Day : Sunday Evening
Venue : KLCC...
Event : Lepak-lepak and ambil angin...



Posing dari adik n Acu...





Kerana ini merupakan impromptu event kat kolam KLCC,maka adik tak ready...main-main air jer laa...sampai basah kuyup baju dia...



dah jam enam...masuk KLCC balik,we had rojak buah,air gelas kecik 3 and fresh fruits...RM30....pehhh



Kul 7.00 petang...balik..tamat dah satu hari bersantaian.....

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Cuti semester lepas,aku bercadang balik ke ipoh,nak ambil abah dan si bongsu, since hubby ke Jakarta,dia suruh aku balik dengan izan,buat kawan...so,these were all the passengers that boarded the blue CRV back to Ipoh...

but my sis was not permitted to menikmati pemandangan pleasantly yeaa...she was forced dengan kejamnya to cari substances for my assingments...heh hehh tu dia dengan bznya...


Tetapi...sedang kami semua bergumbira dan beriang ria,tiba-tiba sebuah lori tangki minyak yang besar gedabak overtook our car dan telah melantunkan satu batu kecil tepat ke cermin sebelah kanan atas kereta...siut punya lori...tak lah besar,bulat macam syiling lima puluh sen je ( teringat citer aisyah lima puluh sen kat astro),tapi kan dah cacat CRV aku tu...aku pun dengan perasaan kasih sayang menggosok bekas retak tu sambil menyumpahseranah lori tu,tetiba jer aku rasa one kind punya panas,spontan mataku ke papan meter...makkk tampreture tinggi,dah sampai tahap maximum,nasib tak berasap..aku terus teringat pesan husband,sebelum move tengok air tu...alamak aku betul-betul lupa daaa....Alhamdulillah nasib baik dah dekat dengan kawasan R&R Simpang Pulai,my sis terkial-kial nak bukak bonet kete while i was just standing there 'kebodoh-bodohan....'ujian Allah...tetiba ada orang tegur kami dan terus je sedara yang baik hati tu datang,bukak bonet dan tuang dua botol air...kering maaa...and then adikku bagi tahu sesuatu'kak, i think the crack is getting longer laaa..'betul la,dari besar lima puluh sen dah panjang not seringgit dan later bersambung lagi...dan lagi...



but what a coincident,sedara yang baik hati tu owner workshop di gombak,dia cadangkan aku hantar kete kat kedai dia,tapi aku kena bincang ngan husband dulu,dah settle semua,ucap tima kasih dan terus perjalanan balik ke Ipoh,bawa abah makan di Mee Rebus Ramli ( aku ada cerita syahdu tentang mee ni,nanti aku post kat entry lain),dulu kalau balik,mesti bawa mak sekali....



ingat nak 'ziarah' mak,tapi hujan plak...lepas maghrib,kami bertolak balik ke KL,singgah di R&R Tapah,kawasan R&R yang paling best sekali sepanjang hiway,pukul 12.30am kami bertolak semula,perlahan-lahan sebab takut meter naik lagi...n sampi di Shah Alam,jam 3.20 pagi...alhamdulillah...selamat



Rumah yang aku bina untuk mak dan abah...semua hal berkenaan rumah ni,bermula dari cari kontraktor,design rumah cat dan segala-galanya aku serah ikut citarasa mak,tapi Allah lebih sayangkan mak,mak sempat duduk di rumah ni tiga tahun je...sekarang semuanya sunyi...A HOUSE WITHOUT A MOTHER IS A DESSERT...
“usah menjangkakan masa depan,kerana masa depan adlah milik TUHAN”. Hadapilah hari-hari mendatang dengan senyuman, segunung usaha serta tawakal, redholah atas segala yang Allah berikan kerna itulah yg terbaik….. ,senyumlah dgn nikmat Tuhan.”
Renungkanlah sebuah kisah ini dengan mendalam, moga ada senyuman terukir selepas itu……
“Berhentilah menjadi gelas”
Seorang guru sufi mendatangi seorang anak muridnya, ketika wajahnya belakangan ini selalu nampak murung dan bersedih. “Kenapa kau selalu bersedih, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah syukurmu?” sang Guru bertanya.
“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah, sukar rasanya bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya, ” jawab sang murid muda.
Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua gengam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”
Si murid pun beranjak, perlahan-lahan dengan lemah longlai. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.
Cuba ambil segengam garam, dan masukkan ke dalam segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”
Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis dan berkerut kerana meminum air asin. “Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru. “masin dan perutku terasa loya dan mual”, jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.
Sang Guru senyum terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kerana kemanisan.
“Sekarang mari kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang ada berbaki itu , dan tebarkan ke danau. Si murid menebarkan segengam garam yang berbaki ke danau, tanpa sepatah kata. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya. “Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat dipinggir danau.
Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”
“segar, sungguh segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan belakang tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.
“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”
“tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.
“Nak,” kata sang Guru setelah muridnya selesai minum.
“Segala masalah dalam hidup itu seperti SEGENGAM GARAM. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segengam garam.
“Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Tuhan, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-gitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi yang bebas dari penderitaan dan masalah.”
Si murid terdiam, mendengarkan.
“Tapi nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya ‘qalbu’ (hati) yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak merasa menderita, BERHENTILAH MENJADI GELAS. Jadikan qalbu dalam dadamu itu SEBESAR DANAU.”
Hidup memang memerlukan keberanian. Tapi, akan lebih memerlukan ketelitian. Cermati langkahmu,waspadai tindakanmu.
Hati-hati saat ‘mencelupkan jari’ dalam celah kehidupan. Kalau tidak ‘rasa pahit’ yang akan kita temukan.
p/s:entry ni aku copy dari blog alhaddad's - sekadar berkongsi ilmu untuk disebarkan...
This time entry ni berbeza sikit, aku terbaca rencana ni dalam mastika,rasa agak tersentuh hati ni..sebab ia berkaitan dengan aku...nak highlight sikit,rencana ni seratus peratus dalam jawi tau..he.. he..alhamdulillah,masih lancar lagi tau...oklah aku taip balik,tapi ringkaskan...

