Salam.

Hari ni meraikan Sambutan Maulidur Rasul Di KAFA Integrasi Darul 'Ulum. Diadakan serentak dengan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan 2009.( Hari Anugerah lewat diadakan berikutan beberapa masalah 'teknikal'....kata pengetuanya....

Kami sekeluarga ( bunyi cam ramai jer sekeluarga tu,padahal tiga ketul jer...)sampai awal,ikut perarakan dan meraikan majlis yang dipenuhi Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Majlis dirasmikan oleh Dato' Subhan Kamal dan beliau turut menyampaikan hadiah kepada pelajar pelajar cemerlang 2009.Majlis dimeriahkan dengan paluan kompang...ler..lupa plak dari mana...
Uuikksss..Cik Bab berbaju biru....
Dimeriahkan juga dengan alunan nasyid tahap satu - Cik Bab n the gang...( semalam dia bukak audio stereo dia ke tahap maksimum bila ayah mengusik tak dapat tengok dia buat persembahan...)
Alhamdulillahhhh...antara yang cemerlang 2009...hadiah disampaikan oleh Dato' Subhan Kamal
Semoga cemerlang dunia akhirat...amin...
Cik Bab dgn geng dia...

Nak tau kenapa Cik Bab jalan macam ni?sebab sakit kaki berarak pakai kasut baru,beli semalam,kasut raya dia dah tak muat..terpaksa si ayah bawak ke Selayang Mall...kata orang sebelum pakai kasut baru,kena gigit gigit dulu kasut tu..tak tau ler betul ke tak..tak pernah praktikkan...banyak lagi benda lain boleh digigit...

Sekian,Wassallam...
Salam...
Seharian ni aku sungguh sungguh gundah...hatiku betul betul tak keruan,mencengkam gundah gulana berlarutan sejak beberapa hari kebelakangan
sungguh sungguh sangat berat rasa yang kutanggung ini...
Aku bermenung memikirkan berhari-hari
bunga-bunga,ikan dan bulan serta bintang
rasa tak lagi dapat menenangkan jiwa yang dicengkam rasa haru biru ini...
Haruskah aku benarkan segala permintaan?
Sejak seminggu ini
tak pernah berlalunya hari
tanpa pujukan
demi pujukan
rayuan berganti rayuan
aku resah...
buntu rasaku tak bernoktah....
Ahhh...
Hari ini rayuan datang lagi
bersama sepucuk surat
memohon izinku....
surat itu terbiar dari sore membawa ke malam kini
kosong tak bertanda lagi...
sebelum dia melelapkan mata di sebelahku
tangannya mengenggam jemariku
memandang wajahku
bersuara sayu..
'Ibu....boleh tak adik nak pergi kursus kepimpinan tu....
Bagi la adik pergi....satu malam je adik tak tidur dengan ibu...
Adik boleh jaga diri...
Ibu dengan ayah boleh pergi jalan jalan...
nanti adik bawa gambar ibu dengan ayah kat kem tu...
adik tak nangis...!
Ibu takut ibu yang nangisss...wwaaa...!

Salam...
lama akak tak update blog ni..
Pertama sebab akak malas...ngaku jer laaa..
Kedua terpaksa memalaskan diri untuk update blog dan berFB...ada sebab...
Sebabnya,menjelang Mac,Ujian Bulanan Pertama akan diadakan,sudah diwartakan,draf mesti dihantar sebelum or pada 28Feb...assingment plak dah beratur...so,akak nak stay away for a while dari aktiviti berblog dan berFB...walau hati merunta-runta rindu kan BF..eehh FB... sampai semua urusan selesai...
tapi ari ni akak nak emo sket pasal semalam....

Disebabkan akak ni borong semua kelas tahun satu hingga tiga,maka berazamlah dengan gigih dan bersungguh-sungguhnya untuk menyediakan soalan dalam masa 3 hari cuti raya cina ni,akak tak kira...g mana-mana pun,laptop mesti angkut...sementelah pula,akak ni jenis yang tak gemar benor dengan style cut n paste,memang senang kerja macam tu..tapi pada akak,tak ilmiah langsung ....walaupun masa yang diperuntukkan untuk diri sendiri amat suntuk,tetap gagahkan diri cari bahan bergambar di internet supaya soalan akak tak la nampak old school kannn...dan setelah 3 malam tidur pukul 3 pagi,maka semua soalan akak siap dengan cun sekali...alhamdulillah....


Maka bila bersekolah semula Khamis semalam,dengan semangat yang berkobar-kobar,akak ni bergerak ke ofis nak print,bila dah siap print,tetiba jer dapat direction 'TAK boleh guna semuka penuh untuk cover,semua soalan ni mesti diedit,kecilkan font,gambar kena letak di sini and bla,bla,bla.....JIMAT KERTASSSS!....ooohhh nooooo....


Sorry,NO Way Mannnn...I dah siap 100%,ikut format exam...I tak nak buat kerja 2 kali, if u want it,u take it,or else,just leave it....(WAAAHHH....)


Hasil keras kepalaku,soalan ku telah siap di reso....dan dapat cover penuh semuka....TQ.


p/s:aku tak merasakan aku menang,juz fight for my right.Bukan suka berbalah,cuma lain kali sebelum meminta orang lain memulakan sesuatu,sampaikan maklumat dengan segera dan jelas kepada mereka...win-win situation...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...