As-Salam....
Selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti..
Saya juga bercuti, semester saja yang bercuti...
Hakikatnya kerja semua dibawa balik, cuma tak dibuat di sekolah...

Entri nak marah ni...
Baca yea...

Peperiksaan pertengahan semester bermula Isnin hingga Jumaat minggu lepas...
Bermakna cuti dua minggu harus langsaikan semua...
Okey...sedia maklum tentang itu.

Jumaat lepas, waktu semua orang ucap 'happy tak berapa holiday',
Tetiba terdengar suara SU Peperiksaan...

"Perhatian semua guru, tolong key-in markah ASAP, serah pada penyelaras dan  penyelaras mesti siap semua data.  Hari Isnin buka sekolah, serah pada SU, untuk dihantar ke PPD hari Isnin tu juga. MESTI"

Jumaat hari terakhir exam.  Semua guru kepit skrip bawa balik kampung.
Bila masa penyelaras nak kumpul semua data?
Seorang guru mengajar paling minima tiga subjek dan empat kelas ( paling minima yeaa...)
Bila masa cikgu-cikgu tu nak serah markah pada guru kelas?

Kertas Sains saya enam kelas, Pendidikan Sivik dua kelas, selesai examnya pada Hari Rabu.  Naik buntang biji mata menanda semua kertas sebab nak bagi pada guru kelas masing-masing sebelum cuti.  Misi saya berjaya.  Kelas saya, dikemudiankan, tak apa.  Masalahnya sekarang, bagaimana saya sebagai penyelaras nak mengumpul semua kelima-lima kelas bawah seliaan saya, dalam masa cuti ni...?

Guru-guru kelas tu pulak, kena menunggu markah dari guru matapelajaran...( macam surat berantai...)
Pagi tadi, saya hantar SMS kepada semua guru mata pelajaran yang mengajar di kelas saya.
Saya minta mereka emailkan markah kelas saya.  Sampai 'la' hanya satu saja SMS saya yang berjawab, dari Cikgu BI, itu pun jawapannya," Demam, tak boleh tanda sekarang...."

Itu baru markah bagi kelas saya, dan saya harus kumpulkan semua kelima-lima kelas tu.....
Seorang guru kelas bawah saya tunggu masa je cuti ni nak bersalin.  Kalau dia bersalin sebelum sempat menanda kertas?  Siapa nak tolong tanda? Nak key - in markah kelas dia lagi...? Saya la tuuu...

Saya nak marah siapa ye?
Nak marah guru-guru? Tak boleh, sebab semua tengah sibuk, bercuti lagi, kertas nak ditanda bukan kelas saya saja.  Saya faham.

Nak marah SU Peperiksaan?
Tak boleh, dia pun pening, lagi Isnin nak kumpul  berapa puluh buah kelas, kena serah  ke GPK 1.

Nak marah GPK 1?
Tak boleh, dia menurut arahan dari PPD..

Jadi marah siapa?
Marah PPD.....ye..PPD...boleh ke marah PPD...kena 'blacklist' nanti?
Tak kira....nak marah jugak...

Wahai PPD.....
Kalau ada  PPD yang baca ni, tolong jawab macam mana benda ni nak diselesaikan...
Kalau Tuan PPD mintak data dihantar Hari Jumaat minggu pertama buka sekolah tu, logik laaa...
Ada ruang, ada masa cikgu-cikgu ni nak bernafas, nak mengumpul markah...

Ke, tuan-tuan PPD jeles, kami cikgu-cikgu ni bercuti...??????

Hish..geram ni,gerammm.....

*Ni ada sms masuk dari SU..."nak hantar laptop ke rumah  key-in data tau...."*


TOLOOONGGGGGG..........
Hari Ibu dah berlalu semalam...
Semalam, aku amat ingin mencoretkan sesuatu di sini..
Coretan untuk mak..
Sempena hari istimewa untuk mak..
Namun aku tidak mampu
Tidak kuat untuk mencoret walau sepatah kata..


Hari ini,
Izinkan aku berkongsi sesuatu..




Maakkk...ampunkan aku......

Jam 1.30 pagi tadi saya belum tidur.  Gigih nak menghabiskan Novel 'Lasykar Pelangi'. Tetiba ada message masuk, dari Fara. 
Saya taip balik ajelah...

'Kak, esok kita jumpa masa ambik modul ye. Dah lama tak jumpa akak. Fara blanja bfast nanti.' 

Saya jawab 'Yee haaa...set...best makan free ni...'

