As Salam sahabat blogger...
Semoga sihat dan semua dalam lindungan Allah hendaknya...
Saya nak bercerita sedikit tentang jemputan kenduri kawin..
Almaklumlah, tak lama lagi cuti semester
Tentu jemputan berduyun tiba...
Dua minggu sudah saya ada menerima undangan perkahwinan anak kepada seorang rakan sekerja
Majlisnya minggu hadapan
Semua guru dapat..
Cantikkan, kadnya? Disediakan dalam kotak khas sebenarnya kad tu,
Ada banyak halaman macam buku...
Majlisnya pun di tempat khas, bukan hotel atau dewan...
Sebuah perkampungan yg dibina khas...ala-ala Ning Baizura gitu...
Kelleesss wehhh....
Maklumlah, bakal menantunya adalah anak kepada seorang penyanyi wanita
yang sangat terkenal tahun '80an dulu
Masih lagi aktif menyanyi di majlis-majlis VIP dan dah bergelar Dato'..
Siapa dia?
Biarlah rahsia...hu hu hu..
Jemputannya tertulis nama kita dan pasangan sahaja.
Bermakna 'no child please....'
Dan kisahnya, seorang dari kawan saya sangat-sangat teringin nak menghadiri majlis ni
Yang lengkap dengan kod pakaian yang perlu dipakai pada malam tersebut.
Dan dia berhasrat nak bawa anak-anaknya yang masih kecil, adala empat lima orang....
Dia meminta izin kepada siempunya majlis untuk bawa semua anak-anak dia
Maklumlah nak ditinggalkan di mana kalau dia ke majlis tu?
Yang sulung pun baru sekolah rendah..
Jawapannya...hhmmm semua sedia maklum kut...
Dia merayu juga...masih sama jawapan yang diterima...
Saya meninggalkan dia dengan rayuannya tanpa mahu tahu apa keputusannya.
Bagi saya mungkin tuan rumah ada sebabnya yang tersendiri.
Saya sedia maklum, majlis berprestasi tinggi macam ni, ramai la VVIP yang akan hadir...
Hmmm..kalau tanya saya...
Tak. Saya tidak akan hadir ke majlis itu.
Sebabnya, saya juga ada anak.
Tak tertelan nasi nanti bila teringat anak di rumah.
Apatah lagi lahh..Cik Bab saya tu, pemakan orangnya...
(sekarang ni pun tengah makan ...)
Dulu waktu masih guna khidmat pembantu rumah pun, saya tak pernah ikut suami ke majlis yang tidak membenarkan adanya anak-anak kecil....
Tak sanggup tinggalkan anak..dah la anak sekuntum tu jer...
Memang memenuhi jemputan itu, wajib.
Tapi saya tak sanggup tanggung risiko. Kepala dok fikir bukan-bukan je kalau anak tak ada dengan saya.
Susah nak percaya orang.
Cukup je Cik Bab dua tahun, dah, stop, no more bibik...
Ok, berbalik kepada kisah kenduri tadi.
Mungkin lain orang, lain caranya.
Bagi saya, alangkah bertambah berkatnya majlis tersebut, kalau hadirinnya anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak kecil yang comel....dan tiada kasta dalam jemputan....
Sesetengah majlis, bunga telur pun beri ikut kasta....
Entahlah....
Lain padang, lain belalang....kan?
Hmm..kalau kawan-kawan,macam mana ye...? Pergi keeee tak?
40 dah buat karangan gred A:
as-salam cikgu nurin...
lama tak jengah sini. saya berpandangan yang sama...kan lagi baik majlis tu kalau boleh dihadiri anak2 kecil..:)
kalau saya pun, mungkin tak pergi...kesian anak2 kan..ditinggal-tinggalkan. sekadar pandangan orang belum kahwin...hehe
Kalau Nur dah ada anak, dah tentu Nur pun akan buat perkara yang sama seperti Kak Rahiza.
jawapan akak juga... tak pergi
takut rosak majlis sebab ada budak2 kecil, dan dengan adanya budak2 kecil tu lah maka lagi berkat majlis tu
orang sekarang tak pandang berkat2 ni dah... glamor yg penting
akak tak setuju bab ada meja khusus VIP....kalau disama-ratakan alangkah baiknya...dan tak elok memberi door gift ikut kasta...pasti ada yg tersinggung.
ade budak2 lah lagi meriah kan majlis tu... ishk2.. kalau bawak jugak anak, mesti die tak bagi masuk kan... ishk..
tak datang salah....
kalau datang serba salah...
jadi tak tau apa perlu buat..
akhirnya kena pentingkan diri sendiri.....utamakan anak-anak...
Murni: Ye lah..kita ni dah tua-tua (eh, akak la yg tua..Murni belum hi hi, makan tak byk mana pun...)anak-anak tu yg meriahnya...
Mmg kesian anak kena tinggal...
Nur: betul Nur...utamakan anak-anak..nasi kenduri tu, rasanya sama je dengan nasi kat rumahkita...
Ibuintan: Tu la pasal, kenduri kawin sekarang dah hilang dari apa yg dianjurkan Rasulullah...
KakKasih: Memang..dah la deorang tu kaya, dapt door gift yg cantik dan mahal..yg taraf marhein ni, door gift bodo...jer...
Sunshine:kawin ajak akak n anak tau..hi hi hi....
