
Disebabkan tempat ni selalu jugak kami datang bersantai,jadi tak banyak tempat bersejarah Melaka yang kami pergi,kecuali laut,makan ikan bakar Umbai n zoo,selebihnya kat kolam mandi....lagipun aku dah pernah jadi pemastautin selama setahun kat Melaka ni,tahun 2000 dulu,time ambik kursus KSPK Teknologi Maklumat kat Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka Durian daun...kira agak-agak expert gak ler kat sini,tak banyak yang berubah pun,kecuali Dataran Pahlawan dah siap Melaka Mall nye,sebelah Equatorial,hotel rasmi kalau kami ke sini. jalan sesak betul....lagiii ada Eye On Malaysia yg dipindahkan dr KL tu,ada bot dua alam n Pasaraya Jusco yang baru nak buka tapi tak jadi sebab kejadian letupan tu....



tapi tak de le pulak semut...he he he...


anati macam biasa kalau jumpa pool...paling kurang 3 jam....


Baru separuh perjalanan,tetiba hujan turun lagi,kali ni betul-betul lebat,kebanyakan visitors yang datang ada payung,kira selamatlah sikit. Kami berteduh di satu kawasan tempat jualan aiskrim dan makanan ringan ( gerai dah tutup). Tunggu punya tunggu hujan tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti,hari semakin gelap,waktu melawat hampir tamat. Pengunjung lain semua dah tak ada
Aku dan anak mulalah suspen semacam jer,hubby cuba menghubungi pihak zoo ( kebetulan Anati ada bawa masuk map zoo tu) tiga kali call,talian tak diangkat..My Sivaji pandang kiri dan kanan and...jeng jeng jeng...dia selamba jer pegi cabut payung besar kat tempat berehat tu..( you all bayangkan payung besar bertangkai panjang yang orang letak kat taman rekreasi,kat tengah-tengah meja batu..)
Sayangnya aku tak boleh snap gambo hubby n payung besar tu...camera out of battery...habis langsung,tu pasal tak banyak gambar...apa punya biol aku pun tak tau,tak pernah ke mana-mana bawa kamera tak de bateri,selalu aku chek dan bawak charger....
Minta maaf laaaa orang Zoo Melaka,kalau payung u all dah beralih tempat ek....
Aku sebenarnya taklah berminat nak mengulas benda-benda dalam news ni,tapi tak taulah kenapa rasa macam nak mengulas sikit,mungkin sebab dah banyak masa,tak tau nak guna kot...almaklumlah,exam dah habis,kain 3 bakul pun dah settle...maka terasalah nak menyibuk sikit pasal hal orang...
Kenapa aku tertarik dengan berita tu?satu,tentang jumlah saman silelaki kepada bekas tunangnya yang memutuskan pertunangan,(ingatkan budak bujang,rupanya mak dan bapak budak....)almost satu juta....atas alasan putus tunang tu menimbulkan rasa malu kepada si lelaki tersebut....yang bestnya...frasa yang menyebut 'pemberian itu sebelum berlakunya pertunangan..dalam proses pikat memikat....'..kui kui kui...nak memikat bagi rumah dan kereta mewah....sudahnya terpikat pisau cukur....sampai cerai isteri....
Wahai lelaki...itulah padahnya kalau ikut nafsu,dan perempuan sekarang cuma pandang material,agaknya perempuan tu fikir,lepas dapat harta,nak blah macam tu jer la kut...sebab dia ada pakwe lain...
Satu lagi fakta menarik perhatianku,di mahkamah perempuan tu datang dengan lelaki lain ( pakwe baru,atau memang pakwe dia,diorang pakat2 kut suruh perempuan tu tackle lelaki tu dan suruh bagi harta...cewahhh...macam pelem la plak...kut kut laaa)pas tu,si lelaki ni datang dengan kawan dia yang merupakan bekas suami si perempuan ni...hai tak faham aku dunia sekarang....dia pikat perempuan tu masa mereka masih suami isteri atau jadi kawan setelah bekas isteri memutuskan tali pertunangan dengan si lelaki ni..atau macam mana...macam cerita keluarga 69 la plakkk....
