As-Salam....
Selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti..
Saya juga bercuti, semester saja yang bercuti...
Hakikatnya kerja semua dibawa balik, cuma tak dibuat di sekolah...

Entri nak marah ni...
Baca yea...

Peperiksaan pertengahan semester bermula Isnin hingga Jumaat minggu lepas...
Bermakna cuti dua minggu harus langsaikan semua...
Okey...sedia maklum tentang itu.

Jumaat lepas, waktu semua orang ucap 'happy tak berapa holiday',
Tetiba terdengar suara SU Peperiksaan...

"Perhatian semua guru, tolong key-in markah ASAP, serah pada penyelaras dan  penyelaras mesti siap semua data.  Hari Isnin buka sekolah, serah pada SU, untuk dihantar ke PPD hari Isnin tu juga. MESTI"

Jumaat hari terakhir exam.  Semua guru kepit skrip bawa balik kampung.
Bila masa penyelaras nak kumpul semua data?
Seorang guru mengajar paling minima tiga subjek dan empat kelas ( paling minima yeaa...)
Bila masa cikgu-cikgu tu nak serah markah pada guru kelas?

Kertas Sains saya enam kelas, Pendidikan Sivik dua kelas, selesai examnya pada Hari Rabu.  Naik buntang biji mata menanda semua kertas sebab nak bagi pada guru kelas masing-masing sebelum cuti.  Misi saya berjaya.  Kelas saya, dikemudiankan, tak apa.  Masalahnya sekarang, bagaimana saya sebagai penyelaras nak mengumpul semua kelima-lima kelas bawah seliaan saya, dalam masa cuti ni...?

Guru-guru kelas tu pulak, kena menunggu markah dari guru matapelajaran...( macam surat berantai...)
Pagi tadi, saya hantar SMS kepada semua guru mata pelajaran yang mengajar di kelas saya.
Saya minta mereka emailkan markah kelas saya.  Sampai 'la' hanya satu saja SMS saya yang berjawab, dari Cikgu BI, itu pun jawapannya," Demam, tak boleh tanda sekarang...."

Itu baru markah bagi kelas saya, dan saya harus kumpulkan semua kelima-lima kelas tu.....
Seorang guru kelas bawah saya tunggu masa je cuti ni nak bersalin.  Kalau dia bersalin sebelum sempat menanda kertas?  Siapa nak tolong tanda? Nak key - in markah kelas dia lagi...? Saya la tuuu...

Saya nak marah siapa ye?
Nak marah guru-guru? Tak boleh, sebab semua tengah sibuk, bercuti lagi, kertas nak ditanda bukan kelas saya saja.  Saya faham.

Nak marah SU Peperiksaan?
Tak boleh, dia pun pening, lagi Isnin nak kumpul  berapa puluh buah kelas, kena serah  ke GPK 1.

Nak marah GPK 1?
Tak boleh, dia menurut arahan dari PPD..

Jadi marah siapa?
Marah PPD.....ye..PPD...boleh ke marah PPD...kena 'blacklist' nanti?
Tak kira....nak marah jugak...

Wahai PPD.....
Kalau ada  PPD yang baca ni, tolong jawab macam mana benda ni nak diselesaikan...
Kalau Tuan PPD mintak data dihantar Hari Jumaat minggu pertama buka sekolah tu, logik laaa...
Ada ruang, ada masa cikgu-cikgu ni nak bernafas, nak mengumpul markah...

Ke, tuan-tuan PPD jeles, kami cikgu-cikgu ni bercuti...??????

Hish..geram ni,gerammm.....

*Ni ada sms masuk dari SU..."nak hantar laptop ke rumah  key-in data tau...."*


TOLOOONGGGGGG..........
Hari Ibu dah berlalu semalam...
Semalam, aku amat ingin mencoretkan sesuatu di sini..
Coretan untuk mak..
Sempena hari istimewa untuk mak..
Namun aku tidak mampu
Tidak kuat untuk mencoret walau sepatah kata..


Hari ini,
Izinkan aku berkongsi sesuatu..




Maakkk...ampunkan aku......

Jam 1.30 pagi tadi saya belum tidur.  Gigih nak menghabiskan Novel 'Lasykar Pelangi'. Tetiba ada message masuk, dari Fara. 
Saya taip balik ajelah...

'Kak, esok kita jumpa masa ambik modul ye. Dah lama tak jumpa akak. Fara blanja bfast nanti.' 

