Jumaat semalam aku hantar abah ke Masjid Selayang awal sepuluh minit pukul satu,bos sembahyang di Bangi,so jadi tanggungjawab aku ler ambik dan hantar abah ke Masjid untuk solat Jumaat. Oleh kerana waktu masih awal,waktu aku turun bukit dari masjid tu,jalan masih tak sesak,aku pun singgah kat gerai buah tepi jalan berhampiran masjid tu. Sebaik saja aku masuk gear nak jalan,tiba-tiba tingkap kereta aku diketuk perlahan,tapi terkejut cipan gak aku dibuatnya,walau tingkap tu diketuk perlahan,sebabnya aku tak nampak pulak sapa-sapa waktu masuk kereta sebelum tu...
Seorang pakcik tua dengan beg plastik berisi kerepek dan makanan-makanan yang sewaktu dengannya,tersenyum seraya menyapa dengan loghat Patani yang pekat...jadi aku turunkan drama sebabak yang telah dialihbahasakan ke bahasa standard,supaya aku senang nak menulis...lagipun ada beberapa patah perkataan yang agak klasik yang susah aku nak terjemahkan maksudnya..jadi lebih kurang lah yee...

sound effect: tuk tuk tuk...

Aku : terkejut cipan sambil istighfar...dalam hati,dari mana pulak pakcik ni datang?tadi tak nampak pun...(di sebabkan dia orang tua,aku pun berani turunkan sikit tingkap kereta tu)ye lahhh,langkah berjaga-jaga....ye pakcik?

Pakcik: Assalamualaikum cikgu...

Aku: Waalaikummussalam...dalam hati ( camner dia tau aku ni cikgu,aku tak tampal apa-apa label kat dahi atau kereta yang declare 'Hello...I'm a teacher...') he he he

Pakcik: (Sila baca dengan loghat PATANI,untuk mendapatkan feel...)Pakcik ni merantau,datang dari NARATHIWATH....cari rezeki kat sini...cikgu tau Narathiwath?

Aku: tau pakcik (aku kan cikgu...)

Pakcik: Pakcik dari tempat Imam yang baru lepas kena tembak kat masjid tu,cikgu tau tak?kesian orang-orang ISLAM di sana,kami buat dan dilayan macam ANJING...kena siasat,kena pukul,hari-hari,nasib kami tak siapa nak bela,serah pada ALLAH saja....

Aku: (dah mula sebak,maklumlah aku ni nampak je brutal tapi sensitif tau....)

Pakcik: Kat sini,semua orang baik-baik dan layan serta hormatkan pakcik,pakcik ni berniaga sikit barang-barang makanan..tak banyak untung pakcik ambik cuma seringgit lima puluh sen je (disebut dalam nilai currency PATANI),sesumpit keropok ni (sambil keluarkan sebungkus keropok),harganya sepuluh ringgit campur dengan komisyen(aku agak-agak je perkataan ni,) pakcik lah...

Aku: Ye lah pakcik saya ambik keropok tu...

Aku pun keluarkan duit sepuluh tinggit dan syiling berjumlah seringgit

Aku: ni pakcik duitnya...

Pakcik: ALhamdulillah...nak cikgu,pakcik doakan anak ni murah rezeki,dikurniakan Allah segala kemewahan dan senang dunia akhirat,bahagia keluarga dan sentiasa selamat...dunia akhirat,terima kasih beli keropok pakcik... (wajahnya kelihatan amat terharu...)

Aku: dengan suara kontrol terharu,sama-sama pakcik...

Pakcik:Selamat nak...(seraya angkat beg plastik dan berjalan perlahan ke Masjid...)

Aku pun bergerak,tapi baru dua tiga meter ke hadapan,aku teringat yang aku terbayar kurang lima puluh sen,aku pun berhentikan kereta dan menoleh ke belakang,tapi pakcik tu dah tak ada....'hish,cepatnya pakcik ni berjalan...

Aku perhatikan lagi,jalan tu lurus,orang masih tak ramai,tapi kelibat pakcik tu dah tak nampak....
Aku terus balik dan sepanjang perjalanan,aku teringat pakcik tu dan doanya untuk aku...entah kenapa,air mata aku mengalir...
Waktu aku ambil abah,aku keluar awal sebelum orang habis Jumaat dan tunggu disimpang jalan dengan harapan dapat jumpa semula pakcik tu,aku nak bayar hutang lima puluh sen tu,tapi sampai habis orang balik Jumaat, PAKCIK tua tu tetap tak ada...

Aku terhutang lima puluh sen tapi didoakan dengan doa yang begitu baik dan ikhlas....SUBHANALLAH...

0 dah buat karangan gred A:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...