Saya mengenalinya 24 tahun yang lalu.
Kenal sewaktu sama-sama menjadi guru sandaran,
ketika menunggu keputusan STPM  di sebuah sekolah di Hulu Perak. SK. Raban...
Kami menjadi sangat akrab dan erat.
Terlalu erat.
Tidak ada satu rahsia pun yang tersimpan antara kami.
Hatta cerita sehujung kuku jari juga kami kongsi bersama.
Susah senang, suka duka, kisah cinta....apa sahaja..kami tiada rahsia.

Kalau kami bermalam di rumah salah seorang dari kami,
Tidak tidurlah kami bercerita.
Walhal sudah berjumpa di tempat kerja.
Tapi ada lagi yang mesti kami kongsi bersama.

Dia sentiasa ada ketika saya berendam airmata kerana satu peristiwa.
Saya juga meminjamkan bahu untuk tangisnya, saat dia ditimpa duka.
Sehinggakan di malam pernikahannya dua tahun selepas kami kenal,
Dia minta saya menemaninya tidur bersama...
Hmmm..sudah pastilah saya menolak...

Meski dia sudah dipunyai, kami tetap  begitu.
Kemudian, dia dengan rumah tangganya.
Saya memilih untuk berkerjaya.
Kesibukan masing masing, memisahkan kami.
Namun sekali sekala, kami berhubung di telefon.
Tidak cukup satu jam bergayut....

Kami terputus hubungan bila saya berpindah.
Dan saya tak punya sahabat seerat itu lagi...

Minggu sudah, saya membuka album lama.
Melihat kembali memori kami dahulu.
Hati tergerak untuk berFB, yang sekian lama saya tinggalkan.
Saya letakkan link blog bersama entri 'SAHABAT'

Tidak lama kemudian
Saya terima ini daripada adiknya....

Nonie Nasron sahabat....sentiasa diingatan wlpun tiada lagi..


Saya memikirkan yang adiknya kehilangan sahabat...

Saya meminta dia menyampaikan salam kepada kakaknya, sahabat saya itu...
Namun, apa yang saya terima, amat meluluhkan hati saya...

Nonie Nasron kak na dh kembali ke rahmatullah 14 feb 2010..




Saya menangis semahunya...padanlah saya terlalu rindukan dia.....
Dia menderita selama tiga tahun akibat kanser usus..
Malah abangnya juga turut bersamanya beberapa bulan selepas itu....

Saya tahu kita semua akan ke sana.
Saya juga tahu Allah sayangkan dia.
Dia pergi meninggalkan ibu ayah tercinta,
Pergi meninggalkan suami dan anak-anak yang masih perlu dimanja..
Namun apa daya kita menahan takdirNya...

Na...semoga Na aman di sana...
Kami di sini akan sentiasa mendoakanmu...
Kami menyayangimu, namun Allah lebih mengasihimu...
Doa sahabat ini akan sentiasa mengiringimu....

Kami sewaktu bergelar Guru Sandaran....


Wajah yang akan sentiasa dirindui....
Al-Fatihah untukmu sahabat...
Aku rindukan kamu.....

Salam semua....
Apa plan coti coti ni..
Atau ibu ibu dok rumah saja ke, masak masak untuk family di hujung minggu?
Maklumlah, yang berkerjaya, waktu hujung minggu macam nilah, kita tunjuk skill..ye dok?

Petang semalam, rumah saya dikunjungi tetamu.
Petang masih panas terik.
Jadi saya menunjukkan skill saya, hidangkan mereka minuman yang menyegarkan tekak...
Almaklumla panasss...


Hah...tu dia...segar dok....
He he he...tapi ini curik Pokcik Ggoooogllee...



Teh ais.....taruk lemon lagi...
Tak cukup dua jug...

Memang buat berjug jug..
Lebihnya saya masukkan dalam tumbler, simpan dalam fridge..

Saya tak minum ais...( jaga badan....emmm ye la tuuu...)
Buat cuma untuk  orang berdua kat rumah ni jer..
Tapi bila dok bukak tutup, bukak tutup fridge tu...
Macam teringinnnla sangat, Saya pun slurrrppp..., teguk sikit...
Eh sedap laaa....lega tekak,Tak cukup, terus bergelas gelas minum....

