MIGRAIN....


Dah lama tak migrain teruk macam Ahad semalam.
Mungkin terlalu penat.
Seharian Hari Sabtu dengan program di sekolah.
Pagi Ahad saya bangun dengan semangat MALAS   yang berkobar-kobar untuk ke kuliah.
Masuk tutorial ketiga, kepala dah beri tanda...
Habis kuliah 2.30 petang, drive macam orang mabuk...


Sampai rumah, solat ZZUUMMM....
Bangun hanya untuk solat semata-mata, sebelum bersambung tidur,tidur dan tidur...
( nak bangun tak boleh, kepala macam di ketuk ketuk )
Nasib baik Cik Bab tu tolong tengok tengokkan makan minum atuk dia...
( malam malam buatkan atuk teh ais...seb baik atuk tak terkucil....)


Pukul tiga pagi, kejutkan My Sivaji.
Perut rasa bergulung-gulung.
Kepala jangan cakaplahhh...macam ditanam kaca dengan paku.
Keluarkan isi perut yang tak berisi sejak tengahari..
Muntah sampai hampir empat pagi...


Natijahnya, saya lewat bangun pagi tadi.
Bangun pukul 6.45....
Terus keluarkan karipap segera dalam fridge, letak dalam kuali, Solat Subuh...
Seb baik karipap tak hangus...
Cik Bab terlepas bas sekolah, My Sivaji tolong hantar...


Saya sampai sekolah waktu perhimpunan rasmi hampir tamat....


Ada sesiapa boleh bagi petua, supaya tak migrain...?

Hishhh...nak mula mop dari sudut mana ni ...
Pemalas betul tuan blog ni...
Debu dah tebal 18 inci baru nak suruh mop......

Yea..yea...ada sape-sape rindukan saya...?
TADAAA.........
Ke mane kome yongggg...
Cer citer...

Teman ader..tak ke mane-mane..
Alkisahnya...minggu ini adalah ya amat amat sibuk teman ni...
Ngalahkan ahli koporat...

Mula Isnin lepas, lepas sekolah, urus Cik Bab lebih kurang..( tengok tu, lebih kurang je urus anak? hish...)
Berkejar semula ke sekolah.  Latih bebudak tu badminton untuk MSSM...

Saya tak lah pandai main Badminton ni...
Cuma WAKIL MAKTAB je dulu-dulu... ( unsur riak sikit...hi hi)
Sijil tak der la besar mana...
Cuma ada lah sikittt...cop mohor pengiktirafan BAM tu.... ( unsur riak lagi...sikiiittt jerr..)

Dah, bila Udah masuk umur cenggini, bila main terlebih sikit, mula laa..tergeliat kaki la, lenguh pinggang la, sakit gigi la...( ada ke sakit gigi kena mengena dengan main badminton...?)

(ateeee...suruh cekgu yang memuda...nolakkkk...)
Bila tiba malam jer, lepas Maghrib, dah tak boleh bukak mata.
Nak ngaji quraan pun, usah kata lima baris, lima huruf pun dah terhangguk-hangguk..
Teruk betulll...

Lepas tu, sibuk ngejar assingment yang dah nak expired tarikhnya tu...
(  dah tetua baru nak belajar....)
Minggu ni juga kena siapkan soalan exam Fasa Satu...( dah settle dah..alhamdulillah...)
Itu ini, begitu begini..semua nak cepat.... ( bagi arahan lambat..ingat suis lampu? petik je,nyala?)
*pap* tampo mulut sendiri..hisshhh celupar...hi hi hi....


Saya memang sangat sangat rindukan kawan-kawan semua...
Dok teringat-ingat jer..apa  kabo la kawan-kawan saya ..
Rindu rupanya ye, walau pun tak pernah kudengar suaramu dan tak pernah kutatap wajahmu...*cewahhh*
Walau kita kenal sekadar di blog...

Bila bukak je blog ni...wahhh...terharu saya..
Ramai kawan-kawan yang bertanya khabar....
Ishhhh...ni yang buat saya nak melekat nii......