Cikgu CTE: Tu la..tuan rumah berkali-kali mengajak, tapi kita ni tak mau nak merosakkan majlis orang...serba salah memang...tapi, betul, terpaksalah pentingkan anak-anak...
mmg serba salah sb yg jemput tu kita kenal..
jika dia nk buat mjlis gtu..kita nk pegi kene ikut..jika xsanggup..ckp aje terus terang dgn dia..
tapi itulah...hal gini da jadi trend..jika saya yg ada ank 4 ni..dgn xde sapa nk jaga...gamaknya xpegi la..
Sarah: Betul, serba salah kita...tapi tulah, kesian kat anak...berkorban jelahhh...
tak sangup lah....
lagipun.. takut tinggalkan umai sorang2...
alahai
ckLah lebih ikhlas memenuhi jemputan kenduri orang kampung. Bukan 'cara saja kampung', tapi tak macam budaya orang kampung...
Ayu: betulll...mmg tak sanggup tinggalkan anak semata-mata nak kenduri glamour...
ckLah: Setuju sangat...kenduri kampung yang betul-betul kampung sangat meriah dan memang tersa ukhwahnya..tak payah protokol bagai...
Jadi nak kenduri kawin nih....
salam kenal
Salam Perkenalan Cikgu Nurin :)
-Saya memahami tujuan tuan punya majlis, tak mahu majlis nya 'tercemar' dgn bunyi bising anak anak lari-lari atau menangis..
-Tapi dia kena faham norma masyarakat Melayu..yg rata rata nak bawa anak..dan dia perlu faham lingkungan kawan2 jemputan dia macam mana..kalau memang jenis kawan2 dia semua ada anak, amat mustahil lah kawan2 dia nak ikut protokol dia.
-Secara peribadi, saya sendiri dulu buat majlis di hotel, tetapi masih beri peluang membawa anak anak, in fact kami mintak RSVP awal berapa ramai yang hadir, supaya jangan ada tetamu(termasuk kanak2) yg tak cukup makan!
Kalau tanya kak Zai... memang sah tak pergi.Keberkatan yang penting bukan glamourrr...
Kak Zai pun dah terima banyak kad jemputan alhamdulillah semuanya tak ada peraturan.
Kamal: kenduri kawan sekerja...owh..salam kenal...
Daddy Ziyad: Saya setuju dengan DZ..itu yang dia kena faham. Saya biasa menerima undangan majlis di hotel yg membenarkan anak-anak kecil di bawa dengan syarat diberitahu kepada tuan rumah, memang kita sedia maklum bahawa majlis di hotel perlu persediaan tempat dan makanan yg tepat dengan jumlah tetamu, tapi itulah..dalam majlis ni...
Oh ya, terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini....
minta mc....hi hi hi....
Kak Zai: Peraturan yg tak kena tempat dan menyusahkan....malah jauh dari saranan agama.....
datang tapi jangan makan..cakap kat tuan rumah ..saya..singgah tapi tak dapat makan sama..nak makan ngan anak anak kat warung
Brutal: hi hi..kalau anak-anak nak jugak ...?melalak-lalak..camner tuh?
Baik pentingkan keluarga... Setakat makan yg hanya sedap di mulut, baik gembira bersama anak2.. Isu jemputan tu, si penjemput kena la paham masalah orang..
Entry terbaru padlie: Peluang untuk belajar teknologi angkasa
cikgu.. jeng2.. juliana anak siapa yer??
aduh,.. makin suspen gitu
ntah le chekgu dah mcm trend la nih..nk gi knduri pong siap kena soal gi bape ramai?ade budak2 ke tak? mcm2 pesen siap kasta bagai aihh
salam kenal cikgu..nur rasa kalau majlis dah bersyarat tu mmg la kita paham mungkin ada acara2 rasmi yg tak nak diganggu oleh kanak2..tapi kalau menyusahkan kita sbg tetamu ni baik takyah pegi teruskan?
saya lum pernah lg dpt jemputan mcm nie..maklumla, org kampong kan..jemputan ala kampong lg best :-)
pasti kita tak hadap nak pi
pernah ke majlis besar di dewan
merak kayangan datuk juga tapi no hal
kami bw anak2 pun...lagi berkat :)
kenduri kahwin pun tgk status kan.. saya lagi suker pegi kenduri yang bebas terbuka kepada semua kaum keluarga. kan lagi meriah namanya tu.
Nur: mmg mcm tu pun, sbb majlis tu ekslusif...penyanyi terkenal lah katakan...jadi untuk menyelamatkan keadaan..tak payahla kita join ye dok..?
Padlie: betul..family first...
Jade: bab nak cari baju ikut tema yg tak lalu tuh...nak makan tak banyak mana pun...
Sahrom: betul,akak lebih seuka kenduri kat kg, meriah, mesra dan boleh tapau lagi..ha ha ha..tamak...
Ati: lain orang ,lain pe'elnya...kesian kalau kita pergi, anak kena tinggalkan?
Neeza: betul, kalau kat kammpung ,nak datang waktu bila, nak balik bila pun tak jadi hal, ini datang kena tepat waktu..terkocoh-kocoh..
kalau cik tom xpergi kot akak...takkan kita seronok2 pi majlis tapi anak tinggal kat orang lain..nmpk cam selfish...pelik kenduri kahwin formal camane pun xkan xleh bawak anak kot..
Post a Comment