Saya jawab 'Yee haaa...set...best makan free ni...'

Fara ni cikgu satu sekolah di sekolah lama saya di Selayang.  Baru tukar centre sama saya kat IPBA untuk semester baru hujung Mei ni. Dan hari ini, hari ambil module untuk sem. baru.

Jam tujuh saya dah siap.  Hantar Cik Bab ke sekolah dia sebab ada Kem Bestari Solat.
Sebelum jam lapan, saya dah ada di cawangan OUM kat Jalan Putra tu.
Pendaftaran hanya akan mula jam 8.30pagi.

Saya terus ambil nombor giliran.  Saya minta dua.
Best, dapat nombor awal.  Belum sampai angka 20 pun.
Sementara tunggu Fara datang, sambung baca novel.

5 minit, 10 minit 20 minit berlalu....
Mana Fara ni, tak nampak batang idung lagi ni..
Kaunter dah nak buka...

Call Fara laaa.

"Fara kat mana? kaunter dah nak buka ni, akak ambil nombor awal ni."

"Fara tunggu akak laaa...dah belengas ni..."

"Tunggu kat mana? Tak nampak pun", Sambil toleh keliling.

"Kat sini laa...."

"Sini mana? akak pun dah kat sini..tak nampak pun Fara?"

"Akak tunggu mana?"

"Kat OUM Jalan Putra laa..."

"Akak oiii...centre nak ambil module untuk student IPBA, DAH TUKARRRR....akak tak tengok LMS ke? Tukar PJ ni..."

Waaa..nak nangis,nak nangis...

Terus ke kaunter, bertanya. Ye lah orang kata malu bertanya sesat jalan kan? hi hi..dah sesat pun.

Encik tu jawab "Ha'ah dah tukar, sini untuk student Bangi,bla,bla, bla....,sempat lagi kalau puan nak pergi."  Haa....puan,bak balik la nombor tu.."

Huishs..nombor ni pun nak balik.  Buruk siku betul.

Call En. Husben. Tanya jalan.   
Rasa-rasa boleh bayangkan jugak tempat tu...

Baru nak start enjin kereta, Fara call.

"Akak dah buat payment ke belum?"

"Belum"

"Ok, selamat, macam ni la, akak tak payah datang la, Fara bayar untuk akak dan ambik module sekali, sms username,password dan IC akak tau..."

"He he..cayang Fara...tapi tak jadi la blanja akak ni ye...?" *tak malu*

"He, he..he..tak jadi, tu la, berangan lagi.."

Sekarang, saya pulak yang janji nak belanja Fara.  Kami nak jumpa kat Kajang. Nak belanja dia kat 'ttuuttttt', Kajang.,, nak bayar balik duit dia, nak ambil module.

Pengajaran Moral hari ini: Jangan terlalu selesa sangat dengan benda yang dah selalu kita buat, kunun-kunun macam pro la tu...sampai dah tak semak annoucement kat website dia, Padan muka Cikgu Nurin..meh ramai-ramai gelakkan dia......

 En. Hasben sempat bagi kuliah Duha: "Online 24jam...benda tu pun tak boleh nak chek.."

Hmmmmm..saya kena 'ttuuutttt'kan tempat saya nak blanja Fara.  Nanti ramai nak ikut, Cikgu Nurin dah tengah-tengah bulan ni, dah sengkek...maklumlaaaa gaji cikgu kan cipuuuttt jer...hi hi hi..Jahatkan Cikgu Nurin?

As Salam semua...
Alhamdulillah..dah dua hari panas terik.
Kering la kain baju...


Pernah tak kawan-kawan jadi mangsa orang yang berperangai hasad dengki ni?
Hidup jadi huru hara dengan orang-orang yang ada PHD ni kan?
Tapi betul ke, kata orang, bangsa yang paling kuat PHD ni adalah orang-orang kita?
Orang-orang Melayu, beragama Islam...?


Mari kita buat perbandingan.
Antara bangsa MIM ALIF LAM YA WAU dengan CHA YA NUN ALIF

Pernah dengar SANTAU?
Kalau di kedai makan biasanya, kedai orang 'MIM ', pantang la nampak maju, mulalah ada yang nak menyantau, ada saja akal orang PHD ni cari jalan nak menjatuhkan bisnes bangsa sendiri.


