Salam...
Minggu yang serba tidak kena buatku....
Jumaat - 28May10....
Permohonan untuk bertukar diluluskan.
Sejak hari itu,aku rasa lain macam je,memikirkan keadaan di tempat baru dan rasa berat nak meninggalkan sekolah dan kawan-kawan...
Isnin - 31May10....
Ramai yang belum tau aku akan berpindah hairan bila melihat aku ke hulu ke hilir dengan meriamku...bermula dari perhimpunan sampai ke waktu nak balik...
Wan Haza,sifu photographer menunjukkan muka moyoknya bila bertembung,masuk ke bilik guru,aku panik bila menghalakan muncung meriam ke arah Azlina,tetiba saje dia menangis...aku segera minta maaf dan memeluknya cuba untuk menenangkan dia..dalam esak dia bertanya ,"betulke akak nak pindah...saya baca FB semalam....saya tak boleh tengok akak,saya sedih..."aku sebak dan hilang kata kata....
Selasa - 1June10
Bangun pagi kepala rasa berat,keluar dari bilik air,kaki tersadung pelapik depan pintu bilik air,maka macam nangka busuk aku tergolek...anati dah panik,sambil menggosok-gosok kakiku,dia bagi idea"ibu rehat je lahhh...tak yah skolah..."
"abis tu ,adik?"...dia sengih..
Disebabkan peristiwa tergolek dok tu,aku terlambat bersiap,tak lah lambat mana,cuma bagi aku,kalau jam tujuh masih di rumah,lambat la tu...
Aku capai laptop atas katil,terus masukkan dalam beg sekolah.
Tiba di sekolah,keluarkan beg letak atas bumbung kereta,baru saja nak bergerak ke bonet,tetiba aku terdengar bunyi benda jatuh terhempas....mmaakkkkk...laptop aku......selalunya laptop tu kalau aku tak simpan dalam beg khas,aku masukkan dalam casing siap span tebal lagi,tapi ari tu,simpan togelll je,semata-mata laptop dan pencil case....aku macam nak menangisss...sehari tu tak buka laptop,takut nak menghadapi kenyataan...bila di rumah,betul la dia buat hal...hang memanjang...aku rehatkan dia sampai ari ni...
Petang GB call,bagi tau aku kena lapor diri ke SK Ampang...mak aiii...jauh tu kalau berulang dari Langat.....aku tak kisah di mana pun,tapi memikirkan si anak dara tu,petang nak ke sekolah agama,apahal pulak nanti kalau aku berkursus ke mana-mana...hhuiii peninnn...
Rabu 2June10
Selepas memikirkan apa yang nak dibuat untuk jamuan perpisahan nanti serta sambutan hari jadi Anati,aku putuskan nak buat kek coklat dalam bekas kecil-kecil untuk semua kawan,termasuk untuk guru agama Anati. Uruskan barang-barang birthday Si Bab tu, dan malamnya dia tekun mengisi party bag untuk kawan-kawan..
Entah kenapa,ada saja benda yang tak kena dengan kek aku, bila dah dua adunan masak,baru aku teringat lupa masukkan telur,lepas tu ade jer benda yang salah,bekas tak sama lah,salah susulah,macam-macam,maka berulang aliklah aku ke kedai...betul la,kalau bekerja dengan hati yang tak ada tumpuan macam tu la gayanyer...
Khamis 3june10
Birthday Anati,aku pujuk dia buat Jumaat,sebab tengah exam,lagipun guru kelas dia tak ada,dia macam selalu tak banyak kisah.Aku dari semalam bergelut buat kek coklat hingga ke malam. Aku berhenti buat kek sebab berkira-kira nak buatkan dadih yang diminta Anati untuk lengkapkan party bag dia tu."ibu jangan buat dadih tanpa adik,adik nak buat sama.."
Dengan tekunnya dia membasuh dan mengeringkan bekas bekas kecil dadih,semua berjumlah 150 bekas. Sampai lenjun lantai dapur.
Waktu dia tekun mengelap bekas-bekas tu, aku ke dapur dan jeng jeng jeng......apasalaaa air tak mendidih ni...wwwaaa gas abisss....ari dah pukul 10malam...kek belum abis masak...dan paling terkilan kesian Anati...
"Jom dik,kita cari gas, (Mr hubby tak der la pulakkkk)....aku tau kedai dah banyak yang tutup waktu ni...tapi cuba laaa...
Dengan mata mengantuk dan muka agak frust,dia masuk kereta,sampai di Thiz n That ( kedai runcit yg 24jam beroperasi)..."akak,gas ada,tapi itu orang mau antar gas sudah balik..."
Aku termenung,sedih dan terkilan......betul betul sedih....aku boleh bawak kek tu,tapi sebahagian dari kawan-kawan ku tak akan dapat....kek tu sepatutnya aku make up kan dengan topping,tapi tak sempat..hampir sejam aku termenung di meja dapur...aku terkilan dan menitis air mata mengenangkan hajat nak bagi kek comel pada kawan-kawan tak kesampaian...
Paling kesian,Anati,dia beria-ia minta aku buatkan dadih tu awal-awal...tambah lebat airmataku melihat bekas-bekas kecil yang banyak tu disusun kemas di kabinet dapur bersebelahn dengan sebahagian kek aku....terbiar....
dan aku terus menangis ketika blog ini aku tulis....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...