Maklumat terkini dari Mesir....

Sila ke SINI
Juga sila tinggalkan kata kata sokongan dan doa anda kepada blogger KASIHREDHA Semoga dengan sokongan dan doa anda, beliau akan mendapat semangat.

Semoga dengan doa kita semua, Abang, anakanda yang dikasihi serta para pelajar di sana selamat pulang.
Salam semua..
Kita semua tahukan tentang pergolakan di Mesir sekarang.
Ramai pelajar kita yang berada di sana.
Justeru, bagi ibu bapa pelajar pelajar tersebut, tentu amat amat risau dan kalut memikirkan keselamatan anak masing-masing.
Maklumlah, anak yang  di hadapan kita pun kita risau bila hilang sekejap, inikan lagi jauh...
Mari kita sama sama mendoakan agar semua pelajar kita di sana dilindungi dari segala bencana.




Salah seorang daripada pelajar tersebut adalah anak kepada blogger KASIH REDHA.
Beliau yang sekarang sedang menunggu berita, berharap kita sama sama dapat mendoakan keselamatan anaknya dan juga mereka yang berada di sana.






Dan ini mesej dari seorang pelajar perubatan di sana.


SAYA NURUL NADIA, SALAH SEORANG PELAJAR PERUBATAN DI MESIR,




MEMOHON JASA BAIK RAKAN-RAKAN BLOGGERS DAN PEMBACA DI LUAR SANA UNTUK MENYOKONG KAMI MENDAPATKAN PERHATIAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA TENTANG SERIUSNYA PERGOLAKAN YANG BERLAKU DI MESIR.
PARA PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI MESIR KINI BERADA DI DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAHAYA. KEPERLUAN MAKANAN SEMAKIN BERKURANGAN, DAN KESELAMATAN MEREKA TERANCAM SETIAP DETIK.


PELBAGAI INSIDEN BURUK TELAH BERLAKU.


BILA LAGI KITA MAHU BERTINDAK?


FIKIRKANLAH PERASAAN AHLI KELUARGA MEREKA.


ALL OF US ARE THE ASSETS OF OUR OWN COUNTRY. SAVE THEM. PRAY FOR THEIR SAFETY.
HELP US TO MAKE THE OTHER MALAYSIANS REALIZE THE ACTUAL FACT.
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBANTU.
Masih hujan dari semalam..
Mood sejuk..
My Sivaji The Boss dah bertolak ke Melaka awal awal pagi.
Jadi, sarapan sesimple mungkin....
Entri makan lagi?
Tak apalah...kongsi idea.

Sebelum itu, nak mohon maaf sesangat kepada tuan punya resepi ni - aaikkk...cilok resepi aku nihhh..-Sebabnya, saya tak ingat dari mana saya dapat resepi ini.
Betul-betul tak ingat.
Sebab resepinya super duper simple.
Jadi saya ingat dalam kepala je...

Maaf ye, kepada tuan punya resepi.
Kalau anda terbaca entri ini, tolong tinggalkan link di entri ini atau di SB. Insyaallah nanti saya akan highlightkan.

Ok..moh projek...
Karipap Roti

Puan puan hanya perlukan....
Beberapa keping roti - jenama terpulang kepada keselesaan anda
Inti - sebarang, inti sardin ke , tuna ke dan saya guna inti sambal tumis ikan bilis,lebih nasi lemak semalam..haha..belum basi laaa...
Penggelek
Chopping board
Tepung gandum, bancuh dengan sedikit air, buat gam...

OK..kekdahnya puan-puan....

roti harus digelek senipis mungkin - the leper the better- tak makan minyak...

taruk inti atas...inti sambal tumis nasi lemak semalam...
 then, sapu tepinya dengan gam tepung gandum

tekan ngan garfu...nampak molek sket..ada pattern...

goreng minyak sederhana panas...

angkat...tadaaaa...

p/s : kulit roti saya tak buang, tak nak membazir...boleh jugak kalau puan puan nak buang, nanti kulitnya boleh buat projek puding roti...
Lagi satu...tak yah guna breadcrumb bagai..goreng terus jer...kan saya kata simple?
Hujan sepanjang hari sampai petang..
Perut pun dok krok krek krok krek....
Laparrrr jee...
jap jap nak makan...

Atas permintaan orang dua beranak kat rumah ni..
Maka inilah hidangan petang..
Cekodok bilis cicah sos sendiri bikin....
Untuk ayah, layan ngan kopi 'O' nipis kureng manis...
Untuk Anak, milo panas..
Untuk Ibu, jap jap share kopi, jap jap share milo...