Teringat pulak satu kisah yang aku dengar di radio yang mengendalikan segmen 'panggilan hangit' hos Faizal Ismail. Bagi yang tak tau apa 'panggilan hangit' tu,lebih kurang macam ni. Si pemanggil akan meminta dj radio ni menyamar untuk mengenakan orang yang akan dipanggil. Si dj ni akan bersungguh-sungguh meyakinkan orang yang dikenakan ni sepertimana yang dimaukan oleh si pemanggil,sampailah orang yang dikenakan tadi menggelabah,menangis malah memaki hamun pun ada,barulah si dj akan mengaku yang mereka dah terkena 'panggilan hangit'...
Kisahnya begini...jeng jeng jeng...satu hari seorang pemanggil lelaki meminta dj faizal ni menyamar jadi tok kadi dan menghubungi isteri si lelaki tadi untuk meminta izin kawin lagi satu..maka si dj ni tadi bersungguh-sungguhlah bercakap dengan si isteri si pemanggil ni,yang suaminya telah mewakilkannya meminta izin kawin lagi...
Si isteri ni mula-mula tak percaya,tapi sebab si dj ni pandai,maka akhirnya si isteri mula percaya dan berkata dengan suara sebak'kalau betul suami saya nak kawin lagi,tolong bagi tau dia,suruh dia bawa perempuan tu berjumpa dengan saya...'belum sempat si dj bagitau yang dia terkena panggilan hangit,perempuan tu terus putuskan talian.
Tak lama selepas itu,si dj membuat pengumuman di radio,dan meminta maaf kepada si isteri tadi dan menyatakan rasa bersalahnya kepada si isteri sebabnya,selepas segmen tu berakhir,si suami ni tadi menghubungi si dj dan memberitahu dia bukan buat panggilan hangit,tapi panggilan benar,nak minta izin kawin lagi dan dia memanipulasikan segmen dan si dj ni sebagai perantara...menurut dj ni,dia cuba menghubungi si isteri,tapi talian tak diangkat...mesti si isteri tu frust habisss....apa punya lelaki macam ni.....kalau aku jumpa lelaki tu,aku suntik ubat pelali bagi separuh sedar,pas tu letak kat sudut rumah...nak buat apa?nak buat target,baling dart....tak pun baling lesung batu....
Entahlah,dunia sekarang makin kucar kacir,mungkin sebab semakin kurang pegangan agama,ikut nafsu sendiri je,tak fikir apa dah...dunia semakin menakutkan.....
Macam yang aku baca dalam blog Kadi Kluang,si perempuan marah-marah minta cerai sebab suami kawin lain tup-tup setahun lepas tu,dia pulak nak isi borang nak kawin lain...masalahnya dengan suami orang jugakkk....dia marah orang ambik suami dia,pas tu dia ambik suami orang....
Eh..apasal aku emotional sangat ni? he he he bukan apa,terfikir pasal kes mula-mula tadi laaa...nak tunjuk sayang nak memikat bagi hadiah mahal-mahal,bini kat rumah makan hati,girlfriend bawak makan angin...bukan apa, minta suami-suami berfikir,biar pun isteri dah agak-agak 'bau lipas' ( metafora laaa....benda dah lama,mesti bau lipas kan?)tapi itu lerrr...orang yang siang malam bersusah payah dengan korang,sanggup makan pasir waktu susah dengan korang,bila banyak duit mula laaa...itu tak kena,ini salah...mata tu mula pasang macam macam antena pengesan,nak scan dahi pompuan mana yang licin,mana yang lentok...
Yang perempuan pulak...aku rasa tak de nye yang ikhlas sekarang ni...biar muka lelaki macam muka pecah rumah,janji banyak duit...boleh jer tak kira bapak orang,atuk orang...sumer sapu...aduhai...insaf insaflahhhh.....
Marilah kita semua..bawak bawak bertaubat...matahari tunggu masa je nak muncul dari barat,nanti pintu taubat pun dah tutup...
teringat dialog Dato' Rahim Razali dalam filem CINTA ( aku suka sangat dengan filem ni)
isteri bukan hakmilik,ia adalah anugerah.....

