Salam petang semua....
Dah minum petang ker...?
Kudap apa petang ni...?
Tak kiralah apa kudapan pun, yang penting, kita semua happy bersama keluarga tersayang...
Betul tak?
Betul Cikgu.....
* Sila angkat tangan lurus-lurus...*
Pandaaaiii.....

Saya nak tanya, ada tak di antara kita tak suka berkawan?
Sapa tahu, orang yang tak suka berkawan dipanggil apa?
*jawab sendiri *....

Saya rasa kita semua suka hidup dikelilingi kawan dan sahabat.
Gurau senda, happy happy..
Sahabat dan kawan ada di mana mana sekarang.
Termasuk di alam siber.
Sahabat yang berhubung dengan kita di FB, blog, Ym dan macam macam adalah....
Ada kawan di alam siber yang boleh menjadi mesra, baik dan boleh ber-kau aku dah, sama mesra macam di alam nyata.

Hakikatnya, walau pun ada yang belum berjumpa dengan sahabat maya, tapi mesranya macam kita selalu berjumpa.
Kadang-kadang, kalau tengok di bloglist, kalau kawan maya kita tu tak update entri, mesti kita tertanya-tanya...pesal laaa dia ni tak update update, sakit ke? bz ke?bersalin ke...?
Betul takkkk?????
Angkat tangan lurus lurusssss....

Sebenarnya hari ini saya tunjuk.. (nak menunjuk la tuuu....)
yang saya dapat kiriman cenderahati dari sahabat blogger....adik NORA
Tu yang saya kata, berkawan walau hanya tercipta di alam siber, mesranya macam kita selalu jumpa...
Terima kasihlahhhhh dik Nora- buat syusyah syusyaaahhh jerr...

Akak shuke....berebut ngan anak ni....
Bila saya cakap, "ini kawan blogging ibu yang kasi...tak boleh.."
Dia jawab.."Ok, adik nak blog juga..."
"Haishhh...adik baru darjah tiga, tak boleh lagi..."
"Bila adik boleh ada blog?"
"Bila dah boleh berblog...."

cantikkan? cute miuttt sangat.....tq NORA...
Saya ada ramai kawan blogger yang baik, ramah dan sangat mesra,walaupun saya ni tak femes amous...
Kepada yang sudi berkawan, beramah mesra, yang sudi datang membaca, tak kiralah, silent reader ke, tegur di SB ke, atau rajin beri komen ke...( yg ni suka amat..) ai lab u all....terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya...hargainya sesangat...

Ok friends...nak g wat cekodok bilis lagi..taruh kucai ngan toge...suke?
Maklumat terkini dari Mesir....

Sila ke SINI
Juga sila tinggalkan kata kata sokongan dan doa anda kepada blogger KASIHREDHA Semoga dengan sokongan dan doa anda, beliau akan mendapat semangat.

Semoga dengan doa kita semua, Abang, anakanda yang dikasihi serta para pelajar di sana selamat pulang.
Salam semua..
Kita semua tahukan tentang pergolakan di Mesir sekarang.
Ramai pelajar kita yang berada di sana.
Justeru, bagi ibu bapa pelajar pelajar tersebut, tentu amat amat risau dan kalut memikirkan keselamatan anak masing-masing.
Maklumlah, anak yang  di hadapan kita pun kita risau bila hilang sekejap, inikan lagi jauh...
Mari kita sama sama mendoakan agar semua pelajar kita di sana dilindungi dari segala bencana.




Salah seorang daripada pelajar tersebut adalah anak kepada blogger KASIH REDHA.
Beliau yang sekarang sedang menunggu berita, berharap kita sama sama dapat mendoakan keselamatan anaknya dan juga mereka yang berada di sana.






Dan ini mesej dari seorang pelajar perubatan di sana.


SAYA NURUL NADIA, SALAH SEORANG PELAJAR PERUBATAN DI MESIR,




MEMOHON JASA BAIK RAKAN-RAKAN BLOGGERS DAN PEMBACA DI LUAR SANA UNTUK MENYOKONG KAMI MENDAPATKAN PERHATIAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA TENTANG SERIUSNYA PERGOLAKAN YANG BERLAKU DI MESIR.
PARA PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI MESIR KINI BERADA DI DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAHAYA. KEPERLUAN MAKANAN SEMAKIN BERKURANGAN, DAN KESELAMATAN MEREKA TERANCAM SETIAP DETIK.


PELBAGAI INSIDEN BURUK TELAH BERLAKU.


BILA LAGI KITA MAHU BERTINDAK?


FIKIRKANLAH PERASAAN AHLI KELUARGA MEREKA.


ALL OF US ARE THE ASSETS OF OUR OWN COUNTRY. SAVE THEM. PRAY FOR THEIR SAFETY.
HELP US TO MAKE THE OTHER MALAYSIANS REALIZE THE ACTUAL FACT.
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBANTU.
Masih hujan dari semalam..
Mood sejuk..
My Sivaji The Boss dah bertolak ke Melaka awal awal pagi.
Jadi, sarapan sesimple mungkin....
Entri makan lagi?
Tak apalah...kongsi idea.

