As-Salam....
Selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti..
Saya juga bercuti, semester saja yang bercuti...
Hakikatnya kerja semua dibawa balik, cuma tak dibuat di sekolah...
Entri nak marah ni...
Baca yea...
Peperiksaan pertengahan semester bermula Isnin hingga Jumaat minggu lepas...
Bermakna cuti dua minggu harus langsaikan semua...
Okey...sedia maklum tentang itu.
Jumaat lepas, waktu semua orang ucap 'happy tak berapa holiday',
Tetiba terdengar suara SU Peperiksaan...
"Perhatian semua guru, tolong key-in markah ASAP, serah pada penyelaras dan penyelaras mesti siap semua data. Hari Isnin buka sekolah, serah pada SU, untuk dihantar ke PPD hari Isnin tu juga. MESTI"
Jumaat hari terakhir exam. Semua guru kepit skrip bawa balik kampung.
Bila masa penyelaras nak kumpul semua data?
Seorang guru mengajar paling minima tiga subjek dan empat kelas ( paling minima yeaa...)
Bila masa cikgu-cikgu tu nak serah markah pada guru kelas?
Kertas Sains saya enam kelas, Pendidikan Sivik dua kelas, selesai examnya pada Hari Rabu. Naik buntang biji mata menanda semua kertas sebab nak bagi pada guru kelas masing-masing sebelum cuti. Misi saya berjaya. Kelas saya, dikemudiankan, tak apa. Masalahnya sekarang, bagaimana saya sebagai penyelaras nak mengumpul semua kelima-lima kelas bawah seliaan saya, dalam masa cuti ni...?
Guru-guru kelas tu pulak, kena menunggu markah dari guru matapelajaran...( macam surat berantai...)
Pagi tadi, saya hantar SMS kepada semua guru mata pelajaran yang mengajar di kelas saya.
Saya minta mereka emailkan markah kelas saya. Sampai 'la' hanya satu saja SMS saya yang berjawab, dari Cikgu BI, itu pun jawapannya," Demam, tak boleh tanda sekarang...."
Itu baru markah bagi kelas saya, dan saya harus kumpulkan semua kelima-lima kelas tu.....
Seorang guru kelas bawah saya tunggu masa je cuti ni nak bersalin. Kalau dia bersalin sebelum sempat menanda kertas? Siapa nak tolong tanda? Nak key - in markah kelas dia lagi...? Saya la tuuu...
Saya nak marah siapa ye?
Nak marah guru-guru? Tak boleh, sebab semua tengah sibuk, bercuti lagi, kertas nak ditanda bukan kelas saya saja. Saya faham.
Nak marah SU Peperiksaan?
Tak boleh, dia pun pening, lagi Isnin nak kumpul berapa puluh buah kelas, kena serah ke GPK 1.
Nak marah GPK 1?
Tak boleh, dia menurut arahan dari PPD..
Jadi marah siapa?
Marah PPD.....ye..PPD...boleh ke marah PPD...kena 'blacklist' nanti?
Tak kira....nak marah jugak...
Wahai PPD.....
Kalau ada PPD yang baca ni, tolong jawab macam mana benda ni nak diselesaikan...
Kalau Tuan PPD mintak data dihantar Hari Jumaat minggu pertama buka sekolah tu, logik laaa...
Ada ruang, ada masa cikgu-cikgu ni nak bernafas, nak mengumpul markah...
Ke, tuan-tuan PPD jeles, kami cikgu-cikgu ni bercuti...??????
Hish..geram ni,gerammm.....
*Ni ada sms masuk dari SU..."nak hantar laptop ke rumah key-in data tau...."*
TOLOOONGGGGGG..........