Licin maaa....

p/s : Abaikan segala ketidakseimbangan props dan gambar yg tidak sempat diedit...asli punya...he he he...
Hai semua....
U all suka berkawan tak?
Suka tegur tegur orang tak?
Suka lempar senyum ikhlas tak? -jangan sebarang senyum, tersenyum kat laki bini orang kang, *bercepuk!...nah hambek kau...*
Kalau suka, kita geng...meh, give me five*kelepek*....

Ni ada citer, pasal suka sangat nak beramah mesra dengan orang.
Jam lapan tadi, sambil ke pasar pagi, saya singgah di Restoran Lontong King, tapau breakfast.
Tengah tunggu order, tetiba dengar orang jerit, suara budak, "Cikguuuu..."
Toleh belakang, Si Naim tersengih kat saya.
Tau la bebudak, cikgu dok jarak sejengkal je, jerit macam nampak artis pojaan...
Kat sebelah,berdiri sorang pompuan,bertudung,seluar tiga suku.
Muka ketat.

"Ha Naim, beli apa?"..
"Nak beli chiken chop cikgu..."
"Ha?chiken 'chop' cikgu?..."
"He he...cikgu ni...ni ha...ayam tu..."
"Ohh..ni mak ke?"
Saja tanya buat buat bodoh...
Dah tentu la mak dia, muka acuan sama.
Berpeluk tubuh, buat buat tak nampak saya yang berdiri betul betul kat depan dia.

"Puan, apa kabar?"
Pause. Tunggu kot nak hulur tangan. Tak pun.
Muka masih pandang tempat lain.
Saya hulur tangan. "Apa kabar puan?"
Sambil muka masih kat tempat lain, hulur tangan, sikiitt jer...senyum senget sebelah kiri.
"Ni mak Naim ye?"
"Hmmmm..." - muka masih pandang kat sebelah meja makan.

Tengok keadaan acuh tak acuh dia tu, saya pun malas lah nak layan.
"Okey la Naim, bye.."

Aduiii...susah sangat ke, nak menegur orang, nak sambut salam orang?
Bukan kena bayar pun...
Hmmmm...tak nak sudah...
*Ada aku kesah?*



len kali, kalau tak nak jumpa orang, bila keluar, pakai macam ni tau, baru orang tak tegur,
tak ramah dengan u....

Ini keadaanyaa waktu saya bertolak ke sekolah pagi tadi....

Gelapkan? 6.45am...

Orang kata rezeki murah kalau berpagi pagi...
Saya suka tiba awal, tak kelam kabut nak prepare PnP

Lagi pun, kena awal, sebab;
1. Elak jem, haaa jangan ingat kampung tak jem..sesak weh...
2. Giliran kumpulan saya bertugas, sebagai ketua,kena tunjuk teladan baik punya...
3.Dapat parking kat port bagus...hi hi hi...


p/s: Nasib baik pergi dengan bulan, balik dengan matahari, kalau balik dengan bulan jugak, sebulan macam tu, sedar sedar je laki tak balik rumah..hua hua huaaa....
Amboi..korang..lelaju je masuk yek...yang bebenornyer...Saya kena tag dengan SUE...

jawab..jawab....

Meh skodeng rahsia saya...

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."








Check it out!
.
.
.
.
.Saya adalah.....




• Peramah,tersangat lah peramah...he he he

• Penyayang...hi hi hi...

• Suka kemas,tak suka sesak

• Tak suka meja kerja berselerak,mesti kosong sebelum buat kerja

• Tak suka tv,kecuali satu dua karya yang tak merapu.say ‘no’ to sinetron..

• Kalau nak gak tengok tv,mesti dengan laptop,atau sambil lipat kain atau dengan buku...

• Suka masak...-kalau tak masak apa anak ngan laki ai nak makan...

• Suka jenjalan

• Suka shopping

• Suka ambil foto

• Suka tenang

• Suka laut

• Suka sesangat tengok bulan penuh dan bintang bintang

• Suka munge munge

• Lemas dengan orang yang romantic sangat

• Suka jalan cepat...lemas kalau jalan macam itik pulang petang

• Eemmm tapi ai sabar orangnya....

• Pemurah...orang kata,bukan saya kata,saya cuma tulis apa orang selalu kata..

• Sebab saya pemurah, saya boros....