Minum sampai tak hengat donia kata orang...
Akibatnya...malam tadi, saya tak boleh bangun.  Sakit belakang bagai ditusuk sembilu...whoaaa..
Sakit ya amat...Solat pun buat dalam keadaan paling perlahan....
Lepas Isyak, saya terus 'duummm' kat katil, tak tahan lagi dah...menggigil satu badan...
Air mata pun berlinangan...

Rupanya  My Sivaji The Boss, kesian kat saya kot...he he..
Dia call jiran saya Su, yang pandai mengurut...
Sangatlah sakit wwooii...
Rasa 'macam' nak tobat minum teh ais tu...
Memang tergolek dok..tidur dengan bau minyak bagai...

Moral of the story:
 i )Buat apa pun, jangan melampau...
                           
 ii ) Bila sakit, nak solat pun susah, baru teringat...alamakk kalau aku mati, ibadat macam  tak cukuppp nak bawa ke sana...mintak sihat, nak beribadat dan buat baik...( jadi, gunakanlah  masa sihat sebelum sakit...)

iii) Sakit ni, datang macam ribut, nak pegi macam siput....saya masih lagi sakit, berjalan pun  macam orang dalam pantang...buat entri sambil golek baringgg....


Hmmmm...bukan saya...
Insyaallah, saya diberi kesihatan yang baik oleh Allah sehingga ke hari ini...
Ini kisah anak murid yang sakit jantung.

Alkisahnya, dah masuk bulan dua ni, dah nak sampai ke pertengahan Februari dah pun.
Tapi ada lagi dua tiga murid Tahun Satu, yang mak atau neneknya kena bersekolah sekali.
Kalau mak @ nenek tu, tunggu di kantin, tak apalah jugak, ni tak...kena menempel kat pintu kelas,
kalau tak, melalak laaa sampai retak tiang sekolah....

Satu kes sebelum cuti CNY dulu, sorang cikgu perempuan sampai terpelanting kasut tinggi mengejar murid
yang terlepas 'kandang' menuju ke jalan raya, mengejar kereta mak yang meninggalkannya secara paksa di sekolah...
Pendek kata, time berlari mengejar budak tu, tak kira la, kasut ke mana, kain dah lagu mana....hhmmm...


Budak budak yang macam ni,kalau datang sekolah, ada jer alasan, demam la, sakit perut la, pening kepala laa...macam macam penyakit keluar.

Alkisahnya dengan sorang murid lelaki ni.
Hari tu melalak, alasannya kawan suka usik.
Lepas tu, esoknya melalak lagi, demam pulak daaahhh...
Hari ni, melalak lagi dalam bilik guru...

Maka, ada di antara cikgu yang ramai ramai menonton Sinetron tu pun bertanya...( sinetron la tu...citer tak habis habis, dengan masalah yang bersambung sambung...)
"Hmmm, hari ini awak sakit apa pulak?"
Dengan esak tangisnya menjawab la dia..
"Saya ni cikgu...huhuuu...saya ni...SAKIT JANTUNGGGG..."

Pakat gegar la bilik guru, tau dah auta dia...
Sarang penyakit betul budak ni...
Maka adalah lagi yang bertanya dalam gelak gegar tu..
"Jantung awak kat mana?"
"Aaaa..kat sini..."
Sambil kedua dua tangan terangkat nak memegang kepala, pas tu tak jadi..
"Eh bukannnn...jantung saya kat..kat..haa kat sini...."
Kedua dua tangan menekan perut dengan gaya yang amat sakit sekali....
Aduiii...pandainya politik...
Hantu Kak Limah pun boleh menangis balik rumah tengok lawak dia...

Macam mana laaa nak buat dengan budak budak macam ni ye....
Cikgu sampai tak boleh nak mengajar, asyikkk laaahhhhh nak memujuk...

Tapi, alasan paling fofular di kalangan bebudak ni...TAKUUUT CIKGGUUUU.....
Politik laa tuu...
Kalau dah macam tu gayanya..kalau cikgu lawo macam FASHA SANDHA atau NORA DANISH pun, ko takut jugakkk...

Hadif sayang....
Ibu baru punya kekuatan untuk menulis sesuatu untuk Hadif.
Berdiam dirinya Ibu, bukan bermakna Ibu tak ingat Hadif.
Tapi, ibu terlalu sedih.

