Salam...
Masih beraya?...ye, jemputan ke rumah terbuka sampai ke hujung Syawal nanti...
Alhamdulillah,saya pun dah menjemput semua kawan,handai taulan dan saudara mara ke rumah terbuka kami.
Terima kasih pada yang sudi memenuhi jemputan. Sangat-sangat meriah. Maklumlah, waktu hari raya tak semua orang boleh berkunjung ke rumah kita,dan kita juga tak sempat nak berkunjung ke rumah semua kenalan dan saudara, jadi rumah terbuka adalah satu alternatif ( pada pendapat saya).
Rumah terbuka yang dianjurkan tu adalah atas niat untuk mengeratkan sillaturrahim. Bila ada keramaian begini,baru kita kenal ahli keluarga mereka,suami isteri dan anak masing masing.
Alhamdulillah...rasa seronok dan suka menggantikan rasa penat melihat kawan kawan dan saudara mara yang datang. Makanan juga tak ada yang terbuang. Senang hati saya mencuci periuk belanga....
Malangnya entri saya kali ini tak ada gambar...sebab bila saya mula keluarkan meriam saya tu, My Sivaji The Boss beri amaran - Dah,tak payah,orang datang nak makan,kena layan...
Sebagai isteri solehah - cewahhhh...saya pun akur...
Salam...
Semalam dah bermula peperiksaan UPSR di seluruh negara. Setelah berbagai usaha dan motivasi yang dilakukan oleh guru-guru di sekolah,hinggalah ke saat saat akhir,maka ke medan juanglah anak anak tersebut.

Sepanjang tiga hari,murid tahap satu semua direhatkan,ada yang bersambung dengan cuti raya,maka hampir tiga minggu juga mereka ni bercuti sakan....tapi CIKGU CIKGU tetap kena sekolah ye....

Sewaktu blog walking.....eh silap...saja nak 'ucik ucik' korang....di sebabkan tak ada anak murid yang nak diajar,maka Cikgu jalan jalan di sekitar sekolah yang indah permai ni,sambil bawa meriam nak tembak tembak kawasan berkabus di kaki bukit,sewaktu menyusuri tepi surau sekolah...jeng jeng jeng....tetiba telinga cikgu ni.....menangkap suara orang membaca quran...seram gak nih...tapi disebabkan saya ni keturunan pahlawan...beranikan diri menjenguk ke dalam surau....

Alangkah terharunya rasa hati...dua orang ibu sedang membaca yassin ketika anak anak mereka sedang berjuang di dewan peperiksaan,sanggup bercuti kerana nak bersama sama anak...

Saya percaya semua ibu akan berdoa dan sedaya upaya berbuat yang terbaik untuk semua anak mereka...percayalah,selagi ibu hidup,doa mereka sentiasa mengiringi setiap inci kehidupan anak anak,doa ibu sentiasa membuatkan hidup kita lebih dipenuhi 'qaramah' ,dan semua itu akan terhenti apabila tiada lagi ibu untuk mendoakan kita...

Buat anak anak murid...berjuanglah sehabis baik dan berilah yang terbaik dan yang termampu kamu berikan kepada ibu ayah,keluarga,guru guru dan masyarakat. Cikgu mendoakan kamu,termasuk semua anak murid dan bekas murid murid Cikgu hampir 20 tahun lalu....

AMIN......


Jangan menjawab dengan muka macam ni yee...
Salam....
Salam Hari Raya lagi...
Izinkan saya nak lompat tinggi tinggi jap......YEAYYYY.....
I'M HAPPYYYYY.....
Kenapa?
HA HA HA....
Sebab setelah lima belas tahun...ya...ulang suara...15 tahun ya tuan tuan....
Baru kali ini saya dapat kembali KAD RAYA 'home made' punya....ada stem lagi....ada cop lagi... Posmen hantar.....

Stem Hari Penubuhan Malaysia lagi....biar pun sekeping....ai tak kira,nak happy gak,nak lompat gak...

Hari hari saya tunggu tau...hari hari seluk peti pos depan rumah...akhirnya yang ditunggu tunggu tiba jua....

Tima kasih Dik Asy....

Walau duit raya tak de....saya suke...korang ader?
Ada pantun lagi di belakang sampul tu..

Meh saya sambung pantun ni...
'Kalau ada umur yang panjang. Bagilah KAD RAYA POS lagi...'



p/s: Terima kasih gak pada yang tukang tulis kad raya.....