p/s : Credit untuk Encik Azizi, tq for the info given
setiap waktu kulihat
DIA,
setiap masa kutatap
DIA,
setiap saatku ingat
namun
DIA,
hanya kubuat sebagai
batu untuk melompat
DIA,
kupandang
DIA,
BLOGku yang lama
tak kuupdatekan....
he he he...
kenapa yea....
Ku bukan malas
Hari-hari aku singgah,
Tapi sebab nak melawat blog-blog lain jer...
SIAN DIER....
Skali Lagi,
Aku bukan malas
cuma
tak rajin jer...
tada...siap suda....berasap nihhh
yang ni resepi ciptaan adik,idea aku nak gulung roti ni dengan frankfurter,tapi dia cakap aku asyik masak bentuk yang samaaa je...jadi dia potong frankfurter tu bulat-bulat,dan ajar aku macamna nak susun atas roti tu,siap tanya lagi,'K ibu,get it?'ishh bertuah btul...
tak lupa,yoghurt bliss...
adik posing dengan muka lapo....dua tiga saat lagi nak buka ni...alhamdulillah....syukur dengan rezeki pemberiaan Allah...
kul 11.00pm...end of the day...anakku tido suda.....
p.s:kami berbuka berdua je...tu pasal la simple..
Lupa nak snap pic ikan keli masak lemak n black pepper chicken tu...
Thursday, August 27, 2009
Labels: Fast-breaking menu, rindu mak 2 dah buat karangan gred ATiba di sana,manusia punyalah ramaii...terlupa pulak nak pakai mask.Baru dua tiga tapak berjalan,Anati nampak chicken wing favourite dia,memandangkan orang ramai beratur menunggu kepak tu,aku berpatah balik ke gerai tu dan pesan supaya adik tu simpan lima kepak.
nampak tak lelaki berbaju belang?,ada...tapi saiz lari pulak....my hubby comelll gitu...lagi pun..belangnya tak sama macam belang suamiku....( belang baju daaaa)hi hi hi....
Aku patah semula sehingga ke gerai paling hujung,masih tak ada....patah semula ke gerai pertama...(aku dah berjalan 2000 meter...)Tetiba..aku nampak dua beranak ni kat gerai kepak ayam....
Kah kah kah,padan la tak jumpa...suamiku bukan berbaju belang....baju coklat.......padan la tak nampakkkk...ishk,ishk,iskh.....
So,inilah hasilnya hasil yang kami dapat di pasar ramadhan....
My fav murtabakk...nyum nyum nyum...tak payah makan nasi dah....
Chicken wing adik....
Yong Tau Foo...fav kami.....
Kuih campur campur...
Untuk pinggang yang ramping,minumlah.....Yoghurt drink....slllrupp...
Jangan lupa...kurma...sunat...
Alhamdulillahhhh,syukur dengan rezeki pemberian Allah....
Monday, August 24, 2009
Labels: Pasar Ramadhan 0 dah buat karangan gred AAda sesuatu yang amat menyentuh hati kecilku yang ingin aku luahkan di sini....
Isnin lalu,selepas perhimpunan rasmi sekolah,sewaktu berjalan naik ke bilik guru aku singgah di kelas Anati,sengaja nak jenguk dia...Anati seperti biasa di mana mana pun di sekolah, bila berjumpa saja dengan aku terus meluru dan memelukku...
Secara sepontan aku membalas pelukannya dan mencium pipi tembamnya tu. Sewaktu aku tunduk mencium pipi anakku, mataku secara tidak sengaja terpandangkan Kamilia. Pandangannya tepat ke arah aku dan kelihatan sangat sayu...matanya berkaca dan tiba-tiba airmatanya laju menitis ke pipinya yang comel...aku terpempan...
Dia cepat-cepat memalingkan wajahnya dan menyeka airmata...aksinya itu disambut oleh suara kawan-kawan sekelasnya..."Cikgu,cikgu,Kamilia RINDU kat ibu dia...."
Ya Allah,naluri keibuanku tersentap,segera kuraih dia dan kupeluk erat anak kecil itu....air mataku tumpah tanpa dapat aku tahan...aku dapat menelah perasaannya yang rindukan pelukan seorang ibu yang tak mungkin didapatinya lagi. Sudah pasti setiap kali sebelum ke sekolah dia memeluk ibunya....aku usap kepalanya dan kucium dia,dengan tangisan yang teresak-esak dia membalas pelukanku,erat dan lama.....
Aku lepaskan pelukannya bila anakku menepuk-nepuk tanganku,matanya juga merah dan berair. Aku hanya mampu berkata "Kamilia jangan nangis,Kamilia budak baik,kan?"
Dia menganggukkan kepalanya dan berlalu ke tempat duduknya. Selepas mencium Anati,aku berjalan naik ke bilik guru. Airmata ku terus mengalir. Aku membayangkan kalaulah perkara yang sama terjadi, macamanalah nasib anakku yang seorang itu. Ya Allah,jauhkanlah sebarang yang buruk.
Di bilik guru,ramai yang bertanya kepadaku bila melihat aku menangis,bila aku bercerita hal tersebut,ramai yang menitiskan air mata.
Kehilangan IBU memang memeritkan. Aku yang dalam usia begini pun masih belum dapat menerima kehilangan Mak tiga tahun lalu. Tak pernah sehari pun yang kulalui tanpa ingatan pada Mak...Bila rindu pada mak tiba,hanya airmatalah yang menemani. Apatah lagi bagi anak-anak yang sekecil itu. Tambahan lagi puasa dan raya yang bakal tiba.....
Kita bahagia mempunyai suami / isteri
Kita bahagia punya anak yang mengelilingi
Kita bahagia punya keluarga yang amat kita sayangi
Namun
Bahagia mempunyai ibu
Adalah bahagia yang tidak dapat ditandingi....
Wednesday, August 19, 2009
Labels: rindu mak... 0 dah buat karangan gred A"Kenapa tak ajak nak g beli bunga...."

