Salam...
Di dunia ini, segala yang kita lalui, hanyalah dipisah oleh satu garisan lurus yang amat tipis....


Antara baik dan jahat
sempadannya hanya satu garisan

Antara hitam dan putih kehidupan
dipisah oleh satu garisan

Antara cinta dan benci
juga hanya dipisah oleh satu garisan

Suka boleh bertukar duka
kerana sempadannya hanya satu garisan

Jiwa tenang dan kacau
terpisah oleh hanya satu garisan

Kita ingat dan boleh sahaja tiba tiba lupa
kerana pemisahnya hanya satu garisan

Iman boleh sahaja tergelincir
melepasi sempadan satu garisan
menjadi syaitan

Antara garisan
Kadang kadang kita kecundang
Kerana kita sering lupa
Bila kita berada di dunia putih
Kita alpa bahawa sempadan untuk ke dunia hitam
Tidaklah sejauh mana...

Hanya dipisah satu garisan....
Sehaluan tetapi...
Tidak setujuan....


Buat rakan yang sedang dikurung duka...bersabarlah
Ujian yang datang
Iman yang menjadi taruhan
Aku titipkan doa agar kau kuat
Kembali melangkah ke sempadan garisan putih
dan
Usah tergelincir lagi.....
( simpati buatmu...)

3 dah buat karangan gred A:

Anonymous said...

assalamualaikum.
antara baik dan buruk di alam siber-satu garisan di hujung jari...
menarik puisi anda. semoga terus suksess.

Cikgu Nurin said...

ye betul abgreds...sangat setuju...puisi main main je...anyway timakasihhhh....

Anonymous said...

Que collèges / universités sont les meilleurs pour la littérature anglaise et la création littéraire?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...