As Salam buat kawan-kawan yang cun dan encem.....

Encik yang encem-encem ada solat Jumaa tak tadi?
Alhamdulillah......
Ini ada satu kisah bagi yang 'uzur' Jumaat...
Buat peringatan...

Saya rembat dari sini....


""Alkisah... .. Seorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan.
Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang.
Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua-dua kakinya patah.
 HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburu aku, HARIMAU YANG BERIMANNNNNN.. tolong ya Allah! tolongggg......Aminnn.."

Tiba-tiba guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa,
"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "

He he......

asah kuku dulu.......
P:S:Lawak, lawak jugak.... Ada Pendidikan Moral tu......
Ye, lesu...
Sebab saya demam menggigil-gigil...
Doktor kata kena jangkitan virus...
Dapat MC dua hari...

Bila sakit, selera nak makan pun hilang.
Perut lapar, tekak nak macam-macam..
Tapi, tengok jer makanan depan mata...
Perut penuh dengan nescafe jer...

Baru boleh bangun,
Berselimut tebal depan TV dan laptop..
Layan Gemilang dan blog...


MC dua hari, tapi besok pergi sekolah juga...
grrr.......

Dialog Gemilang Dato Jalaluddin Hassan : "Kalau tak ada cikgu macam kami, tak adalah engineer yang bijak pandai macam Halim ni..."


Nak Join....
Hari ini tarikh tutup..sempat lagi kan Cikgu CTE?
Sebelum pukul 12 tengah malam ni.....
Lari laju-laju...
Saya nak blog saya berada dalam bloglist Cikgu CTE, sebab nak memeriahkan dunia blog dan menambahkan bilangan cikgu cikgu blogger dalam list Cikgu CTE...
 
Maaf ye Cikgu CTE, terlambat..Cikgu CTE dah pelawa saya lama dah...*jangan nak bagi alasan bz..*
 
Ok..semua syarat dah buat...and tag...
 
1. Saya tag Cikgu Tie 4848
 

Luahan hati si pokok getah...
Lokasi - Hutan Simpan Sungai Congkak, Selangor...

Semalam bawa anak- anak mandi manda ( dengan maknya sekali...)
Jumpa pokok getah yang dipelihara dalam kawasan hutan simpan di sini.
Kata pokok getah kepada saya..

Cikgu, cer tengo, cer tengok, mentang-mentang rege susu teman  udah mahe,
Teman yang dok dalam hutan simpan ni pun deme tibai....
Mengkome nampak dak, main pestik je tadah susu teman tu...
Pestik tu di paku kat badan teman  ni..
Pas tu daun keghin teman  pun deme  guna buat penuras..
Kretip betui deme ...

Dulu,masa rege teman mughoh..tak de saper pun peduli..
Di bior je, semak samun naik kat badan teman...
Le ni, cer tengok...baghu le ni deme caghi teman, teman dok kat sini, dalam utan simpan ni,
sebenornya idak buleh diusik...teman ni untuk di pandang-pandang aje, bukan dipegang-pegang...apatah lagi ditogheh-togheh....idak ke deme dengo lagu Sohaimi Meor Hassan tu...
Ditoghehnyer juge...
Agak....cenggitu kekdahnya oghang-oghang ni ye cikgu...

Jawab cikgu "Emmm..gitu le manusia..teman ketawa senang dicaghi, teman teghoyak..sendighi-sendghi le jawabnyer..."
"Ate..cikgu idak ke nogheh same? buleh kaya cikgu....rege susu teman mahe...."
"Teman? hu hu..teman nogheh budak jer....tak de skill nogheh mengkome...hanco..."

Kome faham ke bahasa Peghak ni.../cer caghi lam kamuih,.idak pun gi tanya Mamat Khalid...ha ha ha....
Cuti dah nak habis..
Hui,kepala saya makin sengal,sendat dan padat.
Study macam dah tak nak masuk...(sebab masuk blog..hi hi hi...alasannn...)

I'm restless....perlukan sesuatu....
Pagi tadi minta izin My Sivaji The Boss..
"Nak g Sungai Congkak,boleh?"
"Ok".

Sepuluh minit lepas azan Zohor ( waktu Jumaat ), kami solat terus dan bergerak..
Cik Bab komplen, sebab pergi waktu tengah hari.
"Mesti tak de tempat," komennya.
Sedia maklum, Sg. Congkak memang sentiasa penuh...
Tapi saya ada percaturan saya sendiri.
Saya bagitau dia jangan risau, sebab hari ni Jumaat, orang sembahyang.
Bawak dua orang anak jiran, buat kawan Cik Bab.