-dah dua hari cuba upload pic raya ni...streamyx sangat sengal......upload gambar kad raya,bila dia dah ok....-
Salam...
Pertama tama sekali...Selamat Hari Raya kepada semua kawan kawan yang sudi menjenguk ke blog kecil saya ni...blog ni cuti lama kerana kesibukan yang amat dahsyat sebelum Hari Raya..jadi saya tak sempat nak membalas kunjungan semua yang sudi bertandang ke sini...nanti saya jengah semuanya ya...kepada yang mengirim e card, saya juga mohon ampun dari hujung rambut sehingga ke hujung jari sebab hampir dua minggu tak on line...jadi bila ada kesempatan on line...rasa bersalah pula tak berkesempatan membalas...

Sibuknya saya disebabkan saya dan hubby melakukan perubahan dalaman 150 peratus...ubah segala galanya dari sekecil kecil benda hinggalah ke sebesar besar benda,dari luar rumah hingga ke bilik bilik dan ke dapur...tak percaya?meh tengok ni....

Ini baru satu daripada gambar yang saya snap semasa tsunami sebelum raya hari tu..tak payah banyak banyak laa...pengsan nanti nengoknya...

Hari Khamis dah sibuk memasak,sebelum tu mengemaskini stok stok bantal untuk keluarga adik adik yang akan berkampung di rumah kami...pepagi lagi sesudah subuh...bermulalah aktiviti dapur...nasib baik dua PA Sivaji The Boss dan isteri sanggup tolong...maka kami memasak beramai ramai...

lemangg...heemmmm


Ketupat....special mari...semua ni My Sivaji The Boss yang anyam...dua malam dok menganyam ketupat...siap bukak kelas mengajar anyaman ketupat lagi ( tak sempat snap gambar hubby menganyam ketupat,sebab sibuk memasang langsir )...


Rendang ayam dan daging...

Haaaa tu dia...ketupat dah masak.... (sapa nak ambik gambar ni buat hiasan kad raya tahun depan...ambik laa...he he he...bagi kredit je kat saya...)

Orang jemur kain...Si Wan jemur ketupat....

Malam tu,kami berbuka ramai ramai di luar...di luar rumah la....seronok...
Pagi Raya,selepas balik Solat Raya...snap snap sikit,sambil layan orang ramai bertandang...

Wajah sepi abah....

Emmmm...Cik Bab dan sebahagian sepupu sepapat....

Cik Bab bersedia untuk bertandang ke rumah jiran..

Malam raya kedua,sempat snap gambar bulan sabit dengan satu bintang yang amat terang dan cantik sangat sangat.....

Tu la sebahagian cerita Hari Raya versi saya...nanti sambung lagi...

Kata Hatiku :

Waktu berbuka malam terakhir berpuasa,bilal di masjid alunkan takbir raya,tak semena mena,terbayang emak datang tersenyum dan berlalu pergi....


Hari Raya tanpa seseorang yang dipanggil emak,hilang nikmatnya....

Bila berkumpul beramai ramai,semua cerita tentang emak.....

Rumah kembali sepi setelah semuanya pulang....dan kami rindu MAK....
Salam Ramadhan....

Semalam waktu My Sivaji The Boss mengagih agihkan duit raya ke dalam sampul,tetiba je ternostalgia pada kisah 3 tahun lepas....Kisah Aiman Tak Kisah....

Alkisahnya,hari itu adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya, aku masuk ke kelas tahun satu bagi mata pelajaran Sains.

"Siapa kat sini yang mak atau ayah dia dah tak ada....maksud cikgu meninggal dunia?"

Dua murid mengangkat tangan. Ridhuan dan Aiman. Ridhuan aku tahu anak yatim,ayahnya meninggal beberapa bulan sebelum puasa. Aiman aku tak pasti,aku panggil Aiman ke depan.( FYI aku bukan guru kelas,sebab tu tak tahu data murid-murid ni,dan aku tak mahu bertanya guru kelas mereka atas beberapa sebab...)

"Aiman tak de siapa?"

"Emak..."

( aku dah mula sebak memikirkan anak sekecil itu dah kehilangan emak, dan Aiman ni,budaknya lasak nauzubillah.....kuat buli kawan dan kerja manjang tak siap,jadi selalu jugakla kena tui dengan aku,kalu tak jentik idung,jentik telinga....)

"Kesiannya Aiman....bila emak Aiman meninggal?Cikgu tak tau pun...."