Itu bab santau,  yang sinonim sangat dengan orang MIM ALIF LAM YA WAU  ni...
Belum bab lain, propa mempropa...


Sehingga kini, saya tak pernah pulak dengan kedai orang 'CHA' ni, kena santau.
Tak tau lah kalau dia jatuhkan dengan cara lain.
Tapi biasanya bangsa 'CHA ni ' sangat bersatu.
Tengok saja persatuan-persatuan mereka.
Tengok PIBG sekolah mereka saja pun dah cukup...
Dewan besar-besar, semua bersatu, bina dewan biaya sendiri...


Saya pernah hadir satu usrah, yang ustaznya beri analoginya begini..'orang 'MIM' ni, kalau dengki bukan setakat kat dunia je, sampai masuk lubang neraka pun nak berdengki lagi...'


Bayangkan neraka orang 'MIM' ni berjiran dengan neraka orang 'CHA'
Neraka "CHA" ni, kita boleh lihat, berduyun orang berjaya naik, 
Yang dah berjaya menyelamatkan diri, akan cuba menarik kawannya yang masih di dalam.
Yang masih berada di dalam akan sama-sama membantu mereka yang nak naik.


Tapi di lubang neraka orang "MIM", yang dah berjaya naik, akan lari jauh-jauh.
Bila ada je yang dah nak naik ke atas, yang bawah akan segera menarik turun kaki orang yang sedang tergapai-gapai nak naik ni.
Kalau aku tak naik, jangan harap engkau pun dapat naik.
Biar sama-sama dok kat dalam ni, puas hati....


Hah, macam tu sekali dengkinya orang-orang yang ada penyakit ni.
Sampai di tempat yang paling teruk macam tu pun, nak berdengki juga...
Adakah disebabkan kebayakan orang 'MIM' ni berketurunan pahlawan, maka mereka penuh dengan sifat dendam dan tidak puas hati?


Hari ini, nak percaya kawan sendiri pun susah.
Mereka boleh bergelak ketawa, bertepuk tampar dan menangis sama-sama kita..
Tup-tup, esoknya, benda-benda yang kita kongsi waktu dia sama-sama 'menangis' dengan kita, dijadikan modal untuk menjatuhkan kita.
Kebaikan dia tu hanya topeng, supaya dia dapat modal, cari kelemahan kita, tembak kita semula...


Kawan ramai, tapi sahabat semakin pupus......kan????


........................................................................................................
* Banyak blog terpaksa saya delete dahulu kerana serangan Malware dan tak boleh di buka..*


As Salam sahabat blogger...
Semoga sihat dan semua dalam lindungan Allah hendaknya...


Saya nak bercerita sedikit tentang jemputan kenduri kawin..
Almaklumlah, tak lama lagi cuti semester
Tentu jemputan berduyun tiba...


Dua minggu sudah saya ada menerima undangan perkahwinan anak kepada seorang rakan sekerja
Majlisnya minggu hadapan
Semua guru dapat..
Cantikkan, kadnya? Disediakan dalam kotak khas sebenarnya kad tu, 
Ada banyak halaman macam buku...
Majlisnya pun di tempat khas, bukan hotel atau dewan...
Sebuah perkampungan yg dibina khas...ala-ala Ning Baizura gitu...
Kelleesss wehhh....


Maklumlah, bakal menantunya adalah anak kepada seorang penyanyi wanita 
yang sangat terkenal tahun '80an dulu
Masih lagi aktif menyanyi di majlis-majlis VIP dan dah bergelar Dato'..
Siapa dia?
Biarlah rahsia...hu hu hu..


Jemputannya tertulis nama kita dan pasangan sahaja.
Bermakna 'no child please....'


Dan kisahnya, seorang dari kawan saya sangat-sangat teringin nak menghadiri majlis ni
Yang lengkap dengan kod pakaian yang perlu dipakai pada malam tersebut.
Dan dia berhasrat nak bawa anak-anaknya yang masih kecil, adala empat lima orang....


Dia meminta izin kepada siempunya majlis untuk bawa semua anak-anak dia
Maklumlah nak ditinggalkan di mana kalau dia ke majlis tu?
Yang sulung pun baru sekolah rendah..


Jawapannya...hhmmm semua sedia maklum kut...
Dia merayu juga...masih sama jawapan yang diterima...
Saya meninggalkan dia dengan rayuannya tanpa mahu tahu apa keputusannya.


