Apa kena entri ni dengan Rozita Che Wan?
Maaf teman ye Rozita...
Terkena badi you la ni, kejap nak bersara, lepas tu tak jadi pulak...
Kejap nak stop blogging, tak sampai seminggu, ada entri la pulak...

sampai hati you, Cikgu Nurin...kata ai bawa badi...tamo kawan...

*********************************

Okey, serious...
Hari ini menerima kehadiran seorang murid baru.
Anak seorang yang berpangkat 'D'.
Bertukar dari sekolah swasta. Sekolah elit di KL.
Menyemak buku kemajuannya, ternyata komentar bekas guru-gurunya banyak yang agak negatif.
Maksud negatif di sini, bukan merendahkan murid tersebut, tapi lebih kepada memberi nasihat.

Jika mengikut rekodnya, sepatutnya dia ditempatkan di kelas ketiga.
Tapi, 'D' mahu anaknya ditempatkan di kelas terbaik.
Setelah ditolak,campur bahagi darab,
Anaknya ditempatkan dikelas kedua terbaik.

************************************

Jika hampir 20 tahun dahulu
Anak-anak dihantar ke sekolah
Dengan pesanan kepada guru, begini;
Cikgu, ini anak saya, cikgu ajarlah sebaiknya,
Pukul dia kalau terpaksa,
Asal jangan cacat cela...

Tetapi pesanan 'D' tersebut pada cikgu;
Cikgu, ini anak LELAKI bongsu saya.
Dia sensitif dan lembut dan manja.
Jangan TINGGIKAN suara.
Dia mudah menangis.
Dia tak biasa ditengking, dimarah-marah..
Tolong LAYAN dia baik-baik...

HAH?Tolonglah..ini sekolah, bukan nursery budak-budak kecil..
Perlukah diberi syarat sebegitu kepada guru?
Kami guru-guru bukan manusia keramat, bukan maksum.
Ada waktu, 'gunung berapi' akan meletus...
Aduhhh...tak tahu cikgu nak ajar macamana...

***********************************

Tak faham dengan kehendaknya.
Mahu anak diajar atau dimanja-manja?
Guru-guru 'menyinga' ada tempatnya, ada sebab musababnya.

************************************

HUARGHHHHH...AUMMM..AUMMMM...CIKGU CIKGU DI SINI SEMUA GARANG GARANG TAUUUU...
MAKAN ORANG...!!!!!
HUA HA HA....SIAP KAU...!!!!!


p/s: hati menjdi sedikit tidak ikhlas dengan syarat-syarat berbagai...Wahai 'D'...tolong faham..bukan mudah seorang guru hendak memanusiakan orang...

26 dah buat karangan gred A:

sarah-najwan said...

tu la beza dulu dan skrg..

saya pernah ckp kat cikgu2 anak saya..jika anak saya xdgr ckp..bole rotan..tapi jgnlah sehinggakan mencacatkn atau ade kecederaan..

pyh parents gini..serba salah kita..jika anak mreka baik dan berdisiplin..xpa..jika sebaliknya..gauner mau layan..huhu

CIK TOM said...

erk ada jugak parents pesan camtu kat cikgu?pelikknyaaa...

Sue said...

laaaaaa..itu macam ka...haaisshhh :)

Citarasa Rinduan said...

tu dia...dah tarik balik ala2 rozita gitu..
hehehehe

tak. mengapa luahakan pada kami..berblog mmg akan membuatkan jiwa tenteram..dan kadangkala akan rasa sesak

PS: baik cikgu bertegas dgn anak kenamaan tu...ingat depa nie apa???
aduh!! susah gak eik, kalau mamanya dah kata lagu tu...
adoi..boleh tukar kaler muka kita hari nie...(GARANG OOO)

kasihredha said...

akak masih meminjam kata2 org dulu2 tu bila berpesan pada cikgu anak2 akak. Kalau anak bgitahu cikgu garang....akak cakap...bagus2.

Chik Na said...

tengah pikir nape la dari sekolah swasta elit ditukar ke sekolah biasa ... rasanya cikgu sekolah elit mesti dapat jaga dan layan anak-anak yg manja nih

Kakzakie said...

Kalau gitu buat tak tahu je cikgu. Kalau dah tak boleh dimarah seperti murid lain hm... kalau kakak bo layan la kamu.

Tapi biasanya sifat guru memang adil pada semua. Kalau salah mestilah kena kalau tak takkan cikgu tu nak melenting tak bersebab. "D" tu tak pernah marah ke kalau secretary salah buat appointment.

Sham said...

pernah dengan parent maki guru:i lebih percayakan anak i dari cikgu...!kuang2x...

Huraizah said...

Begitula resam menjadi GURU...:(
Memang ada parent mcm tu...tapi xsemua...boleh dibilang dengan jari...
kak nurin...kalo sy dapat parent cmtu...emmm...xdapek nak nolong...