Sebelum itu, nak mohon maaf sesangat kepada tuan punya resepi ni - aaikkk...cilok resepi aku nihhh..-Sebabnya, saya tak ingat dari mana saya dapat resepi ini.
Betul-betul tak ingat.
Sebab resepinya super duper simple.
Jadi saya ingat dalam kepala je...

Maaf ye, kepada tuan punya resepi.
Kalau anda terbaca entri ini, tolong tinggalkan link di entri ini atau di SB. Insyaallah nanti saya akan highlightkan.

Ok..moh projek...
Karipap Roti

Puan puan hanya perlukan....
Beberapa keping roti - jenama terpulang kepada keselesaan anda
Inti - sebarang, inti sardin ke , tuna ke dan saya guna inti sambal tumis ikan bilis,lebih nasi lemak semalam..haha..belum basi laaa...
Penggelek
Chopping board
Tepung gandum, bancuh dengan sedikit air, buat gam...

OK..kekdahnya puan-puan....

roti harus digelek senipis mungkin - the leper the better- tak makan minyak...

taruk inti atas...inti sambal tumis nasi lemak semalam...
 then, sapu tepinya dengan gam tepung gandum

tekan ngan garfu...nampak molek sket..ada pattern...

goreng minyak sederhana panas...

angkat...tadaaaa...

p/s : kulit roti saya tak buang, tak nak membazir...boleh jugak kalau puan puan nak buang, nanti kulitnya boleh buat projek puding roti...
Lagi satu...tak yah guna breadcrumb bagai..goreng terus jer...kan saya kata simple?
Hujan sepanjang hari sampai petang..
Perut pun dok krok krek krok krek....
Laparrrr jee...
jap jap nak makan...

Atas permintaan orang dua beranak kat rumah ni..
Maka inilah hidangan petang..
Cekodok bilis cicah sos sendiri bikin....
Untuk ayah, layan ngan kopi 'O' nipis kureng manis...
Untuk Anak, milo panas..
Untuk Ibu, jap jap share kopi, jap jap share milo...

Licin maaa....

p/s : Abaikan segala ketidakseimbangan props dan gambar yg tidak sempat diedit...asli punya...he he he...
Hai semua....
U all suka berkawan tak?
Suka tegur tegur orang tak?
Suka lempar senyum ikhlas tak? -jangan sebarang senyum, tersenyum kat laki bini orang kang, *bercepuk!...nah hambek kau...*
Kalau suka, kita geng...meh, give me five*kelepek*....

Ni ada citer, pasal suka sangat nak beramah mesra dengan orang.
Jam lapan tadi, sambil ke pasar pagi, saya singgah di Restoran Lontong King, tapau breakfast.
Tengah tunggu order, tetiba dengar orang jerit, suara budak, "Cikguuuu..."
Toleh belakang, Si Naim tersengih kat saya.
Tau la bebudak, cikgu dok jarak sejengkal je, jerit macam nampak artis pojaan...
Kat sebelah,berdiri sorang pompuan,bertudung,seluar tiga suku.
Muka ketat.

"Ha Naim, beli apa?"..
"Nak beli chiken chop cikgu..."
"Ha?chiken 'chop' cikgu?..."
"He he...cikgu ni...ni ha...ayam tu..."
"Ohh..ni mak ke?"
Saja tanya buat buat bodoh...
Dah tentu la mak dia, muka acuan sama.
Berpeluk tubuh, buat buat tak nampak saya yang berdiri betul betul kat depan dia.

"Puan, apa kabar?"
Pause. Tunggu kot nak hulur tangan. Tak pun.
Muka masih pandang tempat lain.
Saya hulur tangan. "Apa kabar puan?"
Sambil muka masih kat tempat lain, hulur tangan, sikiitt jer...senyum senget sebelah kiri.
"Ni mak Naim ye?"
"Hmmmm..." - muka masih pandang kat sebelah meja makan.

Tengok keadaan acuh tak acuh dia tu, saya pun malas lah nak layan.
"Okey la Naim, bye.."

Aduiii...susah sangat ke, nak menegur orang, nak sambut salam orang?
Bukan kena bayar pun...
Hmmmm...tak nak sudah...
*Ada aku kesah?*



len kali, kalau tak nak jumpa orang, bila keluar, pakai macam ni tau, baru orang tak tegur,
tak ramah dengan u....

Ini keadaanyaa waktu saya bertolak ke sekolah pagi tadi....

Gelapkan? 6.45am...

Orang kata rezeki murah kalau berpagi pagi...
Saya suka tiba awal, tak kelam kabut nak prepare PnP

Lagi pun, kena awal, sebab;
1. Elak jem, haaa jangan ingat kampung tak jem..sesak weh...
2. Giliran kumpulan saya bertugas, sebagai ketua,kena tunjuk teladan baik punya...
3.Dapat parking kat port bagus...hi hi hi...


p/s: Nasib baik pergi dengan bulan, balik dengan matahari, kalau balik dengan bulan jugak, sebulan macam tu, sedar sedar je laki tak balik rumah..hua hua huaaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...