Fara ni cikgu satu sekolah di sekolah lama saya di Selayang.  Baru tukar centre sama saya kat IPBA untuk semester baru hujung Mei ni. Dan hari ini, hari ambil module untuk sem. baru.

Jam tujuh saya dah siap.  Hantar Cik Bab ke sekolah dia sebab ada Kem Bestari Solat.
Sebelum jam lapan, saya dah ada di cawangan OUM kat Jalan Putra tu.
Pendaftaran hanya akan mula jam 8.30pagi.

Saya terus ambil nombor giliran.  Saya minta dua.
Best, dapat nombor awal.  Belum sampai angka 20 pun.
Sementara tunggu Fara datang, sambung baca novel.

5 minit, 10 minit 20 minit berlalu....
Mana Fara ni, tak nampak batang idung lagi ni..
Kaunter dah nak buka...

Call Fara laaa.

"Fara kat mana? kaunter dah nak buka ni, akak ambil nombor awal ni."

"Fara tunggu akak laaa...dah belengas ni..."

"Tunggu kat mana? Tak nampak pun", Sambil toleh keliling.

"Kat sini laa...."

"Sini mana? akak pun dah kat sini..tak nampak pun Fara?"

"Akak tunggu mana?"

"Kat OUM Jalan Putra laa..."

"Akak oiii...centre nak ambil module untuk student IPBA, DAH TUKARRRR....akak tak tengok LMS ke? Tukar PJ ni..."

Waaa..nak nangis,nak nangis...

Terus ke kaunter, bertanya. Ye lah orang kata malu bertanya sesat jalan kan? hi hi..dah sesat pun.

Encik tu jawab "Ha'ah dah tukar, sini untuk student Bangi,bla,bla, bla....,sempat lagi kalau puan nak pergi."  Haa....puan,bak balik la nombor tu.."

Huishs..nombor ni pun nak balik.  Buruk siku betul.

Call En. Husben. Tanya jalan.   
Rasa-rasa boleh bayangkan jugak tempat tu...

Baru nak start enjin kereta, Fara call.

"Akak dah buat payment ke belum?"

"Belum"

"Ok, selamat, macam ni la, akak tak payah datang la, Fara bayar untuk akak dan ambik module sekali, sms username,password dan IC akak tau..."

"He he..cayang Fara...tapi tak jadi la blanja akak ni ye...?" *tak malu*

"He, he..he..tak jadi, tu la, berangan lagi.."

Sekarang, saya pulak yang janji nak belanja Fara.  Kami nak jumpa kat Kajang. Nak belanja dia kat 'ttuuttttt', Kajang.,, nak bayar balik duit dia, nak ambil module.

Pengajaran Moral hari ini: Jangan terlalu selesa sangat dengan benda yang dah selalu kita buat, kunun-kunun macam pro la tu...sampai dah tak semak annoucement kat website dia, Padan muka Cikgu Nurin..meh ramai-ramai gelakkan dia......

 En. Hasben sempat bagi kuliah Duha: "Online 24jam...benda tu pun tak boleh nak chek.."

Hmmmmm..saya kena 'ttuuutttt'kan tempat saya nak blanja Fara.  Nanti ramai nak ikut, Cikgu Nurin dah tengah-tengah bulan ni, dah sengkek...maklumlaaaa gaji cikgu kan cipuuuttt jer...hi hi hi..Jahatkan Cikgu Nurin?

As Salam semua...
Alhamdulillah..dah dua hari panas terik.
Kering la kain baju...


Pernah tak kawan-kawan jadi mangsa orang yang berperangai hasad dengki ni?
Hidup jadi huru hara dengan orang-orang yang ada PHD ni kan?
Tapi betul ke, kata orang, bangsa yang paling kuat PHD ni adalah orang-orang kita?
Orang-orang Melayu, beragama Islam...?


Mari kita buat perbandingan.
Antara bangsa MIM ALIF LAM YA WAU dengan CHA YA NUN ALIF

Pernah dengar SANTAU?
Kalau di kedai makan biasanya, kedai orang 'MIM ', pantang la nampak maju, mulalah ada yang nak menyantau, ada saja akal orang PHD ni cari jalan nak menjatuhkan bisnes bangsa sendiri.


Itu bab santau,  yang sinonim sangat dengan orang MIM ALIF LAM YA WAU  ni...
Belum bab lain, propa mempropa...