• Perahsia

• Tau takkkk...ai pandai main piano...-caya tak, ai salah seorang pemain piano, main lagu lagu rasmi waktu kat kolej....Richard Clayderman tu, saya lah yang ajar....ha ha haaa penipu beso....( tang R.Clayderman tu yg tipu.)

• Suka novel, tapi bukan novel cinta.

• Himpunan novel saya, tak ada penulis wanita.

• Suka ketawa,tapi bukan mentertawa...

• CIKGU GARANG......( dalam kelas jer...luar kelas,geng ngan anak murid...)


Fuuhhh.....leper da jejariku menaip tag ni...
Hai sayang semua...ada sihat ka...?
Tak demam demam?
Tak pening pening?
Alhamdulillah...
Bagi  yang bekerja,kalau demam tu tak payah la kerja.
Rehat dulu,biar sihat, dapat energy baru, lebih produktif.

Cikgu nak membebel sikit. Pasal mak bebudak ni.  Sekarang ni musim demam.
Jadi janganlah disuruh anak tu ke sekolah.
Ini tak, datang sekolah dengan panas dan menggigil, mata berair.
Belum mula perhimpunan rasmi, dah kena tidur di bilik sakit.
Bila ditanya, "kenapa datang? kan awak demam teruk ni...dah pergi klinik?"
Jawabnya dengan mata berair..."mak suruh datang jugak, mak kerja, tak ada orang nak jaga kat rumah..."
Owh...jadi kat sekolah, ada cikgu jaga?

Bukan cikgu tak boleh jaga, cikgu cikgu yang ada di bilik guru, akan bergilir tengok bebudak yang sakit tu.  Masalahnya, demamnya dari rumah dan teruk.  Kalau apa apa terjadi...cikgu jugak yang disalahkan.
Apa salahnya si mak atau ayah ambil cuti, bawa anak ke klinik.
Jangan sebab nak mengejar wang, kebajikan anak terabai.

Pernah terjadi dulu, seorang budak demam, panas teruk.  Guru bertugas telefon si emak, suruh ambil.  Si emak jawab "tak boleh, saya ada kerja luar". 
Telefon pula si ayah, ayah jawab" suruh mak dia datang ambil, saya nak meeting ni.."

Sudahnya cikgu bawa ke klinik.  Bawa semula ke sekolah.  Tak lama demam makin teruk.  Telefon lagi si emak.  Sekolah nak habis baru si emak datang...gaya koporat.

Pada ibu bapa, tolonglah jadi ibu bapa yang prihatin sikit.  Saya tak kata semua ibu bapa, sebahagiannya sahaja.  Terlalu mengejar wang dan sibuk dengan kerja.  Harap anak di sekolah ada guru yang tolong tengok.  Kami guru guru tak kisah, tapi kesian budak tu.  Kalau demam sikit sikit, tak de halnya budak tu duduk di bilik sakit tu. Ini demam teruk.  Sekarang ni, tak pedulikan anak,sok-sok dah tua, anak tak pedulikan kita, macamana? Anak belajar dari pengalaman dan pemerhatiannya...ingat ingat...

Tengku Aminah Tengku Kari Tengku Ibadat

Anda suka berfacebook?   Saya amat-amat jarang sekali sekarang ni hendak ke facebook.

Kecuali, di satu komuniti yang dicreate oleh salah seoarang kaum kerabat saya - saya panggil Koyi ( En. Mohamad Khairi ).
Komuniti - KUAK TERCINTA -...di situ, semua yang join adalah orang-orang Kg. Kuak di daerah Lenggong, Hulu Perak ( dekat Tasik Raban ).
( korang kena sebut KUAK tu sengau sikit...bukan kuak lentang tau...)

Melalui komuniti inilah kami kenal saudara mara, jauh dan dekat.
Dulu tak tau hang anak sapa...melalui komuniti ini, baru dapat tau dan kenal...

Ada ramai yang dah berjawatan tinggi, bergelar dan ramai juga yang berhijrah, berhubung kembali di sini.
Walaupun saya di kampung ini hanya sekejap ( dibesarkan di Kuala Lumpur dan Ipoh), tapi mak dan abah saya orang kampung ni.

Di komuniti ini, tidak ada status seperti :
"Rindu dia..."
"Lapar...nak makan.."
"Eeee..sakit hati..."
Saya rasa status mcm tu agak annoying...( pada saya...bukan pada orang lain ye...)

Terima kasih kepada Koyi, yang tak jemu jemu berkeliling kampung katanya mencari gambar gambar lama, yang sangat sangat nostalgik...tak tau mana dia dapat...berpuluh puluh gambar yang diupload.....

