As-Salam....
Selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti..
Saya juga bercuti, semester saja yang bercuti...
Hakikatnya kerja semua dibawa balik, cuma tak dibuat di sekolah...
Entri nak marah ni...
Baca yea...
Peperiksaan pertengahan semester bermula Isnin hingga Jumaat minggu lepas...
Bermakna cuti dua minggu harus langsaikan semua...
Okey...sedia maklum tentang itu.
Jumaat lepas, waktu semua orang ucap 'happy tak berapa holiday',
Tetiba terdengar suara SU Peperiksaan...
"Perhatian semua guru, tolong key-in markah ASAP, serah pada penyelaras dan penyelaras mesti siap semua data. Hari Isnin buka sekolah, serah pada SU, untuk dihantar ke PPD hari Isnin tu juga. MESTI"
Jumaat hari terakhir exam. Semua guru kepit skrip bawa balik kampung.
Bila masa penyelaras nak kumpul semua data?
Seorang guru mengajar paling minima tiga subjek dan empat kelas ( paling minima yeaa...)
Bila masa cikgu-cikgu tu nak serah markah pada guru kelas?
Kertas Sains saya enam kelas, Pendidikan Sivik dua kelas, selesai examnya pada Hari Rabu. Naik buntang biji mata menanda semua kertas sebab nak bagi pada guru kelas masing-masing sebelum cuti. Misi saya berjaya. Kelas saya, dikemudiankan, tak apa. Masalahnya sekarang, bagaimana saya sebagai penyelaras nak mengumpul semua kelima-lima kelas bawah seliaan saya, dalam masa cuti ni...?
Guru-guru kelas tu pulak, kena menunggu markah dari guru matapelajaran...( macam surat berantai...)
Pagi tadi, saya hantar SMS kepada semua guru mata pelajaran yang mengajar di kelas saya.
Saya minta mereka emailkan markah kelas saya. Sampai 'la' hanya satu saja SMS saya yang berjawab, dari Cikgu BI, itu pun jawapannya," Demam, tak boleh tanda sekarang...."
Itu baru markah bagi kelas saya, dan saya harus kumpulkan semua kelima-lima kelas tu.....
Seorang guru kelas bawah saya tunggu masa je cuti ni nak bersalin. Kalau dia bersalin sebelum sempat menanda kertas? Siapa nak tolong tanda? Nak key - in markah kelas dia lagi...? Saya la tuuu...
Saya nak marah siapa ye?
Nak marah guru-guru? Tak boleh, sebab semua tengah sibuk, bercuti lagi, kertas nak ditanda bukan kelas saya saja. Saya faham.
Nak marah SU Peperiksaan?
Tak boleh, dia pun pening, lagi Isnin nak kumpul berapa puluh buah kelas, kena serah ke GPK 1.
Nak marah GPK 1?
Tak boleh, dia menurut arahan dari PPD..
Jadi marah siapa?
Marah PPD.....ye..PPD...boleh ke marah PPD...kena 'blacklist' nanti?
Tak kira....nak marah jugak...
Wahai PPD.....
Kalau ada PPD yang baca ni, tolong jawab macam mana benda ni nak diselesaikan...
Kalau Tuan PPD mintak data dihantar Hari Jumaat minggu pertama buka sekolah tu, logik laaa...
Ada ruang, ada masa cikgu-cikgu ni nak bernafas, nak mengumpul markah...
Ke, tuan-tuan PPD jeles, kami cikgu-cikgu ni bercuti...??????
Hish..geram ni,gerammm.....
*Ni ada sms masuk dari SU..."nak hantar laptop ke rumah key-in data tau...."*
TOLOOONGGGGGG..........
40 dah buat karangan gred A:
jgn susah hati..kalau mereka nak markah...bagi jer markah..pastu baru semak kertas .heheh....jangan mare...gurau jer tu...
aish.. dilema je jadi cikgu ni kan... sekolah tunang saya kat sabah, seminggu sebelum cuti dah habis exam, minggu last dah siap key in markah... sekolah saya habis exam hari khamis minggu lepas.. saya berhempas pulas jugak siapkan tanda kertas, key in markah.. supaya boleh balik semenanjung dengan tenangnya....
Sabar ye kak... dah memang tugas kite kan.... redha je lah...
KM7: haaa..tak terfikir pulak..remote je markah tu, kan...?
Sengaja cari pasal la kalu buat macam tu...:D
MS: Tu la, exam minggu akhir..nak buat ujian setara katanya...cikgu tunggang langgang...
Hmmm sabo je laaa...
Saya yang menurut perintah.. :) Kena la tempuh juga.. Sabar ye kak..
Nur: Sabau, sabau.....he he he...
akak tgh busy ye...moga akak tabah dan sabar ye.adik doakan akak ceria selalu..miss u
pstt doakan adik selamat terbang pulang ke tanah air ye sis
samalah kak hari isnin tu kena key in. hari isnin tu last... tapi kan sekolah saya guru yang mtapljaran yang key in markah! huhuhu....
LM: dah nak balik yea....!!!!!Akak doakan LM selamat semuanya dalam penerbangan nanti....Insyaallah...
sQema: PPD tu ingat kita suis kot, petik je, menyala....*geraaammm*...
cikgu... jangan gerammmm... jom cuti2 malaysia
dah add fb PPD lom... kalau dah, sesuai sangat ayat Wahai PPD tu.. cantik dan cun
grrrrrrr
sabar ye
wahai tuan PPD
apakata pi jadi cikgu 1/2 tahun ka
rasa sikit bagaimana cikgu2 ni jadi
huru hara..cuti tak serupa cuti ...
sungguh kuciwa...
tolonglah faham sikit kepayahan cikgu2 ni!!!
kak.. ati sokong akak 100peratus :)
bagus2..\cara nie mmg sesuai utk kita..
meluahkan, skrangnya kita tak kena darah tinggi...
banyak sabar pun rasa macam menjerut diri sendiri
ibuintan: nak add la ni...nak buat sajak terus kat PPD..ha ha ha..