"Hish,kan g meeting,singgah kat Pesta Flora,tengok ni,orkid hutan ni,mahal abang beli...."(nak pujuk aku la tu kuttt..) "Thank you....cantik betul laa..."
"Tak boleh siram air biasa,ni ada air khas untuk siram dia,tak boleh gantung lagi,biar dia kat tempat teduh ni...
"Malam tu dan hari hari seterusnya,Sivaji ada hobi baru,jenguk pokok orkid dia. Bila balik malam,tak masuk terus rumah,dokkk beleeekkk la dia punya orkid....biaq pi la...belek orkid tak pe...
Makanya,sewaktu nak meninggalkan aku untuk ke Jakarta semalam,sekonyong-konyongnye maka berpesanlah My Sivaji the Bos kepadaku dengan bersungguh-sungguh...
"JAGA POKOK POKOK NI....SPRAY 2 KALI SEHARI,SPRAY JE,PASTIKAN JARAK YANG BETUL,SPRAY PAGI PAS TU MALAM SEKALI LAGI,WAKTU MALAM JANGAN SPRAY AWAL SANGAT,NAK TIDUR BARU SPRAY DIA...JANGAN UBAH...ORKID HUTAN NI,PAYAH NAK DAPAT.."

Mak aih....selalu tu nak g mana mana dengan aku pun tak pesan panjang macam tu....tak pe laaa...suh jaga orkid....bukan suruh jaga MADU kah kah kah.....

yang ni bau wangi...macam jasmine

Jadilah seperti jagung,
Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti tandan petai,
ps:Moral of the story...makanlah buah-buahan tempatan
Yang menyebabkan
bahasa yang kita gunakan tu,
bahasa orang MARAH....
orang yang kita 'bahasakan' tu,TAK TAU
.
DAN TIBA-TIBA LAGI

- Don't love the Heart that hurts you and don't hurt the Heart that loves you.
- Don't cry over anyone who won't cry over you.
- Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget.
- Most people walk in and out of your life, but only friend's leave footprints in your heart.
- True friendship "never" ends. Friends are forever.
- People are lonely because they build walls instead of bridges.
- If we are incapable of finding peace in ourselves, it is pointless to search elsewhere.
- The bond that links your true family is not one of blood, but of respect and joy in each other's life.
- Rarely do members of one family grow up under the same roof.
- A change of heart changes everything.
- Our greatest glory is not in ever falling, but in rising every time we fall.
- You only live once - but if you work it right, once is enough.
- One generation plants trees, and the next enjoys the shade.
- It is difficult to live in the present, ridiculous to live in the future, and impossible to live in the past.
- Nothing is as far away as one minute ago.








Our Penghulu...from Koala Selangor...ada macam Mazidul 360 tak?

he he he...presenting the Gombak District Action Plan...tak pasal-pasal aku yang kena.....

Fail,sijil dannnn aku jumpa geng lama di Maktab Kinta dulu......

