Salam semua...ni bukan nak mengulas lagu Rabbani (merujuk kepada tajuk entri),tetiba je rasa teringin nak mengulas sikit berita yang dibaca dalam kosmo ari ni, tajuk muka depan kosmo AIB BATAL PERTUNANGAN..

Aku sebenarnya taklah berminat nak mengulas benda-benda dalam news ni,tapi tak taulah kenapa rasa macam nak mengulas sikit,mungkin sebab dah banyak masa,tak tau nak guna kot...almaklumlah,exam dah habis,kain 3 bakul pun dah settle...maka terasalah nak menyibuk sikit pasal hal orang...

Kenapa aku tertarik dengan berita tu?satu,tentang jumlah saman silelaki kepada bekas tunangnya yang memutuskan pertunangan,(ingatkan budak bujang,rupanya mak dan bapak budak....)almost satu juta....atas alasan putus tunang tu menimbulkan rasa malu kepada si lelaki tersebut....yang bestnya...frasa yang menyebut 'pemberian itu sebelum berlakunya pertunangan..dalam proses pikat memikat....'..kui kui kui...nak memikat bagi rumah dan kereta mewah....sudahnya terpikat pisau cukur....sampai cerai isteri....

Wahai lelaki...itulah padahnya kalau ikut nafsu,dan perempuan sekarang cuma pandang material,agaknya perempuan tu fikir,lepas dapat harta,nak blah macam tu jer la kut...sebab dia ada pakwe lain...

Satu lagi fakta menarik perhatianku,di mahkamah perempuan tu datang dengan lelaki lain ( pakwe baru,atau memang pakwe dia,diorang pakat2 kut suruh perempuan tu tackle lelaki tu dan suruh bagi harta...cewahhh...macam pelem la plak...kut kut laaa)pas tu,si lelaki ni datang dengan kawan dia yang merupakan bekas suami si perempuan ni...hai tak faham aku dunia sekarang....dia pikat perempuan tu masa mereka masih suami isteri atau jadi kawan setelah bekas isteri memutuskan tali pertunangan dengan si lelaki ni..atau macam mana...macam cerita keluarga 69 la plakkk....

Teringat pulak satu kisah yang aku dengar di radio yang mengendalikan segmen 'panggilan hangit' hos Faizal Ismail. Bagi yang tak tau apa 'panggilan hangit' tu,lebih kurang macam ni. Si pemanggil akan meminta dj radio ni menyamar untuk mengenakan orang yang akan dipanggil. Si dj ni akan bersungguh-sungguh meyakinkan orang yang dikenakan ni sepertimana yang dimaukan oleh si pemanggil,sampailah orang yang dikenakan tadi menggelabah,menangis malah memaki hamun pun ada,barulah si dj akan mengaku yang mereka dah terkena 'panggilan hangit'...

Kisahnya begini...jeng jeng jeng...satu hari seorang pemanggil lelaki meminta dj faizal ni menyamar jadi tok kadi dan menghubungi isteri si lelaki tadi untuk meminta izin kawin lagi satu..maka si dj ni tadi bersungguh-sungguhlah bercakap dengan si isteri si pemanggil ni,yang suaminya telah mewakilkannya meminta izin kawin lagi...

Si isteri ni mula-mula tak percaya,tapi sebab si dj ni pandai,maka akhirnya si isteri mula percaya dan berkata dengan suara sebak'kalau betul suami saya nak kawin lagi,tolong bagi tau dia,suruh dia bawa perempuan tu berjumpa dengan saya...'belum sempat si dj bagitau yang dia terkena panggilan hangit,perempuan tu terus putuskan talian.

Tak lama selepas itu,si dj membuat pengumuman di radio,dan meminta maaf kepada si isteri tadi dan menyatakan rasa bersalahnya kepada si isteri sebabnya,selepas segmen tu berakhir,si suami ni tadi menghubungi si dj dan memberitahu dia bukan buat panggilan hangit,tapi panggilan benar,nak minta izin kawin lagi dan dia memanipulasikan segmen dan si dj ni sebagai perantara...menurut dj ni,dia cuba menghubungi si isteri,tapi talian tak diangkat...mesti si isteri tu frust habisss....apa punya lelaki macam ni.....kalau aku jumpa lelaki tu,aku suntik ubat pelali bagi separuh sedar,pas tu letak kat sudut rumah...nak buat apa?nak buat target,baling dart....tak pun baling lesung batu....

Entahlah,dunia sekarang makin kucar kacir,mungkin sebab semakin kurang pegangan agama,ikut nafsu sendiri je,tak fikir apa dah...dunia semakin menakutkan.....

Macam yang aku baca dalam blog Kadi Kluang,si perempuan marah-marah minta cerai sebab suami kawin lain tup-tup setahun lepas tu,dia pulak nak isi borang nak kawin lain...masalahnya dengan suami orang jugakkk....dia marah orang ambik suami dia,pas tu dia ambik suami orang....

Eh..apasal aku emotional sangat ni? he he he bukan apa,terfikir pasal kes mula-mula tadi laaa...nak tunjuk sayang nak memikat bagi hadiah mahal-mahal,bini kat rumah makan hati,girlfriend bawak makan angin...bukan apa, minta suami-suami berfikir,biar pun isteri dah agak-agak 'bau lipas' ( metafora laaa....benda dah lama,mesti bau lipas kan?)tapi itu lerrr...orang yang siang malam bersusah payah dengan korang,sanggup makan pasir waktu susah dengan korang,bila banyak duit mula laaa...itu tak kena,ini salah...mata tu mula pasang macam macam antena pengesan,nak scan dahi pompuan mana yang licin,mana yang lentok...

Yang perempuan pulak...aku rasa tak de nye yang ikhlas sekarang ni...biar muka lelaki macam muka pecah rumah,janji banyak duit...boleh jer tak kira bapak orang,atuk orang...sumer sapu...aduhai...insaf insaflahhhh.....

Marilah kita semua..bawak bawak bertaubat...matahari tunggu masa je nak muncul dari barat,nanti pintu taubat pun dah tutup...

teringat dialog Dato' Rahim Razali dalam filem CINTA ( aku suka sangat dengan filem ni)
isteri bukan hakmilik,ia adalah anugerah.....

0 dah buat karangan gred A:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...