Kasih: tgh saboooo la ni..hu hu...sabo sambil minum ais..takut mendidih...
Ati: Setujuuuuuuuu.......tapi kebanyakan PPD tu asal cikgu-cikgu sekolah jugak....bukan dia tak faham...
Akak nak g jalan tengok wayang la hari ni...
Ayu: Memang pun, kadang kalaterpaksa luahkan walaupun pahit...fight for our right....
ASSALAMUALAIKUM cikgu..
saya cadangkan cikgu marah pegawai PTD di kementerian yang tak berapa cerdik buat dasar ini kerana mereka bukan PPPS huhuhhuhu..mereka PTD yang duduk di kerusi empuk...
alahai..kasihan gak gini kan..
nasib baik skol saya nk markah naik cuti ni..kami di skol men..exam mau mkn masa 2 minggu..jd sempat tanda sblum cuti..
tapi disebabkn masa key in lmbt lagi..sambil lewa dulu..
apa2 pom..saya ucapkan..selamat menanda..cahiiyokkk cikgu kita..cikgu boleh
Apa pulak tak ada maknanya....Baaaanyak maknanya tu. Hehehe
Itulah cikgu bila anugerah diberi kepada yg dok diatas saja. Jumlah yg dapat pun ciput je. Guru-guru yg bertungkus-lumus tak kira cuti tak ada siapa nak pandang. Nak harap anugerah dan kenaikan tak ada juga tai yg ada lambakan kerja walaupun cuti kononnya.
Kesian cikgu....
ala..siannya cikgu nurin..cuti sekolah pun tak senang hati... jangan la sedih.. banyak dapat pahala jadi pendidik ni,,terima kasih cikgu :D
selalu ada konflik kan antara cikgu dgn org2 kat PPD...
mak saya pun cikgu :)
ish...susah jugak jadik cikgu ni yer...huhu...
sabar yer sis...
aduhh mmg bikin'serabot perot' aihh
so xleh le nk henjoy2 poya2 ye sis?dugaannnn
sabor yr sis.banyok pahale deme dpt tau...
cikgu nurin ..
Maaf nak tanya sikit. Kat sek sana ada guna program Headcount 3? Kat sek saya sini, rasanya semua sek kat kelantan guna HC3.. kita tetapkan tarikh akhir untuk semua guru subjek key in markah. Biasanya tarikh akhir tu sebelum buka sekolah. Tak kirale guru tu pulang kampung ke tak pulang ke.. yang penting kena key in markah itu .. pandai-pandaile ruangkan masa.
Bila semua guru subjek dah key in .. SU pep akan PRINT je .. siapkan untuk diserahkan kepada PPD.
Maaf saya tak tau kat sek cikgu camana … kat sek sini okey je ..
Apa yang penting guru subjek masing-masing kelas mesti key in markah dalam program HC3 tu. Patuh tarikh akhir. Lepas tu guru kelas ke.. penyelaras ke .. SU pep ke .. PRINT je apa yang mau dianalisis .. macam-macam boleh dianalisis. Hanya dua tiga kali klik klik mouse je ..
Sahrom..kalaulah akak ada kuasa 'bersuara'.....
Sara: Sepatutnya..mmg lepas cuti pun..tapi tetiba pulak dtg araha naik cuti je, nak laporan terus..exam habis Jumaat, hari akhir cuti tu...bayangkanlah...
ckLah...he he ..makna tersirat....mmg banyak sangat la makna cuti kita tu...
kakzakir: tunggu anugerah Guru Pendeta je laaa...nak g bertapa kat gunung mana-mana...keluar jagi pendeta...ha ha ha...
Chik Na: 'Biarku menjadi lilin...memberikan cahaya'..ha ha..dah nyanyi pun ni haaa...
DaddyZiyyad: MEMANG PUN...nak nak lagi kalu diorang buat kursus...adui....
Wahida: nak buat camner...cari makan dik....
GreenJade:...p mana lama mike betapa...ye Jade, insyaallah , jadi Jutawan Akhirat...
Cikgu Rashid: Memang guna sistem tu...yang jadi masalah sekarang ni, exam sekolah kami diadakan secara setara semua sekolah, tamatnya ialah pada Jumaat, hari akhir persekolahn...tak chek paper pun tak sempat....tup tup Isnin, nak semua laporan lengkap. Guane tu...?Ni saya tengah dok menggelabah msg semua cikgu hantar cepat markah..baru dapat satu....
same sy kat cni huhu...balik dr cuti terus exam...paper sc lak ari last day...yr 6 yer kene hatar mark dlm cuti gak ...arr tension...sib baik ade iris leh tlg hehe...
saya dari PPD..
tak pe cikgu nurin cuti dulu ye, naik sekolah nanti baru buat.
org lain cuti mana buat kerja, apasal lak cikgu cuti tapi kena kerja...saya pun nak marah ni..nak marah ni..
isshh..
begitulah besarnya pengorbanan guru. TERIMA KASIH cikgu :)
salam perkenalan dari Kak Es
jgn marah2 ye akak..nati cepat tua..insyaAllah ada penyelesaiannya..
salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.
Post a Comment