Sehingga kini, saya tak pernah pulak dengan kedai orang 'CHA' ni, kena santau.
Tak tau lah kalau dia jatuhkan dengan cara lain.
Tapi biasanya bangsa 'CHA ni ' sangat bersatu.
Tengok saja persatuan-persatuan mereka.
Tengok PIBG sekolah mereka saja pun dah cukup...
Dewan besar-besar, semua bersatu, bina dewan biaya sendiri...


Saya pernah hadir satu usrah, yang ustaznya beri analoginya begini..'orang 'MIM' ni, kalau dengki bukan setakat kat dunia je, sampai masuk lubang neraka pun nak berdengki lagi...'


Bayangkan neraka orang 'MIM' ni berjiran dengan neraka orang 'CHA'
Neraka "CHA" ni, kita boleh lihat, berduyun orang berjaya naik, 
Yang dah berjaya menyelamatkan diri, akan cuba menarik kawannya yang masih di dalam.
Yang masih berada di dalam akan sama-sama membantu mereka yang nak naik.


Tapi di lubang neraka orang "MIM", yang dah berjaya naik, akan lari jauh-jauh.
Bila ada je yang dah nak naik ke atas, yang bawah akan segera menarik turun kaki orang yang sedang tergapai-gapai nak naik ni.
Kalau aku tak naik, jangan harap engkau pun dapat naik.
Biar sama-sama dok kat dalam ni, puas hati....


Hah, macam tu sekali dengkinya orang-orang yang ada penyakit ni.
Sampai di tempat yang paling teruk macam tu pun, nak berdengki juga...
Adakah disebabkan kebayakan orang 'MIM' ni berketurunan pahlawan, maka mereka penuh dengan sifat dendam dan tidak puas hati?


Hari ini, nak percaya kawan sendiri pun susah.
Mereka boleh bergelak ketawa, bertepuk tampar dan menangis sama-sama kita..
Tup-tup, esoknya, benda-benda yang kita kongsi waktu dia sama-sama 'menangis' dengan kita, dijadikan modal untuk menjatuhkan kita.
Kebaikan dia tu hanya topeng, supaya dia dapat modal, cari kelemahan kita, tembak kita semula...


Kawan ramai, tapi sahabat semakin pupus......kan????


........................................................................................................
* Banyak blog terpaksa saya delete dahulu kerana serangan Malware dan tak boleh di buka..*


As Salam sahabat blogger...
Semoga sihat dan semua dalam lindungan Allah hendaknya...


Saya nak bercerita sedikit tentang jemputan kenduri kawin..
Almaklumlah, tak lama lagi cuti semester
Tentu jemputan berduyun tiba...


Dua minggu sudah saya ada menerima undangan perkahwinan anak kepada seorang rakan sekerja
Majlisnya minggu hadapan
Semua guru dapat..
Cantikkan, kadnya? Disediakan dalam kotak khas sebenarnya kad tu, 
Ada banyak halaman macam buku...
Majlisnya pun di tempat khas, bukan hotel atau dewan...
Sebuah perkampungan yg dibina khas...ala-ala Ning Baizura gitu...
Kelleesss wehhh....


Maklumlah, bakal menantunya adalah anak kepada seorang penyanyi wanita 
yang sangat terkenal tahun '80an dulu
Masih lagi aktif menyanyi di majlis-majlis VIP dan dah bergelar Dato'..
Siapa dia?
Biarlah rahsia...hu hu hu..


Jemputannya tertulis nama kita dan pasangan sahaja.
Bermakna 'no child please....'


Dan kisahnya, seorang dari kawan saya sangat-sangat teringin nak menghadiri majlis ni
Yang lengkap dengan kod pakaian yang perlu dipakai pada malam tersebut.
Dan dia berhasrat nak bawa anak-anaknya yang masih kecil, adala empat lima orang....


Dia meminta izin kepada siempunya majlis untuk bawa semua anak-anak dia
Maklumlah nak ditinggalkan di mana kalau dia ke majlis tu?
Yang sulung pun baru sekolah rendah..


Jawapannya...hhmmm semua sedia maklum kut...
Dia merayu juga...masih sama jawapan yang diterima...
Saya meninggalkan dia dengan rayuannya tanpa mahu tahu apa keputusannya.


Bagi saya mungkin tuan rumah ada sebabnya yang tersendiri.
Saya sedia maklum, majlis berprestasi tinggi macam ni, ramai la VVIP yang akan hadir...


Hmmm..kalau tanya saya...
Tak.  Saya tidak akan hadir ke majlis itu.
Sebabnya, saya juga ada anak.
Tak tertelan nasi nanti bila teringat anak di rumah.
Apatah lagi lahh..Cik Bab saya tu, pemakan orangnya...
(sekarang ni pun tengah makan ...)