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

salam...
yes...akak di sini...
wah~ sikit punya bagus pesanan ye? kalau anak dia baik Alhamdulillah...
insyaAllah boleh la tak tinggikan suara...

hehehe..mak saya pun pernah pesan kat cikgu mcm tu dulu..
"cikgu..anak saya tak boleh dengar tinggi suara, dia mudah terkejut.[manja sbnrnya. sbb mak tak tinggikan suara] tapi, cikgu didiklah sebaiknya. pukul kalau terpaksa jangan sampai cacat." huhuhu
yes~! sebiji pesanan tu...

huhuh..ramai yang tak faham. cikgu tak didik seorang anak atau 5 orang anak macam parent. tapi cikgu didik lebih dari tu.. datangnya dari latar belakang yang berbeza..
cabarannya?? kenelah garang ye kak? hehehe
semoga kita sama-sama berjaya menjadi pendidik yang baik kan kak?

Azwani Shaari said...

komen pertama: kak iza drama queen, konon2 nak tutup blog la apela... drama pilih kasih rupanya..hahahha

komen kedua: napekah budak tu bertukar dr skol swasta? dok je la skol swasta, boleh cikgu2 sana timang tinggi2 sampai cucur atap..haha!

Queenie said...

Ooo...ni yg wat sakit hati rupanya eh?. eh, betullah cakap D tu, budak2 skrg kan fragile jiwanya jadi kenalah jaga macam jaga jeli gitu. nanti kalau sompik saper nak jawab?

Anak2 akak ada dua org lagi sekolah swasta. MMg kebanyakan emak2nya perangai camtu, biasanya org2 beruang eh, berwang lah, depa ni selalunya yg byk bawak masalah pada anak2 kami.

Kat rumah anak2 dirosakkan ngan pelbagai benda mewah (tak kisah pun, anak dia kan?), pastu suruh cikgu betulkan anak2 dia. Sementara cikgu nak betulkan anak2 dia, anak dia dah rosakkan byk anak org lain dgn segala pengaruh negatifnya.

Cikgu pulak mesti ajar anak dia ikut kaedah dia yg entah hapa2.. kpd mereka ni akak mmg sound direct, : YOU BANYAK DUIT KAN? PI LAH BUKAK SEKOLAH SENDIRI, LANTIK CIKGU SENDIRI...waka waka..

anak depa yg dua tiga kerat pun tak terpndang sbb sibuk gali lubang congkil duit, ni kan pulak cikgu yg nak ngadap beratus anak murid. ngadap blog lg sedap, kan cikgu kan?

nak-naknya terkena cikgu yg jenis makan orang aumm...

er..tp nak kena beringat2 jugak sebelum gigit anak org tau, gigit dgn niat yg betul almaklumlah kita pun ada anak kan...what goes around comes around, kata orang tu heh3....

logorithm said...

Rosak...

alizaarif said...

parents mcm nie ler yg buat anak dia rosak sebenarnye.....

Ati Masrif said...

yang hairan tu..
awat dia pi pindah kan anak dia tu..
dah bankrupt ke...?

tak pe2 cikgu nurin ...
jangan marah2
jentik je hidung dia
kalau dia banyak songeh :P

mengada punya latok..uhhh

Sari Yusa Ibrahim said...

teruskan perjuanganmu cikgu!

Citarasa Rinduan said...

singgah sini..melepaskan marah dan amarah..mmg melegakan...
hidup cikgu nurin....

suri solehah said...

salam cikgu..walau pun badi rozita..pasti kawan2 seronok...cerita pasal anak d..kt sek saya baru berlaku pasal statuslah..sorang parent mengaku cucu datin ..mintak cikgu amik tindakan pd parent kwn ank dia sbb kesalahan kecik je..wah siap warning nk buat repot polis..yg tergelaknya..yg kawan ni pulak mengaku..dia adik permaisuri perlis..hebat you..siap cabar lg suh cucu datin buat laporan polis tu..sebenarnya 2 2,man**k..siap kutuk sek low class lg

kakchik@ella said...

patut la lama tak nmpk kt tmpt kc. hidup cikgu nurin. keep on blogging ye .. slow2 pun tak pe, tak yah marathon. hihi ..

GreenJade said...

macam2 pesen makbapak zmn milenium nih aih..tuh sure perasan diva la tuh anak xleh nk ditegor2..uikhhh

btw, awat bunyi aumm2 tuh udah ala2 kucing pompuan kena ngorat jek chekgu uits...x cukop garang! kasi garang lagik!!!! AUMMMMMMM GRRR!!!

egegegege

kakcik said...

Ish ish ish... takkanlah dia rela anaknya jadi 'sotong'? Hmmm... macam2 hal....

ckLah said...

Selamat bercuti cikgu...

zeqzeq said...

tak elok ngumpat nama..hee

zeqzeq said...

mentanglaa cuti hhee banyak masa..

esok SIAPKAN tesisssssss CEPAT

Cikgu Tie said...

situasi macam nie selalu berlaku di sekolah Cikgu Tie.
Masaalahnya....bila anak tak boleh,cikgu jugak yang disalahkan.

nba-Nur said...

Salam. Nur pun kadang2 hairan dengan sikap segelintir ibu bapa yang terlalu sayangkan anaknya. Sedangkan sikap anaknya di sekolah menunjukkan tingkah laku yang sangat tidak menyenangkan. Perkara yang salah kena ditegur untuk kebaikan pelajar tu juga.. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur.. Jadi cikgu zaman sekarang memang kena sabar dan tabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...