Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan...."

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
Setiap kali mahu memulakan sesuatu
ALHAMDULILLAH
Setiap kali menyudahkan sesuatu
ASTAGHFIRULLAH
Setiap kali tersilap mengatakan sesuatu
INSYA ALLAH
Jika ingin melakukan sesuatu di masa akan datang
LAHAULAWALAQUATAILLAHBILLAH
Bila tidak mampu melakukan sesuatu
INNALILLAH
Jika timpa musibah
LAAILAAHAILLALLAH
Bacalah sepanjang siang dan malam
sebanyak-banyaknya
moga-moga kita tergolong di kalangan
yang terpilih Allah S.W.T
*Petikan Majalah Rapi*
p/s: Tenang mendepani Laut China Selatan...
Debur ombak menghiburkan....
Menghalau segala galau....
Membenam segala rawan...
Salam...

Hari ini entah mengapa aku bagai hilang segala daya serta semangat. Sehingga jam telah menunjukkan angka 11.40 malam,aku masih lagi belum dapat menghabiskan walau semuka pun dari tugasan yang perlu aku hantar. Seawal jam 9.00 pagi tadi, hanya berhenti untuk solat dan ke dapur menyediakan juadah seringkas mungkin ( tak sampai 30 minit). Kalaulah laptop kecil hitamku ini boleh bersuara,mungkin dia minta direhatkan sebentar...sudah hampir 15 jam dia bergerak....

Berkali-kali aku berdoa agar dipermudahkan segalanya, seusai solat aku membuka surah Yassin moga di tunjuki Allah jalan yang terbaik. Hatiku galau dek sesuatu....

Terasa benar halangan minda dan tenaga membantutkan segala usaha. Dua minggu kebelakangan ini aku terlalu penat dan lelah mengejar tugas. Seusai ujian,segala tenaga kugerakkan bagai mesin supaya dapat menyempurnakan tugas memeriksa 10 kelas jawapan peperiksaan murid,berselang seli dengan tugas sebagai ketua rumah sukan dan ditambah lagi dengan amanah memastikan segala laptop PPSMI di selaraskan secepat mungkin. Walau semua tugas ini tidak memerlukan tenaga dan mencurahkan keringat macam petani di sawah,tapi mindaku bagai sudah menurun dari tahap tertinggi dan sedang menjunam turun dengan laju...

Aku perlu sesuatu untuk melepaskan segala yang dapat memecahkan kebuntuan ini......

*pulih sedikit semangat dengan kata kata ini*

Tapi buat ketika ini,aku ingin ke pantai dan merenung laut......
E-mail dari seorang teman....Mohd Sahari

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular. Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.


Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan meraih ihsan.
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.
Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.
Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.
Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.
Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah. Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.
Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.
Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.
Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

satu-satunya pengarang jantung hatiku...

*yang kadangkalanya juga terlepas perhatianku...moga aku akan jadi ibu yang lebih baik untuknya...*


Untuk Dia
Kepada Dia
Yang jiwanya sedang diuji
Kembalikan segalanya
kepada yang lebih mengetahui
Tabahlah..
Kuatlah..
Tahanlah...
Jiwamu sedang diuji
Walau sakit
walau perit
Aku tahu
belati yang sedang membelah
jiwamu..
Aku tahu
duri yang meniti di hatimu..
Aku hilang kata-kata..
Aku cuma dapat mengisi jiwa..
aku juga dapat merasa
Sakitnya dicarik..
sembilu bisa...
pedihnya luka
tak bisa dihapus airmata...
Kepada jiwa yang sedang diuji...
Kembalikan dirimu pada Yang Satu....
Salam.
Lepas fikir punya fikir punya fikir...( brapa kali fikir daa)...akhirnya aku dapat satu jalan bagaimana nak mengurangkan (menghilangkan) risau nak melepaskan Cik Bab ke Kem Kepimpinan ( kem Kepimpinan untuk Pengawas,Ketua kelas dan Penolong )Di Nur Lembah Bestari....
Makanya semasa mesyuarat akhir untuk aktiviti tersebut,ketika ditanya soalan oleh GPK HEM',setakat ni siapa yang cornfirm NAK TIDUR DI SANA?aku dengan yakin dan yang pertama mengangkat tangan...wahh..tahniahhh untuk diri sendiri walaupun tugas yang diberikan kepada aku tak mewajibkan yang aku tidur di sana...aku redha demi tugas dan demi Cik Bab khususnya....dengan itu aku ditugaskan di bahagian keselamatan bagi murid Tahap Satu.

