Entah kenapa aku tetiba jer rasa tak senang dengan yang seorang ini....
Aku tau TAK BAIK begini..
tapi aku tak suka
dengan orang yang tak tau menghargai kawan lain,
aku tak suka dengan orang yang hanya tau mengambil kesempatan
dan tak suka dengan orang yang hanya berkawan apabila dia rasa perlu kepada seseorang,
tak suka dengan orang yang berkawan kerana dia punya agenda,
ada personal interest tersendiri...

Aku jenis orang yang boleh berkawan dengan sesiapa saja,setakat ini aku bukanlah orang yang terlalu berkira dalam apa juga...aku boleh berkompromi,
boleh bertoleransi,
tapi ORANG TU harus fikir,jangan kerana aku begitu
terus terusan ambil kesempatan dan merembat peluang...
Adat berkawan harus ada timbal balik
harus ada give and take,
jangan kerana aku tak bersuara
Dikira aku boleh diperkuda.....
p/s: setelah hampir lapan tahun
aku hanya mampu meluahkan ( tak sepenuhnya) di blog..
cuma di blog....
ahhhh...sedihnya....