"Masa umur Aiman 5 tahun..."

Air mataku mulalah nak meleleh...aku jadi betul betul menyesal sebab selalu 'tui' si Aiman ni...rupanya anak yatim...aku yang tua ni pun ( dah tua rupanya...) macam sasau tak de mak,apatah lagi anak yang sekecil tu...

"Jadi,puasa ni sapa yang masak?"

"Ayah..."

Aku buka beg,cari duit raya yang memang aku niatkan nak sedekah pada anak anak yatim bagi kelas aku mengajar ( maaf ye...jangan anggap apa- apa...)satu aku dah bagi pada Riduan,rupanya itu duit raya yang terakhir,aku belek wallet,ada not not besar,jenuh membelek tak ada duit kecil. Aku terfikir nak tanya kawan kawan nak tukar duit.

Sambil mengusap kepala si Aiman (usap kepala anak yatim kan dapat pahala....) aku bagitau dia,

"Aiman tunggu sini tau,cikgu nak naik ke bilik guru kejap,kelas, jangan bising,cikgu ada hal..."

Sambil berlari ke tingkat atas,air mata yang aku tahan tadi,turun laju,macam macam yang aku fikirkan tentang si Aiman ni...Sampai di bilik guru,aku terus duduk di tempat Tim,guru kelas Aiman,menangis teresak esak,kawan kawan sibuk memujuk...

Tak lama kemudian, Tim masuk,terkejut dia tengok aku yang brutal ni menangis..

"Pesal kak?"

"Tim,akak tak sangka Aiman tu,selama ni aku selalu marah dia kaw kaw,rupanya akak marah anak yatim,kalau akak tau dia tak de mak,akak tak lah marah marah bila dia nakal...."


"Hah? Aiman tak de mak?,siapa cakap?"


"Dia la...dia bagitau mak dia meninggal masa umur lima tahun..."


"LAAAAA...akak oiii...mak si Aiman tu HIDUP lagi,tu tengah mengandung enam bulan.."


"Ye ke?mana Tim tau?"


"Apasal lak saya tak tau,rumah dia selang berapa pintu je dari rumah saya...kakak dia pun ada ,tu Tahun Lima.."

Aku cepat cepat sapu air mata,kawan kawan yang tadinya dok simpati,dah gelak guling guling...


"HISSHHHH...budak Aiman ni,dikenakannya aku,nanti kau..."


Tim meminta seorang murid yang kebetulan masuk ke bilik guru panggil Aiman dan kakaknya berjumpa kami.

Sementara dok menunggu si Aiman tu, teruk la aku kena kutuk. Si Aiman dan kakaknya sampai.
Muka si Aiman selamba deeerrkkk jer...hish keccikkkk je budak tu aku tengok. Nasib baik aku puasa...

"Aiman,kenapa bohong cikgu?" tanya Tim,garang.

"Adik saya bohong apa cikgu?"

"Aiman ni,tipu cikgu kata mak dia dah meninggal.."


Si kakak memandang si adik.."Apa Aiman ni...siap kau balik nanti akak bagitau ayah..."


Si Aiman tetap dengan muka tak bersalah dia tu.

"Apasal Aiman tipu cikgu?repot polis baru tau..."

Aiman tersengih,nak tau apa jawab dia?


"Cikgu mesti nak bagi duit raya kat anak yatim..tu pasal la,Aiman nak gak..."


Masyaallah...kecik kecik dah pandai buat cerita...

"Awak ni...tak baik tau,cakap macam tu,tak sayang mak?

Aiman diam,muka tetap selamba....

Last last,sejak dari tadi aku sabar,aku tarik gak hidung si Aiman tu. Geram betul.

"Dah,balik kelas,nanti cikgu sekel lagi,nak kena?"


Geleng.


Si kakak menarik tangan si adik sambil membebel.

Aduiiii...membazir je air mata aku dek si Aiman ni...nasib baik tak simpati lebih....

P/S:SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA YANG BAKAL TIBA.....
Salam,

Dah lama berhasrat nak masuk contest ni,ni kali pertama aku cuba bercontest sejak berblogging ni, sebab nanti dapat kad raya...


Contest Kad Raya ni fully sponsored oleh tuan tanah kedawung En. Asy...


.............................................................................


