As Salam...
Bermula petang Jumaat hingga seharian Sabtu ini, saya penuhi dengan melayan kehendak anak dara saya. Penat memang...tapi saya gagahkan juga....
Semuanya kerana dihambat rasa bersalah..
....................................................................................................................................................................
Jumaat semalam, sewaktu dalam kelas, saya diterjah oleh bos saya.
Bos saya, sebab saya setiausaha kepada pentadbiran yang berkaitan dengan hal ehwal murid.
"U ada hal tak weekend ni?"
"Hmm, adalah, kan cuti tiga hari...?"
"Tapi U kena bawa budak ke S.Alam, lima orang, hari AHAD...."
"HAH? AHAD? kan cuti umum.."..* tak sempat habis ayat*
"Nah, senarai nama murid dan duit minyak kereta....,penting ni, budak-budak tu terpilih dapat biasiswa dari YB...", U jumpa budak-budak tu, deal dengan diorang.."
TEPU dan TERKEDU...
Saya dah berjanji dengan family...
Dah merancang sesuatu cuti tiga hari ini..
Maklumlah, bukan selalu dapat cuti agak panjang sejak saya belajar.
Cuti semester pun ada kelas.
Saya memandu pulang ke rumah dengan kepala dan hati yang berbaur pelbagai rasa....
"Apalahhh yang nak aku bagitau Cik Bab dan ayahnya...."
Airmata menitik..satu-satu...dan tambah laju bila teringat-ingat alasan dia...
"I boleh pergi..tapi hari Ahad tu, hubby tak ada di rumah.."
Atas nama 'Saya yang Menurut Perintah'
Redha dan sabar...
Sabar dan sabar....
Saya yang menurut perintah.
.................................................................................................................................................................
Seperti yang dijangka, anak dara saya meraung sekuat hati bila saya kata terpaksa batal
segala yang dah dirancang....
"Ibu mungkir janji..."
Pedih hati saya....
Puas juga mengatur ayat berhujah dan dan bertikam lidah dengan si ayah...
Untuk memuaskan hati anak dara tu, saya lepas Zohor, saya bawa dia ke SA.
Tunjukkan hotel bakal saya bawa budak-budak tu nanti...
"Oh, hotel ni, tak grand sangat kan, bu?"
Saya mengiakan. Saya beranggapan dia sekadar nak menyedapkan perasaan sendiri.
Saya sendiri menelan perasaan...
Hingga lewat petang, saya bawa dia meronda keliling SA.
Terus ke Damansara, ambil sepupunya.
Bawa lagi dia makan-makan di Sunway.
Sampai rumah pukul 12.30 malam.
"Esok, ibu bawa adik ke book fair tau?"
Saya angguk. Sebenarnya plan awal nak ke pesta buku tu, petang Jumaat, Sabtu dah gerak ke destinasi sampai Isnin...
*sigh*
Saya yang menurut perintah...
................................................................................................................................................................
Pagi-pagi lagi dia dah bangun.
Saya buat keputusan nak naik LRT je ke PWTC.
Saja nak layan dia, tak pernah naik LRT, selain nak mengelak kesesakan dan berpusing-pusing cari parking. Mesti sesak. Jamin.
Sama-sama tembun.... Hah, buat la perangai ambik gambar jelir-jelir lidah tu... ( LRT Ampang ) |
Keterujaan first time naik train.. Saya tengah sedih, tengok dia masa niii... ( Botol air satu liter setiap sorang..) |
Novelis Norzailina Nordin. Saya suka dengan masakan dia... ( Booth pertama dapat masuk selepas hampir satu jam bersesak di luar ) |
Adik nak juga autograf Kartunis Sukun... ( Ok dik...apa sajalah..asal ibu dapat hilang rasa bersalah ) |
Rehat sekejap sebelum Solat Zohor.. Dua-dua dah sakit kaki.... DAN YANG NI LAH YANG DIA NAK SANGAT. AIN MAISARAH... |