As Salam...
Bermula petang Jumaat hingga seharian Sabtu ini, saya penuhi dengan melayan kehendak anak dara saya. Penat memang...tapi saya gagahkan juga....
Semuanya kerana dihambat rasa bersalah..

....................................................................................................................................................................

Jumaat semalam, sewaktu dalam kelas, saya diterjah oleh bos saya.
Bos saya, sebab saya setiausaha kepada pentadbiran yang berkaitan dengan hal ehwal murid.

"U ada hal tak weekend ni?"

"Hmm, adalah, kan cuti tiga hari...?"

"Tapi U kena bawa budak ke S.Alam, lima orang, hari AHAD...."

"HAH? AHAD? kan cuti umum.."..* tak sempat habis ayat*

"Nah, senarai nama murid dan duit minyak kereta....,penting ni, budak-budak tu terpilih dapat biasiswa dari YB...", U  jumpa budak-budak tu, deal dengan diorang.."

TEPU dan TERKEDU...
Saya dah berjanji dengan family...
Dah merancang sesuatu cuti tiga hari ini..
Maklumlah, bukan selalu dapat cuti agak panjang sejak saya belajar.
Cuti semester pun ada kelas.

Saya memandu pulang ke rumah dengan kepala dan hati yang berbaur pelbagai rasa....

"Apalahhh yang nak aku bagitau Cik Bab dan ayahnya...."

Airmata menitik..satu-satu...dan tambah laju bila teringat-ingat alasan dia...

"I boleh pergi..tapi hari Ahad tu, hubby tak ada di rumah.."

Atas nama 'Saya yang Menurut Perintah'
Redha dan sabar...
Sabar dan sabar....
Saya yang menurut perintah.

.................................................................................................................................................................
Seperti yang dijangka, anak dara saya meraung sekuat hati bila saya kata terpaksa batal
segala yang dah dirancang....

"Ibu mungkir janji..."

Pedih hati saya....
Puas juga mengatur ayat berhujah dan dan bertikam lidah dengan si ayah...

Untuk memuaskan hati anak dara tu, saya lepas Zohor, saya bawa dia ke SA.
Tunjukkan hotel bakal saya bawa budak-budak tu nanti...

"Oh, hotel ni, tak grand sangat kan, bu?"

Saya mengiakan.  Saya beranggapan  dia sekadar nak menyedapkan perasaan sendiri.
Saya sendiri menelan perasaan...

Hingga lewat petang, saya bawa dia meronda keliling SA.
Terus ke Damansara, ambil sepupunya.
Bawa lagi dia makan-makan di Sunway.
Sampai rumah pukul 12.30 malam.

"Esok, ibu bawa adik ke book fair tau?"

Saya angguk. Sebenarnya plan awal nak ke pesta buku tu, petang Jumaat, Sabtu dah gerak ke destinasi sampai Isnin...
*sigh*

Saya yang menurut perintah...

................................................................................................................................................................

Pagi-pagi lagi dia dah bangun.
Saya buat keputusan nak naik LRT je ke PWTC.
Saja nak layan dia, tak pernah naik LRT, selain nak mengelak kesesakan dan berpusing-pusing cari parking.  Mesti sesak. Jamin.

Sama-sama tembun....
Hah, buat la perangai ambik gambar jelir-jelir lidah tu...
( LRT Ampang )

Keterujaan first time naik train..
Saya tengah sedih, tengok dia masa niii...
( Botol air satu liter setiap sorang..)

Jangkaan tepat..ramainya umat....
Time ni, tak boleh bergerak hatta seinci pun.
Lebih kurang 25 minit semua tercegat...
Sampai petugas kedai buku datang tolong...
( Pengumuman budak hilang dan cikgu-cikgu memanggil murid-murid rombongan supaya segera keluar bersilih ganti)


Novelis Norzailina Nordin.
Saya suka dengan masakan dia...
( Booth pertama dapat masuk selepas hampir satu jam bersesak di luar )
Thriller Novelist - Ramli Awang Mursyid
Saya ada hampir semua novel dia..
Beli dua yang terbaru...
( Tak ambil autograf pun, tak kuasa dah bersesak, lagi pun dah tahap makcik-makcik ni, tak teruja sangat dah nak berautograf ...:D)

Adik nak juga autograf Kartunis Sukun...
( Ok dik...apa sajalah..asal ibu dapat hilang rasa bersalah )

Rehat sekejap sebelum Solat Zohor..
 Dua-dua dah sakit kaki....

DAN

YANG NI LAH YANG DIA NAK SANGAT.
AIN MAISARAH...


 


Ronda kali kedua lepas Solat Zohor.
Tak nak balik atau makan selagi tak jumpa Ain Maisarah
( Yang bestnya Ain Maisarah menjerit 'Alllaaaa comelnyaaaaa...comelnya dia....'terus minta suami dia ambil gambar..)
*anak sapa....mestila comel macam mak dia...*
*perasan*

Dia ada semua novel Ain Maisarah...
Yang ni, tajuknya...
PROJEK DIET....hmmmm sesuai sangatlaaa...


................................................................................................................................................................................................


Lepas makan, berkejar ke stesen.
Lagi sekali sesak.
Dua kali terlepas tangan Cik Bab sebab dia suka sangat membaca sambil berjalan.
Dah berderau darah.....dup dap dup dap jantung ni, bila dia hilang dalam lautan manusia...
Nasib baik jumpa....

................................................................................................................................................................................................

