CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 23, 2009

Suka Makan Pau?...Baca Dulu....

Salam.. saja nak share.. Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M’sia ni.. Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina.. Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M’sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.. Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal.. Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam… Ntah la.. rasa nak marah pun ada… rasa tertipu pun ada… tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M’sia ni mmg pengasasnya Cina. So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti… TQVM..
PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD. Tipah Tertipu daaa…., nasib baik tak suka makan pau…. Agak-agaknya siapakah empunya sebenar syarikat ini? Boleh sahkan ke berita ni? kalau betul, malangnya ummah spt kita ni ye, siang hari buta kena kelentong... Mohd Hisham wrote: Salam Dato' dan semua sahabat, Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad. Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.
Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.
Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kam nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher. Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.
Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar. Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan.. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...
Product lain:P.A. Food Sdn Bhd formerly known as Syarikat Pau Ahmad whichwas established since 1985, has vast experience in the manufacturing of fine flour-base frozen Oriental/ Asian delicacies, such as Steam buns, Mantou, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosa, Spring Roll, Curry Puff, Spring Roll Pastry, Vadai, Puthu Mayam & Dim-Sum etc

p/s : Credit untuk Encik Azizi, tq for the info given

Friday, November 20, 2009

Makan duit haram la kau...


Aarrrrggghhh.....aku tengah marah ni,betul-betul hangin...petang tadi balik dari sekolah ( balik lewat sebab sudahkan buku program untuk esok,ada lagi correction last last minit nihh)aku terus ke tailor nak ambik baju anati. Aku hantar kat tailor tu dua pasang, bulan lepas. baju-baju tu anati yang design sendiri,nak pakai untuk kenduri Masrini hari Ahad ni dan raya haji nanti.
Aku memang tak biasa dengan tailor tu,tapi disebabkan aku dah malas ngan kak 'A' yang tak siapkan baju aku pada waktu yang dijanji dan baju tu rosak ( dgn kak 'A' ni pun tak biasa,hantar sebab tailor yg aku selalu tempah baju tu,bersalin )aku pun cari tailor lain.
Aku siap bagi deposit RM100 lagi,dan janji nak ambil 20hb (semalam). lewat sehari tak pa kan? Sekali bila sampai kat kedai jahit tu,aku tengok kedai tu berganti dengan kedai runcit, iishhh bio betullll...aku round sampai 3 kali nak pastikan aku tak salah tempat, ya ya betul..aku cam klinik depan kedai jahit tu..
Aku stop kereta,turun tanya adik kat depan kedai tu,sekali dia bagitau,kedai jahit tu dah pindah dan siap bagi tau ,"bukan akak sorang yang kena,dah ramai customer cari.."
Mangkuk,cinabeng,&%$#@!%^&....pasal tak call?ada contact number aku kat resit tu,tapi yang malangnye,contact number tailor lahabau tu tak de...tak prasan aku...
Kalau terjadi kat aku,tak marah sangat kut ( sebab aku baik hati..) tapi kesian kat anati,meleleh air mata dia bila aku bagitau dah kena tipu,spontan keluar dari mulut dia,"adik yang design baju tu,adik doa biar dia dosa sebab ambik duit ibu,pastu tak siap baju...."sampai ke rumah dia tak bercakap...
Aku marah macam mana pun,aku tak pernah maki orang,kali ni aku nak maki,aku tak halal duit dan baju yang dia ambik tu,makan duit haram lah kau...monyettt....

Tuesday, November 17, 2009

Buku Program

tengah bz nak siapkan jugak buku program hari anugerh kecemerlangan akademik ni...sabtu ni woiii...nak siap jugak2 sebabkan teruja....my lil pincess dapat no satu....dan 3 lagi hadiah mata pelajaran terbaik...pandai anak ibu...macam ibu dia gak hi hi hi...

Monday, November 2, 2009

Mengapa Dan Kenapa

DIA,
setiap waktu kulihat
DIA,
setiap masa kutatap
DIA,
setiap saatku ingat
namun
DIA,
hanya kubuat sebagai
batu untuk melompat
DIA,
kupandang
DIA,
BLOGku yang lama
tak kuupdatekan....
he he he...
kenapa yea....
Ku bukan malas
Hari-hari aku singgah,
Tapi sebab nak melawat blog-blog lain jer...
SIAN DIER....
Skali Lagi,
Aku bukan malas
cuma
tak rajin jer...

