Saya mengenalinya 24 tahun yang lalu.
Kenal sewaktu sama-sama menjadi guru sandaran,
ketika menunggu keputusan STPM di sebuah sekolah di Hulu Perak. SK. Raban...
Kami menjadi sangat akrab dan erat.
Terlalu erat.
Tidak ada satu rahsia pun yang tersimpan antara kami.
Hatta cerita sehujung kuku jari juga kami kongsi bersama.
Susah senang, suka duka, kisah cinta....apa sahaja..kami tiada rahsia.
Kalau kami bermalam di rumah salah seorang dari kami,
Tidak tidurlah kami bercerita.
Walhal sudah berjumpa di tempat kerja.
Tapi ada lagi yang mesti kami kongsi bersama.
Dia sentiasa ada ketika saya berendam airmata kerana satu peristiwa.
Saya juga meminjamkan bahu untuk tangisnya, saat dia ditimpa duka.
Sehinggakan di malam pernikahannya dua tahun selepas kami kenal,
Dia minta saya menemaninya tidur bersama...
Hmmm..sudah pastilah saya menolak...
Meski dia sudah dipunyai, kami tetap begitu.
Kemudian, dia dengan rumah tangganya.
Saya memilih untuk berkerjaya.
Kesibukan masing masing, memisahkan kami.
Namun sekali sekala, kami berhubung di telefon.
Tidak cukup satu jam bergayut....
Kami terputus hubungan bila saya berpindah.
Dan saya tak punya sahabat seerat itu lagi...
Minggu sudah, saya membuka album lama.
Melihat kembali memori kami dahulu.
Hati tergerak untuk berFB, yang sekian lama saya tinggalkan.
Saya letakkan link blog bersama entri 'SAHABAT'
Tidak lama kemudian
Saya terima ini daripada adiknya....
Nonie Nasron sahabat....sentiasa diingatan wlpun tiada lagi..
Dia pergi meninggalkan ibu ayah tercinta,
Pergi meninggalkan suami dan anak-anak yang masih perlu dimanja..
Namun apa daya kita menahan takdirNya...
Na...semoga Na aman di sana...

Saya memikirkan yang adiknya kehilangan sahabat...
Saya meminta dia menyampaikan salam kepada kakaknya, sahabat saya itu...
Namun, apa yang saya terima, amat meluluhkan hati saya...
Saya menangis semahunya...padanlah saya terlalu rindukan dia.....
Dia menderita selama tiga tahun akibat kanser usus..
Malah abangnya juga turut bersamanya beberapa bulan selepas itu....
Saya tahu kita semua akan ke sana.
Saya juga tahu Allah sayangkan dia.Dia pergi meninggalkan ibu ayah tercinta,
Pergi meninggalkan suami dan anak-anak yang masih perlu dimanja..
Namun apa daya kita menahan takdirNya...
Na...semoga Na aman di sana...
Kami di sini akan sentiasa mendoakanmu...
Kami menyayangimu, namun Allah lebih mengasihimu...
Doa sahabat ini akan sentiasa mengiringimu....
Kami sewaktu bergelar Guru Sandaran.... |
Wajah yang akan sentiasa dirindui.... Al-Fatihah untukmu sahabat... Aku rindukan kamu..... |
41 dah buat karangan gred A:
sedihnya membaca n3 cikgu kali ini
tersentuh & terharu sekali...
semoga rohnya bersama org2 yg beriman...amin YRA
Saya sayangkan dia....
Alfatihah buat sahabat karib Cikgu..
Saya dapat merasakan apa yang cikgu rasa, bergenang airmata saya membaca entri cikgu kerana saya juga kehilangan sahabat ketika tugasan di Sabah. Arwah Aliza Aziz menghidap barah....AlFatihah juga buat Arwah Aliza,....
Chik Inn..terima kasih...mereka pergi keran Allah sayangkan mereka...
moga rohnya dicucuri rahmat..
Salam cikgu Nurin..
Takziah atas pemergian sahabat tersayang, moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman...amin...
sedihnya ellen membaca entri ni sis...takziah untuk keluarga sahabat sis juga.
ya Allah...sedihnya
Al-Fatihah buat cikgu tu
kanser ni memang di takuti oleh semua
Jom baca: Inilah Gerut-Gerut
akak.... huhuhu... cedihnya.. tabah ya kak....
....Sketsa.....dikelopak mata ada sedikit genang.....
tabahkan hati.....
salam takziah dan AL-fatihah untuk arwah kawan cikgu..
baca entry cikgu td membuatkan airmata saya jatuh sekali lagi..
saya rindu dia juga.. arwah sahabat karib saya. baru minggu lepas saya terserempak dengan keluarga arwah. memori 2003 kembali lagi..
AL-fatihah untuk Nor AYUNi amir..
alfatihah bt sahabat akak tu...
Al-Fatihah utk beliau
moga roh beliau dicucuri rahmat-Nya selalu :)
sedihnye kawan baik dh tinggalkn kita buat selamanya...Allah lebih sygkan dia....
salam maulid...
Innalillah...pernah juga kehilangan sahabat baik...memang tersangat2 sedih rasanya...moga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman...
Al Fatihah...moga Allah merahmati aruah.
salam..hampir bergenang juga air mata..yang hidup pasti akan menemui saat kematian..al fatihah untuk sahabat cikgu...
Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali.
Telah genap setahun, Arwah Na menemui penciptanya. Semoga rohnya damai dan tenang di sana. Amin.
Sue: Amin...
AbgReds; InsyaAllah....tq AbgReds...
Ellen: Tq dik...
Ati: mak akak pun pergi sebab kanser yang sama...
Gomok: tq dik
Zul: Tq En. Zul...
Bun_Nee: Al Fatihah juga untuk Nur Ayuni...sedihkan, kehilangan kawan...
Za: Tq...
Jade: InsyaAllah..kita sama sama doakan semua mereka yang telah pergi...
Sham: sedihkan...? AlFatihah untuk mereka semua...
ckLah: InsyaAllah...
Suri: tq Suri...
Kak Cik: Semua kita akan kembali kepadanya..tq kak Cik..
Umie...: mmg sedih..tambh pulak selama ini kita ingat dia sihat walafiat...
alfatihah utk arwah...semoga dia tenang di sana...
err, salam kenal dan salam ziarah, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!!
Wahida: tq...nnt akak g umah wahida...
Al fatihah....
alfatihah utk arwah
semoga ditempatkan dlm klagan org2 yg solehah
nidus: tq...
Sarah: Insyaallah, kita sama doakan dia dn mereka yang telah mendahului kita...
akak..sedinya baca entry ni...hmm..semoga Allah tempatkan kawan akak dikalangan orang yang beriman...al-fatihah...amin...
p/s: sori cik tom br berkesempatan singgah sini ;)
Tom , terima kaaih ya....
Tak apa...akak fahammm...
Al-fatihah...
Post a Comment