Bila nampak nama kawan-kawan yang datang,
Rasa macam nak cium-cium skrin laptop ni...
( allaaa..biasa le..jumpa kenkawan, kan kita cup cup pipi kiri kanan kan?)

OOOOOOPPPPSSS pompuan sahaja ye....
Kawan lelaki... jeling sikit jer..( ^ _ * )....

Malam semalam, saya bercita-cita lepas study sikit, saya nak BW.
Saya ajak Cik Bab study sama ( asik tengok TV jer dia..)
Saja nak bagi semangat kat dia.
"Adik ni janganla asyik dengan TV je, nak exam dah ni, tengok Ibu, dah tua tua pun Ibu belajar tau?" ( pssttt...tang ayat *tua-tua* tu, baca pelan-pelan tau....)
"Okla, Oklaaa...jom.." suara lembeekkk je...

Study punya study punya study.......
Sayuuuppp je saya dengar suara Cik Bab...
"Ibu, Ibu, banguuunnn... kata nak study...? nape Ibu tido..?"Saya tak terjawab, penat bebeno + ngantuk... ( baru pukul 9 lebih...)

"Bangunla bu...baca buku tu..."
"Ibu tu, kalau BLOG...dua tiga jam pun tak pe, bukak buku je, dua tiga minit dah tido..."
Saya segera bangun,  termamai-mamai *haishh budak ni..., tak boleh tengok mak dia senang*

"Ibu bukan tidur laa..."
"Dah tu,mata pejam?"
"Ibu pejam sebab MENGHAFAL...!"
"Eemmhhh..ye lah tuuu...!!!!"

Ha..tu la dia, bila surirumah, kita, student pun kita, pekerja pun kita..macam-macam kita lah.  Rasa macam tak cukup 24jam tu, campur penat,campur terkejar-kejar....

p/s: Ayat Cik Bab : Ibu tu, kalau BLOG...dua tiga jam  pun tak pe, bukak buku je, dua tiga minit dah tido..." adalah transformasi dari ayat mak dia yang dok membebel bila dia tengok TV, cuma dia tukar je TV tu ke BLOG...

p/s lagi : esok Sabtu, ada program sekolah sehingga tengah hari. Ahad, Kuliah. HABIS SEMINGGU *titik*takmo cakap apa-apa....WWAAAAA!!!!!!!nangis ni......!!!!!


UUUUUUUUUUU........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





CHAAAAKKKK....
aaaaaaaa...tu diaaa....

Salam, salam....

                                                          * ********* ******************
Hari Khamis lepas semua murid dapat surat siaran.
Hari Sabtu ialah hari sekolah ganti CNY.

Jadual Hari Selasa ye murid-murid...
"Laaaa...cikgu, kenapa kita kena ganti sekolah sebab Raya Cina?"

"Kenapa?" soalan dijawab dengan kata tanya.

"Sebab, kita tak sambut Raya Cina, pastu sekolah kita mana ada murid Cina...?"

"Wah, wah, wahhhh....yang awak bercuti seminggu tu, tak kira pulak sekolah ada murid Cina ke tak yeee..."

Murid-murid "He he he..."

"Dah, datang je, jangan banyak songeh,kita buat latihan nasyid untuk Majlis Sambutan Maulid ur Rasul minggu depan,nak?"

"Eh, cikgu pandai nyanyi nasyid ke?"

"Pandai...."jawab cikgu.

"Nasyid apa cikgu pandai nyanyi?"

"Nasyid Enjit-enjit Semut, versi  Hantu Kak Limah", Cikgu geram sikit sebab kebolehannya dipertikaikan.

"Haa ha haa...."

Budak budak belum matang..biasalah, cikgu kena layan cara diorang jugak, kalau tak, Hari Sabtu ganti, sekolah senyap sunyi....


                                                             ******************************

Latihan nasyid.
Lagu berjudul Rasulullah.
Cikgu ajar, bersungguh-sungguh...
Guna ini....

Haaa..kan cikgu cakap,cikgu pandai nyanyi.....
                                                 **************************************
Itu pembuka cerita...set induksi sebelum mengajar.
Wah...panjangnya.
Biasa laaa...
Cerita Tamil pun, dekat dua jam intro, baru sampai ke isi....  