Bagi saya mungkin tuan rumah ada sebabnya yang tersendiri.
Saya sedia maklum, majlis berprestasi tinggi macam ni, ramai la VVIP yang akan hadir...


Hmmm..kalau tanya saya...
Tak.  Saya tidak akan hadir ke majlis itu.
Sebabnya, saya juga ada anak.
Tak tertelan nasi nanti bila teringat anak di rumah.
Apatah lagi lahh..Cik Bab saya tu, pemakan orangnya...
(sekarang ni pun tengah makan ...)


Dulu waktu masih guna khidmat pembantu rumah pun, saya tak pernah ikut suami ke majlis yang tidak membenarkan adanya anak-anak kecil....
Tak sanggup tinggalkan anak..dah la anak sekuntum tu jer...


Memang memenuhi jemputan itu, wajib.
Tapi saya tak sanggup tanggung risiko.  Kepala dok fikir bukan-bukan je kalau anak tak ada dengan saya.
Susah nak percaya orang.
Cukup je Cik Bab dua tahun, dah, stop, no more bibik...


Ok, berbalik kepada kisah kenduri tadi.
Mungkin lain orang, lain caranya.
Bagi saya, alangkah bertambah berkatnya majlis tersebut, kalau hadirinnya anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak kecil yang comel....dan tiada kasta dalam jemputan....
Sesetengah majlis, bunga telur pun beri ikut kasta....
Entahlah....
Lain padang, lain belalang....kan?

Hmm..kalau kawan-kawan,macam mana ye...? Pergi keeee tak?
Banana Cupcake versi Cik Bab
Petang ni itulah minum petang kami sekeluarga.
Dibuat sepenuhnya oleh anak dara saya tu.
Saya cuma mengarahkan dari jauh..tak lah jauh mana, dua tiga depa je..
Sebab saya sibuk menyediakan juadah tengahari..makan mee bandung maaaa...

Ini projek tertangguh dia.
Jadi saya kenalah selesaikan sebelum kuliah semester baru bermula tak lama lagi..
Layan sajalah karenah anak selagi terdaya dan kita mampu...ye dak?

'Ha,  kacau one way je..'

'right left or left right bu?'

'left right...'

Hah..dah macam kawad kaki je...hu hu hu...

'Baca bismilah dan selawat tak bu?'

"Ye, selain dapat sedap,kenyang dapat pahala juga..'

Memasak sambil menanamkan nilai murni....hi hi hi...
Sambil tu, masukkan garam ke dalam kuah mee bandung, lepas tu tiba-tiba je saya teringat..

"Alamakkkk...tadi dah masukkan...hmmm jadi masakan bujang lapok la ni.."

Almaklumlah..memasak sambil mengarah....

Rasa-rasa.....huh, nasib baik...sedang-sedang aje masinnya...

Maka, bermula dari menyukat, hingga memasukkan adunan ke dalam acuan, semuanya hasil tangan anak dara sembilan tahun tu...masuk ke oven je, saya bantu..
Takut pulak melecur tangan debab gebu dia tu...

Ukurannya ada tinggi rendah, tak apalah cubaan pertama...
Okeylah, takmo banyak-banyak bebel..sapa nak resepi dia?
Angkat kaki, angkat kaki...

Ini resepi original saya tau, tak copy mana-mana...
Kalau tersama dengan siapa-siapa..itu di luar bidang kuasa...saya tak cilok ye....
Ini resepi waktu saya belajar buat kek  kat kedai kek di Selayang..

Meh,meh kita skodeng....

Bahan-bahannya ye puan-puan...

Tiga biji telur gred B
200 gm minyak jagung, guna minyak masak biasa pun boleh, tapi kureng sikit rasa dia....jangan guna minyak petrol ye puan-puan....
200 gm gula pasir / ikut manis..saya selalu kurangkan
1 sudu kecil soda bikarbonat
150gm tepung gandum, ayak dengan soda
3 / 4 biji pisang berangan / 250 gm

Kekdahnya puan-puan...

Blender gula n minyak sampai gula hancur dan masukkan telur, blend lagi, sebati
Masukkan pisang dan blend sampai halus
Tuang dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
Kacau satu hala, kaup balik
Tuang dalam acuan 8x8 atau dalam cup
Bako sampai masak, ikut dapur memasing
Jadi puan-puan kena faham perangai oven sendiri ye...
Kalau ikut resepi, 45minit 180 darjah.