-Sebelum Keindahan itu Berakhir...-
Tengah hari itu cahaya matahari memancar terik. Cahayanya menyimbah masuk melalui tingkap cermin yang dibuka luas. Guru kelas kami masih mendiamkan diri.Dia memandang keluar dengan mata yang digenangi air...Kami terus menyalin nota yang diberi. Sesekali aku mencuri pandang ke arah guru kami yang masih lagi termenung dan memandang keluar
. Apa yang sebenar bermain di fikirannya.....
Beberapa minit sebelum kelas berakhir,dia memandang kami dengan wajah muram,dengan suara lembut dia berkata..."sebelum kamu semua balik,saya hendak berkongsi sesuatu dengan kamu,ia tiada kaitan dengan apa yang kita pelajari hari ini,tapi sangat penting...kita semua dihidupkan untuk belajar,berkongsi,mengasihi,menghargai dan mengabdi diri kepada Yang Esa.
"Tiada siapa diantara kita yang tahu bila kehidupan yang indah ini akan berakhir.Ia boleh berkahir bila-bila masa sahaja,dalam sekelip mata....barangkali inilah cara Tuhan memberitahu kita bahawa setiap detik yang kita lalui itu amat bererti dan berharga".
Guru kami terdiam, saya lihat titisan airmata mengalir di pipi..."Mulai saat ini,kalau kamu dal
am perjalanan datang atau pulang dari sekolah,carilah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan dihargai".
"Ia tidak semestinya yang kamu lihat,tapi mungkin yang kamu hidu,seperti bau masakan,bunyi kicauan burung,desiran angin,atau mungkin sinaran matahari pagi,dedaun yang gugur melatari tanah yang kamu lalui...."
"Lihat semua itu dan nikmati keindahannya,kerana itu adalah sebahagian dari hidup kita yang Tuhan jadikan untuk dinikmati keindahannya,tapi sayangnya kita selalu abai dan tidak menghargainya.Anggaplah menikmati keindahan benda-benda kecil itu satu kemestian. Bila-bila masa sahaja ia boleh lenyap diambil kembali Yang Maha Esa,waktu itu jika kita tersedar,ia telah terlambat..."
Selepas berkata demikian,guru kami tu terus keluar meninggalkan kelas kami. Kami tahu guru
kami itu masih bersedih dengan kematian suaminya...
Hari itu,saya melihat begitu banyak keindahan sepanjang jalan pulang ke rumah,jauh lebih banyak dari apa yang saya lihat sepanjang tahun itu....
Lihatlah di sekeliling kita,lihat matahari terbenam,lihat bintang di langit waktu malam,hulurkan sebahagian daripada apa yang kita ada untuk si miskin, supaya kita dapat lihat cantiknya senyuman mereka,kerana apabila usia kita meningkat,kita tidak akan kesal dengan perkara-
perkara yang banyak kita terlepas dan tidak nikmati keindahan itu....