Habis kelas, terkocoh-kocoh balik, sebab baru tersedar, saya terbawa kunci rumah Cik Bab punya.
Kalau saya terlambat, dia nak masuk rumah tak boleh, duduk luar pagar. *hitam nanti*
Takutkan, anak di luar...kita belum sampai.

Saya ikut jalan pintas.  Turun saja bukit bukau sekolah tu, kereta dah berderet di depan saya.
Saya kira ada lima buah di depan.
Mula-mula laju, di pertengahan jalan yang sempit tu, slow, sebab lori-lori di letak di kiri jalan.
Di sebelah kanan, dari jauh saya nampak sebuah Harrier.

"Bagus driver Harrier tu, beri laluan ( kereta-kereta di depan  saya )...."bermonolog.
Hampir tiba giliran saya, saya terfikir untuk biarkan Harrier tu jalan pulak.
* Maklumlah, saya selalu kena, nak beri laluan pada satu kereta untuk membelok, kereta-kereta lain yang mengekor, ambil kesempatan, sampai kita pulak yang tak boleh bergerak ke depan.  *

Saya nak ke tepi,tapi bila lihat cermin pandang belakang,
"Emmm..satu kereta je...tak pe kut, jalan laa...." bermonolog lagi.
Dari jauh, saya beam lampu, tanda terima kasih pada driver Harrier tu. * Harrier cermin gelap, tak nampak driver *
Lepas tu, angkat tangan...* berbudi bahasa dan bersopan santun kannn *
Bila sampai betul-betul di sisi Harrier tu, saya senyum lebar-lebar...
Lah.....                                                          
                                                                     
*
*
*
*
*
*
*
*
TAK DE ORANG RUPANYA......

Cepat-cepat turun tangan.
Toleh kiri kanan...
Selamat, tak de orang nampak...
Tersengih-sengih sorang diri...

                                            *******************************
Sampai di rumah, bunyi SMS masuk.
Chek.

WAH...BAGUS PUNYA ANGKAT TANGAN....
AKU TAK NAMPAK DRIVER PUN DALAM KERETA TU?
KAU NAMPAK?
ANTU KAK LIMAH KUTTT...
HI HI HI...
SUNGGUH BERSOPAN
                
Kawan saya rupanya kat belakang tu...
Jenuh la kena titik Isnin ni....

Inikah yang dikatakan Nak Buat Baik Biar Kena Tempat @ Buat Baik Berpada-pada?
Whatever la Yongggg....Ngeee.....

P/S: maafla, Hantu Kak Limah antara watak hari ini, maklumlah masing masing tengok Astro First...
Salam petang semua....
Cuaca panas terik sekarang ni ye?
Jadi, nak keluar jalan jalan tak selesa sangatkan dalam keadaan cuaca macam ni...
Apa kata meh baca ceita ini...
Sekadaar penyendal gusi...
Bukan cerita saya....tapi,ambil di sini... 

Ok..callo betey...

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.



kadi tanye kat pompuan tu... .
"kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

pompuan tu jawab...
"saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .kadi pun tanye si jantan...
"hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"


"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"


jawab kadi.."hak kamu le.."


jantan tu kata lak.. "hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan "


woishh...dahaga petang petang nih...
ada syiling...?
P/S :


1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.


2. Jgn samakan anak anda macam air tin


3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling ... hehehehehhe "
 
p/s lagi...: saya dah bz dengan assingment....jadi cerita sekadar penyendal blog...lapang-lapang nanti, saya lawat semuaaa mere beteyyy...callo hey...
Saya mengenalinya 24 tahun yang lalu.
Kenal sewaktu sama-sama menjadi guru sandaran,
ketika menunggu keputusan STPM  di sebuah sekolah di Hulu Perak. SK. Raban...
Kami menjadi sangat akrab dan erat.
Terlalu erat.
Tidak ada satu rahsia pun yang tersimpan antara kami.
Hatta cerita sehujung kuku jari juga kami kongsi bersama.
Susah senang, suka duka, kisah cinta....apa sahaja..kami tiada rahsia.

