
Tapi dia lerrrr yang turunkan ilmu ilmu begambau walau pun dia selalu kutuk aku sebab beli basic kit....kau tunggu....nanti bila akak dah pro.....anyway tima kasih baaannnyaakkkk sebab tak jemu tunjuk ajar akak ni....
Disebabkan 'meriam' tu,aku hari hari surf web web photograpy( wwooo photo aaa...not phono...sila maklum,sila maklum...) dan cari tips berfoto walau pun sampai ari aku tak brapa nak pandai lagi...dan buku photography yang dipinjamkan Mamat Haza pun masih dok study lagi...maka itulah aku terlupa sekejap pasal blog dan Fb...al-kisahnyer....
Maka yang jadi mangsa dan model tetap aku sudah barang tentulah.... Cik Bab....

Dialah mangsa setia experiment aku..disuruh berlari,melompat,berbasikal sampai satu hari tu skirtnyer terkoyak dan berbelit dengan roda skuter......dan paling teruk aku kena tahan telinga kena sindir dengan Mr. Sivaji the Boss...
Mr Hubby nak g jumpa orang JPN nak mintak borang tukar karier supaya aku boleh jadi wartawan Metro..Berita kedua.....ramai yang tak tau ni....habis je cuti semester ni maka aku dengan rasminya bukan lagi warga di SKBBS...aku sedih ni,tapi keputusan dah di wartakan....tak jauh mana pun...Hulu Langat jer,selama hari ni pun tak ramai yang tahu aku dah selalu berulang alik dari Langat ke Selayang...tapi aku tetap sampai sekolah tepat jam tujuh atau lima minit sebelum tujuh...he he he..awal ke?
Dah sepuluh tahun tak bertukar environment,tentu nanti kekok nak adapt dengan suasana baru...tapi kadang kadang perubahan itu perlu,bila kita dah berada di zon yang amat selesa,kadang-kadang ia boleh menyebabkan prestasi kita menurun...jadi kita perlu satu suasana baru agar kita terus dapat mengekalkan prestasi di tahap tertinggi...cewaahhh....rasanya lahhhh.....tapi ini prestasi dan suasana di tempat kerja tauuu...has nothing to do with suasana selesa dan kebarangkalian menurunnya prestasi sebab berada terlalu lama dengan pasangan masing masing haa....kuang kuang kuang....sendri mau ingat haaa....
Dengar sikit lagu Ning Baizura Mama Papa...
Mama jangan lupa
Papa sayang mama
Walau terlalu lama
Papa bersama Mama
Papa jangan lupa
Mama sayang Papa
Walau slalu Mama
Marah marahkan Papa....
Ok, stop sini dulu.Layan jap aksi aksi Cik Bab di Ocean View Resort .....




*pulih sedikit semangat dengan kata kata ini*
"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular. Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.
Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan meraih ihsan.
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.
Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.
"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"
Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:
"makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"
Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.
Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh
"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.
Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.
TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :
"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.
Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.
Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.
Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah. Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.
Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.
Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.
Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.
Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.
KESIMPULAN
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.
Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
*yang kadangkalanya juga terlepas perhatianku...moga aku akan jadi ibu yang lebih baik untuknya...*

Aku menghantar Cik Bab naik bas sebab nak tutup rahsia yang aku akan bermalam di sana..walau pun dia bertanya'kenapa ibu bawak beg banyak sangat? jawabku,'ibu bawak barang untuk kem'Cik Bab naik bas no 3.( dalam bas Cik Bab call,'ibu jaga diri baik baik tau...'he he..terbalik kot....
Cik Bab terkejut tengok aku sampai..terus angkat 'peace'....
Terus ke kantin,minum petang
Murid tahun 1,2 dan 3 di tempatkan di dorm,Cik Bab terus msg ayah di Kuantan,malangnya line ting tong....
Taklimat Pertama
Urusetia yang setia dengan tugas...
Sekitar Nur Lembah Bestari yang menenangkan....( nanti nak ajak hubby tido sini...best bunyi air sungai dan unggas...)
i)Tapak perkhemahan untuk 'pemimpin' tahap dua...
Aktiviti sendiri setelah tamat aktiviti wajib untuk pemimpin...Bermula dengan Solat Subuh,kawad kaki,dan aktiviti unit.
Bawah: Assingment tetap diteruskan....hidup Cikgu Fara...
Kanan: Kasi laaa akak can nak bergambo...asyik komeee jee...
Walau penat,tapi seronok...
Nota: ( i )Nearly ponteng today's tutorial...penat giler!kuatkan semangat...berjaya hadir jugak tutorial hari ini...
( ii ) Terserempak dengan seseorang yang telah terpisah selama 18 tahun....nampak dia pandang dari jauh...he he he..sorry ayah...dont be worry, u r the first and always be the first...hidup My Sivaji The Boss!( dah ceritakannn?)
