Salam...
Pertama tama sekali...Selamat Hari Raya kepada semua kawan kawan yang sudi menjenguk ke blog kecil saya ni...blog ni cuti lama kerana kesibukan yang amat dahsyat sebelum Hari Raya..jadi saya tak sempat nak membalas kunjungan semua yang sudi bertandang ke sini...nanti saya jengah semuanya ya...kepada yang mengirim e card, saya juga mohon ampun dari hujung rambut sehingga ke hujung jari sebab hampir dua minggu tak on line...jadi bila ada kesempatan on line...rasa bersalah pula tak berkesempatan membalas...

Sibuknya saya disebabkan saya dan hubby melakukan perubahan dalaman 150 peratus...ubah segala galanya dari sekecil kecil benda hinggalah ke sebesar besar benda,dari luar rumah hingga ke bilik bilik dan ke dapur...tak percaya?meh tengok ni....

Ini baru satu daripada gambar yang saya snap semasa tsunami sebelum raya hari tu..tak payah banyak banyak laa...pengsan nanti nengoknya...

Hari Khamis dah sibuk memasak,sebelum tu mengemaskini stok stok bantal untuk keluarga adik adik yang akan berkampung di rumah kami...pepagi lagi sesudah subuh...bermulalah aktiviti dapur...nasib baik dua PA Sivaji The Boss dan isteri sanggup tolong...maka kami memasak beramai ramai...

lemangg...heemmmm


Ketupat....special mari...semua ni My Sivaji The Boss yang anyam...dua malam dok menganyam ketupat...siap bukak kelas mengajar anyaman ketupat lagi ( tak sempat snap gambar hubby menganyam ketupat,sebab sibuk memasang langsir )...


Rendang ayam dan daging...

Haaaa tu dia...ketupat dah masak.... (sapa nak ambik gambar ni buat hiasan kad raya tahun depan...ambik laa...he he he...bagi kredit je kat saya...)

Orang jemur kain...Si Wan jemur ketupat....

Malam tu,kami berbuka ramai ramai di luar...di luar rumah la....seronok...
Pagi Raya,selepas balik Solat Raya...snap snap sikit,sambil layan orang ramai bertandang...

Wajah sepi abah....

Emmmm...Cik Bab dan sebahagian sepupu sepapat....

Cik Bab bersedia untuk bertandang ke rumah jiran..

Malam raya kedua,sempat snap gambar bulan sabit dengan satu bintang yang amat terang dan cantik sangat sangat.....

Tu la sebahagian cerita Hari Raya versi saya...nanti sambung lagi...

Kata Hatiku :

Waktu berbuka malam terakhir berpuasa,bilal di masjid alunkan takbir raya,tak semena mena,terbayang emak datang tersenyum dan berlalu pergi....


Hari Raya tanpa seseorang yang dipanggil emak,hilang nikmatnya....

Bila berkumpul beramai ramai,semua cerita tentang emak.....

Rumah kembali sepi setelah semuanya pulang....dan kami rindu MAK....

6 dah buat karangan gred A:

Rama2Ungu said...

hoho..meriah tu..bnyk jugak rendang2 tu eh...

kite pun sempat gak snap gambar bulan n bintang tu..tak sempat nak upload je lagi...

Cikgu Nurin said...

he he he..banyak sebab kongsi kongsi...
tu la..cantik sesangat bulan tu...tapi sekejap sangat dia timbulkan?

Rashid said...

salam

wah nampaknya bukan main RAYA lagu tu. Saya tengok terkejut.. macam nak buat majlis persandingan besar-besaran. hehe

Cikgu Nurin said...

Majlis persandingan lambat lagi....anak kecik bebeno lagi...ada rezeki lebih cikgu...berbagi bagi dengan jiran...

Norhasliza said...

Mak aii... rendang berkawah2.. nak sambut raya ke nak terima menantu? he..he..

Cikgu Nurin said...

he he he...sambut menantu lum lagi...rendang dan lemang tu dikongsi kongsi sebenarnya...acah je tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...