Inilah tempat kami berjimba-jimba
Sejuk.....ggrrrr...

Nampak tak batang pokok tu..macam apa?
Macam kepala naga nak telan orang kan...?


Tunjuk rajin. Hajat hati nak study bertemankan deruan air sungai..
Sempat jugaklah habiskan lima enam mukasurat patah perkataan...
Tak tahan dengar Cik Bab panggil..terus dummm sama...

Sebenarnya percaturan saya salah 360 darjah.
Ingatkan Hari Jumaat kurang orang.
Rupanya makin ramai.
Sebaik sampai, kereta bersusun..
"Hish..tak sembahyang Jumaat ke di orang ni...?"
Saya cuba bersangka baik,mungkin dia orang bertolak lepas Jumaat, tapi lima buah masjid yang saya lepasi tadi, hanya masjid terakhir yang baru usai Jumaat, yang lain tadi Imam tengah berdoa.

Maka berjalanlah kami anak beranak mencari tempat,sampai Cik Bab suruh berhenti,
"Dah tak larat bu, tak ada meja pun tak apalah..."
Saya berkongsi pondok dengan ibu yang membawa sepuluh anaknya.  Yang kecil 9 bulan. 
Macam saya, tak ada En. Suami yang mengiringi.
Minta satu sudut kecil...

Kenapalah mesti nak berkelah bawa keluarga Hari Jumaat...?
Tak rasa bersalah ke..?
Dan...ada dua buah bas sekolah bawa murid yang mengadakan perkhemahan.
Guru-guru lelaki dua tiga orang 'uzur', sedang hepi-hepi berbbq dengan cikgu-cikgu perempuan dan sebahagian murid lelaki dan perempuan...baju basah-basah tanda lepas berendam.
Mengucap panjang saya....

Camping hari Jumaat?
Memang tak salah.
Tapi kenapa cikgu-cikgu tak bawa budak-budak lelaki solat Jumaat?
Waktu park kereta tadi,terserempak juga dengan lima orang yang berbaju melayu, beli pisang goreng. 
Baru balik masjid berdekatan.
Boleh pun sembahyang...awat yang lain selambaaa jer....

Takut pulak nak mandi, mana tau, tiba-tiba je bala nak datang sebab ramai yang tak ingat tanggungjawab..suka ria di sini.....
Yang geng muda mudi,jangan cakap la...kalau tak kerana diorang terjerit pekik dalam Bahasa Melayu,saya tak kenal diorang ni..dengan pakaian, masyaallah..macam mandi kat Pantai Hawaii pulak dah rasanya....
Dunia,dunia.....

Baru sekejap tadi saya merayau-rayau kat FB..
Dah berabad tak jenguk.  Saja nak tahu status dua anak saudara yang menetap di Jepun.
Ternampak Page kepunyaan artis Wardina Saffiya yang di suggestkan oleh seorang kawan.
Saya klik...dan terbaca tulisan bagaimana Wardina mendidik anaknya bersolat, dan anaknya Amna amat rajin bersolat tanpa disuruh..
Saya copy sepenuhnya di sini...


BERBALOI PENAT LELAH KU...



by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm.
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...


I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...


I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-


1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat


2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat.

(hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....

ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"


3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....


4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)


5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.


Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.


Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!


And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!


I love you all!!! Good night.....


But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?


** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....








p:s: Indeed,kalau tengok anak dah boleh bersolat sendiri, rasa macam nak menitis air matakan?  Saya selalu bagi tau anak saya Cik Bab,"adik kena rajin bersolat, baca quran dan sentiasa berdoa...sebab nanti, kalau ibu mati..hanya doa adik antara tiga perkara yang akan temankan ibu di alam barzah"....

Lepas tu boleh tengok airmata dia bergenang...
Saya senyum sorang-sorang lagi....
Dulu senyum sebab Mazlin Nordin datang..
Lepas tu En. Mazidul...
Hari ini...jeng,jeng..jeng...














Jadi follower lagi....
Eeee..suke,suke....

En. Ondscene .......
Terima kasih ye En. Ondscene...
Sudi jadi follower blog saya yang tak famous nih...

Mungkin blog orang lain pun dah dikunjungi oleh mereka yang glamour ni...
Mungkin ada yang kata 'eleh, dia orang tu dah lama datang blog ai,ai tak bising pun...'
Tak apa...saya nak publish jugak...

