As Salam semua...
Alhamdulillah..dah dua hari panas terik.
Kering la kain baju...


Pernah tak kawan-kawan jadi mangsa orang yang berperangai hasad dengki ni?
Hidup jadi huru hara dengan orang-orang yang ada PHD ni kan?
Tapi betul ke, kata orang, bangsa yang paling kuat PHD ni adalah orang-orang kita?
Orang-orang Melayu, beragama Islam...?


Mari kita buat perbandingan.
Antara bangsa MIM ALIF LAM YA WAU dengan CHA YA NUN ALIF

Pernah dengar SANTAU?
Kalau di kedai makan biasanya, kedai orang 'MIM ', pantang la nampak maju, mulalah ada yang nak menyantau, ada saja akal orang PHD ni cari jalan nak menjatuhkan bisnes bangsa sendiri.


Itu bab santau,  yang sinonim sangat dengan orang MIM ALIF LAM YA WAU  ni...
Belum bab lain, propa mempropa...


Sehingga kini, saya tak pernah pulak dengan kedai orang 'CHA' ni, kena santau.
Tak tau lah kalau dia jatuhkan dengan cara lain.
Tapi biasanya bangsa 'CHA ni ' sangat bersatu.
Tengok saja persatuan-persatuan mereka.
Tengok PIBG sekolah mereka saja pun dah cukup...
Dewan besar-besar, semua bersatu, bina dewan biaya sendiri...


Saya pernah hadir satu usrah, yang ustaznya beri analoginya begini..'orang 'MIM' ni, kalau dengki bukan setakat kat dunia je, sampai masuk lubang neraka pun nak berdengki lagi...'


Bayangkan neraka orang 'MIM' ni berjiran dengan neraka orang 'CHA'
Neraka "CHA" ni, kita boleh lihat, berduyun orang berjaya naik, 
Yang dah berjaya menyelamatkan diri, akan cuba menarik kawannya yang masih di dalam.
Yang masih berada di dalam akan sama-sama membantu mereka yang nak naik.


Tapi di lubang neraka orang "MIM", yang dah berjaya naik, akan lari jauh-jauh.
Bila ada je yang dah nak naik ke atas, yang bawah akan segera menarik turun kaki orang yang sedang tergapai-gapai nak naik ni.
Kalau aku tak naik, jangan harap engkau pun dapat naik.
Biar sama-sama dok kat dalam ni, puas hati....


Hah, macam tu sekali dengkinya orang-orang yang ada penyakit ni.
Sampai di tempat yang paling teruk macam tu pun, nak berdengki juga...
Adakah disebabkan kebayakan orang 'MIM' ni berketurunan pahlawan, maka mereka penuh dengan sifat dendam dan tidak puas hati?


Hari ini, nak percaya kawan sendiri pun susah.
Mereka boleh bergelak ketawa, bertepuk tampar dan menangis sama-sama kita..
Tup-tup, esoknya, benda-benda yang kita kongsi waktu dia sama-sama 'menangis' dengan kita, dijadikan modal untuk menjatuhkan kita.
Kebaikan dia tu hanya topeng, supaya dia dapat modal, cari kelemahan kita, tembak kita semula...


Kawan ramai, tapi sahabat semakin pupus......kan????


........................................................................................................
* Banyak blog terpaksa saya delete dahulu kerana serangan Malware dan tak boleh di buka..*

28 dah buat karangan gred A:

kakchik@ella said...

Dat's i i go for quality. not quantity.

ckLah said...

Kerana hasad dengkilah...ckLah pernah terpaksa berulang ke Darus Syifa Bangi untuk mencari medium penyembuhan...setahun lebih menderita sakit dan terpaksa melepaskan 'kekananan' dalam perjawatan. Maka itulah...mungkin kini cklah jadi terlalu amat berhati-hati dalam mengekspose diri...(Dah kena baru percaya)

Semoga Allah beri nikmat yang lebih lagi kepada pendengki itu, daripada nikmat yang Allah beri kepada cklah....yang menyebabkan dia tidak puas hati itu. wallahualam.

Cikgu Nurin said...

KC: ya..itu lebih penting...

Cikgu Nurin said...

ckLah: pendengki ni, selagi boleh, selagi kita tak melutut, tersungkur, selagi tulah dicuba...

Tak aman hidup dia tengok orang senang...

Biarlah Allah yang menghakiminya..

Betul,Beringat lebih baik sebelum kena...

Miss Sunshine said...

Setuju 100%.. orang MIM ni penuh rasa dengki... pengalaman mengajar di sekolah CHA sekarang ni amat berbeza dengan mengajar di sekolah MIM. Diorang tak pernah bz body. Dan nampak kesepaduan di antara sekolah2 CHA untuk kutip dana utk sekolah mereka.

kakcik said...

Entahlah... melayu yang dikatakan penuh sopan santun dan budi bahasa sebenarnya lebih banyak menjadi duri dalam daging dari menjadi tali tempat berpaut. Wallahuaklam.

siti murni said...

haihhh...berat....berat topik ni kak...darah tinggi naik tiba2...hehe.
susah nak cakap pasal golongan MIM ni...kita pun MIM jugak..serba salah dibuatnya. Ditegur salah, tak tegur salah. Tengok contoh berniaga je senang...macam yang akak tulis tu. tak ada langsung sikap teamwork..tolong menolong sebab tu kita MIM ni susah nak naik dan dalam diam-diam ditertawakan pulak oleh golongan CHA...kesian kita...

g0m0k9enDek said...

akak......................................................saya x sanggup nak buat entry berkisarkan contoh akak tu.. takut ada plak kawan yg baca... hmmm... kes cam tu la....