Dulu waktu masih guna khidmat pembantu rumah pun, saya tak pernah ikut suami ke majlis yang tidak membenarkan adanya anak-anak kecil....
Tak sanggup tinggalkan anak..dah la anak sekuntum tu jer...


Memang memenuhi jemputan itu, wajib.
Tapi saya tak sanggup tanggung risiko.  Kepala dok fikir bukan-bukan je kalau anak tak ada dengan saya.
Susah nak percaya orang.
Cukup je Cik Bab dua tahun, dah, stop, no more bibik...


Ok, berbalik kepada kisah kenduri tadi.
Mungkin lain orang, lain caranya.
Bagi saya, alangkah bertambah berkatnya majlis tersebut, kalau hadirinnya anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak kecil yang comel....dan tiada kasta dalam jemputan....
Sesetengah majlis, bunga telur pun beri ikut kasta....
Entahlah....
Lain padang, lain belalang....kan?

Hmm..kalau kawan-kawan,macam mana ye...? Pergi keeee tak?
Banana Cupcake versi Cik Bab
Petang ni itulah minum petang kami sekeluarga.
Dibuat sepenuhnya oleh anak dara saya tu.
Saya cuma mengarahkan dari jauh..tak lah jauh mana, dua tiga depa je..
Sebab saya sibuk menyediakan juadah tengahari..makan mee bandung maaaa...

Ini projek tertangguh dia.
Jadi saya kenalah selesaikan sebelum kuliah semester baru bermula tak lama lagi..
Layan sajalah karenah anak selagi terdaya dan kita mampu...ye dak?

'Ha,  kacau one way je..'

'right left or left right bu?'

'left right...'

Hah..dah macam kawad kaki je...hu hu hu...

'Baca bismilah dan selawat tak bu?'

"Ye, selain dapat sedap,kenyang dapat pahala juga..'

Memasak sambil menanamkan nilai murni....hi hi hi...
Sambil tu, masukkan garam ke dalam kuah mee bandung, lepas tu tiba-tiba je saya teringat..

"Alamakkkk...tadi dah masukkan...hmmm jadi masakan bujang lapok la ni.."

Almaklumlah..memasak sambil mengarah....

Rasa-rasa.....huh, nasib baik...sedang-sedang aje masinnya...

Maka, bermula dari menyukat, hingga memasukkan adunan ke dalam acuan, semuanya hasil tangan anak dara sembilan tahun tu...masuk ke oven je, saya bantu..
Takut pulak melecur tangan debab gebu dia tu...

Ukurannya ada tinggi rendah, tak apalah cubaan pertama...
Okeylah, takmo banyak-banyak bebel..sapa nak resepi dia?
Angkat kaki, angkat kaki...

Ini resepi original saya tau, tak copy mana-mana...
Kalau tersama dengan siapa-siapa..itu di luar bidang kuasa...saya tak cilok ye....
Ini resepi waktu saya belajar buat kek  kat kedai kek di Selayang..

Meh,meh kita skodeng....

Bahan-bahannya ye puan-puan...

Tiga biji telur gred B
200 gm minyak jagung, guna minyak masak biasa pun boleh, tapi kureng sikit rasa dia....jangan guna minyak petrol ye puan-puan....
200 gm gula pasir / ikut manis..saya selalu kurangkan
1 sudu kecil soda bikarbonat
150gm tepung gandum, ayak dengan soda
3 / 4 biji pisang berangan / 250 gm

Kekdahnya puan-puan...

Blender gula n minyak sampai gula hancur dan masukkan telur, blend lagi, sebati
Masukkan pisang dan blend sampai halus
Tuang dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
Kacau satu hala, kaup balik
Tuang dalam acuan 8x8 atau dalam cup
Bako sampai masak, ikut dapur memasing
Jadi puan-puan kena faham perangai oven sendiri ye...
Kalau ikut resepi, 45minit 180 darjah.

Oh ye..cup tu saya beli kat kedai dekat rumah Kak Kasih Redha..
Mekasih Kak Kasih sayang...

Untuk memudahkan, saya guna sukatan cawan metrik je, 200 gm sama dengan satu cawan metrik ( rata), jadi 150gm tepung = 1 1/2 cawan metrik tu, jangan tekan padat...

Lagi satu, saya tak suka guna perasa pisang, tak ori, so,kena cari pisang yang betul-betul ranum...
Selamat mencuba ye puan-puan...

Malam ni tengok JUVANA, tau...?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...