Contoh, gambar di atas tu. Itu gambar nenek yang tak pernah saya lihat....
Nenek saya...saya hanya lihat nenek di facebook. 
Itupun setelah usia masuk 40carat kata Mazlin Nordin...ha ha haaa....
p/s: AlFatihah untuk nenek dan orang orang yang telah mendahului kita...Semoga mereka aman di sana...

Anda selalu tempah baju tak? Mesti selalu kan?
Kalau tak sebulan sekali sekurang-kurangnya pun dua tiga bulan sekali kut...
Saya pun selalu jugak,tengok budget....

Tapi hari ni, apalah tuahnya saya...

Pergi ambik baju tempahan. Tapi ini bukan kedai yang biasa saya hantar.  Pertama kali.

Balik rumah, saya pun dengan teruja 'menerai' baju kurung moden tu...

Adooiiii...geram,geram,geraaammmm.....ada orang dah try baju saya tu....baru nak sarung ke badan, saya terbau yang...mak aiii...baunya pahit,kelat,pekat tengik semua ada...eeeee.....

Saya taula itu bau tu bukan kepunyaan saya. Lagipun saya belum cuba.  Nak termuntah betul baunya. 

Mulalah hati nak mengumpat...
"Apa punya perempuan bau macam ni, dah tu cuba baju orang pulak...."

Saya tahan nafas dan cuba pakai jugak...geram lagi...ketat dan melekat, betul betul fit kat badan....haisshhh...kita ni bukan artis pakai baju ketat metat segala.  Heeee...geram,geram,geraaammmm....

Saya masukkan baju tu dalam bakul, nak basuh, masuk bilik air, geram lagi...air tak de....baru teringat,jalan masuk depan rumah tadi orang korek tanah...haisshhh...angin lagi...

''Pesal laaa tak buat kerja malam malam,masa orang dah tidur, masa orang tak nak gunakan air, tak pun bagi la notis..!!!!"

Hmmm..tak pasal pasal pulak orang orang tu yang kena tempias marah saya...tak baikkan????

Adui....nak menunggu air ni, bau tu betul betul melekat kat saya....hish,hish,hishhh.... 

p/s: Baju dalam gambar tu,bukan baju baru saya..tapi ketat macam tu laaa...

Adeyyy..tak pernah dalam sejarah sejak berblogging, saya buat dua entri dalam satu hari.  Nak buat satu entri dua hari sekali pun pedihhh....pesal tetiba rajin pulak ni?...
Saja nak try segmen blogger macho ni...hu hu hu....boleh ker?

Saya join sebab syarat dia tak susah.

i. Letak header BA - done
ii. Tajuk : JOM GEGAR BLOG dan linkkan ke entri ini - done
iii. Tinggalkan link di ruangan komen entri ini .. TOLONG ..TOLONG .. TOLONG .. tinggalkan sekali saja.. nanti termasuk berkali lak.. OK...nk g sekarang...

Syarat lain....Syarat blog yang nak terlibat .. pastikan tiada VIRUS ... tiada WIDGET yang mengheavy metalkan pengeledah ... dan blog tu adalah miliknya..

JOM...reramai Gegar Blog...

Hai hai hai...semua adik manis...abang kacak...perghhh...ayat beli jiwa tu....
Alkisahnya dah dua hari saya tak ke sekolah,bukan ponteng sekolah, my Sivaji The Boss demaaammm...
Dah seminggu tak kebah kebah, saya ambil CRK .  Kebetulan ibu mertuaku datang meziarahi anaknya.

Dah bila IBU MERTUAKU ada di rumah, kenala layan bebaik...bukan susah mana pun...
Pagi ni dah sidai kain pepagi hari,rumah dah kemas, dah suap bubur nasi kat orang demam ( makan suap....),layan ler Ibu Mertuaku itu menonton TV,
"bukak TV3?" teeet..channel TV3...
"Tak mo, kartun, mak nak tengok derama.."
"teett..."cari channel DERAMA...

"Ha yang ni, yang ni..ada Erra Fazira...haaa hero dia lawa ye?"
He he hee...amboi...Ibu Mertuaku.....
DERAMA "30 hari Mencari / Mengenal ( tak pasti mana satu ) Cinta".
Sambil tengok, sambil  saya menjadi Tukang Karut mana mana scene yang Ibu Mertuaku tidak berapa nak clear...