Sampai rumah, teringat..alamak nak masak apa ni..badan penat...
Tapi kat dapur, rupanya En Hubby dah siap masak dinner...
Ni yang tambah sayang ni...
*dia pun merajuk jugak....*

.................................................................................................................................................................................................................................................

Maafkan ibu, wahai yang tersayang......
Ibu hanya menurut perintah.....

Kadangkala, bila datang tekanan dari atasan macam ni, dengan alasan mereka yang 'slebet'
( tak tau nak guna perkataan apa), rasa menyesal sangat menolak tawaran menjadi orang atasan..
Kalau tak mesti orang dah panggil saya, 'Assalamualaikum Pn. GB'...HAH HAH HAH.
(gelak pelik sebab tak kelakar.) :(((

22 dah buat karangan gred A:

Rashid said...

hmm hmm .. iyakan. Kadang tu 'saya yang menurut perintah' buatkan hati rasa tak selesa ..dalam keterpaksaan terpaksa jalankan kewajipan juga..

saya selalu juga bertolak ansur .. tapi kadang tu kena bertegas juga kerna kalau ditanyai .. semuanya menolak je ..

Apapun semuanya boleh dibawa bincang ..

Cikgu Nurin said...

Yang ni kata putus, tak boleh berbincang dah....

Kujie said...

geram pergi pesta buku semalam..sesaknya.... naik lif, turun tangga..naik tangga masuk room sana , masuk room sini..nak berhenti pun tak menyempat

tu belum kt stesen komuter lagi...lenguh kaki

Cikgu Nurin said...

Kujie..betul...lima jam kat sana, nak memilih pun aduiii...seksa...tak dapat semua buku pun...

nba-Nur said...

Salam. Kesian akak.. Takpe kak, besar ganjarannya tu. Memang kadang-kadang terpaksa korbankan masa dengan keluarga. Selamat Hari Pekerja buat akak..

sarah-najwan said...

tu la..selagi kita bekerja kan..kene menurut perintah..

tapi seronok gak nmpk dok pesta buku tu..saya gak yg xdpt pi sb dok kuantan..

Super Ummi said...

Salam...

Akak.. sukelah baca entri akak yang ni...
"Saya yang menurut perintah" selalu buat kita dalam dilemakan...
Saya pun kdg2 nak beli tiket flight awal2 utk balik hujung minggu pun takut, sebab takut dapat tugas tak terduga...

Haritu, saya pergi hari pertama pesta buku... pun dah ramai manusia. saya pun naik komuter je.. senang. Cume penat mengangkut buku dari pwtc ke stesyen komuter.. pergi hari akhir2 ni lagilah ramai kan...

(p/s: akak, hotel kat shah alam tu hotel ape?)

kasihredha said...

tahun ni akak tak pergi pesta buku, tak sempat...padahal dah merancang nak beli buku.

Dah besar anak2 cikgu ye :)

Solihin Zubir said...

ishh.. tringin la nk pegi book fair tu...

kan bagus kalo wat kt kedah.. hehehe..

Cikgu Nurin said...

Nur: Insyaallah..tu la dok beristighfar memanjang tuhh...

Cikgu Nurin said...

Sarah: pendek kata selagi tak pencen..kenala menurut perintah...

Cikgu Nurin said...

Sunshine:kalau ada cermin ajaib kan best? he he..boleh tengok dulu apa-apa masalah sebelum buat keputusan...

Cikgu Nurin said...

Kak Kasih: anak saya sorang je...kalau kawin terus dapat anak, rasanya dah beso panjang dah..lambat menunggu Cik Bab ni...

Cikgu Nurin said...

Solihin: nanti akak cadangkan kat kabinet supaya book fair di buat tiap negeri..hi hi hi..

ibuintan said...

selamat bercuti lagi..

alaa.. akak jugak yg tak sampai hajat ke book fair tu

insyaallah.. lain masa

'saya yang menurut perintah' sedap bunyinya kan, walau kekadang sakit jiwa raga

takpe lah selagi kita di situ, ihklaskan juga demi rezeki kita

Cikgu Nurin said...

Ibuintan: tahun depan kalau panjang umur..ada lagi tu..

sampai terkorban segalanya hi hi hi...

FadhDeela said...

xsempat nak g!! huhu :(

Meh sini: Video Marshanda Nikahh!! giler smart

Sini jugak: Trip to Penang!!Besttt!

Cikgu Nurin said...

fadhdeela: ala, rugi dik...

GREENJADE said...

sesak bangat kat Book Fair tuh yer chekgu..rasa mcm kurang oksigen bersesak2 gitu

wahh same ler feveret novelis kite yer chekgu..ate teman pon mmg ade full collection Ramlee Awang Mursyid tuh

ni tgh kene pnyakit Rayyan Fantasi nih..terbawa2 dlm mimpi..aduhh

CIK TOM said...

sabar ye akak..ciktom rs anak akak faham...adik cik tom pun minat sgt ain maisarah ni..semua buku pun dia beli..diet ni belum lg rsnye..hee

Cikgu Nurin said...

Jade: Ate teman kalu idak namanya pesta tu pesta BUKU..haram teman nak jengah..tak lalu...PWTC tu jadi panas..oksigen mmg kurang..hu hu hu

RAM lancarkan buku baru..siap ada pencak silat lagi ko...rugiiii...

Cikgu Nurin said...

Tom: Alahamdulillah..dia faham..tapi akak la yg sedih....

Dia tgh menghbiskan projek diet le tu..dietnye tak jugak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...