Kalau kami bermalam di rumah salah seorang dari kami,
Tidak tidurlah kami bercerita.
Walhal sudah berjumpa di tempat kerja.
Tapi ada lagi yang mesti kami kongsi bersama.

Dia sentiasa ada ketika saya berendam airmata kerana satu peristiwa.
Saya juga meminjamkan bahu untuk tangisnya, saat dia ditimpa duka.
Sehinggakan di malam pernikahannya dua tahun selepas kami kenal,
Dia minta saya menemaninya tidur bersama...
Hmmm..sudah pastilah saya menolak...

Meski dia sudah dipunyai, kami tetap  begitu.
Kemudian, dia dengan rumah tangganya.
Saya memilih untuk berkerjaya.
Kesibukan masing masing, memisahkan kami.
Namun sekali sekala, kami berhubung di telefon.
Tidak cukup satu jam bergayut....

Kami terputus hubungan bila saya berpindah.
Dan saya tak punya sahabat seerat itu lagi...

Minggu sudah, saya membuka album lama.
Melihat kembali memori kami dahulu.
Hati tergerak untuk berFB, yang sekian lama saya tinggalkan.
Saya letakkan link blog bersama entri 'SAHABAT'

Tidak lama kemudian
Saya terima ini daripada adiknya....

Nonie Nasron sahabat....sentiasa diingatan wlpun tiada lagi..


Saya memikirkan yang adiknya kehilangan sahabat...

Saya meminta dia menyampaikan salam kepada kakaknya, sahabat saya itu...
Namun, apa yang saya terima, amat meluluhkan hati saya...

Nonie Nasron kak na dh kembali ke rahmatullah 14 feb 2010..




Saya menangis semahunya...padanlah saya terlalu rindukan dia.....
Dia menderita selama tiga tahun akibat kanser usus..
Malah abangnya juga turut bersamanya beberapa bulan selepas itu....

Saya tahu kita semua akan ke sana.
Saya juga tahu Allah sayangkan dia.
Dia pergi meninggalkan ibu ayah tercinta,
Pergi meninggalkan suami dan anak-anak yang masih perlu dimanja..
Namun apa daya kita menahan takdirNya...

Na...semoga Na aman di sana...
Kami di sini akan sentiasa mendoakanmu...
Kami menyayangimu, namun Allah lebih mengasihimu...
Doa sahabat ini akan sentiasa mengiringimu....

Kami sewaktu bergelar Guru Sandaran....


Wajah yang akan sentiasa dirindui....
Al-Fatihah untukmu sahabat...
Aku rindukan kamu.....

Salam semua....
Apa plan coti coti ni..
Atau ibu ibu dok rumah saja ke, masak masak untuk family di hujung minggu?
Maklumlah, yang berkerjaya, waktu hujung minggu macam nilah, kita tunjuk skill..ye dok?

Petang semalam, rumah saya dikunjungi tetamu.
Petang masih panas terik.
Jadi saya menunjukkan skill saya, hidangkan mereka minuman yang menyegarkan tekak...
Almaklumla panasss...


Hah...tu dia...segar dok....
He he he...tapi ini curik Pokcik Ggoooogllee...



Teh ais.....taruk lemon lagi...
Tak cukup dua jug...

Memang buat berjug jug..
Lebihnya saya masukkan dalam tumbler, simpan dalam fridge..

Saya tak minum ais...( jaga badan....emmm ye la tuuu...)
Buat cuma untuk  orang berdua kat rumah ni jer..
Tapi bila dok bukak tutup, bukak tutup fridge tu...
Macam teringinnnla sangat, Saya pun slurrrppp..., teguk sikit...
Eh sedap laaa....lega tekak,Tak cukup, terus bergelas gelas minum....

Minum sampai tak hengat donia kata orang...
Akibatnya...malam tadi, saya tak boleh bangun.  Sakit belakang bagai ditusuk sembilu...whoaaa..
Sakit ya amat...Solat pun buat dalam keadaan paling perlahan....
Lepas Isyak, saya terus 'duummm' kat katil, tak tahan lagi dah...menggigil satu badan...
Air mata pun berlinangan...