Oh ye..cup tu saya beli kat kedai dekat rumah Kak Kasih Redha..
Mekasih Kak Kasih sayang...

Untuk memudahkan, saya guna sukatan cawan metrik je, 200 gm sama dengan satu cawan metrik ( rata), jadi 150gm tepung = 1 1/2 cawan metrik tu, jangan tekan padat...

Lagi satu, saya tak suka guna perasa pisang, tak ori, so,kena cari pisang yang betul-betul ranum...
Selamat mencuba ye puan-puan...

Malam ni tengok JUVANA, tau...?
As Salam...
Bermula petang Jumaat hingga seharian Sabtu ini, saya penuhi dengan melayan kehendak anak dara saya. Penat memang...tapi saya gagahkan juga....
Semuanya kerana dihambat rasa bersalah..

....................................................................................................................................................................

Jumaat semalam, sewaktu dalam kelas, saya diterjah oleh bos saya.
Bos saya, sebab saya setiausaha kepada pentadbiran yang berkaitan dengan hal ehwal murid.

"U ada hal tak weekend ni?"

"Hmm, adalah, kan cuti tiga hari...?"

"Tapi U kena bawa budak ke S.Alam, lima orang, hari AHAD...."

"HAH? AHAD? kan cuti umum.."..* tak sempat habis ayat*

"Nah, senarai nama murid dan duit minyak kereta....,penting ni, budak-budak tu terpilih dapat biasiswa dari YB...", U  jumpa budak-budak tu, deal dengan diorang.."

TEPU dan TERKEDU...
Saya dah berjanji dengan family...
Dah merancang sesuatu cuti tiga hari ini..
Maklumlah, bukan selalu dapat cuti agak panjang sejak saya belajar.
Cuti semester pun ada kelas.

Saya memandu pulang ke rumah dengan kepala dan hati yang berbaur pelbagai rasa....

"Apalahhh yang nak aku bagitau Cik Bab dan ayahnya...."

Airmata menitik..satu-satu...dan tambah laju bila teringat-ingat alasan dia...

"I boleh pergi..tapi hari Ahad tu, hubby tak ada di rumah.."

Atas nama 'Saya yang Menurut Perintah'
Redha dan sabar...
Sabar dan sabar....
Saya yang menurut perintah.

.................................................................................................................................................................
Seperti yang dijangka, anak dara saya meraung sekuat hati bila saya kata terpaksa batal
segala yang dah dirancang....

"Ibu mungkir janji..."

Pedih hati saya....
Puas juga mengatur ayat berhujah dan dan bertikam lidah dengan si ayah...

Untuk memuaskan hati anak dara tu, saya lepas Zohor, saya bawa dia ke SA.
Tunjukkan hotel bakal saya bawa budak-budak tu nanti...

"Oh, hotel ni, tak grand sangat kan, bu?"

Saya mengiakan.  Saya beranggapan  dia sekadar nak menyedapkan perasaan sendiri.
Saya sendiri menelan perasaan...

Hingga lewat petang, saya bawa dia meronda keliling SA.
Terus ke Damansara, ambil sepupunya.
Bawa lagi dia makan-makan di Sunway.
Sampai rumah pukul 12.30 malam.

"Esok, ibu bawa adik ke book fair tau?"

Saya angguk. Sebenarnya plan awal nak ke pesta buku tu, petang Jumaat, Sabtu dah gerak ke destinasi sampai Isnin...
*sigh*

Saya yang menurut perintah...

................................................................................................................................................................

Pagi-pagi lagi dia dah bangun.
Saya buat keputusan nak naik LRT je ke PWTC.
Saja nak layan dia, tak pernah naik LRT, selain nak mengelak kesesakan dan berpusing-pusing cari parking.  Mesti sesak. Jamin.

Sama-sama tembun....
Hah, buat la perangai ambik gambar jelir-jelir lidah tu...
( LRT Ampang )

Keterujaan first time naik train..
Saya tengah sedih, tengok dia masa niii...
( Botol air satu liter setiap sorang..)