Aku menghantar Cik Bab naik bas sebab nak tutup rahsia yang aku akan bermalam di sana..walau pun dia bertanya'kenapa ibu bawak beg banyak sangat? jawabku,'ibu bawak barang untuk kem'Cik Bab naik bas no 3.( dalam bas Cik Bab call,'ibu jaga diri baik baik tau...'he he..terbalik kot....

Cik Bab terkejut tengok aku sampai..terus angkat 'peace'....
Terus ke kantin,minum petang

Murid tahun 1,2 dan 3 di tempatkan di dorm,Cik Bab terus msg ayah di Kuantan,malangnya line ting tong....

Taklimat Pertama



Urusetia yang setia dengan tugas...



Sekitar Nur Lembah Bestari yang menenangkan....( nanti nak ajak hubby tido sini...best bunyi air sungai dan unggas...)


i)Tapak perkhemahan untuk 'pemimpin' tahap dua...
ii)Kolam berendam...
iii)dua urusetia yang cun...
Aksi Cik Bab bangun pukul lima pagi.... ( aktiviti tamat pukul 12.00 malam sebelumnya)


Aktiviti sendiri setelah tamat aktiviti wajib untuk pemimpin...
Bermula dengan Solat Subuh,kawad kaki,dan aktiviti unit.



Kiri atas: Khemah atli-atlit Komenwel dan Asia
Tengah : Dah lama tak jumpa buah jambu ni....
Bawah: Assingment tetap diteruskan....hidup Cikgu Fara...
Kanan: Kasi laaa akak can nak bergambo...asyik komeee jee...


Walau penat,tapi seronok...


Nota: ( i )Nearly ponteng today's tutorial...penat giler!kuatkan semangat...berjaya hadir jugak tutorial hari ini...
( ii ) Terserempak dengan seseorang yang telah terpisah selama 18 tahun....nampak dia pandang dari jauh...he he he..sorry ayah...dont be worry, u r the first and always be the first...hidup My Sivaji The Boss!( dah ceritakannn?)
( iii ) Sedang berhempas pulas dan bergelut dengan kertas Science - 10 kelas! - dan assingment....semua kena siap sebelum holiday,waa rasa nak nangis ...tapi untuk perhatian Tuan Azizi- kasut saya masih betul pasangannya..huakaka....-still can manage all these serabut serabais....
Salam.


Salam.
Kenapa dengan Monday...and apa ada dengan Isnin?

Sebab...
Hari ini bila aku buka mata
Aku masih lagi diberi kehidupan
oleh Allah Yang Maha Kaya...

Sebab..
Hari ini bila aku buka mata
aku masih lagi diberi peluang
melihat mereka yang aku sayang

Sebab
Hari ini bila kau buka mata....
Aku masih lagi diberi upaya
memenuhi segala amanah
yang diberiNya

Sebab..
Hari ini bila aku buka mata
Aku masih lagi ada segalanya...

Alhamdulillah Ya Allah...
Syukur sesyukur syukurnya....

Atas segala Kasih sayangMu
Aku masih diberi umur....

happy birthday aku....
Alfatihah untuk si kecil Syafia Humairah...
Semoga kebinatangan lelaki yang menoktahkan hidupnya
dibalas sehebatnya...
juga untuk si ibu yang pandai bermuka-muka...
Syafia Humairah
duka terhenti dengan tragedi....
amanlah dikau sikecil
di Firdausi Ilahi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...