Sampai satu scene, Erra Fazira dipaksa menyebut perkataan SEKS oleh Si Boss, Aaron Aziz...
Tak semena mena, dengan wajah yang keliru.....IBU MERTUAKU bertanya.....
"SEKS tu aper...?"......
Gulp......hu hu huu....
Camana korang nak menjawab....?
Perghhh...apa ke he nya tajuk entri tu...?  Haaaa jangan dok kunin kunin pale deme yek...

Ari ni saya jenjalan kat Youtube nak cari video untuk Subjek Science..Tetiba plak laaa terjumpa yang ni...

Bagus gak ni, tayang kat kelas nanti....
.
.
.
.
.
.
.
.





HA HA HA.....GELAK GULIN GULIN TEMAN....
KALAH GERUDI INUL WEHHHH...
TAK KE SESAPER NAK NOLONG DIER...SIAN TANGAN TAK SAMPE...
Dia ibu yang gigih, gigih membesarkan anak-anak sebagaimana kelaziman seorang ibu, gigih bekerja membantu suami sebagaimana kelaziman seorang isteri.  Seorang yang amat lembut tuturkata juga budi bicara.

Rutin hidupnya bermula di subuh hari, menyiapkan segala keperluan untuk suami ke tempat kerja, bergegas menyiapkan anak-anak ke sekolah sebelum dia kemudiaanya bergerak mencari rezeki.

Suatu pagi, terlalu kelam kabut menyediakan segala keperluan keluarga sepertimana lazim.  Hujan lebat semalaman menyebabkan semuanya lari dari kebiasaan.  Seusai Solat Subuh, si ibu tersedar si anak gadis sulungnya belum bangun bersiap ke sekolah.  Bergegas si ibu ke bilik anak gadisnya itu.

Pintu bilik diketuk agak kuat kerana kebiasaannya si anak mengunci pintu bilik.  Namun ketukan pertama terus menyebabkan pintu bilik terbuka.  Si anak terlupa mengunci pintu bilik rupanya.  Bilik gelap.  Meraba si ibu mencari suis lampu.  Sebaik lampu terpasang, si ibu hampir pitam dan hilang kata kata.  Di atas katil, si anak gadis kesayangan berselimut dengan seorang pemuda.....

Si gadis disoal jawab, rupanya saban malam si pemuda menyelinap masuk tanpa diketahui oleh seorang pun penghuni rumah tersebut.  Hancur hati si ibu, anak gadis yang ditatang manja, memberi malu kepadanya.  Si ayah hampir hilang kewarasan, hampir nyawa si pemuda melayang.

Dalam hancur hati si ibu, keputusan dibuat.  Si pemuda wajib bertanggungjawab atau diheret ke pengadilan.  Memilih untuk bertanggungjawab, si anak diberhentikan sekolah serta merta dan dinikahkan...

Sayangnya si anak gadis baru berusia.....13 tahun........

p/s: Si Ibu bercerita kepada saya tanpa setitis airmata...saya tahu, lukanya terlalu dalam dan parah, sehingga tangisannya tidak mampu diluahkan...tangisannya hilang di dalam, di dalam jiwa yang luka, di dalam hati yang amat lara....
Sudah menjadi kelaziman saya,setelah siap menaip ringkasan mengajar dan di tampal di dalam buku besar tu, sebelum tidur,saya mesti sekali lagi akan chek blog saya dan satu kemestian juga akan ke blog list saya....dan hari ini, saya sekali lagi bagai nak melompat lompat kesukaan dan kegembiraan, bila dalam salah satu komen di entri sebelum ini, saya baca ini.....

Salam Cikgu Nurin.

Saya pautkan blog Cikgu di blog saya. Semoga Cikgu lebih kerap menulis dan berkongsi pengalaman bersama rakan maya lain.


Terima kasih.



Siapa dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaa......







Terima kasih Bro Mazidul....saya memang mengikuti blog saudara sejak entri pertama lagi walaupun sebagai silent reader..  Sama macam blog Chik Inn. ( Chik Inn pernah buat sedikit  ulasan blog saya dalam entrinya).  Ye lah, sapa yang tak shuke hatti...kalau blog yang seberapa ni dapat perhatian dari orang terkenal....eeee bangganyaaa...


Lepas ni nak kerap kerap tulis enrti lah...wwahh tetiba naik semangat...


p/s: Terima kasih juga pada semua yang sudi membaca blog Cikgu Nurin ni...sokongan kawan kawanlah yang terus menghidupkan blog saya ini....

