Salam sahabat tersayang....
Saya cuma nak berkongsi pendapat di sini..
Cuma ingin bertanya, apakah kita perlu menunjukkan rasa marah kita dengan menjerit dan bercakap secara membuta tuli pada orang lain?
Kalau betul pun anda marah dan ingin mendapatkan penjelasan,sepatutnya berjumpa dan bersemuka dengan orang yang anda rasa menyebabkan anda marah. Apatah lagi, berita yang menyebabkan anda marah itu, hanya 'hear say' dari orang lain.
Perlukah anda menyerang orang yang anda rasa telah menaikkan degree marah anda itu,tanpa mendengar penjelasan darinya,dan anda marah marah di depan ramai orang.
Apa salahnya kalau anda tahan dulu rasa marah anda,minta berjumpa orang terbabit secara bersendirian,tanpa melibatkan mata orang lain melihat kerenah anda dan menyumbat gegendang telinga orang lain mendengar jeritan anda pagi pagi hari lagi.
Apatah lagi orang yang anda jeritkan itu,orang yang lebih berusia dari anda...
Saya cukup tidak faham dengan sesetengah orang,bila mendengar sesuatu yang tidak pasti,terus menyerang dan marah marah tanpa bertanya dengan lebih elok. Orang yang dimarahi pulak tu,lebih dewasa,sekurang kurangnya,hormatilah individu tersebut dari segi perbezaan usia. Memang,tak semestinya yang lebih tua itu selalu betul,tapi sebagai yang lebih muda,tunjukkan rasa hormat.
Kesian,orang tersebut tak sempat berkata apa-apa, tidak tahu hujung pangkal,terus diseranah,tak pasal pasal saya yang ada di situ, terkena tempias marahnya,siap sebut umur lagi...
"umur akak dah berapa?dah 44 kan?tak faham lagi ke?"...
mak aiii...sedapnya bahasa....
Dik, kalau tak puas hati,jumpa 'in person',semua orang buat salah,semua orang penat bekerja,tak perlu mengungukit,anda sorang yang penat buat kerja...
Semua mata memandang dan akhirya sok sek sok sek di belakang.......
Saya hanya mampu menyabarkan kawan yang menitiskan airmata....

7 dah buat karangan gred A:

Tomato Gurl's Life said...

betul akak...tp ciktom pn kdg2 suka meninggi suara..skang cuba nak memperbaiki diri lagi..huk3..

ciktom tag akak..jom join;

http://tomatogurlslife.blogspot.com/2010/11/giveaway-domain-from-melromeocom.html

one2paii said...

xpe cikgu..manusia berbeza2..tidak sempurna..nasihat jerk la..bila dah nasihat,sempurna la tanggungjawab kita..dari kita berdiam diri jerk..bukan ke mengalah namonya tuh..
ikhlas dari abg zubir..hahaha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Kadang2 LM pun ada meninggisuara..hu3.cuba berubah krn itu bkn sikap yg baik bila org lain pandang kan?

Eryati said...

huhu..akak..sy juga mudah meninggikan suara..ngeheheh..nyanyi pun suka tinggikan suara..akakak...tapi...kadangkala sy bersuara tinggi bukan sy marah...tp org akan salah anggap dgn mengatakan sy marah

abgreds said...

abgreds selalu kena tinggikan suara. selalu jumpa orang tinggi2. hish..nak diri atas kerusi tak patut.. :)

Anonymous said...

hai sape le org tuu...yea..mmg x tau budi bahasa tul...mari nyanyi lagu budi bahasa budaya kita kat telinga dia.....

Hijab said...

zaman sekarang ni dah pelik.. cuba cikgu nurin tgk org yg suka mencaci tu nnt la yg ramai kawan.. trend zaman skrg siapa yg bermulut laser dan macam longkang akan diterima masyarakat sekeliling.. cubalah perati betul2... satu lagi, pantang 2 org bertemu maka mengumpatlah kerjanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...