Assalamualaikum...
Ni nak cerita pasal Melaka skit, kami dah lama tak ke Melaka,adala tujuh lapan bulan kot...kalau pompuan ngandung,dah kira sarat la tu...eh apasal lak kait mengait ngan pompuan ngandung plak nihh...

Disebabkan tempat ni selalu jugak kami datang bersantai,jadi tak banyak tempat bersejarah Melaka yang kami pergi,kecuali laut,makan ikan bakar Umbai n zoo,selebihnya kat kolam mandi....lagipun aku dah pernah jadi pemastautin selama setahun kat Melaka ni,tahun 2000 dulu,time ambik kursus KSPK Teknologi Maklumat kat Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka Durian daun...kira agak-agak expert gak ler kat sini,tak banyak yang berubah pun,kecuali Dataran Pahlawan dah siap Melaka Mall nye,sebelah Equatorial,hotel rasmi kalau kami ke sini. jalan sesak betul....lagiii ada Eye On Malaysia yg dipindahkan dr KL tu,ada bot dua alam n Pasaraya Jusco yang baru nak buka tapi tak jadi sebab kejadian letupan tu....

Ok..meh.layan gambar

Equatorial Hotel di Banda Hilir....

jealous betul ngan orkid kat sini....pasal orkid aku tak menjadi cam ni....

bilik kami di 1024...club equator

Hubby with En.Ibrahim,orang kuat Equatorial yg memastikan bilik penginapan dan segalanya tip top tiap kali kami ke sini...tq very much...

bukan teruja dengan sambutan krismas tau...cuma suka tengok segala dekorasi ini diperbuat daripada coklat,biskut dan gula icing....
tapi tak de le pulak semut...he he he...

aktiviti biasa...naik beca ( adik beca ni bagus sebagai tourist guide,banyak info...)n makan asam pedas melaka...

suka dengan pool di sini besar.luas dan paannnnjang..sampai hujung kanan sana...nampak tak?
anati macam biasa kalau jumpa pool...paling kurang 3 jam....

lagi aktiviti biasa...waktu malam,ikan bakar kat umbai....tengok tu,penaja tunggal cuti cuti malaysia tengah nnggaaappp...

zoo melaka,aku rasa better than zoo negara ( kat zoo negara aku rasa gajah n rimaunya still sama masa aku kecik-kecik dulu kut..dah menopouse,.taring pun dah tanggalll...)

Waktu sampai di Zoo Melaka hujan betul-betul lebat,jadi kami terpaksa menunggu sebelum beli tiket masuk,bila dah agak reda sikit kami pun memulakan ekspedisi...My 'Sivaji The Boss'cadangkan kami naik tram,tapi aku tak nak kononnya nak menambahkan pengalaman anak...biar dia tengok sendiri dengan lebih dekat semua binatang tu ...

Baru separuh perjalanan,tetiba hujan turun lagi,kali ni betul-betul lebat,kebanyakan visitors yang datang ada payung,kira selamatlah sikit. Kami berteduh di satu kawasan tempat jualan aiskrim dan makanan ringan ( gerai dah tutup). Tunggu punya tunggu hujan tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti,hari semakin gelap,waktu melawat hampir tamat. Pengunjung lain semua dah tak ada

Aku dan anak mulalah suspen semacam jer,hubby cuba menghubungi pihak zoo ( kebetulan Anati ada bawa masuk map zoo tu) tiga kali call,talian tak diangkat..My Sivaji pandang kiri dan kanan and...jeng jeng jeng...dia selamba jer pegi cabut payung besar kat tempat berehat tu..( you all bayangkan payung besar bertangkai panjang yang orang letak kat taman rekreasi,kat tengah-tengah meja batu..)

"Jom...",katanya.Aku ketawa bagai nak pecah perut tengok dia memikul payung besar tu...punyalah besar payung tu,Anati boleh main-main lagi bawah payung tu,lari ke sana ke mari. Dengan payung besar dan hujan lebat tu,kami boleh singgah lagi tengok binatang-binatang sepanjang jalan tu...romantic laa jugakkk...Bila dah nak sampai,kebetulan hujan dah renyai,Hubby letak payung tu,kat satu meja yang payungnya juga dah tercabut...faham fahamlaaa...bukan kami je yang buat kerja tu...bukan curi...cuma nak menyelamatkan diri...

Sayangnya aku tak boleh snap gambo hubby n payung besar tu...camera out of battery...habis langsung,tu pasal tak banyak gambar...apa punya biol aku pun tak tau,tak pernah ke mana-mana bawa kamera tak de bateri,selalu aku chek dan bawak charger....

Minta maaf laaaa orang Zoo Melaka,kalau payung u all dah beralih tempat ek....

0 dah buat karangan gred A:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...