Jangkaan tepat..ramainya umat....
Time ni, tak boleh bergerak hatta seinci pun.
Lebih kurang 25 minit semua tercegat...
Sampai petugas kedai buku datang tolong...
( Pengumuman budak hilang dan cikgu-cikgu memanggil murid-murid rombongan supaya segera keluar bersilih ganti)


Novelis Norzailina Nordin.
Saya suka dengan masakan dia...
( Booth pertama dapat masuk selepas hampir satu jam bersesak di luar )
Thriller Novelist - Ramli Awang Mursyid
Saya ada hampir semua novel dia..
Beli dua yang terbaru...
( Tak ambil autograf pun, tak kuasa dah bersesak, lagi pun dah tahap makcik-makcik ni, tak teruja sangat dah nak berautograf ...:D)

Adik nak juga autograf Kartunis Sukun...
( Ok dik...apa sajalah..asal ibu dapat hilang rasa bersalah )

Rehat sekejap sebelum Solat Zohor..
 Dua-dua dah sakit kaki....

DAN

YANG NI LAH YANG DIA NAK SANGAT.
AIN MAISARAH...


 


Ronda kali kedua lepas Solat Zohor.
Tak nak balik atau makan selagi tak jumpa Ain Maisarah
( Yang bestnya Ain Maisarah menjerit 'Alllaaaa comelnyaaaaa...comelnya dia....'terus minta suami dia ambil gambar..)
*anak sapa....mestila comel macam mak dia...*
*perasan*

Dia ada semua novel Ain Maisarah...
Yang ni, tajuknya...
PROJEK DIET....hmmmm sesuai sangatlaaa...


................................................................................................................................................................................................


Lepas makan, berkejar ke stesen.
Lagi sekali sesak.
Dua kali terlepas tangan Cik Bab sebab dia suka sangat membaca sambil berjalan.
Dah berderau darah.....dup dap dup dap jantung ni, bila dia hilang dalam lautan manusia...
Nasib baik jumpa....

................................................................................................................................................................................................

Sampai rumah, teringat..alamak nak masak apa ni..badan penat...
Tapi kat dapur, rupanya En Hubby dah siap masak dinner...
Ni yang tambah sayang ni...
*dia pun merajuk jugak....*

.................................................................................................................................................................................................................................................

Maafkan ibu, wahai yang tersayang......
Ibu hanya menurut perintah.....

Kadangkala, bila datang tekanan dari atasan macam ni, dengan alasan mereka yang 'slebet'
( tak tau nak guna perkataan apa), rasa menyesal sangat menolak tawaran menjadi orang atasan..
Kalau tak mesti orang dah panggil saya, 'Assalamualaikum Pn. GB'...HAH HAH HAH.
(gelak pelik sebab tak kelakar.) :(((
Dah minum petang ke semua...Ngudap apa petang ni...?
Saya makan kek pisang dengan neskepe mild..
Kek sendiri bikin tau...

Ni, ni, nak tayang siket nihh...

Saya dapat cenderahati
Dari MAZLIN NORDIN TV3....

Waaaa...kelasss gitu...
*ayat riak*hi hi hi...

Dua fridge magnet dari Moscow dan Ukraine...
Sayang nak tepek kat fridge..

yang ni dari Ukraine......

Moscow mari.....
bukti tersurat...hi hi hi...


Terima kasih Chik Inn...
Eh, terima kasih daun keladi....( tak malu...)
Terima kasih yang tak terhingga atas ingatan dan kesudian Chik Inn melayangkan cenderahati ini untuk saya.....
Suke,suke,sukeeeee.....
FUUHHH.....
Baru lepas berdebar..
Kejang rasa satu badan melayan JUVANA di TV3...
Saya tak pernah rasa menonton filem sampai terpaku dan berdebar dari awal hingga akhir cerita..
Rugi siapa tak tengok nih..
Tak sabar tunggu minggu depan..
Lagi-lagi ada Bront Palarae....
Dan semua watak gangsternya amat menjadi..
Cuma saya tak pasti, adakah itu suasana sebenar di Sekolah Pemulihan Akhlak?

Dan saya dapat jangka drama ni hebat...

Ha ha ha...tak pernah jadi pengulas drama,
Ini pertama kali bercerita pasal drama..
Memang best....
Kalau boleh, bukan setakat thumbs up, semua jari-jari kaki pun naik...dua puluh jari sekali naik..
hi hi hi...

GAGAL MERANCANG BERERTI MERANCANG KEGAGALAN

As Salam....Dua hari tidak menghadap blog dan dunia siber.
Dilanda kepenatan tak terkira tahap berapa entah...