Bercerita pasal kad raya,aku teringat trend dolu-dolu ( zaman aku muda lela ), kad kad raya yang diterima oleh tuan rumah akan dijadikan sebagai sebahagian daripada hiasan dalaman rumah mereka....macamana?aaaa... semua kad yang diterima selama sebulan tu,akan disangkut pada benang panjang-panjangggg dan digantung ke dinding....maka tetamu yang datang berkunjung,sebelum ngap hidangan raya,akan belek-belek kad kad yang digantung,gantungan kad raya bergantung kepada jumlah kad yang diterima,lebih banyak kad,lebih banyak gantungan dan layer kad kad tersebut,meriahhhh...macam macam kaler,design dan saiz ada...

Dulu,masa bersekolah kami akan berlawan-lawan,sapa yang dulu dapat kad raya...kira dia femes laaa....lebih-lebih lagi kalau pak we hantar,pakwe sapa hantar dulu,macam setia la pak we tu kat dia...siap ada muzik lagi....ada yang kaki putar alam tu,sebab nak rangking teratas siapa dapat kad lebih dulu, beli kad dan pos pada diri sendiri...( aku pun ada buat gak ...)

Disebabkan nak menyertai contest ni,aku dengan gigih mencari semula satu satunya kad raya yang masih aku simpan selama 15 tahun....lama dak?( sibuk ler tu ngira umur aku...)elokkkk lagi kad ni,nak guna balik pun boleh...anto kad En. Asy...hi hi hi...

Kad ni dari kawan baik aku, Norma ( orang Penang ) yang sekarang dah lost contact,tengok ni...lepas sahur tadi,aku tembak,kome jangan hanto kad pada aku guna alamat tu,dah expired dah address tu...


nak baca content kad pun tak per....baca laaa....


Sekarang ni,nak dapat satu kad yang real pun payah...semua pakai kad buat sendiri dan pos kad FB...bestkan kalau dapat kad macam dulu-dulu....

Nak sambung sket pasal kenangan raya,waktu dok google cari resepi baru biskut,terjumpa kuih ni,aku panggil 'Kuih Sepit',sebab buat dia guna penyepit bulat,bakar atas dapur dan lipat masa panas-panas,boleh melecur jari kalau tak cekap melipat...



Nostalgia aku dengan kuih ni...sebab mak buat kuih ni,guna dapur arang,(tak de duit nak beli dapur gas), jual semasa bulan puasa untuk dapatkan belanja lebih waktu raya,memang mak sangat gigih membantu abah,maklumlah abah cuma kerja kilang dengan gaji kecil nak membesarkan kami. Kuih tu bila dah siap,mak masukkan dalam plastik,dan tugaskan aku dan adik ( waktu tu umur 10 tahun,adik 8 tahun ),jual kat kawasan perumahan berhampiran kampung kami. Mak letak harga seratus keping cuma lima ringgittt....murahnya kan? dan mak tak pernah letak cukup-cukup 100 keping,mesti ada lebih sekurang kurangnya dua...mak memang pemurah.

Maka aku dan adik akan bawa tiga bakul ( aku dua bakul sebab aku kakak,adik bawa satu jer ) berjualan...tapi kuih mak cepat sangat habis..pertama sebab murah,kedua sebab kuih mak memang terkenal sedap dan ketiga sebab aku cun....kah kah kah...

Bila tiba Hari Raya....( macam lagu Black Dog Bone)...kami dapatla upah.....tak banyak,lima pulus sen je,tapi kami ni anak anak solehah...tak banyak ragam...besarnya hati..

Tapi tu semua tinggal kenangan...mak dah tak ada lagi,ini kali kelima kami berpuasa tanpa mak,mak meninggalkan abah dan kami dalam bulan Ramadhan....aku rindu mak....Alfatihah buat bonda tercinta..... (air mata aku dah mengalir...stop sini laaa)


p/s:boleh dapat kad ke Dik Asy.....?hi hi hi....
Salam ramadhan....

Boleh ke ini dikatakan aktiviti mengisi waktu senggang aku...
Boleh la kot....
Mentang-mentang tak masak sarapan pagi dan exam dah habis...merdeka tak ingat dunia...
Tak ingat ker kena mark exam paper bebudak tu makcik oiii....
jap la....
dah tak de kerje sangat ni....edit edit gambar Damia yang cute....

budak kecil sentiasa wangi walau pun tak mandi...

aaa....cayang bucukkkk....

damia versi serius.....

aikkk...dah boleh jaga adikkk?

pesal pulak tetiba je...aku rasa macam teringin nak budak kecik ni.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...