Bohong la kalau kita buat-buat tak bangga bila blog kita dapat akses orang-orang ternama ni..kan?kan?kan?Apatah lagi bagi blog saya yang entah di mana-manalah kedudukannya dalam dunia blogging ni..
Tengok follower pun cipuuutttt..jer..hi hi hi... ( sebenarnya baru sebulan aktivatekan follower tu)..
Tak apa..saya bangga dengan apa yang saya ada....
Bangga dengan follower saya,biar sikit,tapi ramai yang sentiasa datang....

Saya suka dengan blog En. Ondscene ni sebab,dapat berita cepat.
Selalu kalau ada kes-kes kemalangan yang 'brutal', kat sekolah saya dah jadi 'pemberita' kat kawan-kawan..sebab dalam paper,berita lambat keluar,dan lagi gambar tak macam yang kita boleh lihat di ondscene...tak percaya,pergilah jengah....

Bila paper sampai kat sekolah.mesti diorang cakap'Yelah,betul macam kau cakap..."
Ha,kan maknanya saya pun dah macam wartawan..tapi cilok berita dari Ondscene...*jangan marah, saya tak jual berita tu...jual blog Ondscene jer....*

Mengikut cerita, En.Ondscene kita bercuti sehari dua dari update entri,sebab nak jalan-jalan kat blog follower beliau....

Sekali lagi terima kasih daun keladi...
Kalau sudi,mari,mari baca lagi....

Terima Kasih juga pada kawan-kawan blogger yang sudi datang memeriahkan Blog Cikgu Nurin ni...
Anda semua memeriahkan dunia saya....
Habis tu...salah cikgu kaaa?????                                 




















mai pilih, mai pilih, mai pilihhhh.....
semua seringgit jer..
HOKDOK ........menu baru...?
                                                                                    

Salah cikgu mana?
Cikgu Matematikkah?
Cikgu Bahasa Melayukah? ( Emmm..Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?)


p/s: Kredit pada pensyarah saya yang sudi kongsi gambar ni. Tq En. Azizi. Student U yang ambil subjek Pengukuran Penilaian mesti banyak baca buku tulisan En. Azizi ni....popular yet very down to earth...
Apa kena entri ni dengan Rozita Che Wan?
Maaf teman ye Rozita...
Terkena badi you la ni, kejap nak bersara, lepas tu tak jadi pulak...
Kejap nak stop blogging, tak sampai seminggu, ada entri la pulak...

sampai hati you, Cikgu Nurin...kata ai bawa badi...tamo kawan...

*********************************

Okey, serious...
Hari ini menerima kehadiran seorang murid baru.
Anak seorang yang berpangkat 'D'.
Bertukar dari sekolah swasta. Sekolah elit di KL.
Menyemak buku kemajuannya, ternyata komentar bekas guru-gurunya banyak yang agak negatif.
Maksud negatif di sini, bukan merendahkan murid tersebut, tapi lebih kepada memberi nasihat.

Jika mengikut rekodnya, sepatutnya dia ditempatkan di kelas ketiga.
Tapi, 'D' mahu anaknya ditempatkan di kelas terbaik.
Setelah ditolak,campur bahagi darab,
Anaknya ditempatkan dikelas kedua terbaik.

************************************

Jika hampir 20 tahun dahulu
Anak-anak dihantar ke sekolah
Dengan pesanan kepada guru, begini;
Cikgu, ini anak saya, cikgu ajarlah sebaiknya,
Pukul dia kalau terpaksa,
Asal jangan cacat cela...

Tetapi pesanan 'D' tersebut pada cikgu;
Cikgu, ini anak LELAKI bongsu saya.
Dia sensitif dan lembut dan manja.
Jangan TINGGIKAN suara.
Dia mudah menangis.
Dia tak biasa ditengking, dimarah-marah..
Tolong LAYAN dia baik-baik...

HAH?Tolonglah..ini sekolah, bukan nursery budak-budak kecil..
Perlukah diberi syarat sebegitu kepada guru?
Kami guru-guru bukan manusia keramat, bukan maksum.
Ada waktu, 'gunung berapi' akan meletus...
Aduhhh...tak tahu cikgu nak ajar macamana...

***********************************

Tak faham dengan kehendaknya.
Mahu anak diajar atau dimanja-manja?
Guru-guru 'menyinga' ada tempatnya, ada sebab musababnya.