Rupanya  My Sivaji The Boss, kesian kat saya kot...he he..
Dia call jiran saya Su, yang pandai mengurut...
Sangatlah sakit wwooii...
Rasa 'macam' nak tobat minum teh ais tu...
Memang tergolek dok..tidur dengan bau minyak bagai...

Moral of the story:
 i )Buat apa pun, jangan melampau...
                           
 ii ) Bila sakit, nak solat pun susah, baru teringat...alamakk kalau aku mati, ibadat macam  tak cukuppp nak bawa ke sana...mintak sihat, nak beribadat dan buat baik...( jadi, gunakanlah  masa sihat sebelum sakit...)

iii) Sakit ni, datang macam ribut, nak pegi macam siput....saya masih lagi sakit, berjalan pun  macam orang dalam pantang...buat entri sambil golek baringgg....


Hmmmm...bukan saya...
Insyaallah, saya diberi kesihatan yang baik oleh Allah sehingga ke hari ini...
Ini kisah anak murid yang sakit jantung.

Alkisahnya, dah masuk bulan dua ni, dah nak sampai ke pertengahan Februari dah pun.
Tapi ada lagi dua tiga murid Tahun Satu, yang mak atau neneknya kena bersekolah sekali.
Kalau mak @ nenek tu, tunggu di kantin, tak apalah jugak, ni tak...kena menempel kat pintu kelas,
kalau tak, melalak laaa sampai retak tiang sekolah....

Satu kes sebelum cuti CNY dulu, sorang cikgu perempuan sampai terpelanting kasut tinggi mengejar murid
yang terlepas 'kandang' menuju ke jalan raya, mengejar kereta mak yang meninggalkannya secara paksa di sekolah...
Pendek kata, time berlari mengejar budak tu, tak kira la, kasut ke mana, kain dah lagu mana....hhmmm...


Budak budak yang macam ni,kalau datang sekolah, ada jer alasan, demam la, sakit perut la, pening kepala laa...macam macam penyakit keluar.

Alkisahnya dengan sorang murid lelaki ni.
Hari tu melalak, alasannya kawan suka usik.
Lepas tu, esoknya melalak lagi, demam pulak daaahhh...
Hari ni, melalak lagi dalam bilik guru...

Maka, ada di antara cikgu yang ramai ramai menonton Sinetron tu pun bertanya...( sinetron la tu...citer tak habis habis, dengan masalah yang bersambung sambung...)
"Hmmm, hari ini awak sakit apa pulak?"
Dengan esak tangisnya menjawab la dia..
"Saya ni cikgu...huhuuu...saya ni...SAKIT JANTUNGGGG..."

Pakat gegar la bilik guru, tau dah auta dia...
Sarang penyakit betul budak ni...
Maka adalah lagi yang bertanya dalam gelak gegar tu..
"Jantung awak kat mana?"
"Aaaa..kat sini..."
Sambil kedua dua tangan terangkat nak memegang kepala, pas tu tak jadi..
"Eh bukannnn...jantung saya kat..kat..haa kat sini...."
Kedua dua tangan menekan perut dengan gaya yang amat sakit sekali....
Aduiii...pandainya politik...
Hantu Kak Limah pun boleh menangis balik rumah tengok lawak dia...

Macam mana laaa nak buat dengan budak budak macam ni ye....
Cikgu sampai tak boleh nak mengajar, asyikkk laaahhhhh nak memujuk...

Tapi, alasan paling fofular di kalangan bebudak ni...TAKUUUT CIKGGUUUU.....
Politik laa tuu...
Kalau dah macam tu gayanya..kalau cikgu lawo macam FASHA SANDHA atau NORA DANISH pun, ko takut jugakkk...

Hadif sayang....
Ibu baru punya kekuatan untuk menulis sesuatu untuk Hadif.
Berdiam dirinya Ibu, bukan bermakna Ibu tak ingat Hadif.
Tapi, ibu terlalu sedih.

