Salam.

Masih terasa penat selepas menghantar adik bongsu ke UUM Sintok. Bangga dengan dia. Sewaktu memasuki perkarangan UUM untuk pendaftaran,tiba-tiba terlintas bayangan wajah mak yang kelihatan tersenyum....air mata mudah saja mengalir...melihat adik bongsu ke universiti memang menjadi harapan mak...sebab itulah aku bertungkus lumus,mengurus segala-gala dari A hingga Z,supaya dia menyambung study selepas tamat politeknik dan alhamdulillah,kami adik beradik telah menunaikan amanat mak...

Bermalam di Darul Aman Suites,Jitra dan pagi Ahad sebelum ke UUM,dapat panggilan dari Abang Din,memaklumkan kepulangan seorang sepupuku ke Rahmatullah...aku terduduk dan terpana...dua minggu kebelakangan ini,aku asyik ingatkan dia...tapi itulah manusia,terlalu leka dengan segala yang dinamakan 'sibuk',terlupa akan ikatan saudara...tiga dari enam anak arwah Pak Lang dan arwah Mak Lang,telah kembali kepada yang lebih berhak....Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunannya pada semua sepupuku yang telah pergi.....




Acu yang kami tinggalkan
untuk kembali bergelar pelajar
semoga kuat dan tabah di tempat orang....

0 dah buat karangan gred A:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...