Cuti dah nak habis..
Hui,kepala saya makin sengal,sendat dan padat.
Study macam dah tak nak masuk...(sebab masuk blog..hi hi hi...alasannn...)

I'm restless....perlukan sesuatu....
Pagi tadi minta izin My Sivaji The Boss..
"Nak g Sungai Congkak,boleh?"
"Ok".

Sepuluh minit lepas azan Zohor ( waktu Jumaat ), kami solat terus dan bergerak..
Cik Bab komplen, sebab pergi waktu tengah hari.
"Mesti tak de tempat," komennya.
Sedia maklum, Sg. Congkak memang sentiasa penuh...
Tapi saya ada percaturan saya sendiri.
Saya bagitau dia jangan risau, sebab hari ni Jumaat, orang sembahyang.
Bawak dua orang anak jiran, buat kawan Cik Bab.

Inilah tempat kami berjimba-jimba
Sejuk.....ggrrrr...

Nampak tak batang pokok tu..macam apa?
Macam kepala naga nak telan orang kan...?


Tunjuk rajin. Hajat hati nak study bertemankan deruan air sungai..
Sempat jugaklah habiskan lima enam mukasurat patah perkataan...
Tak tahan dengar Cik Bab panggil..terus dummm sama...

Sebenarnya percaturan saya salah 360 darjah.
Ingatkan Hari Jumaat kurang orang.
Rupanya makin ramai.
Sebaik sampai, kereta bersusun..
"Hish..tak sembahyang Jumaat ke di orang ni...?"
Saya cuba bersangka baik,mungkin dia orang bertolak lepas Jumaat, tapi lima buah masjid yang saya lepasi tadi, hanya masjid terakhir yang baru usai Jumaat, yang lain tadi Imam tengah berdoa.

Maka berjalanlah kami anak beranak mencari tempat,sampai Cik Bab suruh berhenti,
"Dah tak larat bu, tak ada meja pun tak apalah..."
Saya berkongsi pondok dengan ibu yang membawa sepuluh anaknya.  Yang kecil 9 bulan. 
Macam saya, tak ada En. Suami yang mengiringi.
Minta satu sudut kecil...

Kenapalah mesti nak berkelah bawa keluarga Hari Jumaat...?
Tak rasa bersalah ke..?
Dan...ada dua buah bas sekolah bawa murid yang mengadakan perkhemahan.
Guru-guru lelaki dua tiga orang 'uzur', sedang hepi-hepi berbbq dengan cikgu-cikgu perempuan dan sebahagian murid lelaki dan perempuan...baju basah-basah tanda lepas berendam.
Mengucap panjang saya....

Camping hari Jumaat?
Memang tak salah.
Tapi kenapa cikgu-cikgu tak bawa budak-budak lelaki solat Jumaat?
Waktu park kereta tadi,terserempak juga dengan lima orang yang berbaju melayu, beli pisang goreng. 
Baru balik masjid berdekatan.
Boleh pun sembahyang...awat yang lain selambaaa jer....

Takut pulak nak mandi, mana tau, tiba-tiba je bala nak datang sebab ramai yang tak ingat tanggungjawab..suka ria di sini.....
Yang geng muda mudi,jangan cakap la...kalau tak kerana diorang terjerit pekik dalam Bahasa Melayu,saya tak kenal diorang ni..dengan pakaian, masyaallah..macam mandi kat Pantai Hawaii pulak dah rasanya....
Dunia,dunia.....

18 dah buat karangan gred A:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bestnyer air terjun...x ajak adik pun sis?huhu

Cikgu Nurin said...

he he..orang peknen tak boleh berendam lelama...

siti murni said...

Sejuk mata memandang. Saya pun dah lama tak mandi-manda air terjun. Seronok jugak kalau dapat pi time cuti weekend ni.
Hari jumaat pun ramai "berjemaah" kat situ ea..hehe...saya pun kadang-kadang cuba bersangka baik.."maybe dah lepas solat tuuu..." :)

Citarasa Rinduan said...

selamat malam cikgu nurin

ayu baru balik dari kampung...terus singgah ke blog kawan2 tanya khabar..
wah!!!!!!! air terjun..sebenarnya bermandi manda di situ sangat bagus...
buat teraphy....aliran deras air terjun mmg boleh menyembuhkan penyakit..antaranya sendi2.....

kakchik@ella said...

tadah kepala dan badan bwh air terjun tu best,kan. mcm kena "massage". hihi ..

Cikgu Nurin said...

Siti Murini: ye, cuba juga bersangka baik seboleh-bolehnya...:)

Cikgu Nurin said...

Ayu: memang berendam sampai tak hengat donia...:)

Cikgu Nurin said...

kachik:nak pulak kalu tengah migrain...tadah kepala...wwuuu..heaven...

kasihredha said...

Akhir zaman :(

Cikgu Nurin said...

Kak kasih:yea..senario akhir zaman..takut...

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

wah...akak berkelah...

tapi bila baca sampai habis...
ishhh... memang takut nak mandi kalau keadaannya macam tu...
bala yang datang, kena kat kita sekali...Nauzubillah...

memang orang zaman sekarang tak malu ye kalau tak pergi solat jumaat?

Cikgu Nurin said...

Nora: tu la pasall....cuak je nak mandi..cuaca pulak tak menentu..

GreenJade said...

x igt bala deme tuh gamaknye..

smlm plan2 nk ke situ chekgu..tp pepagi nengok cuaca muram durjana..terus kensel..

smbong titon lg baekkk ekekeke

g0m0k9enDek said...

erks... tapi mesti beshhh berendammm!

Cikgu Nurin said...

Geen Jade:tapi kat sini idak le ujan..teghang bendenghang pulok...

Cikgu Nurin said...

Gomok: Meh laa..beshhhh...

nba-Nur said...

La hai .. kenapa boleh jadi macam tu..

p/s: Seronoknya dapat mandi kat situ..

Cikgu Nurin said...

Nur: Doni..donia.....

tapi best kat sini, Nur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...