Kita selalu memberikan alasan..
Kekangan masa, sibuk, tak cukup masa..
Atau...hmmm...nantilah.masih ada masa...


Kita alpa, detik waktu tak menunggu kita...
Ingatan dan kerinduan, dibiarkan berlalu
Begitu saja...
Sehingga menerima berita.
Dia telah tiada..




Menangis dan menyesal tidak terhingga...
Yang menanti di sana..
Hanya jasadnya....

..........................................................................................................................................................

Seminggu ini saya diserang rindu pada satu-satunya adik abah yang masih ada....
Cik yang pernah memelihara saya waktu kecil,
Minggu lepas, dia ke rumah anaknya, sepupu saya..
Saya diberitahu, dia tak berapa sihat...


Minggu lepas, Sabtu meeting sehingga lewat pukiul tiga
Ahad petang, saya exam..
Saya berjanji untuk menziarahinya hujung minggu ini...


Namun petang tadi saya menerima berita Cik koma..
Dan lapan malam tadi sebaik sahaja menghabiskan bacaan Yassin untuk Cik, saya menerima berita Cik telah pergi menghadap Ilahi.....


Benarlah,keterlaluan kita terhadap dunia, mengalpakan kita pada orang orang yang kita sayang di sekeliling kita...
Saya kesal dan sedih...
Cik bagai emak setelah mak saya pergi...........


........................................................................................................................................................

Sedang menunggu suami dari balik meeting dari Melaka dan adik-adik...
Kami akan bertolak ke Perak malam ini...

12 dah buat karangan gred A:

kasihredha said...

Alfathhah..turut berdukacita.
Semoga arwah berada di sisi org2 yg beriman.
Sabar ye Cikgu.

Cikgu Nurin said...

TQ kak.....

kakcik said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun... Yang pergi tetap akan pergi, semoga rohnya aman di sisi Maha Pengasih. Al Fatihah.

GreenJade said...

Innalillah..Al-Fatihah utk CIk.

selamat2 dlm perjalan pulang ke Perak & byk2 berdoa & bersedekah Al-Fatihah utk beliau :)

zeqzeq said...

Alfatihah.
Wanita tak sama, gerakjalan berbandg lelaki. Kuasa kaki

kakchik@ella said...

Alfatihah. Terkedu. Insaf. Serta merta teringat mama kat kampung.

Ati Masrif said...

al-Fatihah buat arwah cik

salam takziah buat cikgu nurin

ati pun teringat kat mak ati ni...

sarah-najwan said...

al fatihah utk arwah..
sabar yer...

siti murni said...

salam takziah untuk cikgu nurin sekeluarga...
al-fatihah buat arwah,moga ditempatkan di kalangan orang yang soleh..

ckLah said...

Al Fatihah...

Rashid said...

hmm hmm .. moga rohnya bersama golongan orang yang beriman ..

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

salam takziah dari saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...