Thursday, August 27, 2009

Cucur Udang Mak

Alhamdulillah...dah 6 hari rupanya kita diberi keupayaan dan kenikmatan oleh Allah menunaikan ibadah puasa,so far Anati tak meragam,maybe tak penat sangat sebab cuti dan hari hujan je...lagipun ini tahun ketiga dia berpuasa sejak berlatih puasa umur 5 tahun,alhamdulillah setakat ni tak de masalah,InsyaAllah...

Petang tadi,waktu menyediakan juadah berpuasa-ikan keli masak lemak cili padi dengan black pepper chicken,tetiba jer teringiiiiinnnn sangat nak makan cucur udang sebijik macam mak buat.
Terus g kedai beli udang,kucai,cili hijau...

Sambil bancuh tepung,aku teringat bila mak jual cucur ni di Bazar Ramadhan Taman Keledang Ipoh,seawal pukul 5 lagi orang dah beratur menunggu di gerai tu,tak sampai kul 7,tujuh kilo tepung habiiisss...kadang-kadang tu siapkan untuk orang yang menempah je. Mak memang superb dalam apa-apa bab pun.
Lepas dua tiga ari mak jual cucur udang ni,tengok gerai lain mula tiru,tak kisah la rezeki masing-masing,tapi cucur udang mak paling top...kalau orang datang beli,mesti ada lebih dua tiga biji,sedekah kata mak....

Pelanggan utama cucur udang mak,Masjid Kledang,hampir tiap minggu order,mak pulak bukan jenis yang berkira,mesti ada extra,siap ada sos special lagi...
Kalau mak buat untuk kami,berebut-rebut kami adik beradik,cari yang banyak udang...tak payah sos bagai,rasanya dah cukup complete,marvelous...!

k la,ni la hasilnya,walau rasa tak sama macam mak punya,tapi aku suka.....meh makan...
yang ni masih dalam kuali...baunyer...emmm

tada...siap suda....berasap nihhh

yang ni resepi ciptaan adik,idea aku nak gulung roti ni dengan frankfurter,tapi dia cakap aku asyik masak bentuk yang samaaa je...jadi dia potong frankfurter tu bulat-bulat,dan ajar aku macamna nak susun atas roti tu,siap tanya lagi,'K ibu,get it?'ishh bertuah btul...

tak lupa,yoghurt bliss...

adik posing dengan muka lapo....dua tiga saat lagi nak buka ni...

alhamdulillah....syukur dengan rezeki pemberiaan Allah...


kul 11.00pm...end of the day...anakku tido suda.....

p.s:kami berbuka berdua je...tu pasal la simple..

Lupa nak snap pic ikan keli masak lemak n black pepper chicken tu...

Monday, August 24, 2009

Suamiku Hilang....

Alhamdulillah,hari ni dah masuk tiga hari kita umat islam menjalani ibadah berpuasa. Semoga amalan kita diterima Allah.Amiiinnn.
Petang Ahad semalam kami ke Pasar Ramadhan di Dataran Templer,bertiga naik motor oren ( aku fobia naik motor )

Tiba di sana,manusia punyalah ramaii...terlupa pulak nak pakai mask.Baru dua tiga tapak berjalan,Anati nampak chicken wing favourite dia,memandangkan orang ramai beratur menunggu kepak tu,aku berpatah balik ke gerai tu dan pesan supaya adik tu simpan lima kepak.

Tut,tut,bila aku berpaling,aku dapati anak dan suamiku...hilannnggg sudaaa...adoi...aku pun berjalan sambil melihat kiri kanan gerai,sampai la ke hujung (panjang deretan gerai-gerai tu lebih kurang 500 meter). Sampai ke gerai paling hujung,dua beranak ni tak de. Aku berpatah semula sambil mata melilau mencari identiti seorang lelaki bermisai tebal,berkaca mata dan berbaju belang,tapi sehingga ke gerai pertama,tak de ler pulak....

nampak tak lelaki berbaju belang?,ada...tapi saiz lari pulak....my hubby comelll gitu...lagi pun..belangnya tak sama macam belang suamiku....( belang baju daaaa)hi hi hi....