Dua hari berkubang di padang sekolah sebagai AJK pertandingan bola jaring peringkat daerah.
Dua hari, dari tujuh pagi hampir ke tujuh malam.


Hari ini juga bersekolah hingga petang, kegiatan Ko-Kurikulum.
Memandangkan pukul satu setengah masih di sekolah, dan harus berkejar balik kerana Cik Bab juga harus ke sekolah semula pada jam dua petang, saya singgah di gerai nasi ayam, menapau jer laa....

Sampai di gerai tersebut, saya bernasib baik kerana dapat memberhentikan kereta betul-betullll depan gerai.  Gerai ni, kalau tengah hari memang sentiasa penuh.


Saya terus order, tak banyak, satu bungkus je.
Tuan kedai sedang membungkus ...saya mengira...ada tujuh bungkus  nasi ayam....
Dua beg plastik berisi bungkusan nasi ayam itu, diserahkan kepada seorang makcik yang sedang duduk di meja berhampiran saya.

"Banyak tu makcik..." tegur saya..
"ha,ah..untuk anak cucu ni.." jawabnya tersenyum.

Makcik tersebut bangun dari kerusi, menghulur duit dan menjinjit dua beg besar nasi ayam.
Nampak agak payah dia nak melangkah dengan beg-beg tersebut.


Nasi saya siap.
Saya beriringan dengan makcik tersebut.

"Makcik nak balik ke mana? panas ni, jom saya hantar.."
"Eh, tak apa nak...tu, kereta anak makcik ada tu haa..."
Dia memuncungkan bibir ke arah perodua biru, agak 10 meter dari situ.

Astaghfirullah...saya mengucap dan serta merta darah rasa menyirap ke kepala.
Dalam perodua biru tersebut, tersandar Tuan Besar dan Mem Besar.
Mem Besar berkaca mata hitam besar, macam kaca mata artis yang kena masuk mahkamah atas tuduhan berkhalwat...

Ada manusia yang lebih bertenaga rupanya dalam kereta tu...
Saya terpaku di tepi kereta, hanya mampu menghantar dengan pandangan sayu dan geram..
Susah payah makcik tersebut menukar  beg dari tangan kanan ke kiri, untuk membuka pintu kereta.
Kedua-dua tuan tak berhasrat langsung nak turun dan buka pintu kereta untuk makcik tu.
Takut cair agaknya dengan panas terik.
Dahla kereta letak jauh...malu kut, orang tengok suruh orang tua turun beli makanan...

Saya masih tak berganjak.  Perodua biru menderam di tepi saya.
Mem Besar menjeling ke arah saya dengan moncong panjang.
Rasa macam nak suruh dia turun dan nak ikat moncong dia tu dengan dawai kawat besi......

Saya memandu pulang dengan perasaan kesal dan terus terkenangkan emak....

Inilah agaknya seperti yang diingatkan oleh Junjungan Besar kita, salah satu tanda dunia telah berada di penghujung...
Ibu melahirkan tuan......
Dunia maya dan blog ini kadang kala banyak perkara yang tidak kita jangka...
Contoh? 
Percaya tak ada blogger yang buat GA secara diam-diam dan senyaaaappp tanpa sebarang publisiti?
Tiba-tiba je diumumkan kita dapat hadiah....
Ala-ala cabutan bertuah gitu....


Tak percaya...? Sila percaya jugak....
Saya ada bukti kukuh...
Sila lihat.....

Pandangan hadapan sampul...
Ini pandangan sebelah belakang sampul.....
Tengok, bukan sampul biasa tau.....

Jangan tenyeh mata anda atau letak eye-mo..
Alamat memang sengaja dikaburkan....
Demi mengelakkan serbuan peminat sebarang jenayah siber..
( sekadar berhati-hati..mana tau ada kekasih lama baca blog ni...auuuww amppunnn.....)



Siapakah penaja misteri ini....?
Nampak mata yang sedang mengintai tu....
Haaa..inilah orangnya yang sangat bermurah hati membuat kejutan secara senyap dan sunyi....


Saya salah seorang dari ratusan peminat blog beliau.
Suka baca entri yang disifatkannya merapu, namun bagi saya sebaliknya...
Komen saya dalam ENTRINYA yang ini rupanya mengundang tuah....

Bukan satu..tapi dua tau....ada yang jeles...?
Lepas ni catatan minit mesyuarat saya lebih cantik, sebab bukunya cantik...
Tada......penambah koleksi.......


belum berisi...sayang rasanya nak dicomotkan dengan tulisan saya yang tak semenggah tu...