************************************

HUARGHHHHH...AUMMM..AUMMMM...CIKGU CIKGU DI SINI SEMUA GARANG GARANG TAUUUU...
MAKAN ORANG...!!!!!
HUA HA HA....SIAP KAU...!!!!!


p/s: hati menjdi sedikit tidak ikhlas dengan syarat-syarat berbagai...Wahai 'D'...tolong faham..bukan mudah seorang guru hendak memanusiakan orang...
Ya. Ditutup.
Muktamad.
Ketidakmampuan saya mengendalikan pelbagai agenda hidup memaksa saya membuat keputusan ini.
Dengan assingment yang mendesak.
Exam pulak kian hampir.
Tugas-tugas hakiki yang lain.......


Ah..tak perlulah diperihalkan satu persatu.
Semua orang pun dengan tanggungjawab masing-masing....


Rasanya, hilangnya saya dari dunia blog ini, tak akan mengurangkan satu apa pun, kan?
Bak kata pepatah Melayu;

Bagai melukut di tepi gantang,
Ada tak menambah,
Pergi tak mengurang...kan?

Saya akan ziarahi kawan-kawan yang baik, yang sangat baik...
Dan meninggalkan jejak juga, InsyaAllah...
Cuma tiada lagi entri dan Blog Cikgu Nurin ini....
Sob,sob, sob...


Sedih?
Ada sesiapa yang turut bersedih?


dun cry babeh...be cool...
Jangan bersedih...
Semua yang bermula, pasti akan ada akhirnya....
Blog saya juga...
Akan berakhir di sini....


Saya akan kembali bersiaran bila tamat exam nanti..
HE HE HE.....


p/s: Doa untuk saya ye kawan-kawan....
Pagi tadi waktu rehat...
'tteeeettt....'
Bunyi signal reminder di hp.
*bunyi teeeettt , effect bunyi hp cap ayam belanda...*

eh? ye kerrr?
aarrkkk....
Hah? saya  sendiri pun tak ingat...
Ini mesti kerja anak dara saya tu...
Emmmm....dah bertambah-tambah tambah ke'matangan' saya...hu huhu....

Balik ke rumah, selepas Zohor, "Ibu, adik nak gi umah Cik Man jap tau?"
"Nak buat apa?"
"Adalaaa..."

Saya mula nak mengadap assingment, bila dia masuk ke rumah...

 TADAAAAA......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selamat panjang umur, Ibu....
Woohh..kok gede sekali hadiahnya...

Padanlah petang semalam dia asyik bermesej-mesej dengan si ayah.
Lepas tu bagitau, dia nak keluar dengan ayah.
Saya buat 'dono' je...bz.., biarlah dia nak keluar...

Hadiah tu dia sorok kat rumah Cik Man rupanya...
Cer bukak,cer bukak...ape ke isinye...


cantik balutannya..
dah sah sah ler cina kedai tu yang balut nihhh...
kad comel...

Jaapppp...cer bawak bersabor....

tadaaaa....
he he..macam hadiah orang kawin pun ada...
pandai adik n ayah...
tq..buat tambah koleksi ibu....
sayang dua-dua...mmmuuaaaahhhh......

Tq dikk....
Terima kasih tak terhingga juga pada semua kawan, kenalan sedara mara, kawan-kawan bloggers dan peminat-peminat... yang wish kat FB.....terima kasih atas ingatan dan doa kalian....
saya saaaaaaayang semua....

*banyak bebeno...nak kopipes kat sini, tenet selowww.....*





P/S: Masa remaja dulu, menyambut hari jadi satu saat yang menyeronokkan, belanja kawan-kawan dan dapat hadiah dari kawan kawan rapat.  Sekarang bila usia menginjak dan bila sambut hari jadi, perasaan tiba-tiba menjadi sayu....usia yang semakin bertambah itu, membawa makna bahawa usia kita semakin berkurang, semakin dekat rupanya perjalanan kita ke penghujung, semakin hampir kita dengan Maha Pencipta....apakah sempat lagi untuk hari esok.....

Hari ini, saya memanjatkan doa dan syukur kerana Allah masih meminjamkan kehidupan ini buat saya.  Saya gembira di kelilingi keluarga, kawan-kawan realiti dan maya yang baik, anak-anak murid dan semua di dunia ini.  Saya harap saya juga menjadi sebahagian yang mengindahkan dunia dan hidup kalian.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...