Selagi kita hidup,hargailah apa yang ada pada kita...biar sekecil manapun ia,hargailah....sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk kita abaikan apa yang Tuhan pinjamkan kepada kita..
-ADA HANYA ADA SETELAH IA TIADA-
Yeah...Jumaat dah..ari ni aku pakai baju peninggalan mak,hijau bunga pink.This morning semuanya macam bagus je...adik bangun awal,so aku boleh keluar awal sikit.Sampai di sekolah not even 6.30am.Park kete elok2,pilih kasut leee...pakai kasut wane krim la,seswai ngan baju hijau ni,bukak lampu cari kasut bawah bangku...ahaa yess ada pun kasut ni...terus sarung,matikan enjin crv biruku,lock elok2...Aza dah tunggu,bagi salam masuk kete dia.Dalam kete biasa le sembang buang2 masa nak layan jem kat jalan kucing.Sampai di kolej,dah park kete,maka aku pun turun dengan ayunya,takut tersangkut kain,sebab kain mak tu labuh skit,kasut plak tumitnya 2 setengah inci...buatnya tersangkut kain kat tumit,cium batu jalan plak aku...dua tiga langkah berjalan,rasa macam nak betulkan kain,aku pun tunduk nak angkat sikit kain tu....sebaik je aku pandang ke bawah,nyawa aku macam terputus...tau apa yang aku nampak?TENGOK NIHH.....WWWAAAAAA!!!!!!cam na boley jadi cam niii....



aku nak ketawa ke nak nangis nihh....Aku macam tak boleh jalan dah...Aza dalam dok ketawa tu,dia call Syikin,classmate dia who her husband is tokey cafe kat IPBA tu,nak tanya ada tak selipar lebih...tapi malangnya Syikin tak pick up the phone...nak tak nak aku kena jalan, takkan nak dok kat parking kete tu...maka berjalanlah aku macam orang Jepun, terkedek-kedek,takut ketahuan...masa nak naik tangga tu paling aku hati-hati,rasanya inile kali pertama aku jalan macam perempuan melayu terakhir,penuh sopan santun gadis melayu...sampai di kelas,En. Azizi dah ada,alamak awal la pulak old man ni...tapi tak pe,control cun...aku tunjukkan kasut aku tu kat deorang...apa lagi,gamatle kelas...ye le,kalau aku tak cerita,sekali deorang nampak,sok sek sok sek kat belakang,lagi haru,baik aku terus terang jee...nasib la ari ni tak tukar2 kelas cam selalu,maka ari ni aku tak ke kantin and not even to the toilet...tak dapat touch up make up....aduiii....apa punya tuah ari ni....baru dua minggu belajar dah mentallll.....

so my advice to all my friends out there,if u wish to be a student again,at this stage of age...better THINK TWICE....he he he...takut mentalll....
Sabtu semalam prima meraikan hari keluarga di Bayu Beach Resort PD,walaupun PD dah kerap kali kami pergi,malah dah jadi macam tempat rasmi bila nak release tension,tapi tetap teruja nak pergi,sebabnya nak releasekan burden kat dalam otak ni.Sepatutnya berkonvoi dari kilang di Bangi tapi memandangkan adik wajib hadir kem Bestari Solat di sekolah,kami bertolak kemudian,enjoy enjoy gak....didikan jangan abai,apatah lagi didikan agama,right?rombongan makcik kiah tu bertolak pukul 10 pagi, 3 buah bas dan hampir 25 buah kereta...ramai tu,tiga-tiga bas tu penuh dengan pekerja bangla,nepal and of course indon maaa....since kami bertolak hampir pukul empat ptg ( g shopping dulu),banyak la events yang kami miss,tak de la nak join,cuma nak tengok je..then,malam dinner (bbq dinner),penuh la ballroom kat bayu beach tu.Macam-macam event ada.Lucky draw pun banyak, ada tv,digital camera,washing machine,voucher and so on..- mat bangla banyak sapu lucky draw nihh...but,very sory,tak dapat upload banyak pic kat sini,sebabya I kena accompany hubby kat meja VVIP, so i like to 'behave' myself,control ayu gitu,tak free to click here click there,sikit-sikit la curi-curi snap,itupun guna kamera hp,so as you can see here, pics not very cantik....layannnn jer ler.... yesss tu dia minah indon dengan tarian poco-poco..gamat btul diorang ni.....

mat bangla ni nyanyi lagu hindi,not bad sora dia...tapi yang harunye,lepas nyanyi satu lagu, tak gheti-gheti nak turun pentas,siap bersajak lagi dalam bahasa hindi...-bila bangla naik syekhh-


and more bakat terendam prima,skima jer mamat tu, tapi sogha bes...

and...jeng jeng jeng...the next day tu...my birthday......happy birthday to me...hai,tambah tua lah aku,whatever syukur pada Yang maha Kuasa yang masih memberikan nikmat dan rahmatnya untuk aku terus bernafas dan menikmati segala pemberianNya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...