunia nyata...

Terima kasih atas ingatan kalian....

Peristiwa paling besar dalam hidup saya sepanjang 'pertapaan' saya dari dunia maya, adalah kehilangan ayahanda tercinta.  Hampir setahun saya menjaga abah sepanjang dia terlantar.  Itu sebab utama saya tinggalkan 'rumah' saya di sini....Abah tak boleh bangun sepanjang waktu saya menjaganya, selepas terjatuh di bilik air.  

Saya tak punya pembantu rumah sewaktu dia mula sakit.  Jadi, rutin hidup saya bermula seawal empat pagi, bangun menyiapkan segala keperluan sebelum keluar, mandikan abah dan beri dia makan sebelum dia ditinggalkan bersendirian, sepanjang kami semua keluar melunaskan tugas.

Beberapa kali juga, sewaktu saya sampai balik ke rumah, dia terjatuh dari katil.  Abah ingin turun dari katil.  Saya faham, dia bosan dan sunyi.....kesian abah...abah tak mampu bercakap.  Suara abah kian lama kian hilang,  dan saya tak mampu menyelami rasa hati abah,,sungguh sungguh tak mampu....!!! Maafkan saya abah.....!!!


Saya pernah ambil pembantu rumah, sangat-sangat bagus kerja dia. Rumah dan abah saya memang terurus.  Tapi yang sakitnya, kalau dia tak dapat datang bekerja ( dia berulang alik sebab dah bersuami ), dia tak maklumkan pada saya.  Selalu sangat bila saya balik dari sekolah, rupanya abah tak makan, tak mandi....geram sangat...!!!!

Akhirnya dia berhenti.  Paling risau, sewaktu saya ke kuliah.  Saya benar-benar bertawakkal. Hanya anak dara kecil saya itulah yang melayan atuknya makan.

Ketentuan Allah tak siapa dapat meneka.  Saya yang selalu bersama abah, paling dekat dengan abah, tapi abah pergi bertemu Allah sendirian, waktu saya ke sekolah...itu yang membuat saya  sangat-sangat terkilan hingga kini, hingga saat ini....!!!  Saya rasakan seolah-olah abah merajuk dengan saya...tak mahu saya ada di sisinya sewaktu dia pergi...Maafkan saya abah.....!!!

Terlalu banyak ruang kosong dalam hati saya.....

Saya berhenti dulu buat kali ini.  Saya berdoa supaya Allah beri saya kekuatan untuk menulis kembali di sini. Doakan saya, kawan kawan....saya sesungguhnya tak mahu kehilangan kawan kawan.  Sebahagian warna hidup saya ada di dunia ini.

Salam dari Cikgu Nurin.


Saya ingin kembali.....



As-Salam....
Selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti..
Saya juga bercuti, semester saja yang bercuti...
Hakikatnya kerja semua dibawa balik, cuma tak dibuat di sekolah...

Entri nak marah ni...
Baca yea...

Peperiksaan pertengahan semester bermula Isnin hingga Jumaat minggu lepas...
Bermakna cuti dua minggu harus langsaikan semua...
Okey...sedia maklum tentang itu.

Jumaat lepas, waktu semua orang ucap 'happy tak berapa holiday',
Tetiba terdengar suara SU Peperiksaan...

"Perhatian semua guru, tolong key-in markah ASAP, serah pada penyelaras dan  penyelaras mesti siap semua data.  Hari Isnin buka sekolah, serah pada SU, untuk dihantar ke PPD hari Isnin tu juga. MESTI"

Jumaat hari terakhir exam.  Semua guru kepit skrip bawa balik kampung.
Bila masa penyelaras nak kumpul semua data?
Seorang guru mengajar paling minima tiga subjek dan empat kelas ( paling minima yeaa...)
Bila masa cikgu-cikgu tu nak serah markah pada guru kelas?

Kertas Sains saya enam kelas, Pendidikan Sivik dua kelas, selesai examnya pada Hari Rabu.  Naik buntang biji mata menanda semua kertas sebab nak bagi pada guru kelas masing-masing sebelum cuti.  Misi saya berjaya.  Kelas saya, dikemudiankan, tak apa.  Masalahnya sekarang, bagaimana saya sebagai penyelaras nak mengumpul semua kelima-lima kelas bawah seliaan saya, dalam masa cuti ni...?

Guru-guru kelas tu pulak, kena menunggu markah dari guru matapelajaran...( macam surat berantai...)
Pagi tadi, saya hantar SMS kepada semua guru mata pelajaran yang mengajar di kelas saya.
Saya minta mereka emailkan markah kelas saya.  Sampai 'la' hanya satu saja SMS saya yang berjawab, dari Cikgu BI, itu pun jawapannya," Demam, tak boleh tanda sekarang...."

Itu baru markah bagi kelas saya, dan saya harus kumpulkan semua kelima-lima kelas tu.....
Seorang guru kelas bawah saya tunggu masa je cuti ni nak bersalin.  Kalau dia bersalin sebelum sempat menanda kertas?  Siapa nak tolong tanda? Nak key - in markah kelas dia lagi...? Saya la tuuu...

Saya nak marah siapa ye?
Nak marah guru-guru? Tak boleh, sebab semua tengah sibuk, bercuti lagi, kertas nak ditanda bukan kelas saya saja.  Saya faham.