Berkali-kali Ibu cari kekuatan diri, Ibu ingin jumpa Hadif, ingin peluk Hadif, ingin cium pipi Hadif..
Tapi, ibu tak punya kekuatan....
Tiap kali melihat senyum Hadif di FB, Ibu jadi terlalu kesal....
Setiap kali ibu cuba hubungi mama dan baba Hadif, setiap kali itulah juga Ibu tewas dengan perasaan.
Ibu rasa sangat bersalah...
Tak tega rasanya untuk berjumpa Hadif...
Hingga akhirnya, ibu hanya membayangkan Hadif dibawa pergi...

Dan sewaktu baba mengirim berita...Ibu menangis semahunya....,
Ibu dan Uncle mohon maaf, kerana semua kerenah yang memaksa Hadif terpisah dengan baba...
Ibu hanya mampu titipkan doa, semoga Hadif,mama dan baba akan bersatu kembali satu hari nanti...

Maafkan Ibu sayang.....

Hadif...be a good boy, be strong sayang...
p/s: Ibu ada sesuatu sebenarnya yang lama Ibu simpan...tak sampai hati nak jumpa, sebab Ibu tau, Ibu tak kuat.  Ibu akan beri bila Hadif balik sini....
Pejam celik, pejam celik dahhh esok kena sekolah balik.
Seminggu cuti, kejap je rasanya...
Kalau kerja tu, lambat pulak rasa nak habis seminggu...


Esok nak mula sekolah, saya dok kalut siapkan jadual besar kelas..
Hmmm dah masuk bulan dua, jadual tak siap-siap...
Bukan saya lambat, jadual besar ni memang dapat sebelum cuti hari tu...
Sehari dok tunggang langgang  menyiapkannya.
Ukur, print, tak kena, buat lain...gunting, ukur  lagi, gam, senget, bukak, print lain...macam tu la saaammmpai ke senja....

Baru nak buat?
Abih , cuti seminggu buat apa cikgu oii..
Cuti seminggu?
Dah namanya cuti, cuti laaa....


P/S: Selamat kembali ke sekolah ye cikgu cikgu....
Hah....baru ada letrik.
Dari pagi tak ada, sampai saya nak jalan jalan sempena CNY ni pun tak boleh.
Eh, nak jalan kena ada elektrik ke?
Ye laaa..nak BW....tak de letrik, tak de le tenet, tak leh jalan jalan....

Yang bebenornya, pagi tadi hati saya ada sikit panas...
( Sekarang udah sejuk laaa..)
Mana taknya, jam 7.30 pagi tadi, macam biasa saya keluar rumah,
nak buat lawatan harian ke Taman Sekebun Bunga saya tu...
Alaahh...adalah tiga empat pokok...
Dah jadi tebiat, pepagi mesti jumpa bunga bunga,cakap cakap dengan 'diorang'...eh diorang ke?


Tup tup dari kejauhan, saya nampak pokok orkid purple saya macam ni...

Ok jer...
OK? cer kome tengok betul betul....

 
tengok?...nampak tu.....patahhh..wwaaaa....!
Haishh...kepala terus menggambarkan beberapa keharusan yang menyebabkan orkidku patah....
Cik Bab...na mungkin, na mungkin...nehi,nehi he...berani la dia sentuh, kalau nak dengar suara ibu dia jadi 360mHz...

Chek yang lain plak....sambil kepala memikirkan beberapa kemungkinan...
hah...selamat...
baru nak berbunga balik...punnn selamat...

hmm..bunga ros ni pun selamat..
comel dia ni, besar duit lima puluh sen jer
sekali naik tak kurang 20 kuntum....
Pikir punya pikir...hah...geng jogging Cik Bab la petang semalam ni...
Diorang dok ronda ronda kat area ni semalam...

Jadi, petang tadi...geng tersebut datang...
"Korang meh kejap....acik nak tanya sket.." ( suara kontrol cun..)
"Pe Chik?"
"Sapa ada patahkan bunga achik?"
"Kita taaakk.."
"Saya pun tak.."
"Entah la chik, tak tau..."
"Kita pun tak tau..bukan kita,bukan kita..."
Macam -macam intonasi suara keluar.

