As Salam....Dua hari tidak menghadap blog dan dunia siber.
Dilanda kepenatan tak terkira tahap berapa entah...


Dua hari berkubang di padang sekolah sebagai AJK pertandingan bola jaring peringkat daerah.
Dua hari, dari tujuh pagi hampir ke tujuh malam.


Hari ini juga bersekolah hingga petang, kegiatan Ko-Kurikulum.
Memandangkan pukul satu setengah masih di sekolah, dan harus berkejar balik kerana Cik Bab juga harus ke sekolah semula pada jam dua petang, saya singgah di gerai nasi ayam, menapau jer laa....

Sampai di gerai tersebut, saya bernasib baik kerana dapat memberhentikan kereta betul-betullll depan gerai.  Gerai ni, kalau tengah hari memang sentiasa penuh.


Saya terus order, tak banyak, satu bungkus je.
Tuan kedai sedang membungkus ...saya mengira...ada tujuh bungkus  nasi ayam....
Dua beg plastik berisi bungkusan nasi ayam itu, diserahkan kepada seorang makcik yang sedang duduk di meja berhampiran saya.

"Banyak tu makcik..." tegur saya..
"ha,ah..untuk anak cucu ni.." jawabnya tersenyum.

Makcik tersebut bangun dari kerusi, menghulur duit dan menjinjit dua beg besar nasi ayam.
Nampak agak payah dia nak melangkah dengan beg-beg tersebut.


Nasi saya siap.
Saya beriringan dengan makcik tersebut.

"Makcik nak balik ke mana? panas ni, jom saya hantar.."
"Eh, tak apa nak...tu, kereta anak makcik ada tu haa..."
Dia memuncungkan bibir ke arah perodua biru, agak 10 meter dari situ.

Astaghfirullah...saya mengucap dan serta merta darah rasa menyirap ke kepala.
Dalam perodua biru tersebut, tersandar Tuan Besar dan Mem Besar.
Mem Besar berkaca mata hitam besar, macam kaca mata artis yang kena masuk mahkamah atas tuduhan berkhalwat...

Ada manusia yang lebih bertenaga rupanya dalam kereta tu...
Saya terpaku di tepi kereta, hanya mampu menghantar dengan pandangan sayu dan geram..
Susah payah makcik tersebut menukar  beg dari tangan kanan ke kiri, untuk membuka pintu kereta.
Kedua-dua tuan tak berhasrat langsung nak turun dan buka pintu kereta untuk makcik tu.
Takut cair agaknya dengan panas terik.
Dahla kereta letak jauh...malu kut, orang tengok suruh orang tua turun beli makanan...

Saya masih tak berganjak.  Perodua biru menderam di tepi saya.
Mem Besar menjeling ke arah saya dengan moncong panjang.
Rasa macam nak suruh dia turun dan nak ikat moncong dia tu dengan dawai kawat besi......

Saya memandu pulang dengan perasaan kesal dan terus terkenangkan emak....

Inilah agaknya seperti yang diingatkan oleh Junjungan Besar kita, salah satu tanda dunia telah berada di penghujung...
Ibu melahirkan tuan......

11 dah buat karangan gred A:

GREENJADE said...

x mustahil 1 day anak2 mem & pem bsar tu pulak buat kat dorang pulak..

aihh..sok2 ibu dah xde baru nk nyesal x sudah..macam2

Rashid said...

ya Allah .. masih adake manusia begitu? Anak yang seperti bukan anak!!

ishhh ..

Cikgu Nurin said...

Jade: Yes..what goes around comes around...

Cikgu Nurin said...

Cikgu Rashid:Betul cikgu, geram saya melihatnya..kesian makcik tu...

Zaitun said...

Rasanya kalau anak perempuan tak sanggup buat mak macam tu,biar hodoh macamana pun dia tetap ibu kita. Syurga dibawah tapak kaki ibu.

Misz-ella said...

Kenapa la dia buat mak dia camtu. Syurga kita tu, patut kita jaga smpai bila2.

Murni Alfathunnisa said...

huhu...nauzubillah...mintaklah dijauhkan. tak mau lah saya jadi macam pak tuan dan mak tuan tu....kesian mak...:(

Sham said...

kisah akhir zaman gituler...stuju dengan greenjade,sok2 diaorg kena balik tu...

ieda Qema said...

seedih kak

kak tie said...

memang kurang hajor betul anak/menantu dia..ibu tua dibuatnya bagai amah...nampak sangat bakal2 penghuni neraka jahanam..

Cikgu Nurin said...

Zaitun:Tak taulah zaman sekaran ni...tak berani nak cakap...

Kak Cik: tu la, kita fikir macam tu, tapi ada orang sanggup buat mak macam tu...geram.

Siti: Akak pun selalu minta doa,jangan jadi macam tu dan doa jangan anak macam tu..

Sham: memang betul

Gomok: jaga mak tau...

Khunsuriyatit:memang, rasa nak g sekeh-sekeh kepala dua orang tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...