Salam,

Dah lama berhasrat nak masuk contest ni,ni kali pertama aku cuba bercontest sejak berblogging ni, sebab nanti dapat kad raya...


Contest Kad Raya ni fully sponsored oleh tuan tanah kedawung En. Asy...


.............................................................................


Bercerita pasal kad raya,aku teringat trend dolu-dolu ( zaman aku muda lela ), kad kad raya yang diterima oleh tuan rumah akan dijadikan sebagai sebahagian daripada hiasan dalaman rumah mereka....macamana?aaaa... semua kad yang diterima selama sebulan tu,akan disangkut pada benang panjang-panjangggg dan digantung ke dinding....maka tetamu yang datang berkunjung,sebelum ngap hidangan raya,akan belek-belek kad kad yang digantung,gantungan kad raya bergantung kepada jumlah kad yang diterima,lebih banyak kad,lebih banyak gantungan dan layer kad kad tersebut,meriahhhh...macam macam kaler,design dan saiz ada...

Dulu,masa bersekolah kami akan berlawan-lawan,sapa yang dulu dapat kad raya...kira dia femes laaa....lebih-lebih lagi kalau pak we hantar,pakwe sapa hantar dulu,macam setia la pak we tu kat dia...siap ada muzik lagi....ada yang kaki putar alam tu,sebab nak rangking teratas siapa dapat kad lebih dulu, beli kad dan pos pada diri sendiri...( aku pun ada buat gak ...)

Disebabkan nak menyertai contest ni,aku dengan gigih mencari semula satu satunya kad raya yang masih aku simpan selama 15 tahun....lama dak?( sibuk ler tu ngira umur aku...)elokkkk lagi kad ni,nak guna balik pun boleh...anto kad En. Asy...hi hi hi...

Kad ni dari kawan baik aku, Norma ( orang Penang ) yang sekarang dah lost contact,tengok ni...lepas sahur tadi,aku tembak,kome jangan hanto kad pada aku guna alamat tu,dah expired dah address tu...


nak baca content kad pun tak per....baca laaa....


Sekarang ni,nak dapat satu kad yang real pun payah...semua pakai kad buat sendiri dan pos kad FB...bestkan kalau dapat kad macam dulu-dulu....

Nak sambung sket pasal kenangan raya,waktu dok google cari resepi baru biskut,terjumpa kuih ni,aku panggil 'Kuih Sepit',sebab buat dia guna penyepit bulat,bakar atas dapur dan lipat masa panas-panas,boleh melecur jari kalau tak cekap melipat...



Nostalgia aku dengan kuih ni...sebab mak buat kuih ni,guna dapur arang,(tak de duit nak beli dapur gas), jual semasa bulan puasa untuk dapatkan belanja lebih waktu raya,memang mak sangat gigih membantu abah,maklumlah abah cuma kerja kilang dengan gaji kecil nak membesarkan kami. Kuih tu bila dah siap,mak masukkan dalam plastik,dan tugaskan aku dan adik ( waktu tu umur 10 tahun,adik 8 tahun ),jual kat kawasan perumahan berhampiran kampung kami. Mak letak harga seratus keping cuma lima ringgittt....murahnya kan? dan mak tak pernah letak cukup-cukup 100 keping,mesti ada lebih sekurang kurangnya dua...mak memang pemurah.

Maka aku dan adik akan bawa tiga bakul ( aku dua bakul sebab aku kakak,adik bawa satu jer ) berjualan...tapi kuih mak cepat sangat habis..pertama sebab murah,kedua sebab kuih mak memang terkenal sedap dan ketiga sebab aku cun....kah kah kah...

Bila tiba Hari Raya....( macam lagu Black Dog Bone)...kami dapatla upah.....tak banyak,lima pulus sen je,tapi kami ni anak anak solehah...tak banyak ragam...besarnya hati..

Tapi tu semua tinggal kenangan...mak dah tak ada lagi,ini kali kelima kami berpuasa tanpa mak,mak meninggalkan abah dan kami dalam bulan Ramadhan....aku rindu mak....Alfatihah buat bonda tercinta..... (air mata aku dah mengalir...stop sini laaa)


p/s:boleh dapat kad ke Dik Asy.....?hi hi hi....

3 dah buat karangan gred A:

Asyraf Hamasaki said...

Salam Cikgu Nurin

Terima kasih kerana sudi menyertai ;-)
Penyertaan di terima
Kod peserta adalah 025
sila hantarkan alamat rumah * utk penghantaran kad raya *
di Email adress
asyrafhamasaki@gmail.com

Yan said...

salam kenal...

skang posmen dah tak banyak keje.. pasal da tak ramai antar kad raya mcm dulu2

Cikgu Nurin said...

Btul tu Yan....tengok kalau posmen datang rumah,karung kecikkk jer,tak macam dulu,karung besar besar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...