Salam sayang semua....

Saya baca SOLUSI,dan terjumpa ini....jadi saya nak kongsi...

Jom,kita share sama sama nak....



Seorang ahli hikmah masuk ke dalam sebuah kampung dengan mengenderai seekor keldai.

hi..there...

Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin istirahat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.

Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka, orang orang kampung itu pun segera menyambutnya.

"Assalamualaikum orang alim,"sapa seorang lelaki.

"Selamat datang tuan," sapa seorang yang lain.

Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut.

"Tolong ajarkan kami semua."

"Syukurlah tuan datang, Jika tidak jahillah kami."

Ahli hikmah turun dari kedainya dan bertanya."Bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?'

Orang-orang kampung itu pun menjawab,hampir serentak,"Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar,tentulah ilmu tuan banyak. Tolong.tolong ajarlah kami."

Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu ke kepala keldainya.

"Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar! Sila kamu semua belajar daripadanya."

Orang kampung tercengang-cengang. Tidak sangka mereka telah mendapat 'pelajaran pertama' daripada ahli hikmat itu dengan cara yang begitu bersahaja,tetapi sangat sinis sekali.

Ya,pengajaran ada kalanya pahit sedikit.

Moral of the Story: Ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang itu dengan hanya berdasarkan rupa lahiriahnya. Walaupun tanda-tanda lahiriah itu juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang,tetapi sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang hanya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran atau lain-lain ukuran fizikal atau material, adalah tidak tepat.

Pakaian, hanyalah umpama topeng yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun, pastikan bahawa kita adalah lebih baik daripada topeng yang kita pakai!!!!

14 dah buat karangan gred A:

sarah-najwan said...

betulll....kalu kata2 manggris gak..dont judge de book by its cover..heheh..org kdg2 luaran nmpk perfecto..tapi dlman..hampeh...dan sebaliknya..

saya byk gak pglamn gini..jadi pengajaran dan panduan utk kita..

kita nak..nmpk fizikal sempurna dalaman pom mau baeekkkkk...betulkan cikgu..

Cikgu Nurin said...

BTOOOLLLLLL.......cikgu sarah.....sokong ...dua dua pun penting...

Anonymous said...

pernah baca cerita ni..

kena ada dacing timbang luar timbang dalam, baru tau mana berat mana ringan..

psst..ada telepon dari tv3 tak?...

one2paii said...

yang bersih dari luaran tidak selalunya bersih di dalaman..cantik di luar tidak secantik di dalam..btul tuh..jgn menilai orang dari luaran banding dalaman..bahguih tul cikgu nie..heheh

CIK TOM said...

tue penting kita jgn terlalu cepat menilai seseorang hanya sekadar luaran dia je kan akak?baik luaran x semestinya baik dalaman..sebab dlm hati ni takde siapa pun tahu..

study ok..tp buku mtest dah abis xsmpt beli..cik tom just sempat beli yg insak je..yg lain bc kat tnet je..kalo ade rezeki ade la..thanks tau akak..sayang akak...

akak!!cik tom pun suka la baca majalah solusi..selalu beli masa study kat shah alam..tp skang kat terengganu cari2 xde jual kat sini..xsangka suka majalah yg sama..hehe...

Cikgu Nurin said...

Abgreds: ye btul,kena timbang luar dalam...

tv3 ada call....suh jadi tukang angkat camera masa mazlin nordin wat liputan...keh keh keh...

Cikgu Nurin said...

2paii...banyak manusia ni,luaran nye macam suciiiii je,tapi dalam....hmmm..ate..kate cikgu..mesti ler baguih..hi hi hi

Cikgu Nurin said...

Cik tom...akak doakan tom berjaya ujian tu...kita baca majalah sama..chemistry la tu....:))))cayang tom...

ieda Qema said...

akak, gomok terharu.. patutlah akak sayang gomok lebih.. siap nak banjer lagi kan.. kan.. kannn?? hahahah

Cikgu Nurin said...

gomok...jom akak banje gomok air gelas besar ...air suam laaa....cayang gomok....:))))

Rashid said...

hahaha!! gelak saya ..

Tule sapa suruh tanya soalan yang bukan-bukan. Kan dah kena tu..

Teringat zaman kecik-kecik dulu, suka pakai topeng zorro .. hehe

Cikgu Nurin said...

Cikgu Rashid: Saya ingat lagi citer zorro tu...hero hensem....

Rashid said...

Memang hendsome .. misai kecilnya ..

fiezah91 said...

haha.. jgn tgk dan menilai dari luaran..

bulan 12 baru rongak dtg sekolah balik ye cikgu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...