Nak marah SU Peperiksaan?
Tak boleh, dia pun pening, lagi Isnin nak kumpul  berapa puluh buah kelas, kena serah  ke GPK 1.

Nak marah GPK 1?
Tak boleh, dia menurut arahan dari PPD..

Jadi marah siapa?
Marah PPD.....ye..PPD...boleh ke marah PPD...kena 'blacklist' nanti?
Tak kira....nak marah jugak...

Wahai PPD.....
Kalau ada  PPD yang baca ni, tolong jawab macam mana benda ni nak diselesaikan...
Kalau Tuan PPD mintak data dihantar Hari Jumaat minggu pertama buka sekolah tu, logik laaa...
Ada ruang, ada masa cikgu-cikgu ni nak bernafas, nak mengumpul markah...

Ke, tuan-tuan PPD jeles, kami cikgu-cikgu ni bercuti...??????

Hish..geram ni,gerammm.....

*Ni ada sms masuk dari SU..."nak hantar laptop ke rumah  key-in data tau...."*


TOLOOONGGGGGG..........
Hari Ibu dah berlalu semalam...
Semalam, aku amat ingin mencoretkan sesuatu di sini..
Coretan untuk mak..
Sempena hari istimewa untuk mak..
Namun aku tidak mampu
Tidak kuat untuk mencoret walau sepatah kata..


Hari ini,
Izinkan aku berkongsi sesuatu..




Maakkk...ampunkan aku......

Jam 1.30 pagi tadi saya belum tidur.  Gigih nak menghabiskan Novel 'Lasykar Pelangi'. Tetiba ada message masuk, dari Fara. 
Saya taip balik ajelah...

'Kak, esok kita jumpa masa ambik modul ye. Dah lama tak jumpa akak. Fara blanja bfast nanti.' 

Saya jawab 'Yee haaa...set...best makan free ni...'

Fara ni cikgu satu sekolah di sekolah lama saya di Selayang.  Baru tukar centre sama saya kat IPBA untuk semester baru hujung Mei ni. Dan hari ini, hari ambil module untuk sem. baru.

Jam tujuh saya dah siap.  Hantar Cik Bab ke sekolah dia sebab ada Kem Bestari Solat.
Sebelum jam lapan, saya dah ada di cawangan OUM kat Jalan Putra tu.
Pendaftaran hanya akan mula jam 8.30pagi.

Saya terus ambil nombor giliran.  Saya minta dua.
Best, dapat nombor awal.  Belum sampai angka 20 pun.
Sementara tunggu Fara datang, sambung baca novel.

5 minit, 10 minit 20 minit berlalu....
Mana Fara ni, tak nampak batang idung lagi ni..
Kaunter dah nak buka...

Call Fara laaa.

"Fara kat mana? kaunter dah nak buka ni, akak ambil nombor awal ni."

"Fara tunggu akak laaa...dah belengas ni..."

"Tunggu kat mana? Tak nampak pun", Sambil toleh keliling.

"Kat sini laa...."

"Sini mana? akak pun dah kat sini..tak nampak pun Fara?"

"Akak tunggu mana?"

"Kat OUM Jalan Putra laa..."

"Akak oiii...centre nak ambil module untuk student IPBA, DAH TUKARRRR....akak tak tengok LMS ke? Tukar PJ ni..."

Waaa..nak nangis,nak nangis...

Terus ke kaunter, bertanya. Ye lah orang kata malu bertanya sesat jalan kan? hi hi..dah sesat pun.

Encik tu jawab "Ha'ah dah tukar, sini untuk student Bangi,bla,bla, bla....,sempat lagi kalau puan nak pergi."  Haa....puan,bak balik la nombor tu.."

Huishs..nombor ni pun nak balik.  Buruk siku betul.

Call En. Husben. Tanya jalan.   
Rasa-rasa boleh bayangkan jugak tempat tu...

Baru nak start enjin kereta, Fara call.

"Akak dah buat payment ke belum?"

"Belum"

"Ok, selamat, macam ni la, akak tak payah datang la, Fara bayar untuk akak dan ambik module sekali, sms username,password dan IC akak tau..."

"He he..cayang Fara...tapi tak jadi la blanja akak ni ye...?" *tak malu*

"He, he..he..tak jadi, tu la, berangan lagi.."

Sekarang, saya pulak yang janji nak belanja Fara.  Kami nak jumpa kat Kajang. Nak belanja dia kat 'ttuuttttt', Kajang.,, nak bayar balik duit dia, nak ambil module.

Pengajaran Moral hari ini: Jangan terlalu selesa sangat dengan benda yang dah selalu kita buat, kunun-kunun macam pro la tu...sampai dah tak semak annoucement kat website dia, Padan muka Cikgu Nurin..meh ramai-ramai gelakkan dia......

 En. Hasben sempat bagi kuliah Duha: "Online 24jam...benda tu pun tak boleh nak chek.."

Hmmmmm..saya kena 'ttuuutttt'kan tempat saya nak blanja Fara.  Nanti ramai nak ikut, Cikgu Nurin dah tengah-tengah bulan ni, dah sengkek...maklumlaaaa gaji cikgu kan cipuuuttt jer...hi hi hi..Jahatkan Cikgu Nurin?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...