 


Menjimatkan masa, tak payah nak ulang-ulang tulis hari, masa, tempat...( pemalaskan saya...?)


Eh..belum bagitau kenapa saya dapat hadiah ni yea...
Yeee..sebab ni......
Kan saya dah kata...ckLah ramai peminat...
Saya menang hadiah kerana komen yang ke 25 000
Diulang, yang ke 25 000 tuuuuu.....
Tepuk, tepuk, tepukkkk.....
Ye...saya tak akan jemu dengan  Laman Maya ckLah...
Saya cuba buat print screen komen saya..tapi ckLah dah buat 'right-click disable' rupanya, jadi tak boleh paste kat sini..

Anyway..terima kasih daun keladi ye ckLah sayang....
Komen saya hari tu..se'coet' jer...tapi boleh dapat hadiah...
Anda memang hebat.... ( ikhlas ni..bukan propa...)
As Salam semua....
Mega Mendung....

Saya baru sampai....
Hati saya masih semendung awan itu....
Terima kasih pada  sahabat yang sudi mendoakan....
Semoga Allah akan memberikan anda semua yang terbaik dalam hidup...
Kita selalu memberikan alasan..
Kekangan masa, sibuk, tak cukup masa..
Atau...hmmm...nantilah.masih ada masa...


Kita alpa, detik waktu tak menunggu kita...
Ingatan dan kerinduan, dibiarkan berlalu
Begitu saja...
Sehingga menerima berita.
Dia telah tiada..




Menangis dan menyesal tidak terhingga...
Yang menanti di sana..
Hanya jasadnya....

..........................................................................................................................................................

Seminggu ini saya diserang rindu pada satu-satunya adik abah yang masih ada....
Cik yang pernah memelihara saya waktu kecil,
Minggu lepas, dia ke rumah anaknya, sepupu saya..
Saya diberitahu, dia tak berapa sihat...


Minggu lepas, Sabtu meeting sehingga lewat pukiul tiga
Ahad petang, saya exam..
Saya berjanji untuk menziarahinya hujung minggu ini...


Namun petang tadi saya menerima berita Cik koma..
Dan lapan malam tadi sebaik sahaja menghabiskan bacaan Yassin untuk Cik, saya menerima berita Cik telah pergi menghadap Ilahi.....


Benarlah,keterlaluan kita terhadap dunia, mengalpakan kita pada orang orang yang kita sayang di sekeliling kita...
Saya kesal dan sedih...
Cik bagai emak setelah mak saya pergi...........


........................................................................................................................................................

Sedang menunggu suami dari balik meeting dari Melaka dan adik-adik...
Kami akan bertolak ke Perak malam ini...
Bukan panas sebab Pilihanraya Saghawak
Bukan jua panas dek video tuuuuuuuuuuuuuuutt....
Tak nak ambik tau pasal semua tu,

Tapi panas sebab benda ni.......

X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X

sabo..sabo...

X
X
X
X
X

HAH.....mengancam tak...?




Punyalah heaven cikgu dapat makan ni....
Tapi Cik Bab tak suka....
Ada ke dia kata bau durian ni macam stokin busuk.....
Hish.....agok, anak sape ler tu mulut ghope itu haa....

Tapi saya tak suka yang isi dia terlalu tebal
Suka yang sedang sedang aja...
Ulas yang paling best...tau tak kat mana????
Ulas paling best bagi saya dan selalu berebut dengan My Sivaji The Boss ialah ulas kat hujung..
Yang suduuuutttt tu...waaa berebut..hi hi

Selalu saya la yang dapat, sebab bila dia tengah terkial-kial  mengopek kiri kanan ( aksi lepas belah, nak bagi buah tu terkopek sepenuhnya ) tangan saya dah standby menjulur  je..
Tak sempat lagi buah tu terlentang elok...zapp sambo cepat-cepat...hi hi hi....


Hari ni, saya makan satu bijik tiga suku...( tinggal dua ulas je buah yang kedua, sebab dah senak....
(to be continue tuu....)

Erkk..kira 'buruk lantak' ke saya ni...?




Siapa yang duduk area Balik Pulau, pernah makan DURIAN CAP KAKI tak?....nanti saya story pasal durian ni...sekarang mau study...!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...