Saya berBW...dan terjumpa kata kata indah ini....di sini.....


Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.


Dan ingin menambah,

ADA itu hanya wujud setelah ia TIADA......

Oleh itu hargai setiap apa yang kita punya dan dikurniaNya
dan tetaplah bersyukur walau apa yang ada pada kita
kecil nilainya di mata orang lain, kerana hanya kita yang menjadikannya besar dan berharga....

Woosshhh.......rasa macam Fadzillah Kamsah la plak.....:))))
Haaaaa...nak nangissss.....bukan nangis sedih..nangis suka....dekat dua minggu jugak saya tak berblog,blog saya problem,sebab digodek oleh dua bebudak kecik...eee...acik babab korang kang....kalau sapa sapa termasuk ke blog saya dalam minggu lepas, mesti baca coding jer....saya jadi frust sangat sangat...dah la belajar IT tak berapa nak tinggi.  Dulu saya memang belajar bab coding mengcoding ni, tapi bila sampai chapter nak edit HTML,tetiba pulak cikgu saya tu pencen, ha tu pasal la, tak khatam.....

Orang pertama yang saya mengadu kul dua pagi ari tu, ialah CIK TOM.......( sapa tak kenal CIK TOM tu, saja je r laaa....)ingatkan Cik Tom dah tido,tapi Cik Tom balas email saya pepagi buta tu.....tapi waktu tu saya frust menunggin nunggin, tak boleh nak cakap apa apa...tapi CIK TOM memang baik hati orangnya....( bertuah sapa dapat CIK TOM , dah la ramah, suka bantu orang, pandai pulak tu...-wink-:))))))...

Saya ada buat blog baru, tapi tak bertulis sampai laaa..tak der semangat satu, hati dok teringat yang lama...maklumlah, tempat jatuh lagi kita kenang,inikan pulak tempat kita mengadu....

Saya tak tau nak balas jasa TOM macam mana....TOM...akak ucap terima kasih banyak banyak.....terima kasih sebab sudi jadi kawan akak dan tolong akak....

Ohhhhhoooo...kat blog baru saya tu, ada sorang pengunjung setia..abgreds, dia la dok bagi semangat kat blog tu...he he he...sorilah abgred, saya tak sempat nak buat pulut kuning dan bentang kapet merah sambut abgreds kat blog tu, tak jadi pindah laaa....nak dok kat sini gak,tak cantik ke, tak femes ke, tak pe, saya suka....syukur..syukur....

Cik Tom...terima kasih lagi sekali ye....

p/s: nak g bw sampai lebammmmm......
Blog masih lagi dalam keadaan bersepah...maklumlah,lama tinggal..nanti betulkan sikit sikit....
lagiii...
testing japp...
dddd
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain ( Alam Nasyrah : 6-7)

Apa yang boleh anda tafsirkan dari ayat di atas? Bagi saya,saya mentafsirkannya sebegini:
Setiap dari kita diberi Allah jalan dan hidup yang berbeza. Hidup adalah putaran roda yang bulat. Berputar dan bergerak. Segalanya bergilir dan tidak statik. Kita bila bila saja boleh di atas dan bila bila sahaja di bawah. Sebentar dalam kegelapan dan kemudian kita diberi cahaya terang.

Sesudah kesulitan ada kesenangan. Kita tidak harus berputus asa dan jauhi prasangka. Melangkah di alam baru, tinggalkan segala kesulitan dan kepayahan. Berusaha untuk mencapai kesenangan. Allah tidak pernah membiarkan kita sendiri. Melainkan kita yang memilih untuk sendiri.

Saya mengingatkan diri saya, jauhi dari sifat puas dengan apa yang kita capai sekarang. Jangan berhenti mencari, mencari apa sahaja yang menghidangkan kebaikan dunia akhirat. Jangan takut melangkah sekalipun kita tidak tahu apa yang menanti di hadapan. Apakah di hadapan sana getir perit menanti atau sebaliknya, hadapilah dengan kuat dan bersyukur. Hidup ini bukankah pengembaraan? Jadi, jangan berhenti di satu perhentian. Mengembara lagi ke perhentian lain, ambil apa yang sepatutnya dan kemudian mengembara lagi....jadi, ayuh kita mengembara dan mengembara sebelum kita dihentikan di perhentian sebenarnya.....

Pengalaman dalam pengembaraan adalah universiti kehidupan. Kita akan menjadi lebih dewasa dengannya....

Selamat hadir 2011.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...