Apa kena entri ni dengan Rozita Che Wan?
Maaf teman ye Rozita...
Terkena badi you la ni, kejap nak bersara, lepas tu tak jadi pulak...
Kejap nak stop blogging, tak sampai seminggu, ada entri la pulak...
Maaf teman ye Rozita...
Terkena badi you la ni, kejap nak bersara, lepas tu tak jadi pulak...
Kejap nak stop blogging, tak sampai seminggu, ada entri la pulak...
![]() |
| sampai hati you, Cikgu Nurin...kata ai bawa badi...tamo kawan... |
*********************************
Okey, serious...
Hari ini menerima kehadiran seorang murid baru.
Anak seorang yang berpangkat 'D'.
Bertukar dari sekolah swasta. Sekolah elit di KL.
Menyemak buku kemajuannya, ternyata komentar bekas guru-gurunya banyak yang agak negatif.
Maksud negatif di sini, bukan merendahkan murid tersebut, tapi lebih kepada memberi nasihat.
Jika mengikut rekodnya, sepatutnya dia ditempatkan di kelas ketiga.
Tapi, 'D' mahu anaknya ditempatkan di kelas terbaik.
Setelah ditolak,campur bahagi darab,
Anaknya ditempatkan dikelas kedua terbaik.
************************************
Jika hampir 20 tahun dahulu
Anak-anak dihantar ke sekolah
Dengan pesanan kepada guru, begini;
Cikgu, ini anak saya, cikgu ajarlah sebaiknya,
Pukul dia kalau terpaksa,
Asal jangan cacat cela...
Tetapi pesanan 'D' tersebut pada cikgu;
Cikgu, ini anak LELAKI bongsu saya.
Dia sensitif dan lembut dan manja.
Jangan TINGGIKAN suara.
Dia mudah menangis.
Dia tak biasa ditengking, dimarah-marah..
Tolong LAYAN dia baik-baik...
HAH?Tolonglah..ini sekolah, bukan nursery budak-budak kecil..
Perlukah diberi syarat sebegitu kepada guru?
Kami guru-guru bukan manusia keramat, bukan maksum.
Ada waktu, 'gunung berapi' akan meletus...
Aduhhh...tak tahu cikgu nak ajar macamana...
***********************************
Tak faham dengan kehendaknya.
Mahu anak diajar atau dimanja-manja?
Guru-guru 'menyinga' ada tempatnya, ada sebab musababnya.
************************************
HUARGHHHHH...AUMMM..AUMMMM...CIKGU CIKGU DI SINI SEMUA GARANG GARANG TAUUUU...
MAKAN ORANG...!!!!!
HUA HA HA....SIAP KAU...!!!!!
p/s: hati menjdi sedikit tidak ikhlas dengan syarat-syarat berbagai...Wahai 'D'...tolong faham..bukan mudah seorang guru hendak memanusiakan orang...