Aku patah semula sehingga ke gerai paling hujung,masih tak ada....patah semula ke gerai pertama...(aku dah berjalan 2000 meter...)Tetiba..aku nampak dua beranak ni kat gerai kepak ayam....

Kah kah kah,padan la tak jumpa...suamiku bukan berbaju belang....baju coklat.......padan la tak nampakkkk...ishk,ishk,iskh.....

So,inilah hasilnya hasil yang kami dapat di pasar ramadhan....

My fav murtabakk...nyum nyum nyum...tak payah makan nasi dah....

Chicken wing adik....

Yong Tau Foo...fav kami.....

Kuih campur campur...

Untuk pinggang yang ramping,minumlah.....Yoghurt drink....slllrupp...

Jangan lupa...kurma...sunat...

Alhamdulillahhhh,syukur dengan rezeki pemberian Allah....

Wednesday, August 19, 2009

Mereka Yang Kehilangan....

Dua beradik ini adalah anak anak muridku,kakak -Irdina -9 tahun dan adik - Kamilia,baru berusia 7 tahun. Mereka bersama seorang lagi abang berusia 14 tahun,baru saja kehilangan ibu akibat H1N1 durjana....

Ada sesuatu yang amat menyentuh hati kecilku yang ingin aku luahkan di sini....

Isnin lalu,selepas perhimpunan rasmi sekolah,sewaktu berjalan naik ke bilik guru aku singgah di kelas Anati,sengaja nak jenguk dia...Anati seperti biasa di mana mana pun di sekolah, bila berjumpa saja dengan aku terus meluru dan memelukku...

Secara sepontan aku membalas pelukannya dan mencium pipi tembamnya tu. Sewaktu aku tunduk mencium pipi anakku, mataku secara tidak sengaja terpandangkan Kamilia. Pandangannya tepat ke arah aku dan kelihatan sangat sayu...matanya berkaca dan tiba-tiba airmatanya laju menitis ke pipinya yang comel...aku terpempan...

Dia cepat-cepat memalingkan wajahnya dan menyeka airmata...aksinya itu disambut oleh suara kawan-kawan sekelasnya..."Cikgu,cikgu,Kamilia RINDU kat ibu dia...."

Ya Allah,naluri keibuanku tersentap,segera kuraih dia dan kupeluk erat anak kecil itu....air mataku tumpah tanpa dapat aku tahan...aku dapat menelah perasaannya yang rindukan pelukan seorang ibu yang tak mungkin didapatinya lagi. Sudah pasti setiap kali sebelum ke sekolah dia memeluk ibunya....aku usap kepalanya dan kucium dia,dengan tangisan yang teresak-esak dia membalas pelukanku,erat dan lama.....

Aku lepaskan pelukannya bila anakku menepuk-nepuk tanganku,matanya juga merah dan berair. Aku hanya mampu berkata "Kamilia jangan nangis,Kamilia budak baik,kan?"

Dia menganggukkan kepalanya dan berlalu ke tempat duduknya. Selepas mencium Anati,aku berjalan naik ke bilik guru. Airmata ku terus mengalir. Aku membayangkan kalaulah perkara yang sama terjadi, macamanalah nasib anakku yang seorang itu. Ya Allah,jauhkanlah sebarang yang buruk.

Di bilik guru,ramai yang bertanya kepadaku bila melihat aku menangis,bila aku bercerita hal tersebut,ramai yang menitiskan air mata.

Kehilangan IBU memang memeritkan. Aku yang dalam usia begini pun masih belum dapat menerima kehilangan Mak tiga tahun lalu. Tak pernah sehari pun yang kulalui tanpa ingatan pada Mak...Bila rindu pada mak tiba,hanya airmatalah yang menemani. Apatah lagi bagi anak-anak yang sekecil itu. Tambahan lagi puasa dan raya yang bakal tiba.....

Kita bahagia mempunyai suami / isteri

Kita bahagia punya anak yang mengelilingi

Kita bahagia punya keluarga yang amat kita sayangi

Namun

Bahagia mempunyai ibu

Adalah bahagia yang tidak dapat ditandingi....