Entah kenapa aku tetiba jer rasa tak senang dengan yang seorang ini....
Aku tau TAK BAIK begini..
tapi aku tak suka
dengan orang yang tak tau menghargai kawan lain,
aku tak suka dengan orang yang hanya tau mengambil kesempatan
dan tak suka dengan orang yang hanya berkawan apabila dia rasa perlu kepada seseorang,
tak suka dengan orang yang berkawan kerana dia punya agenda,
ada personal interest tersendiri...


Aku jenis orang yang boleh berkawan dengan sesiapa saja,setakat ini aku bukanlah orang yang terlalu berkira dalam apa juga...aku boleh berkompromi,

boleh bertoleransi,
tapi ORANG TU harus fikir,jangan kerana aku begitu
terus terusan ambil kesempatan dan merembat peluang...

Adat berkawan harus ada timbal balik
harus ada give and take,
jangan kerana aku tak bersuara

Dikira aku boleh diperkuda.....

p/s: setelah hampir lapan tahun
aku hanya mampu meluahkan ( tak sepenuhnya) di blog..
cuma di blog....
ahhhh...sedihnya....

2 dah buat karangan gred A:

Rashid said...

ermm.. senang je. Jangan berkawan dengannya. hehe

Sebenarnya hanya orang yang pandai menghargai saja akan menilai peri pentingnya saling bertimbal balas dalam sesuatu perhubungan..

Cikgu Nurin said...

Cikgu Rashid, tak berkawan pun rasa serba salah jugak...cuma satu kesalahan yang perlu diakui...saya ni termasuk dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata TIDAK...jadi sampai bila pun dok macam tu laaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...