Berkali-kali Ibu cari kekuatan diri, Ibu ingin jumpa Hadif, ingin peluk Hadif, ingin cium pipi Hadif..
Tapi, ibu tak punya kekuatan....
Tiap kali melihat senyum Hadif di FB, Ibu jadi terlalu kesal....
Setiap kali ibu cuba hubungi mama dan baba Hadif, setiap kali itulah juga Ibu tewas dengan perasaan.
Ibu rasa sangat bersalah...
Tak tega rasanya untuk berjumpa Hadif...
Hingga akhirnya, ibu hanya membayangkan Hadif dibawa pergi...

Dan sewaktu baba mengirim berita...Ibu menangis semahunya....,
Ibu dan Uncle mohon maaf, kerana semua kerenah yang memaksa Hadif terpisah dengan baba...
Ibu hanya mampu titipkan doa, semoga Hadif,mama dan baba akan bersatu kembali satu hari nanti...

Maafkan Ibu sayang.....

Hadif...be a good boy, be strong sayang...
p/s: Ibu ada sesuatu sebenarnya yang lama Ibu simpan...tak sampai hati nak jumpa, sebab Ibu tau, Ibu tak kuat.  Ibu akan beri bila Hadif balik sini....
Pejam celik, pejam celik dahhh esok kena sekolah balik.
Seminggu cuti, kejap je rasanya...
Kalau kerja tu, lambat pulak rasa nak habis seminggu...


Esok nak mula sekolah, saya dok kalut siapkan jadual besar kelas..
Hmmm dah masuk bulan dua, jadual tak siap-siap...
Bukan saya lambat, jadual besar ni memang dapat sebelum cuti hari tu...
Sehari dok tunggang langgang  menyiapkannya.
Ukur, print, tak kena, buat lain...gunting, ukur  lagi, gam, senget, bukak, print lain...macam tu la saaammmpai ke senja....

Baru nak buat?
Abih , cuti seminggu buat apa cikgu oii..
Cuti seminggu?
Dah namanya cuti, cuti laaa....


P/S: Selamat kembali ke sekolah ye cikgu cikgu....
Hah....baru ada letrik.
Dari pagi tak ada, sampai saya nak jalan jalan sempena CNY ni pun tak boleh.
Eh, nak jalan kena ada elektrik ke?
Ye laaa..nak BW....tak de letrik, tak de le tenet, tak leh jalan jalan....

Yang bebenornya, pagi tadi hati saya ada sikit panas...
( Sekarang udah sejuk laaa..)
Mana taknya, jam 7.30 pagi tadi, macam biasa saya keluar rumah,
nak buat lawatan harian ke Taman Sekebun Bunga saya tu...
Alaahh...adalah tiga empat pokok...
Dah jadi tebiat, pepagi mesti jumpa bunga bunga,cakap cakap dengan 'diorang'...eh diorang ke?


Tup tup dari kejauhan, saya nampak pokok orkid purple saya macam ni...

Ok jer...
OK? cer kome tengok betul betul....

 
tengok?...nampak tu.....patahhh..wwaaaa....!
Haishh...kepala terus menggambarkan beberapa keharusan yang menyebabkan orkidku patah....
Cik Bab...na mungkin, na mungkin...nehi,nehi he...berani la dia sentuh, kalau nak dengar suara ibu dia jadi 360mHz...

Chek yang lain plak....sambil kepala memikirkan beberapa kemungkinan...
hah...selamat...
baru nak berbunga balik...punnn selamat...

hmm..bunga ros ni pun selamat..
comel dia ni, besar duit lima puluh sen jer
sekali naik tak kurang 20 kuntum....
Pikir punya pikir...hah...geng jogging Cik Bab la petang semalam ni...
Diorang dok ronda ronda kat area ni semalam...

Jadi, petang tadi...geng tersebut datang...
"Korang meh kejap....acik nak tanya sket.." ( suara kontrol cun..)
"Pe Chik?"
"Sapa ada patahkan bunga achik?"
"Kita taaakk.."
"Saya pun tak.."
"Entah la chik, tak tau..."
"Kita pun tak tau..bukan kita,bukan kita..."
Macam -macam intonasi suara keluar.