Daddy Ziyyad said...

Hasad ni mmg penyakit yg termaktub dalam al quran..dalam sunnah..

Memang parah penyakit org Melayu ni..yg menghambat kita jadi tak maju

ibuintan said...

bangsa kita, nasib kita

akak juga pernah merasai hasil hasad orang kita

dlm persahabatan juga jgn beri sepenuh kepercayaan, simpan sedikit untuk diri sendiri

Cikgu Nurin said...

Sunshine: tu la,akak kalau g sekolah CHA tu, kagum tengok dewan badminton dia..besar-besar...tak harap duit sabsidi pun...

Cikgu Nurin said...

Murni: mcm-mcm contoh PHD org MIM ni..dari sekecil-kecil benda,sampailah ke politik..tak habis-habis nak menjatuhkan sesama MIM...

Cikgu Nurin said...

Kakcik: Itulah, sepatutnya, orang Melayu dan yang lebih penting mengaku orang Islam, patut idup lebih aman...ini terbalik...

Cikgu Nurin said...

Gomok: kadang kala, kita kena luahkan, biar dia tahu sikap dia tu...PHD ni penuh di mana-mana..sabar dik...

Cikgu Nurin said...

DZ: Sokong, sebab itulah orang kita sentiasa jadi bahan tawa orang, sudahnya org MIM ni jadi kuda, diperkudakan org...

Citarasa Rinduan said...

selamat malam nurin.
nampaknya...hal2 nie.. memang dah sebati dalam kehidupan kami perniaga..
skrang amalkan ayat syifa.. yang dibaca sebelum melangkah ke kedai.. maklumlah...

kedai citarasa rinduan bertahan bertahun2.. ramai yang GERAM!!

ps: SABOR JER ayu,,, kes juliana tu.. ayu tak kenallah kak.. sepupu ayu ramai.. ayu dgn ramlah ram, satu nenek.. tapi nenek ramai adik beradik.. skrang semua dah meninggal, ibu ramlah ram pun dah ke rahmatullah.. ada 2 sahaja nenek saudara y tinggal

tapi semua dah tak tinggal di muor, b. pahat atau rengit..
duduk bandar dgn anak2..

harap2 ianya membantu

Cikgu Nurin said...

Ayu: Itulah..kena juga kita ni pakai pendinding dan mangamalkan ayat-ayat al-quran..

Ohh..ingat Ayu kenal dia..ok tq sayang..

Cikgu Nurin said...

Ibuintan: Itulah yagn peliknya, sepaptutnya kita sesama membantu, ini tak..jauh dari apa yang disrankan Rasul...

kasihredha said...

nauzubillah...
Alhamdulillah punya seorang sahabat...mohon Allah kekalkan persahabatan kami hingga akhir hayat .

jeBateja said...

So...jom le kita semua sama2 menyedarkan sesama kita...merubah budaya PHD kita ni....kita kan BLOGGER...IsyaAllah...dengan post2 begini, kita akan dapat merubahnya...walau seorang....itu kan usaha...

What u give...u get back....tidak disini...may be disana...nanti....ahakz

Cikgu Nurin said...

Kak Kasih: sejak saya dikhianati sahabat baik berbelas tahun dulu, saya rasa serik...alhamdulillah akak masih ada sahabat...

Cikgu Nurin said...

Jebat: Setuju, kita blogger mampu merubahnya...

Memang, tak semua perbuatan jahat di balas segera oleh Allah di dunia ni...di sana nanti lebih pedih...

sarah-najwan said...

kat mana2 pun ade PHD ni..

tu psl skrg dlm berkawan2 pom kene bersederhana..xle nk cerita detail..takut di manipulasi..

cerita detail dkt hubby ajo..huhu

yg pentng kita berhati2 shj dan sewajibnya..jgn ada rasa PHD dlm diri kita..selalulah maafkn org lain dan bersangka baik..


semoga kita seme terhindar dr sedikit pun rasa PHD kpd org lain...

Cikgu Nurin said...

Sarah: Betul, orang bertopengkan manusia ni dah ramai...

ada bezakan? orang dengan manusia?

Jangan senang-senang bercerita pada orang lain....

Dan betul, semoga kita pun dihindar dari sifat-sifat buruk tu....

GreenJade said...

manusia nih bile phD menyerang diri lupa abeh halal haram nye..bkn dia kire dah adek-badek ke..kwn baik ker..jiran ker..aihh..

Ati Masrif said...

gitu ye...mmg menakutkan

kawan2 ni bak kata ex bos kita
if u ada prob don't share all the
problem with 1 person but share sikit2 pada beberapa person so that 1 person tak tahu kesemua cerita ...

betuikan kata dia tu..dia cha tau
dan kita flw apa dia kata :)

CIK TOM said...

betul tue akak..ciktom setuju dgn pendapat akak yang org M ni suka menjatuhkan sesama bangsa..tapi orang C ni saling bantu membantu..tak boleh ke kita jadi cam diorang ek dari sikap saling bantu membantu dan tiada perasaan PHD.

Cik Sibuk said...

memang..tak paham betul lah kenapa orang melayu ni sanggup phd sampai hantar2 ilmu bagai..

tak pikir dosa ke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...