"Haa..tak ngaku, Allah nampak sapa yang buaat....!"
Pause...
"Ok, sebenarnya achik tau, sapa yang buat..."
"Camaner achik tau?"
"Haaa....orang yang buat, tapi tak mengaku, acik nampak KAT ATAS KEPALA DIA ADA TAIK BURUNG..BURUNG BERAK ATAS KEPALA ORANG YANG TAK NGAKU..."

Masing masing memandang kepala antara satu sama lain....( saya dah nak tergolek ketawa tengok muka memasing)
Tapi Si Kecik Ipan lima tahun, petah bercakap, tak pandang kepala orang lain, dia sapu kepala sendiri....
KAH KAH KAH...
Saya dah menahan perut,dah kena tangkap ko....

"Mana ada taik burung atas kepala kita?"
"Adaaaaa...achik sorang je nampak,  orang lain tak nampak, nanti, taik burung tu makin lama makin busuk tau, semua orang tau..."
"Tapi kita 'pigang' jerr, dia patah syendiri..."

Waahhh..banyak la kau punya 'piganggg'...
"Len kali,pandang aje...jangan pigang pigang tau?"
"Tengok, sian dia...."
Hah, dah jadi Sohaimi Mior Hassan  lah pulak...

tengoookkkk...tergolekkk atas meja...sedeyyy...
Hmmm...senang rupanya nak psiko bebudak nih....
Kantoi dahh...
Tak apalah bunga oii....
Letak je dalam gelas atas meja taman.
Kalau tak, tak merasalah meja ni ada bunga hidup...

dok je kat sini dendiam tau.....
Salam petang semua....
Dah minum petang ker...?
Kudap apa petang ni...?
Tak kiralah apa kudapan pun, yang penting, kita semua happy bersama keluarga tersayang...
Betul tak?
Betul Cikgu.....
* Sila angkat tangan lurus-lurus...*
Pandaaaiii.....

Saya nak tanya, ada tak di antara kita tak suka berkawan?
Sapa tahu, orang yang tak suka berkawan dipanggil apa?
*jawab sendiri *....

Saya rasa kita semua suka hidup dikelilingi kawan dan sahabat.
Gurau senda, happy happy..
Sahabat dan kawan ada di mana mana sekarang.
Termasuk di alam siber.
Sahabat yang berhubung dengan kita di FB, blog, Ym dan macam macam adalah....
Ada kawan di alam siber yang boleh menjadi mesra, baik dan boleh ber-kau aku dah, sama mesra macam di alam nyata.

Hakikatnya, walau pun ada yang belum berjumpa dengan sahabat maya, tapi mesranya macam kita selalu berjumpa.
Kadang-kadang, kalau tengok di bloglist, kalau kawan maya kita tu tak update entri, mesti kita tertanya-tanya...pesal laaa dia ni tak update update, sakit ke? bz ke?bersalin ke...?
Betul takkkk?????
Angkat tangan lurus lurusssss....

Sebenarnya hari ini saya tunjuk.. (nak menunjuk la tuuu....)
yang saya dapat kiriman cenderahati dari sahabat blogger....adik NORA
Tu yang saya kata, berkawan walau hanya tercipta di alam siber, mesranya macam kita selalu jumpa...
Terima kasihlahhhhh dik Nora- buat syusyah syusyaaahhh jerr...

Akak shuke....berebut ngan anak ni....
Bila saya cakap, "ini kawan blogging ibu yang kasi...tak boleh.."
Dia jawab.."Ok, adik nak blog juga..."
"Haishhh...adik baru darjah tiga, tak boleh lagi..."
"Bila adik boleh ada blog?"
"Bila dah boleh berblog...."

cantikkan? cute miuttt sangat.....tq NORA...
Saya ada ramai kawan blogger yang baik, ramah dan sangat mesra,walaupun saya ni tak femes amous...
Kepada yang sudi berkawan, beramah mesra, yang sudi datang membaca, tak kiralah, silent reader ke, tegur di SB ke, atau rajin beri komen ke...( yg ni suka amat..) ai lab u all....terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya...hargainya sesangat...

Ok friends...nak g wat cekodok bilis lagi..taruh kucai ngan toge...suke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...