"Haa..tak ngaku, Allah nampak sapa yang buaat....!"
Pause...
"Ok, sebenarnya achik tau, sapa yang buat..."
"Camaner achik tau?"
"Haaa....orang yang buat, tapi tak mengaku, acik nampak KAT ATAS KEPALA DIA ADA TAIK BURUNG..BURUNG BERAK ATAS KEPALA ORANG YANG TAK NGAKU..."

Masing masing memandang kepala antara satu sama lain....( saya dah nak tergolek ketawa tengok muka memasing)
Tapi Si Kecik Ipan lima tahun, petah bercakap, tak pandang kepala orang lain, dia sapu kepala sendiri....
KAH KAH KAH...
Saya dah menahan perut,dah kena tangkap ko....

"Mana ada taik burung atas kepala kita?"
"Adaaaaa...achik sorang je nampak,  orang lain tak nampak, nanti, taik burung tu makin lama makin busuk tau, semua orang tau..."
"Tapi kita 'pigang' jerr, dia patah syendiri..."

Waahhh..banyak la kau punya 'piganggg'...
"Len kali,pandang aje...jangan pigang pigang tau?"
"Tengok, sian dia...."
Hah, dah jadi Sohaimi Mior Hassan  lah pulak...

tengoookkkk...tergolekkk atas meja...sedeyyy...
Hmmm...senang rupanya nak psiko bebudak nih....
Kantoi dahh...
Tak apalah bunga oii....
Letak je dalam gelas atas meja taman.
Kalau tak, tak merasalah meja ni ada bunga hidup...

dok je kat sini dendiam tau.....
Salam petang semua....
Dah minum petang ker...?
Kudap apa petang ni...?
Tak kiralah apa kudapan pun, yang penting, kita semua happy bersama keluarga tersayang...
Betul tak?
Betul Cikgu.....
* Sila angkat tangan lurus-lurus...*
Pandaaaiii.....

Saya nak tanya, ada tak di antara kita tak suka berkawan?
Sapa tahu, orang yang tak suka berkawan dipanggil apa?
*jawab sendiri *....

Saya rasa kita semua suka hidup dikelilingi kawan dan sahabat.
Gurau senda, happy happy..
Sahabat dan kawan ada di mana mana sekarang.
Termasuk di alam siber.
Sahabat yang berhubung dengan kita di FB, blog, Ym dan macam macam adalah....
Ada kawan di alam siber yang boleh menjadi mesra, baik dan boleh ber-kau aku dah, sama mesra macam di alam nyata.

Hakikatnya, walau pun ada yang belum berjumpa dengan sahabat maya, tapi mesranya macam kita selalu berjumpa.
Kadang-kadang, kalau tengok di bloglist, kalau kawan maya kita tu tak update entri, mesti kita tertanya-tanya...pesal laaa dia ni tak update update, sakit ke? bz ke?bersalin ke...?
Betul takkkk?????
Angkat tangan lurus lurusssss....

Sebenarnya hari ini saya tunjuk.. (nak menunjuk la tuuu....)
yang saya dapat kiriman cenderahati dari sahabat blogger....adik NORA
Tu yang saya kata, berkawan walau hanya tercipta di alam siber, mesranya macam kita selalu jumpa...
Terima kasihlahhhhh dik Nora- buat syusyah syusyaaahhh jerr...

Akak shuke....berebut ngan anak ni....
Bila saya cakap, "ini kawan blogging ibu yang kasi...tak boleh.."
Dia jawab.."Ok, adik nak blog juga..."
"Haishhh...adik baru darjah tiga, tak boleh lagi..."
"Bila adik boleh ada blog?"
"Bila dah boleh berblog...."

cantikkan? cute miuttt sangat.....tq NORA...
Saya ada ramai kawan blogger yang baik, ramah dan sangat mesra,walaupun saya ni tak femes amous...
Kepada yang sudi berkawan, beramah mesra, yang sudi datang membaca, tak kiralah, silent reader ke, tegur di SB ke, atau rajin beri komen ke...( yg ni suka amat..) ai lab u all....terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya...hargainya sesangat...

Ok friends...nak g wat cekodok bilis lagi..taruh kucai ngan toge...suke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...